Tuesday, August 10, 2010

HUKUM MENGAMBIL SUNTIKAN INSULIN

KETIKA BERPUASA


SOALAN:

Saya seorang penghidap diabetes yang terpaksa menerima rawatan harian secara suntikan insulin. Saya ingin mendapat maklum balas sama ada suntikan itu membatalkan puasa atau tidak. Jika batal, apakah tindakan yang sepatutnya saya lakukan selepas Ramadan ini, sama ada membayar fidyah atau qada, sedangkan saya tidak menaruh harapan lagi bahawa penyakit yang saya hidapi ini akan lebih baik dan seterusnya memberi peluang kepada saya mengqada puasa yang tertinggal. Saya mengucap setinggi penghargaan dan terima kasih atas jawapan tuan. - A. RASHID, Seksyen 4, Shah Alam.

JAWAPAN

Saya doakan semoga tuan dikurniakan sihat dan afiat, mohonlah kepada Allah dalam bulan yang mulia ini, terutama dalam separuh akhir malam, agar penyakit disembuhkan dengan segera. Tiada penyakit yang tiada ubatnya, kecuali mati dan tua usia.

Kembali kepada soalan tuan, pada dasarnya perkara yang membatalkan puasa seperti yang dijelaskan dalam al-Quran ialah hubungan kelamin, makan dan minum. Tuan boleh ikuti dalilnya dalam al-Quran, surah al-Baqarah, ayat 187. Hadis pula menambahkan dua perkara lagi iaitu muntah dan bekam. Begitupun dua perkara ini membatalkan puasa jika dilakukan dengan sengaja dan hanya menurut sesetengah mazhab sahaja.

Walaupun hubungan kelamin, makan dan minum sudah jelas ertinya, namun ada beberapa perbuatan lagi yang tidak dikira makan dan minum, tetapi menyerupainya seperti merokok dan mengambil bahan-bahan khayal melalui sedut dan cium. Ulama sepakat memutuskan, perbuatan-perbuatan seumpama ini juga membatalkan puasa.

Termasuk juga dalam perkara yang membatalkan puasa ialah melakukan perbuatan yang menyerupai hubungan seks seperti mengeluarkan mani dengan tangan, melakukan mukadimah hubungan seks, menonton filem-filem lucah dan sebagainya sehingga keluar mani. Ulama juga sepakat memutuskan hukumnya membatalkan puasa kerana ia menyerupai hubungan seks.

Banyak lagi perbuatan yang dianggap menyerupai makan dan minum, tetapi ulama tidak sepakat menyatakan hukumnya sama ada membatalkan puasa atau tidak, kerana dari beberapa sudut menyerupai makan dan minum, tetapi dari beberapa sudut yang lain pula berbeza. Perbuatan-perbuatan itu adalah seperti suntikan insulin atau ubat-ubatan melalui urat-urat di bawah kulit, memasukkan air ke dalam telinga, mata, hidung dan sebagainya.

Jika perbuatan-perbuatan ini dikatakan makan atau minum, maka pastinya ia membatalkan puasa. Sebaliknya jika tidak dikatakan makan atau minum, maka tidak membatalkan. Kedua-duanya ada pendapat ulama, masing-masing mempunyai logik dan alasan tersendiri.

Oleh kerana suntikan ubat-ubatan tidak berlaku dalam beberapa abad pertama Islam dan tidak terkenal dalam kaedah rawatan tradisional oleh pakar-pakar perubatan Islam, maka hukumnya secara jelas juga tidak diketahui dalam ijtihad ulama silam. Sepanjang yang diketahui jawapannya berdasarkan ijtihad ulama semasa dan badan-badan fatwa daripada beberapa institusi Islam kini.

Saya cuba mengutip pendapat dan fatwa-fatwa terkini yang dikeluarkan oleh tokoh-tokoh yang dianggap berwibawa seperti Dr. Yusuf al-Qaradawi dan lain-lain, untuk dipertimbangkan bagi amalan kita. Saya juga akan mencadangkan jalan terbaik sebagai pilihan penghidap diabetes yang terpaksa mengambil suntikan insulin setiap hari.

Pendapat pertama: Semua perbuatan memasukkan sesuatu ke dalam rongga (lubang) badan, seperti mulut, hidung dan telinga membatalkan puasa, sama ada terus masuk ke dalam usus atau tidak dan sama ada makanan atau bukan makanan, cecair atau bukan cecair. Kitab-kitab yang ditulis dalam mazhab Syafie seperti Perhimpunan Ibadat karangan Ahmad Sonhaji jelas menyatakan perkara itu membatalkan puasa.

Berpandukan pendapat ini, semua suntikan termasuk insulin, ubat-ubatan, glukos dan lain-lain sama ada ia dimasukkan terus ke dalam usus, kepala atau ke dalam darah, hukumnya membatalkan puasa. Pihak yang terlibat hendaklah mengqada puasanya atau membayar fidyah mengikut hukum yang ditetapkan.

Jika tuan memilih pendapat ini, maka puasa tuan batal kerana pengambilan suntikan itu, tetapi tuan diharuskan berbuka awal-awal lagi dengan alasan sakit, kemudian dikehendaki mengqada atau membayar fidyah, sebaik sahaja selesai Ramadan, iaitu jika tuan dikurniakan sihat dan afiat, atau membayar fidyah jika tuan terus uzur.

Pendapat kedua: Suntikan insulin atau ubat-ubatan seperti suntikan demam kepialu, kolera dan lain-lain tidak membatalkan puasa kerana suntikan itu tidak dianggap makan dan minum dan tidak pula menyerupainya. Makan minum menurut mereka ialah mengambil bahan-bahan berupa makanan, melalui mulut dan ditelan hingga terus ke usus atau rongga.

Suntikan insulin dan ubat-ubatan tidak dikatakan makan atau minum kerana tidak melalui mulut dan tidak pula dibawa terus ke usus. Bagaimanapun, menurut Syeikh Atiyyah Saqr, pengerusi Majlis fatwa Azhar, suntikan glukos membatalkan puasa, kerana suntikan ini menyerupai makan minum. Glukos yang disuntik itu pula berfungsi seperti makanan dan mampu menahan lapar hingga beberapa waktu. Keterangan doktor dalam perkara ini perlu dirujuk.

Dr. Yusuf al-Qaradawi, seorang ilmuwan dan mujtahid terkini, lebih cenderung kepada pendapat tidak membatalkan puasa kerana suntikan glukos hanya menghubungkan terus dengan darah tanpa melalui usus. Ini bererti suntikan glukos dan lain-lain suntikan perubatan termasuk juga insulin tidak dikategorikan sebagai makan atau minum dan sekali gus tidak membatalkan puasa.

Bagaimanapun, menurutnya lagi, bagi mencapai kesempurnaan puasa, seorang muslim tidak sepatutnya mengambil semua suntikan ini terutama suntikan glukos ketika menjalani ibadah puasa. Mereka boleh mengubah jadual pengambilan suntikan pada waktu malam atau mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.

Jika suntikan terpaksa juga diambil pada siang hari kerana penyakitnya agak serius, maka sebagai seorang pesakit dia diharuskan berbuka. Jika keadaannya bertambah sihat selepas Ramadan, hendaklah dia mengqada semua puasa yang tertinggal. Jika terus uzur, bolehlah dibayar fidyah iaitu mengeluarkan makanan untuk sekali makan kepada fakir miskin bagi setiap hari puasa yang ditinggalkan.

Kadar fidyah seperti yang saya cadangkan dalam artikel terdahulu, jika dipilih untuk memberi harga makan kepada fakir miskin, sebaik-baiknya cukup untuk membeli sebungkus makanan yang lengkap dengan lauk, sayur dan air minuman. Mungkin nasi bungkus berharga RM5 agak sederhana dan mencukupi sebagai fidyah bagi sehari puasa yang ditinggalkan.

Berbincang mengenai masalah ini, saya tertarik juga dengan pendapat A. Hassan Bandung. Beliau seorang ilmuwan Islam, pengarang dan mujtahid terkenal di Nusantara. Beliau berpendapat, suntikan ubat-ubatan, insulin dan glukos tidak membatalkan puasa, bahkan mengepam air melalui saluran kencing dan memasukkan objek ke dalam dubur juga tidak membatalkan puasa kerana perbuatan-perbuatan itu tidak dikategorikan sebagai makan dan minum. Saya perturunkan di sini tulisan beliau yang menjawab soalan berkenaan.

Adapun mengepam lubang kencing, suntikan ubat melalui urat dan memasukkan sesuatu ke dalam dubur tidak membatalkan puasa kerana perbuatan-perbuatan itu tidak termasuk dalam istilah makan dan minum. (Soal Jawab Tentang Berbagai Masalah Agama, Diponegoro, 1997, 1/231).

Pendapat A. Hassan Bandung ini sama dengan pendapat Ibn Hazm al-Zahiryy yang membataskan perkara yang membatalkan puasa hanya pada melakukan hubungan seks, makan minum, sengaja muntah dan berbuat maksiat. Adapun memasukkan sesuatu melalui saluran bukan mulut dan tidak sampai kepada usus tidak dikirakan makan dan minum, sekali gus tidak pula membatalkan puasa. Pendapat ini juga mempunyai nilai ilmiah yang tinggi kerana jika konsep makan dan minum itu diperluaskan, mengapa tidak diperluaskan oleh Rasulullah s.a.w. sendiri.

Saya lebih cenderung kepada pendapat Syeikh Atiyyah Saqr yang menyatakan suntikan ubat-ubatan tidak membatalkan puasa, tetapi suntikan glukos membatalkan kerana ia lebih menyerupai makanan dan berfungsi sebagai makanan, sedangkan puasa pada hakikatnya ialah menahan diri daripada makan, minum dan hubungan kelamin.

Jika pengambilan glukos melalui suntikan itu diharuskan, ada kemungkinan sesetengah orang akan memilih jalan ini bagi meringankan beban puasanya, biarpun ditakdirkan ada sedikit bayaran supaya puasanya tidak lagi lapar dan dahaga. Padahal lapar dan dahaga itu sesuatu yang dikehendaki dalam ibadah ini, supaya dia dapat menghargai nikmat Allah yang dirasainya sebelum puasa.

Merujuk soalan di atas, saudara yang terpaksa menerima suntikan insulin pada setiap hari, saya cadangkan dua pilihan berikut:

Pertama: Teruskan pengambilan itu tanpa sebarang keraguan. Anggaplah puasa saudara sebagai sah dan tidak batal. Tiada apa-apa kewajipan lagi setelah selesai Ramadan, sama ada fidyah atau qada. Baik juga jika tuan dapatkan nasihat doktor untuk mengubah jadual suntikan itu kepada waktu selepas berbuka. Saya kira jalan ini juga masih boleh dilakukan.

Kedua: Anda harus berbuka dengan alasan sakit diabetes yang serius. Allah membenarkan orang sakit berbuka, firman-Nya: Sesiapa di antara kamu yang sakit atau musafir, bolehlah dia berbuka, kemudian wajiblah dia berpuasa sebanyak hari yang dibuka. Jika penyakit anda terus-menerus dan tidak mengizinkan puasa, maka hendaklah membayar fidyah, seperti yang dicadangkan di atas.

Saya berpendapat, cara kedua ini lebih serasi dengan kehendak dan semangat agama Islam yang selalunya mudah dan tidak memberatkan. Tuan tidak diwajibkan mengqada puasa yang tertinggal sehingga tuan betul-betul mampu berpuasa.

9 comments:

Da Shuai Guo said...

3guowenhao0824
gucci outlet
pittsburgh steelers jersey
links of london uk
jordan 11
michael kors uk
kobe 9
ray ban sunglasses, http://www.ray-bansunglassess.in.net
timberland boots
lebron james shoes
calvin klein outlet
coach outlet
polo ralph lauren outlet
ray ban sunglasses online
polo lacoste pas cher
nike trainers
miami heat jersey
ray ban sunglasses
michael kors canada, http://www.michaelkorsoutletcanada.in.net
dansko outlet
louis vuitton
cheap mlb jerseys
new york giants jerseys
louis vuitton outlet store
ralph lauren uk
supra shoes
green bay packers jerseys
mac makeup
beats by dre
replica watches
ugg boots, http://www.uggboot.com.co

Meiqing Xu said...

20160321meiqing
20160321meiqing
louis vuitton
gucci outlet
coach outlet
ray ban sunglasses
coach outlet online
fitflops
jordan retro 3
louis vuitton outlet
coach factorty outlet
ugg boots
uggs outlet
jordans
prada handbags
abercrombie
coach factory outlet
coach outlet store online
moncler jacket
lebron james shoes
coach outlet
nike trainers
hollister clothing
gucci handbags
longchamp outlet
cheap oakleys
pandora jewelry
canada goose jackets
tory burch outlet
louis vuitton handbags
kevin durant shoes 8
michael kors outlet
ralph lauren polo outlet
air jordan pas cher
nike running shoes
coach factory
celine
abercrombie outlet
canada goose outlet
ray-ban sunglasses
toms shoes
oakkey sunglasses

dong dong23 said...

toms shoes
michael kors handbags
ed hardy clothing
michael kors outlet online
nike air force 1
ed hardy
michael kors handbags
salomon boots
michael kors handbags
cheap michael kors handbags
michael kors outlet
michael kors handbags wholesale
michael kors handbags
michael kors outlet store
michael kors handbags
nike huarache
cheap michael kors handbags
gucci borse
michael kors outlet clearance
polo ralph lauren outlet
michael kors handbags
ralph lauren outlet online
rolex replica watches
chaussure louboutin
michael kors handbags online
converse shoes

raybanoutlet001 said...

nike air max 90
michael kors handbags sale
michael kors handbags
michael kors
cheap oakley sunglasses
nike store
pandora outlet
cheap michael kors handbags
michael kors handbags wholesale
nike free 5

wesan michael said...

longchamp bags
ugg outlet
http://www.raybanglasses.in.net
chrome hearts outlet
michael kors outlet
adidas nmd
yeezy shoes
jordan shoes
christian louboutin shoes
skechers go walk

chenlina said...

uggs outlet
retro jordans
giuseppe zanotti
nike air max 90
beats by dre
michael kors outlet online sale
coach outlet store online clearances
canada goose sale
nhl jerseys
sac longchamp
chenlina20161109

姚嘉 said...

birkenstocks
saics running shoes
versace
nike store
ghd hair straighteners
michael kors handbags
nike air huarache
cheap nba jerseys
nike outlet store
jimmy choo

raybanoutlet001 said...

michael kors handbags,michael kors handbags clearance,michael kors clearance
true religion jeans
michael kors outlet
http://www.raybanglasses.in.net
links of london sale
michael kors handbags
hogan outlet
tiffany and co outlet
ralph lauren online,cheap ralph lauren
links of london

raybanoutlet001 said...

polo ralph lauren
ralph lauren
skechers outlet
michael kors outlet online
michael kors handbags wholesale
michael kors handbags
cheap jordans
oakley sunglasses
cheap oakley sunglasses
coach