Thursday, July 8, 2010

Aspek Kerohanian Daripada Peristiwa Israk dan Mikraj

Membicarakan sesuatu berkaitan junjungan besar Nabi Muhammad saw merupakan topik yang sangat menarik dan tidak pernah menjemukan. Riwayat hidup dan perjuangan baginda sentiasa dikenang kerana kebangkitan baginda adalah bertujuan membentuk masyarakat manusia baru berasaskan nilai-nilai akhlak yang luhur, budipekerti mulia dan pengabdian diri sepenuhnya kepada Allah. Pepatah Arab menyebutkan:

مَن عَلَّمَنِي حَرْفًا صِرْتُ لَهُ عَبْدًا

Terjemahan: “Orang yang mengajarku sepatah kata, dengan sendiri aku jadi hambanya

Jika guru yang mengajarnya sepatah perkataan itu, muridnya sedia menjadi hamba kepadanya, bagaimana dengan Nabi yang mengajar umatnya jalan kesejahteraan di dunia dan akhirat.

Tarikh 27 Rajab merupakan tarikh keramat dalam kelendar Islam kerana pada tarikh ini Nabi Muhammad saw dinaikkan ke langit dalam tempoh masa yang sangat singkat. Sungguh ajib perjalanan ini. Mungkinkah perjalanan seumpama ini akan berlaku kepada umatnya sebagaimana berlaku kepada Nabinya. Tiada dalil menyatakan tidak mungkin, tetapi kemungkinan itu bergantung kepada pendayaan ilmu pengetahuan.

Artikel ini tidak berhasrat membincang perjalanan Israk dan Mekraj dari aspek fizikal, bukan kerana ianya selalu diperkatakan oleh penceramah-penceramah yang diundang khas menyampaikan tajuk ini, tetapi kerana kemajuan sains hari ini telah melangkauh jauh ke hadapan. Kejayaan saintis seolah-olah membuktikan membuktikan kebenaran Israk mekraj, sekalipun apa yang dicapai mereka hanya secebis daripada peristiwa Israk dan Mekraj.

Saya tertarik dengan pendekatan Syeikh Abdul Halim Mahmud, mantan Syaikhul Azhar dan salah seorang Sarjana Islam yang mendapat pendidikan di Universiti Sorbonne, Frncis dalam bidang Tsawwuf Islam. Menurut beliau, peristiwa Israk dan Mekraj dalam sesetengah riwayat menyatakan ia bermula dengan pembedahgan dada oleh Malaikat Jibril as kemudian dibasuh dengan air zamzam dan seterusnya dibuang unsur-unsur syaitan dan dimasukkan iman dan hikmah, kemudian ditutup dan seterusnya dibawa Jibril bersamanya dalam perjalanan ke Masjid al-Aqsa.

Pembersihan dalam pendekatan rohani membawa istilah bertaubat daripada dosa dengan menyempurnakan rukun dan syarat-syarat yang diperlukan seperti menyesal atas perbuatan dosa yang terdahulu, azamyang kuat untuk tidak mengulangi lagi dosa yang sama dan menyelesaikan segala hak yang berkaitan manusia. Inilah penyucian yang diisyaratkan melalui pembedahaan dada kepada mereka yang ingin melakukan perjalanan dalam program hidup kerohanian. Antara riwayat berkenaan ialah:

فُرِجَ عَنْ سَقْفِ بَيْتِي وَاَنَا بِمَكَّةَ، فَنَزَلَ جِبْرِيلُ فَفَرَجَ صَدْرِي، ثُمَّ غَسَلَهُ بِمَاءِ زَمْزَمَ، ثُمَّ جَاءَ بِطَسْتٍ مِنْ ذَهَبٍ مُمْتَلِئٍ حِكْمَةً وَاِيمَانًا، فَاَفْرَغَهُ فِي صَدْرِي ثُمَّ اَطْبَقَهُ. [البخاري: أحاديث الأنبياء: حديث (3094)]

Terjemahan: “Bumbung rumahku dibuka ketika aku di Makkah, lalu malaikat Jibril turun dan membedah dadaku, kemudian membasuhnya dengan air zamzam, kemudia dia membawa satu bekas yang diperbuat daripada emas, berisi hikmat dan keimanan, lalu dicurahkan dalam dadadku kemudian ditutup”

Pembersihan diri dengan bertaubat daripada dosa dalam perjalanan rohani begitu penting kerana di sini dengan rasminya perjalan rohani. Allah yang Maha bersih amat sukakan kebersihan, Allah yang Maha indah sangat sukakan keindahan.

Jika perjalanan rohani bermula dengan taubat, di mana pula tamatnyanya perjalanan?. Perjalanan ini tamat apabila sampai ke penghujungnya iaitu Allah. Menurut Istilah kaum sufi, perjalanan tamat apabila tercapainya martabat al-wusul ila Allah (sampai kepada Allah). Sampai bermakna memperolehi keredaan Allah.

Di antara permulaan dan akhir perjalanan, para pejalan menuju Allah akan melalui beberapa perhentian. Setiap perhentian merupakan ujian yang bakal menentukan kedudukan pejalan di sisi Allah: Nama-nama perhentian yang diisyaratkan dalam kisah Isra` dan Mekraj ialah:

1: Maqam al-Taubah (bertaubat)
2: Jihad fi Sabilillah (Jihad di jalan Allah)
3: al-Salah (menunaikan salat)
4: al-Zakah (menunaikan Zakat)
5: al-Sadaqah (memberi sedekah)
6: Dharu ma baqiya min al-Riba (menjauhi riba)
7: Menjauhi dosa-dosa besar;
8: Sampai ke Sidrah al-Muntaha (sampai ke penghujung).

Setiap perhentian dalam perjalanan ini para pejalan terpaksa menghadapi cabaran demi cabaran, kadang-kadang begaikan lautan yang sedang bergelora, kadang-kadang tenang setenang angin sepoi-sepoi bahasa.

No comments: