Friday, July 23, 2010

Hadis-hadis Pilihan

Berlaku Adil Pada Pemberian
Kepada Anak-Anak
عَنْ ‏ ‏النُّعْمَانِ بْنِ بَشِيرٍ ‏ ‏قَالَ:
"تَصَدَّقَ عَلَيَّ أَبِي بِبَعْضِ مَالِهِ فَقَالَتْ أُمِّي ‏ ‏ عَمْرَةُ بِنْتُ رَوَاحَةَ لا ‏ ‏أَرْضَى حَتَّى تُشْهِدَ رَسُولَ اللَّهِ ‏ ‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‏ ‏فَانْطَلَقَ أَبِي إِلَى النَّبِيِّ ‏ ‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‏ ‏لِيُشْهِدَهُ عَلَى صَدَقَتِي فَقَالَ لَهُ رَسُولُ اللَّهِ ‏ ‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‏ ‏أَفَعَلْتَ هَذَا بِوَلَدِكَ كُلِّهِمْ ؟ قَالَ لا قَالَ اتَّقُوا اللَّهَ وَاعْدِلُوا فِي أَوْلاَدِكُمْ فَرَجَعَ أَبِي فَرَدَّ تِلْكَ الصَّدَقَةَ [1].

Terjemahan:
Al Nu`man bin Basyir ra. meriwayatkan: Bapaku memberi sedekah kepadaku sebahagian daripada hartanya. Lalu ibuku berkata: “Aku tidak suka dengan pemberian ini sehingga engkau persaksikan kepada Rasulullah saw terlebih dahulu. Lalu bapaku pergi memberitahu Rasulullah saw tentang sedekahnya kepadaku. Lalu Rasulullah saw bertanya: “Adakah engkau beri kepada semua anakmu pemberian seumpama itu? Jawabnya: “Tidak”. Sabda Rasulullah saw “Bertakwalah kepada Allah dan hendaklah berlaku adil terhadap anak-anakmu, lalu bapaku mengambil balik pemberian itu”.

Mukadimah
Islam memberi perhatian berat terhadap pendidikan kepada anak-anak supaya mereka terdidik dengan akhlak Islam dan berperibadi mulia. Justeru mereka dituntut hak-hak Allah dan hak-hak manusia, terutama hak-hak ibu bapa terhadap anak-anak dan sebaliknya.
Atas dasar ini ibu dan bapa dilarang melakukan tindakan yang boleh menghilangkan kepercayaan anak-anak terhadap mereka dan sesama adik beradik dan klaum keluarga seperti mengutamakan sebahagian mereka dengan pemberian istimewa, sama ada ketika masih hidup atau berkuat kuasa selepas mati.

Al-Nu`man ibn Basyir
Al-Nu`man ibn Basyir ialah sahabat Nabi saw dari Ansar dan qabilah Khazraj. Ibu dan bapanya juga sahabat Nabi. Beliau menetap di Sham dan menjadi Gabenor Kufah dalam pentadbiran Khalifah Mu`awiyah ra. Al-Nu`man ditukar ke Hims dan terbunuh pada tahun 63 Hijrah. Riwayat beliau didapati sebanyak (114) hadith dan ditakhrij dalam pelbagai sumber hadith.

Ulasan
Menerusi hadis ini Al Nu`man bin Basyir Al Ansari Al Khasraji melaporkan, bapanya telah memberi hadiah kepadanya daripada sebahagian harta kepunyaannya, ibunya kurang puas hati dengan pemberian yang mengutamakan al Nu`man, sedangkan mereka mempunyai beberapa orang anak-anak selain Al Nu`man.

Pergilah Basyir untuk menemui Nabi dan seterusnya meminta persaksian benar atas pemberiannya itu, sebelum itu Nabi bertanya: “Adakah engkau memberi hadiah atau sesuatu pemberian yang sama kepada anak-anakmu yang lain?” Jawabnya tidak. Seterusnya Nabi menjelaskan, pemberian yang membeza-bezakan di antara anak anak ini bertentangan dengan takwa dan satu tindakan zalim terhadap anak-anak. Oleh itu aku tidak sedia memberi persaksian baik atas perbuatan ini, sambil menasihati Basyir sama ada menarik balik pemberian itu atau memberikan hadiah yang sama kepada anak-anaknya yang lain. Lalu Basyir akur dengan kesilapannya dan mengambil balik pemberiannya kepada al Nu`man.

1: Harta dan Manusia
Harta dan tamakkan kekayaan dunia merupakan faktor utama manusia ditimpa kecelakaan hidup seperti putus hubungan di antara keluarga dan sanak saudara, berlaku kejadian derhaka kepada ibubapa dan berbagai-bagai kejadian lagi berlaku dalam masyarakat. Justeru Islam mengambil berat terhadap ibubapa apabila menguruskan harta kekayaan mereka, terutama apabila membahagikannya kepada anak-anak ketika mereka masih hayat.
Islam telah menyusun peraturan dan kaedah pengurusan harta, terutama setelah empunya harta meninggal dunia, umat Islam harus berpuas hati dengan hukum dan pengurusan yang telah diputus oleh Allah dan Rasulnya, mereka tidak seharusnya mencari alternatif lain kerana hukum Allah tetap adil dan tidak wajar dipertikaikan. Soalnya bagaimana cara pembahagiannya kepada anak-anak, terutama ketika mereka masih hidup?

2: Pemberian Antara Hukum dan Emosi
Ulama sepakat menyatakan kewajipan berlaku adil terhadap anak-anak pada setiap pemberian atau hebah, malah menurut ulama salaf, keadilan bukan sahaja pada penghebahan harta tetapi juga sentuhan kasih sayang, kemesraan, pelukan dan ciuman dan hubungan dalam pergaulan harian. Ini kerana sikap membeza-beza bakal membawa kepada jauh hati sesama mereka dan hidup pecah belah yang sangat buruk dalam keluarga.
Ulama berbeza pendapat pada menyatakan hukum melebihkan pemberian kepada sesetengah mereka berbanding yang lain. Pendapat mereka seperti berikut:

Pertama: Haram Membeza-bezakan
Imam Ahmad, al Bukhari, al Thawri, al Zuhri dan lain-lain berpendapat haram malah tidak sah pemberian atau hebah yang membeza-bezakan di antara anak-anak samada kerana ada sebab atau tanpa sebab, kecuali pada barang yang tiada nilai atau rendah nilainya.
Ibn Hazam yang mendukung pendapat ini merujuk kepada Abu Bakar, Umar, Uthman, Qays bin Saad dan Aisyah ra. dan daripada kalangan tabiin pula termasuk Mujahid, Tawuus, `Ata’ dan lain lain[2]. Mereka berhujah denan dalil-dalil berikut:
(a) Hadis al Nu`man bin Basyir yang dipilih untuk dijadikan tajuk utama bagi perbincangan ini Nabi saw dalam sabdanya menyebutkan:
فَاتَّقُوا اللَّهَ وَاعْدِلُوا بَيْنَ أَوْلاَدِكُمْ [3]
Terjemahan: Bertaqwalah kamu kepada Allah dan hendaklah berlaku adil terhadap anak-anak kamu
(b) Sabda Nabi dalam hadith riwayat ibn Abbasd
سَوُّوا بَيْنَ أَوْلاَدِكُمْ فِي الْعَطِيَّةِ، فَلَوْ كُنْت مُفَضِّلاً أَحَدًا لَفَضَّلْت النِّسَاءَ [4]
Terjemahan: “Samakan pemberian kepada anak-anak kamu. Andainya aku ingin melebihkan seseorang nescaya aku melebihkan wanita”
(c) Membeza-bezakan pemberian di antara anak-anak memungkinkan timbulnya kesan buruk pada jiwa mereka seperti permusuhan, perkelahian di antara adik-beradik, terputus rahim, durhaka kepada ibubapa dan sebagainya. Gejala-gejala ini merupakan sikap yang ditolak oleh Islam. Malah apa jua perkara yang membawa kepada haram maka hukumnya haram. Mengikut kaedah Fiqh :
لِِْلوَسَائلِ حُكْمُ الْْمََقَاصِدِ
Terjemahan: Hukum pada cara sama dengan hukum pada tujuan.
Pendapat ini kemudiannya berbeza tentang bagaimana persamaan yang diwajibkan. Sebahagian ulama seperti Muhammad bin al Hasan, Ahmad dan Ishak berpendapat: keadilan yang dimaksudkan hendaklah dibahagi mengikut kadar pembahagian pusaka iaitu: dua bahagian anak perempuan menyamai satu bahagian anak lelaki. Sebahgian yang lain pula berpendapat, pembahagian hendaklah disamakan tanpa membezakan di antara lelaki dan perempuan[5] .
(d) Dalil kempat ialah pendapat yang menyatakan harus membeza-bezakan, tertakluk kepada keizinan anak-anak. Ini bermakna tidak harus dibeza-beza pemberian tanpa izin mereka. Demikian juga keharusan berbeza-beza hanya pada benda-benda yang rendah nilai kerana kebiasaannya barang yang rendah harganya itu dimaafkan.

Kedua: Makruh Membeza-bezakan
Menurut pendapat al Syafi`i. Ahnaf dan Jumhur, sah pemberian tetapi makruh membezakan anak-anak . Ibu bapa tidak diwajib menyamakan pemberian mereka kepada anak-anak, hanya penyamaan disunatkan sahaja. Mereka menjawab keterangan dalam hadis al Nu`man yang dijadikan hujah golongan pertama dengan beberapa jawapan:
(1): Suruhan Nabi supaya mengambil balik pemberian kepada al Nu`man kerana Basyir memberi semua harta kepada anaknya al-Nu`man, sedangkan Basayir sepatutnya menyimpan sebahgian harta untuk diberi kepada anak-anaknya yang lain.
(2): Pemberian Basyir kepada al Nu`man tidak ditarik balik sekalipun Nabi meminta agar ditarik. Ini menunjukkan pemberian itu itu tidak wajib disamakan.
(3): Al Nu`man seorang yang mukallaf dan berhak menimbang semula pemberian bapa kepadanya. Oleh itu setelah ditimbang beliau menolak pemberian itu.
(4): Nabi saw menyuruh al Nu`man mengambil balik pemberian. Ini menunjukkan pemberian itu sah dan terpakai sekalipun tidak sama diberi kepada anak-anaknya.
(5): Nabi menolak dari memberi persaksian benar atas pemberian Basyir kepada anaknya. Ini kerana Imam seharusnya tidak memihak kepada sesiapa, beliau hanya hakim bukan syahid (saksi).
(6): Nabi menyuruh agar disamakan di antara anak-anaknya yang lain kerana pemberian yang sama pada kadarnya itu sunat bukan wajib.
(7) : Sesetengah riwayat di dalam hadis al Nu`man menggunakan lafaz:
قَارِبُوا بَينَ أولادِكُمْ
Terjemahan: Hampirkan persamaan di antara anak-anak kamu)

Menurut Syed Sabaq setiap hujah ini masih boleh diberi jawapan balas oleh pendukung mazhab yang berkenaan dan tidak mudah diselesaikan perbahathannya[6]

Ketiga: Harus Membeza-bezakan
Diharuskan membeza-bezakan pemberian kepada anak-anak jika ada sebab-sebab yang diizinkan oleh syarak. Pendapat ini merupakan riwayat daripada Imam Ahmad dan menjadi pilihan Imam Ibn Taimiyah dan Ibn Qadamah. Mereka berdalilkan hadith berikut:

إِنَّ ‏ ‏أَبَا بَكْرٍ الصِّدِّيقَ كَانَ ‏ ‏نَحَلَهَا ‏ ‏جَادَّ ‏ ‏عِشْرِينَ ‏ ‏وَسْقًا ‏ ‏مِنْ مَالِهِ ‏ ‏ بِالْغَابَةِ ‏ ‏ فَلَمَّا حَضَرَتْهُ الْوَفَاةُ قَالَ وَاللَّهِ يَا بُنَيَّةُ مَا مِنْ النَّاسِ أَحَدٌ أَحَبُّ إِلَيَّ غِنًى بَعْدِي مِنْكِ وَلا أَعَزُّ عَلَيَّ فَقْرًا بَعْدِي مِنْكِ وَإِنِّي كُنْتُ نَحَلْتُكِ جَادَّ عِشْرِينَ وَسْقًا فَلَوْ كُنْتِ ‏ ‏جَدَدْتِيهِ ‏ ‏وَاحْتَزْتِيهِ كَانَ لَكِ وَإِنَّمَا هُوَ الْيَوْمَ مَالُ وَارِثٍ وَإِنَّمَا هُمَا أَخَوَاكِ وَأُخْتَاكِ فَاقْتَسِمُوهُ عَلَى كِتَابِ اللَّهِ [7].
Terjemahan:Sesungguhnya pemberian Abu Bakar al Siddiq ra. kepada Aisyah ialah dua puluh wasak tamar yang sudah cukup matang. Beliau memberi kepada Aisyah dari hartanya di kawasan al Ghabah.
Tatkala hampir usia wafat, Abu Bakar berkata: “ Wahai anak perempuan ku! demi Allah! tidak ada seorang pun dari orang ramai lebih dikasihi bagiku darimu untuk jadi pemilik harta selepas peninggalanku dan tiada orang yang lebih aku risau darimu tentang kemiskinan selepas peninggalanku. Andainya engkau ambil dan menyimpannya (sebelum kewafatanku), nescaya tamar itu menjadi kepunyaanmu. Sesungguhnya tamar itu pada hari ini berupa harta pusaka (bukan kepunyaanmu lagi kerana engkau belum mengambilnya).
Sesungguhnya mereka berdua ialah saudara lelakimu dan saudara perempuanmu, bahagikanlah harta itu kepada mereka mengikut hukum Allah (pusaka), Tiada pemberian khas kepada mereka).
Ibn Qadamah mengulas hadis ini, katanya: kemungkinan Abu Bakar ra. memperuntukkan pemberian khas kepada Aisyah ra. kerana beliau mengetahui Aisyah tidak mampu mencari sara hidup sendiri, sedangkan beliau isteri Nabi swa dan mempunyai banyak keistimewaannya[8].
Penulis lebih cenderung kepada pendapat Jumhur kerana bapa seharusnya diberi kebebasan menguruskan sendiri hartanya dengan bebas tanpa gangguan pihak luar, sekalipun anak-anak. Jika beliau berpendapat di antara anak-anaknya perlu dibezakan, maka pastinya dia lebih mengetahui tentang anak-anaknya dan tentunya pembahagian seumpama itu ada hikmat dan jawapan disebaliknya, sekalipun tidak diketahui pihak lain.

3: Menarik Balik Pemberian
Jumhur ukama berpendapat haram menarik balik pemnberiuan yang diberi atas nama hibah, sekalipun di antara adik beradik atau suami isteri, kecuali pemberian bapa kepada anak. Sehubungan ini nabi saw bersabda:

‏ ‏لَا يَحِلُّ لِرَجُلٍ أَنْ يُعْطِيَ عَطِيَّةً أَوْ يَهَبَ هِبَةً فَيَرْجِعَ فِيهَا إِلَّا الْوَالِدَ فِيمَا يُعْطِي وَلَدَهُ وَمَثَلُ الَّذِي يُعْطِي الْعَطِيَّةَ ثُمَّ يَرْجِعُ فِيهَا كَمَثَلِ الْكَلْبِ يَأْكُلُ فَإِذَا شَبِعَ قَاءَ ثُمَّ عَادَ فِي قَيْئِهِ [9]
Terjemahan: “Tidak harus bagi seseorang memberi suatu pemberian atau menghhuibah satu hibah, kemudian menarik balik pemberiannya kecuali pemberian bapa kepada anak. Bandingan orang yang menarik balik hibahnya bagaikan anjing muntah setelah makan kenyang, kemudian diulangi lagi makan dan kemudian mengulangi muntah”
Keterangan hadith ini menunjukkan bertanya kesalahan menarik balik barang yang diberi.

4: Keadilan Terhadap Anak-anak
Ulama berbeza pendapat pada keadilan yang harus dilakukan terhadap anak-anak. Di sini ada dua pendapat:

Pertama:Keadilan yang dikehendaki ialah menyamakan di antara anak lelaki dan perempuan pada pemberian harta. Di sini ada dua pendapat: pertama, keadilan bermaksud hendaklah disamakan pemberian di antara anak lelaki dan perempuan.

Kedua: Keadilan dalam pembahagian harta hendaklah mengikut pembahagian faraid, iaitu satu bahagian anak lelaki menyamai dua bahagian anak perempuan. Pendapat pertama lebih rajah dan membantu bagi mengelakkan salam faham anak-anak terhadap ibubapa mereka.

5: Keadilan Pada Bukan Harta
Jumhur ulama berpendapat keadilan terhadap anak-anak dikehendaki pada semua perkara, harta dan bukan harta seperti pada perkara-perkara yang boleh difahami mereka sebagai tanda istimewa dari yang lain, seperti cara bercakap yang menarik hati ibu bapa, layanan pada tempat duduk, kekerapan menyentuh ketika mereka masih kecil dan sebagainya. Ini kerana perbezaan dalam layanan membawa kepada kemungkinan berlakunya permusuhan dan terputus hubungan rahim diantara mereka dan bapa. Namun keadilan pada kasih sayang terhadap anak-anak tidak diwajibkan kerana keadilan ini di luar kemampuan seorang bapa. Bagaimanapun sayugia bagi ibubapa menyembunyikan perasaan kasih saying mereka yang berbeza kerana dibimbangi menimbulkan gejala-gejala yang tidak diingini.

6: Pembahagian Pada Masa Hidup
Pendapat yang rajih di dalam perkara ini ialah harus membahagikan harta kepada anak-anak ketika masih hidup. Bagaimanapun pembahagian hendaklah mengikut hukum faraid. Tetapi lebih baik jika dibiarkan mereka sendiri menyelesaikan selepas kematian ibubapa mengikut proses hukum faraid yang ditetapkan.

Jika dilahirkan anak selepas hartanya dibahagikan pada masa hidupnya, hendaklah bapa membuat pembahagian semula dengan adil antara semua anak-anaknya. Jika dilahirkan selepas kematian bapa atau ampunya harta pusaka, hendaklah pihak penerima pusaka membahagikan secara adil sesame adik-beradik mereka yang baru dilahirkan.

7: Pengajaran dan Saranan
1: Wajib berlaku adil terhadap anak-anak tanpa membezakan di antara satu dengan yang lain dalam pembahagian harta dan bukan harta.
2: Kezaliman dalam pembahagian harta boleh menyebabkan seseorang hilang kelayakan menjadi saksi kerana keadilannya terjejas dengan sebab ini.
3: Wajib memulangkan pemberian yang terlebih ambil kepada pihak empunya yang sebenar supaya tidak berlaku pengambilan hak orang lain dengan cara yang batil.
4: Jika hukum-hukum yang diputuskan bertentangan dengan syarak tidak harus dijalankan kerana batal dan menyalahi dalil-dalil yang sahih.
5: Menyarankan supaya berkasih sayang diantara saudara serta menolak sikap dendam dan buruk hati.
6: Tidak diwajibkan berlaku keadilan pada pemberian kepada kaum kerabat yang bukan waris penerima pusaka.
7: Diharamkan memberi persaksian kepada pemberian yang sememangnya tidak adil kerana persaksian ini bermakna menolong untuk berbuat dosa dan meningkatkan permusuhan di antara pihak-pihak yang bertelagah.

[1] Al-Bukhari, al-Hibah wa Fadluha: al-Hibah li al-Walad, bil. (2397). Muslim, al-Hibat: Karahat Tafdil ba`d al-Awlad fi al-`Atiyyat, bil. (3055). Al-Tirmidhi, al-Ahkam `an Rasulillah: Ma jaa fi al-Nihal wa al-Taswiyat bayn al-Walad, bil. (1288). daripada al-Nu`man ibn Basyir.
[2] al Zuhaili, Wahbah, Al Fiqh Al Islami wa adlatah, 35/5
[3] Sunan Abu Daud, Al Buyu’: bil (3075) daripada Al Nuذman bin Basyir
[4]al Baihaqi, Sunan Al Baihaqi, Al Taswit fi al ‘atiyyat byin al-Awlad bil (12229) daripada Ibn Abbas. Hadis ini daif.
[5]
[6] Lihat Fiqh al -Sunnah 394/3
[7] Mawatta` Malik, al Aqadiat: Ma la Yajuz min al Nihal, bil (1242) daripada Aisyah ra.
[8] Ibn Qadamah, al Maghni, 665/5. Majmuk Al Fatawi 925/31
[9] ِAbu Dawud, al-Buyu`: al-Rauju` fi al-Hibah, bil. (3072) daripada Ibn Abbas.

12 comments:

Anonymous said...

salam...

saya ingin btanya bknaan menarik balik pberian. Disebutkan tidak harus kcuali drp bapa kpd ank. Adakah ini bmakna ibu tidak blh mnarik balik spt mana bapa? atau adakah bapa d sini juga bmaksud/mrangkumi ibu? sekian, terima kasih

dong dong said...

201577dongdong
michael kors handbags
cheap jordans
coach outlet
jordan 11 low
longchamp bags
louis vuitton handbags
polo ralph lauren
chanel bags
ralph lauren sale
michael kors outlet online
louis vuitton outlet
michael kors handbags
burberry outlet
true religion jeans
longchamp outlet
christian louboutin outlet
coach outlet
christian louboutin
red christian louboutin
christian louboutin
jordan 11 concord
tods outlet
gucci outlet online
louis vuitton outlet
oakley sunglasses
oakley sunglasses
beats solo
ray ban uk
air jordan 13
christian louboutin outlet
louis vuitton outlet
chanel uk
michael kors bag
cheap ray bans
jordan 8s
abercrombie
louboutin pas cher
adidas outlet store
louis vuitton handbags

Mu Lin said...

burberry handbags
prada handbags
longchamp tote
coach purses
michael kors outlet store
louis vuitton diaper bag
burberry shoes
chanel outlet
louis vuitton monogram
mcm bag
mcm duffle bag
gucci luggage
coach outlet
burberry store
prada tote
louis vuitton wallet for women
coach diaper bag
louis vuitton belt
burberry outlet
louis vuitton shoes men
coach hobo bag
michael kors black handbags
louis vuitton artsy
michael kors purses outlet
hermes bags
vintage chanel bags
prada backpack
hermes belt
michael kors hobo bag
gucci crossbody bag
coach online outlet
chanel purses
louis vuitton duffle bag
prada outlet
burberry bags on sale

风骚达哥 said...

20151015 junda
Wholesale Authentic Designer Handbags
michael kors outlet
coach factory outlet
Hollister uk
Buy Kobe Shoes Online Discount
Louis Vuitton Bags Outlet Store
cheap toms shoes
ugg boots
louis vuitton outlet
michael kors uk
Louis Vuitton Handbags Discount Off
Cheap Jordans For Sale Wholesale
New Louis Vuitton Handbags Outlet
ray ban sunglasses uk
michael kors outlet online
Jordan 8 Bugs Bunny
Coach Factory Outlet Stores 70% off
louis vuitton
ugg boots
Michael Kors Outlet Deals Online
abercrombie
celine
ugg boots outlet
Jordan 6 Rings Powder Blue
Coach Factory Outlet Online Sale
Michael Kors Outlet Real Handbags Online
Oakley Vault Outlet Store Online
Christian Louis Vuitton Red Bottoms
ugg boots
coach outlet store online

Pnane Weg said...

abercrombie and fitch
coach
jordan
converse sale clearance
nike outlet store
Ugg Boots On Sale 70% Off
Coach Factory Outlet
michael kors
michael kors
canada goose coats
michael kors
michael kors
hermes
nike outlet store
timberland
Coach Factory Outlet Online
jordans for girls
north face factory outlet
under armour outlet stores
fitflops sale clearance
ferragamo sale
Ugg Boots Sale
coach purses clearance
Canada Goose Jacket
nike outlet store online shopping
ugg
jordan retro 6
new balance shoes
christian louboutin
cheap jordans
new balance outlet
cheap rolex watches
vans
kate spade outlet online
jordan
nike high heels online
coach factory outlet online
coach factory outlet
girls jordans
qwe12.21

Meiqing Xu said...

20160321meiqing
louis vuitton outlet
tiffany and co
oakley store
nike air force 1
ugg outlet
kate spade
cheap oakley sunglasses
jordans for sale
michael kors outlet online
lebron james shoes 13
jordans
ralph lauren polo
fitflops
louis vuitton
louis vuitton handbags
michael kors outlet
timberland boots
ray bans
louis vuitton handbags
nike air huarache
abercrombie & fitch
jordan 6
louis vuitton handbags
gucci handbags
christian louboutin
coach factory
ugg australia
longchamp handbags
coach outlet
coach outlet
louis vuitton outlet
ugg outlet
kate spade outlet
air jordans
air max 90
louis vuitton
coach factory outlet
polo ralph lauren
jordan retro
asics running shoes

Zhenhong Bao said...

coach outlet online
camisetas futbol baratas
herve leger dresses
louis vuitton neverfull sale
kate spade handbags
fitflops sale
oakley sunglasses
nike air huarache
ray ban sunglasses
football shirts
true religion jeans
timberland shoes
hermes birkin bag
rolex uk
fitflop clearance
cheap jordan shoes
louis vuitton bags cheap
mulberry outlet
mcm backpack
true religion jeans
nfl jerseys wholesale
fitflops clearance
air force 1 shoes
polo ralph lauren
air max 2015
louis vuitton handbags
nike huarache
christian louboutin online
oakley sunglasses
kobe bryants shoes
lebron james shoes
michael kors outlet online
cheap ray ban sunglasses
hermes belt
michael kors outlet online
20160415zhenhong

Qinan Chen said...

pandora charms
ray ban outlet
ray bans
oakley sunglasses
pandora outlet
uggs outlet
the north face
michael kors outlet clearance
ferragamo shoes
adidas gazelle
michael kors outlet online
cheap jordans
louis vuitton borse
pandora outlet
louis vuitton outlet
michael kors watches
oakley sunglasses
ralph lauren outlet online
louis vuitton outlet online
asics shoes
ugg boots outlet
longchamp handbag
nike air max
abercrombie and fitch
red bottom shoes
uggs outlet
cheap jordans
air max 90
pandora jewelry
canada goose outlet online
coach factory outlet
louis vuitton bags
michael kors outlet
hollister co
coach outlet
zhenwei20160723

chenlina said...

abercrombie and fitch
uggs on sale
ralph lauren outlet
kate spade
coach outlet
ugg outlet store
uggs sale
fitflops sale clearance
christian louboutin outlet
jordan 3
replica watches
michael kors outlet online sale
louis vuitton outlet
ghd flat iron
jordans
michael kors
supra shoes
ray ban sunglasses
longchamp sac
canada goose jackets
christian louboutin outlet
mont blanc pen
ray ban sunglasses uk
ugg slippers
christian louboutin outlet
ugg canada
ugg boots
coach outlet
toms shoes
oakley sunglasses
uggs uk
new york knicks jerseys
ray bans
michael kors outlet clearance
coach canada
michael kors handbags
toms outlet
burberry outlet
oakley sunglasses
michael kors outlet
chenlina20160810

raybanoutlet001 said...

michael kors handbags
christian louboutin shoes
moncler outlet
christian louboutin outlet
supra shoes sale
michael kors outlet clearance
nike air force 1
michael kors handbags
nike air huarache
jordan shoes

姚嘉 said...

birkenstocks
saics running shoes
versace
nike store
ghd hair straighteners
michael kors handbags
nike air huarache
cheap nba jerseys
nike outlet store
jimmy choo

raybanoutlet001 said...

cheap rolex watches
nike huaraches
cheap jordan shoes
tiffany and co outlet
cheap jordans online
hogan outlet online
basketball shoes
oakley vault
tiffany and co
skechers outlet