Wednesday, June 1, 2011

HUKUM TIDAK MAHU BERKAHWIN 


SOALAN:
Saya seorang hamba Allah yang telah separuh usia tetapi hingga kini masih belum berkahwin kerana masalah-masalah peribadi. Sejak akhir-akhir ini saya kerap dipermainkan oleh kawan-kawan kononnya saya membelakangkan sunah nabi dan sekali gus saya tidak diakui umatnya.

Soalan saya, apakah hukum seorang lelaki seperti saya yang tidak berkahwin sepanjang usianya? Sebesar manakah dosa yang bakal ditanggung oleh saya? Benarkah saya tidak diakui umat Nabi Muhammad s.a.w? Jika perkahwinan itu merupakan usaha menghayati sunah nabi, sebesar manakah pula pahala yang bakal diterima, terutama bagi lelaki yang berjaya berkahwin lebih daripada satu?

- UMAR, hulu Klang, Selangor.

JAWAPAN:
Setinggi-tinggi terima kasih saya ucapkan kepada anda yang bertanya. Sangka baik anda dan rakan-rakan yang mengirim soalan menambahkan lagi keyakinan saya untuk terus menjawab segala kemusykilan yang dimajukan.

Islam adalah agama yang menggalakkan seseorang yang mampu kahwin dan bersedia menjalankan tanggungjawab sebagai suami dan ketua keluarga supaya berkahwin dan membina rumah tangga. Rasulullah s.a.w. tidak menyukai orang yang membujang seumur hidup, kecuali dia mempunyai masalah yang tidak mengizinkannya untuk berkahwin. Mungkin anda termasuk dalam golongan yang dikecualikan.

Nabi Muhammad s.a.w. dan rasul-rasul terdahulu terdiri daripada golongan orang yang berkahwin dan mempunyai zuriat keturunan. Kebanyakannya beristeri lebih daripada satu. Hakikat ini dinyatakan dalam firman Allah yang bermaksud: Dan sesungguhnya Kami telah mengutus rasul-rasul sebelummu dan Kami jadikan untuk mereka isteri-isteri dan zuriat keturunan (al-Ra'd: 38).

Dalam hadis pula, nabi s.a.w. mengecam segolongan sahabat yang pernah menyatakan hasrat mereka untuk berkasi dan terus membujang sepanjang hayat bagi menumpukan sepenuh usia mereka kepada ibadat dan solat malam. Baginda menasihati mereka: ``Kahwinlah kamu dengan wanita yang penyayang dan ramai anak. Sesungguhnya aku berbangga dengan ramai bilangan umatku pada hari kiamat.''

Meskipun rangsangan kahwin begitu jelas, namun hukumnya berbeza antara seorang individu dengan yang lain, mengikut keperluan dan keadaan. Bagi mereka yang mampu berkahwin, berkemahuan tinggi serta menaruh kebimbangan terjebak dalam maksiat, maka hukumnya wajib kahwin dan berdosa jika ditangguhkan.

Bagi mereka yang ada kemahuan berkahwin, tetapi tidak mendatangkan apa-apa masalah jika hidupnya membujang, maka hukumnya sunat kahwin. Bagi mereka yang yakin tidak mampu melaksanakan tugas-tugas sebagai suami isteri, atau sebenarnya dia tidak berminat kepada hidup berpasangan, maka haram baginya kahwin. Hukum ini sama sahaja bagi lelaki mahupun wanita.

Anda tidak menyatakan dengan terus terang masalah yang dihadapi yang menghalang anda untuk meneruskan perkahwinan. Jika halangan itu disebabkan tekanan nafsu yang rendah, atau kerana tidak mampu menjalankan kewajipan selepas kahwin, atau mungkin ada sebab-sebab lain lagi yang munasabah, maka saya sependapat dengan sikap anda untuk terus membujang sepanjang usia. Mungkin anda termasuk dalam golongan orang yang haram kahwin.

Anda tidak perlu melayani suara kawan-kawan yang suka bergurau kerana mereka sebenarnya tidak tahu masalah anda. Jika anda berasa cukup bahagia dengan hidup tanpa kahwin dan memangpun anda telah menjalani kehidupan itu hingga ke separuh usia, maka anda tidak perlu risau terhadap masa depan yang masih ada. Mungkin usia yang tinggal tidak sepanjang yang telah pergi.

Anda perlu tenangkan fikiran dan hadapi masa depan dengan penuh kepercayaan. Sebagai ganti kepada kahwin, berikan sumbangan kepada masyarakat sebanyak yang anda mampu. Carilah kebahagiaan melalui sumbangan anda kepada masyarakat. Anda sebenarnya tidak keseorangan dalam kehidupan seumpama itu, malah masih ramai orang yang hidup membujang sepanjang usia tetapi menikmati kebahagiaan yang sungguh bermakna sama ada lelaki atau wanita. Saya cuba kemukakan di sini beberapa ulama dan ilmuwan Islam yang tidak pernah berkahwin dan membujang sepanjang usia. Nama-nama mereka masih disebut-sebut oleh para pencintanya.

Anda mungkin terkejut apabila saya menyebutkan nama-nama ulama yang membujang sepanjang usia seperti Ibn Jarir al-Tabari (224-310H). Beliau ialah pengarang kitab Tafsir al-Quran yang terkemuka, pakar dalam bidang sejarah dan pengasas sebuah mazhab Fiqh pada zamannya. Demikian juga dengan Imam Jar Allh al-Zamakhsyari (467-538H), Jalal al-Din al-Suyuti (849-911H) dan lain-lain.

Tiga tokoh yang disebutkan ini ialah antara tokoh-tokoh besar dalam tafsir al-Quran yang sukar ditandingi. Pemikiran mereka masih segar dalam ingatan umat Islam, nama-nama mereka selalu disebut dalam majlis-majlis forum dan seminar-seminar akademik. Kitab-kitab karangan mereka memenuhi rak-rak buku dalam perpustakaan di seluruh dunia.

Ratusan penyelidik pula berjaya mendapatkan ijazah sarjana atau doktor falsafah hasil kajian tentang sejarah dan sumbangan mereka kepada ilmu-ilmu Islam.

Penulis sendiri ialah salah seorang peminat al-Suyuti dan berjaya memperoleh ijazah sarjana dengan mengkaji sumbangannya kepada ilmu hadis. Sesetengah orang berpendapat keilmuan al-Suyuti boleh dikaji dalam apa jua bidang sekalipun, semuanya layak untuk dinilai pada peringkat sama ada sarjana atau doktor falsafah.

Ramai lagi ulama dalam berbagai-bagai bidang ilmu yang memilih untuk hidup tanpa kahwin seperti Imam al-Nawawi iaitu pakar hadis dari negeri Syam, Ibn al-Nafis ahli perubatan Arab, Ibn Yunus ahli nahu dari Basrah, Bisyr al-Hafi ahli Sufi, Abu Ali al-Farisi sasterawan Arab dan lain-lain. Meskipun mereka tidak pernah mendidik anak-anak kandung kerana tidak pernah membina keluarga, tetapi mereka pernah membangunkan ummah dan pernah mengasaskan beberapa institusi dalam pemikiran Islam melalui anak-anak murid mereka.

Kembali kepada sindirian tajam sesetengah kawan terhadap anda kerana tidak kahwin, kononnya anda tidak mengikuti sunah nabi dan kemungkinan nabi tidak mengaku anda sebagai umatnya.
Anda boleh sebut kepada kawan-kawan anda itu nama-nama ulama yang disenaraikan di atas. Pastinya mereka lebih tahu tentang hukum dan keperluan sebenar dalam kehidupan mereka dan pastinya juga mereka tidak rela diri mereka tidak menjadi umat Nabi Muhammad s.a.w.

Terdahulu telah disebutkan hukum kahwin dalam fiqh Islam yang banyak bergantung pada suasana dan kedudukan seseorang. Ulama yang memilih hidup tanpa kahwin tentu ada sebab-sebabnya sama ada peribadi atau lain-lain.

Biasanya mereka memilih cara hidup seumpama itu disebabkan kewajipan dan tanggungjawab mereka yang besar terhadap masyarakat dan ummah. Mereka rela hidup tanpa kahwin sepanjang usia sebagai bayaran kepada hidup sepenuh masa sebagai ulat buku, sebagai ahli ibadat, sebagai pengarang dan lain-lain.

Ramai ulama beranggapan kahwin membunuh cita-cita sebagai ilmuwan. Umar ibn al-Khattab radiallahuanhu pernah menasihati muridnya supaya belajar bersungguh-sungguh sebelum kahwin. Setelah berkahwin, masa akan tertumpu kepada keluarga, tidak lagi kepada ilmu.

Imam Abu Hanifah radiallahuanhu menasihati murid pintarnya Abu Yusuf. Katanya: Hati-hati engkau dengan wanita. Jangan kahwin semasa belajar, nanti masa kamu terbuang kerana melayani isteri dan anak-anak.'' Nasihat Imam Abu Hanifah ini perlu diamati pelajar-pelajar di sekolah-sekolah tinggi hari ini. Ramai pelajar yang tidak sabar-sabar lagi untuk berkahwin sebaik sahaja menjejak kaki ke universiti.

Imam Abu Hamid al-Ghazali (505 H) dalam kitabnya Ihya `Ulum al-Din berpendapat sebaik-baiknya ulama memilih hidup tanpa kahwin kerana kesibukan keluarga biasanya menjejaskan kehidupan seseorang sebagai ulama. Jika tidak dibimbangi menjejaskan kewibawaan sebagai ulama, maka kahwin lebih afdal daripada hidup membujang.

Ibn Taimiyyah (660 H) sependapat dengan al-Ghazali. Beliau hidup selama 67 tahun tanpa isteri dan anak-anak yang menghiburnya. Beliau akhirnya meninggal dunia ketika dalam penjara di Syam setelah dihalangnya daripada menyentuh kitab, memegang pena dan kertas yang sangat dicintainya.

Ibn Taimiyyah tidak kesempatan menjadi suami atau ketua keluarga kerana beliau sibuk dengan urusan masyarakat dan negara. Beliau berjuang dengan lidah dan penanya yang tajam, kadang-kadang tenang buat seketika, tetapi belumpun sempat berkahwin, suasana dengan tiba-tiba kembali menjadi kacau bilau. Beliau terpaksa menangguh perkahwinannya hingga akhirnya meninggal dunia.

Ada orang berpendapat kelatangan Ibn Taimiyyah menegur dan mengkritik sesuatu yang dilihatnya salah, termasuk dasar-dasar kerajaan yang dilihatnya sebagai mungkar, adalah disebabkan beliau ketiadaan isteri dan anak-anak. Andainya beliau mempunyai isteri dan anak-anak, kemungkinan sikapnya tidak sekasar itu.

Saya berpendapat kemungkinan inilah menjadikan Ibn Taimiyyah memilih untuk hidup tanpa kahwin. Beliau menyedari lebih awal bahawa jika dia hidup sebagai seorang suami dan ketua keluarga yang mempunyai anak-anak, nescaya banyak prinsip beliau gagal pertahankan. Bukankah pengaruh isteri itu sangat besar bagi seorang suami. Wallah A'lam.

43 comments:

Anonymous said...

apa hukumnya jika tidak berkahwin kerana belum bertemu jodoh yang berkenan di hati? adakah ia boleh dianggap sebagai dikecualikan untuk berkahwin? saya ingin mencari orang yang penyayang, bertanggungjawab, berbudi bahasa serta ada rupa. ada yang memberi hint perasaan suka mereka pada saya tetapi mereka tidak ada ciri yang saya cari lalu saya menolak mereka untuk berkahwin. adakah ini berdosa?

Ummu Waheedah said...

Kenapa ustaz tak jawap soalan d atas?

Anonymous said...

kalau dah memilih tu mmg laa lama sikit bertemu jodoh..

Valiant Lady said...

Assalaam alaik..

Dlm buku Manhaj Fiqh Al-Syafi'i Jilid IV, ms 21.

AFDHAL tidak kahwin : Orang yang Mampu berkahwin, tapi tak berkeinginan di samping sibuk beribadat atau menuntut ilmu.

MAKRUH berkahwin : ialah org yg tidak perlu kepada perkahwinan. Eg, xmemmpunyai keinginan disebabkan faktor semulajadi, penyakit atau xde perbelanjaan. Makruh berkahwin dlm keadaan ini kerana perkahwinan perlu kpd memenuhi sesuatu yg diluar kemampuan i.e. nafkah zahir batin, mas kahwin.

SUNAT tidak berkahwin : Mempunyai keinginan tapi tak ada perbelanjaan nikah dan nafkah. Oleh itu, dia hendaklah memelihara diri dgn berpuasa dan beribadat agar kesibukannya itu dapat melekakannya drpd berfikir ttg perkahwinan sehingga dia mampu mengatasi keinginannya utk beerkahwin.

Wallahu alam.

Anonymous said...

Apakah hukum seorang wanita yg menetapkan utk tidak berkahwin krn d khuatiri d ketahui masa silamnya yg gelap?

Nurul Syazwani said...

Mungkin boleh bawak bincang kalau ade org yg dtg merisik.
Tapi, xsalah saye, xwajib bongkarkn aib2 sebelum kahwin. Lain la kalau ade pnyakit yg boleh memudaratkn mcm Aids.
Wallahua'lam.
Boleh cube tye imam dkt masjid :)

Anonymous said...

Salam. . .isu ini x prlu diprbesarkn atau diherankn. .kahwin ialah sunnah nabi tpi tdak dikatakn wajib. .jgn jdi islam yg thu ikut dn buat tpi makna dn erti tidak faham. .tahu syariat tpi tidak tahu hakikat. .cinta sbenar ialah kpada Allah swt. .

Anonymous said...

Kalo xnk berkhawin sbb benci akan perempuan?

Anonymous said...

Salam. Kalau saya tak nak berkahwin atas sebab saya tak mahu menambahkan lagi dosa,menyakitkan hati&derhaka terhadap suami macam mana? Secara jujur saya disyaki menghidap paranoid personality disorder, as a result saya tak pernah ada rasa cinta macam perempuan lain. Saya hanya ada rasa kasih sayang tu pun still ada gap walaupun dengan kawan rapat& family yang saya dah kenal berbelas belas tahun. Perasaan boleh diubah&berubah dan cinta hanya mitos dan fantasi semata mata.personality saya dgn pasangan pun selalu berubah ubah dari ceria ke cold&sarcastic dalam sekelip mata. Saya tak pernah jadi clingy, tak pernah cemburu dan saya boleh dikatakan tak pernah kisah langsung tentang pasangan saya. Saya hanya nak dia ada sebab saya bosan dan nak jadi macam orang lain dan rasa alam percintaan. Kadang kadang saya try ubah cara pemikiran saya, cuba bagitahu masalah saya ni dekat adik dan kawan baik tapi saya tak nampak perubahan dan diorang hanya kata mungkin saya belum jumpa that speacial someone. Saya nak ada keluarga sendiri. Nak ada seseorang yang akan teman saya untuk separuh dari lifetime saya saya juga ada rasa sunyi macam orang lain. Tapi saya risau kalau nanti saya sendiri yang akan musnahkan alam perkhawinan saya

Anonymous said...

I'm going through the same thing. Saya tanya kawan saya, kalau taknak kahwin boleh tak? Sebab saya cepat menyampah dengan orang yang terlalu rapat dengan saya. Bukan sengaja. Cuma perasaan tu tak boleh nak kawal. I can go from being happy with them to tak layan langsung for months. Bersalah tu memang bersalah. Tapi taktahu macam mana nak kawal. I'm scared if I'll be fed up of my future partner. I'd rather not marry, at the same time nak kahwin. Cuma risky sangat. Wallahualam. He knows best of what will become of us. Kita sabar and insyaAllah He'll lead us to a room of answers.

Anonymous said...

Enjoy your aids

Anonymous said...

Apa hukumnya kalau seorang wanita menetapkan pendirian untuk hidup membujang kerana sudah fed up dengan lelaki kerana sering ditipu dan diperguna oleh mereka? Walhal dihati masih percaya akan cinta tapi tetap memilih untuk menyendiri kerana sudah tidak larat untuk dikecewa lagi?

Anonymous said...

Apa hukumnya kalau seorang wanita menetapkan pendirian untuk hidup membujang kerana sudah fed up dengan lelaki kerana sering ditipu dan diperguna oleh mereka? Walhal dihati masih percaya akan cinta tapi tetap memilih untuk menyendiri kerana sudah tidak larat untuk dikecewa lagi?

Anonymous said...

assalamualaikum.

saya jatuh cinta pd seseorang.tapi saya tau saya x mungkin dpt kahwin dengan dia.memang ada usaha untuk cari yang lain,tapi demi Allah..hati saya rasa kosong dan tawar untuk mencintai yg lain.bukan tak mencuba..tapi entah lah.

sampai sekarang saya masih membujang.keinginan utk berumahtangga..ada isteri dan anak2 utk doakan saya bila saya takda nanti masih wujud.tapi saya tetap tangguhkan sebab hati saya dh tawar.

kadang terfikir juga..adakah nanti Nabi s.a.w tak mengaku saya umat baginda sbb saya x kahwin.dan tak kahwin tu pulak bkn sebab menentang sunnah..tapi tak mampu nak menipu perasaan sendiri.adakah saya akan 'dipinggirkan' sbb perasaan ni?

demi Allah..bab2 perasaan ni mmg misteri dan aneh.

dong dong said...

201577dongdong
chanel handbags
abercrombie and fitch
football shoes
michael kors outlet
black timberland boots
michael kors
louboutin femme
jordan 11 gamma blue
michael kors
ed hardy clothing
burberry outlet
coach factory outlet online
michael kors outlet online
gucci handbags
abercrombie
ray ban glasses
coach outlet store online
true religion jeans
cheap jordans
michael kors outlet online
jordan 4
coach factory outlet
fitflop shoes
louis vuitton outlet
louis vuitton
tod's shoes
jordan 9
cheap toms
replica watches
oakley sunglasses
mont blanc
louis vuitton
fendi bags
abercrombie & fitch
louis vuitton outlet
nhl jerseys
cheap air max

Da Shuai Guo said...

3guowenhao0824
gucci outlet
pittsburgh steelers jersey
links of london uk
jordan 11
michael kors uk
kobe 9
ray ban sunglasses, http://www.ray-bansunglassess.in.net
timberland boots
lebron james shoes
calvin klein outlet
coach outlet
polo ralph lauren outlet
ray ban sunglasses online
polo lacoste pas cher
nike trainers
miami heat jersey
ray ban sunglasses
michael kors canada, http://www.michaelkorsoutletcanada.in.net
dansko outlet
louis vuitton
cheap mlb jerseys
new york giants jerseys
louis vuitton outlet store
ralph lauren uk
supra shoes
green bay packers jerseys
mac makeup
beats by dre
replica watches
ugg boots, http://www.uggboot.com.co

Mu Lin said...

louis vuitton zippy wallet
gucci purses
birkin bag hermes
cheap michael kors purses
coach outlet store
gucci outlet online
burberry purses
chanel bags outlet
burberry wallets
burberry bags
burberry handbags
burberry tote
gucci bags
hermes birkin
cheap coach purses
cheap gucci belts
coach tote bags
chanel bags prices
chanel wallet on a chain
michael kors bags on sale
michael kors cluthch
gucci clutch
hermes handbags
chanel clutch bag
longchamp bags
coach handbags sale
louis vuitton shoulder bag
gucci handbags
mcm purses
gucci bag
coach outlet store online
louis vuitton travel bag
louis vuitton watllets
coach crossbody
coach purse outlet

风骚达哥 said...

20151015 junda
Wholesale Authentic Designer Handbags
michael kors outlet
coach factory outlet
Hollister uk
Buy Kobe Shoes Online Discount
Louis Vuitton Bags Outlet Store
cheap toms shoes
ugg boots
louis vuitton outlet
michael kors uk
Louis Vuitton Handbags Discount Off
Cheap Jordans For Sale Wholesale
New Louis Vuitton Handbags Outlet
ray ban sunglasses uk
michael kors outlet online
Jordan 8 Bugs Bunny
Coach Factory Outlet Stores 70% off
louis vuitton
ugg boots
Michael Kors Outlet Deals Online
abercrombie
celine
ugg boots outlet
Jordan 6 Rings Powder Blue
Coach Factory Outlet Online Sale
Michael Kors Outlet Real Handbags Online
Oakley Vault Outlet Store Online
Christian Louis Vuitton Red Bottoms
ugg boots
coach outlet store online

Julia Inne said...

Saya tak nak kahwin sbb tak suka dikongkong. Hehehhe

小方 said...


fangyanting20151030
cyber monday deals
fitflop clearance
ugg outlet
replica watches
mcm outlet
winter jackets
jordan shoes
moncler coats
links of london
michael kors outlet
mulberry outlet
cheap jordans
cyber monday 2015
lebron james shoes
rolex watches
oakley sunglasses
oakley outlet
soccer jerseys
michael kors outlet
ugg boots
swarovski crystal
ralph lauren shirts
juicy couture outlet
hermes birkin
michael kors handbags
uggs outlet
canada goose outlet
tiffany outlet
hermes outlet
longchamp outlet

Adam Nur said...

bergantung kepada individu dan situasi. carilah jalan yang kita mampu untuk beribadah lebih. mungkin dengan jalan menuntut ilmu atau mungkin jalan perkahwinan. mengenai hukum, ianya telah jelas jika kita masih berpegang pada Mazhab Imam Syafie dan Sunnah serta AlQuran. perkahwinan itu amanah, ilmu itu pun amanah. jika ilmu tidak dijariahkan, juga jadi sia-sia. Allah melebihkan sesuatu kaum itu dengan sesuatu yang lain. berfikirlah.

Adam Nur said...

benci perempuan mesti bersebab kan? fikirlah akan kejadian dan kekuasaan Allah terhadap kejadian wanita. ibumu dan saudara perempuanmu, jangan sesekali dibenci. ianya senasab denganmu.

Adam Nur said...

benci perempuan mesti bersebab kan? fikirlah akan kejadian dan kekuasaan Allah terhadap kejadian wanita. ibumu dan saudara perempuanmu, jangan sesekali dibenci. ianya senasab denganmu.

Adam Nur said...

situasi sama dengan saya. istikharahlah. Allah akan tunjukkan urusan mana satu yang tenang. ikutlah hati yg tenang tu.

siti afifah abdul aziz said...

Me too -_-

siti afifah abdul aziz said...
This comment has been removed by the author.
prof. leeya said...

Kita sama

prof. leeya said...

Kita sama

艾丰 said...

jianbin0323
christian louboutin online
tiffany outlet
oakley sunglasses
michael kors online
prada handbags
michael kors outlet
michael kors handbags
rolex watches
ray-ban sunglasses
nba jerseys
longchamp handbags
cheap jordans
fitflop clearance
coach outlet
louis vuitton handbags
soccer jerseys
juicy couture tracksuit
links of london
adidas wings
michael kors outlet online
louis vuitton outlet store
fitflop sale
air jordan 11
true religion outlet
nike air force 1
true religion outlet
jordan shoes 2015
snapbacks wholesale
nike roshe
nhl jerseys
michael kors handbags
michael kors outlet online
basketball shoes

Zhenhong Bao said...

polo ralph lauren
michael kors outlet
louis vuitton outlet store
cheap nfl jerseys
michael kors outlet
prada outlet online
michael kors outlet
soccer jerseys
cheap jordans
ralph lauren outlet
air max 90
michael kors uk outlet
cheap nfl jersey
michael kors outlet store
basketball shoes,basketball sneakers,lebron james shoes,sports shoes,kobe bryant shoes,kobe sneakers,nike basketball shoes,running shoes,mens sport shoes,nike shoes
louis vuitton outlet
mulberry handbags
prada handbags
pandora jewelry
michael kors handbags
asics
swarovski crystal
cheap mlb jerseys
louis vuitton handbags
ralph lauren polo
michael kors outlet
rolex watches for sale
ray-ban sunglasses
swarovski outlet
ralph lauren shirts
thomas sabo uk
snapbacks wholesale
louis vuitton neverfull
michael kors outlet online
michael kors outlet
20160415zhenhong

Izz Osman said...

U are looking for perfection actually.

Izz Osman said...

U are looking for perfection actually.

chenlina said...

nfl jerseys wholesale
coach factory outlet
gucci outlet
louis vuitton outlet
ray ban sunglasses
coach outlet
michael kors
mont blanc pens
pandora jewelry
cheap nfl jerseys
adidas trainers
coach outlet store online
abercrombie kids
cheap uggs
true religion jeans
cheap jordans
north face outlet
polo ralph lauren
louis vuitton handbags uk
oakley vault
polo ralph lauren outlet
the north face
michael kors outlet online
coach factory outlet
air jordans
ugg sale
fitflops sale clearance
kobe bryant shoes
canada goose outlet
jordans for sale
abercrombie and fitch
coach outlet store online
louis vuitton outlet stores
michael kors handbags
christian louboutin shoes
louis vuitton bags
coach outlet store online
celine outlet
uggs on sale
tods shoes
chenlina20160810

dong dong23 said...

fitflops sale clearance
michael kors
nike trainers uk
fitflops shoes
ed hardy outlet
kobe 9
lebron shoes
michael kors handbags
air force 1 shoes
michael kors handbags
michael kors handbags outlet
fitflops
michael kors handbags
michael kors handbags sale
michael kors handbags
toms outlet
michael kors outlet store
supra shoes
michael kors handbags
michael kors outlet
nike trainers uk
nike roshe
air jordan uk
ralph lauren pas cher
michael kors handbags
nike roshe run
ralph lauren
michael kors handbags wholesale
michael kors outlet
michael kors outlet
polo ralph lauren
nike store
nike trainers
supra shoes sale
lebron james shoes

raybanoutlet001 said...

nike huarache
michael kors handbags
birkenstocks
michael kors handbags outlet
rolex replica watches
michael kors handbags
christian louboutin outlet
moncler outlet
ralph lauren outlet online
michael kors handbags clearance

wesan michael said...

yeezy boost
michael kors outlet
adidas neo online shop
hogan outlet
lacoste polo shirts
nike air zoom structure 19
coach outlet online
michael kors outlet store
toms outlet store
tiffany online

姚嘉 said...

birkenstocks
saics running shoes
versace
nike store
ghd hair straighteners
michael kors handbags
nike air huarache
cheap nba jerseys
nike outlet store
jimmy choo

raybanoutlet001 said...

fitflops clearance
yeezy boost 350 v2
kobe basketball shoes
oakley store online
tiffany jewelry
lacoste polo shirts
nfl jerseys from china
adidas superstar
Cheap Jordans For Sale
nike zoom

dong dong23 said...

longchamp handbags
mlb jerseys wholesale
los angeles clippers jerseys
celine outlet
coach outlet
coach factory outlet
cincinnati bengals jerseys
adidas originals superstar
ugg outlet store
nike cortez leather
2017.2.11chenlixiang

raybanoutlet001 said...

skechers outlet online
nike air zoom pegasus 32
air max
http://www.cheapairjordan.us
nike zoom
nike air huarache
adidas superstar
air jordan shoes
jordans for cheap
nike air zoom

raybanoutlet001 said...

coach outlet
san francisco 49ers jerseys
redskins jerseys
cleveland cavaliers jersey
michael kors outlet
hollister
red valentino
miami heat
hugo boss
adidas nmd runner

dong dong23 said...

replica watches
cheap jordans
adidas yeezy boost 350
north face
ray ban sunglasses
toms uk
converse shoes
mont blanc pens
nfl jerseys
pandora uk
20174.17wengdongdong

caiyan said...

pandora charms
true religion jeans
birkenstock sandals
adidas uk
beats by dr dre
chicago cubs jerseys
michael kors
louis vuitton canada
adidas yeezy boost 350
cheap nfl jerseys
0508shizhong