Thursday, July 22, 2010

Adab Adab Menjaga Tanah Kubur

Adab-adab menjaga tanah kubur

SOALAN:

Saya ada beberapa kemusykilan tentang tanah kubur yang diwakafkan oleh kerajaan bagi kepentingan umum. Memandangkan tanah kubur semakin sempit sejak akhir-akhir ini, saya kemukakan soalan-soalan berikut:

1. Apa pandangan tuan terhadap binaan mewah yang dibuat di atas kubur. Binaan itu ada yang mencecah harga antara RM3,000 hingga RM4,000. Binaan itu dianggap sebagai milik peribadi oleh keluarga berkenaan di atas tanah kubur yang diwakafkan.

2. Ada sebahagian anggota keluarga yang datang menziarah kubur membawa bunga dan menaburnya di atas kubur. Ada juga peniaga bunga yang menjualnya di sekitar kubur. Apakah hukumnya?
3. Apa yang sepatutnya kita lakukan di atas kubur ketika berziarah. Bolehkah kita membaca al-Quran untuk dihadiahkan pahalanya kepada orang yang meninggal dunia.
- AHMAD, Damansara, Kuala Lumpur.

JAWAPAN:

Isu tentang tanah kubur menjadi perkara utama sepanjang zaman, terutama di kawasan-kawasan yang padat dengan penduduk seperti di Kuala Lumpur dan bandar-bandar raya lain. Kita perhatikan sumber-sumber Islam banyak membicarakan perkara tentang kubur, misalnya di mana dan bagaimana kubur dikorek dan mayat dikebumikan. Justeru manusia yang beragama Islam adalah makhluk yang sangat dimuliakan maka pengebumiannya juga hendaklah dengan cara yang mulia, terpelihara dan terhormat.

Walaupun manusia kini berada dalam dunia moden dan menggunakan alat-alat serba canggih, namun manusia semuanya dicipta daripada tanah, akhirnya akan dikembalikan kepada tanah juga. Di dalam al-Quran Allah berfirman:

مِنْهَا خَلَقْنَاكُمْ وَفِيهَا نُعِيدُكُمْ وَمِنْهَا نُخْرِجُكُمْ تَارَةً أُخْرَى [طه: 55

Terjemahan: Dari bumilah Kami ciptakan kamu dan ke dalamnya Kami akan mengembalikan kamu, dan daripadanya pula Kami akan mengeluarkan kamu sekali lagi.

Persoalan yang dikemukakan di atas menumpukan kepada membuat bangunan di atas kubur. Saya beranggapan bangunan yang dimaksudkan dalam soalan itu ialah konkrit simen yang dibina bagi menggantikan sepasang batu nisan dan belendang. Konkrit ini kadang-kadang dihias begitu rupa, sehingga kelihatan cantik. Sering kali harga membuat binaan itu mencecah antara RM3,000 hingga RM4,000 seperti yang diberitahu dalam soalan di atas.

Saya merujuk kepada kitab Sabil al-Muhtadin 2/81 karangan Syeikh Muhammad Arshad al-Banjari. Kitab ini sangat popular dikalangan ulama pondok di Semenanjung. Pengarangnya menyatakan: Haram membuat sesuatu di atas kubur seperti kubah, rumah atau pagar, kerana bumi itu diwakafkan kepada semua orang Islam. Pihak berkuasa wajib melarang dan memerintahkan mereka merobohkannya (Sabil al-Muhtadin, 2/80)

Petikan ringkas ini menunjukkan membuat binaan di atas kubur seperti kubah adalah suatu amalan yang bertentangan dengan kehendak Islam kerana tanah kubur yang diwakafkan itu akan diguna untuk orang lain apabila tiba masanya. Jika binaan itu didirikan bagi tujuan menanda kubur orang berkenaan untuk ingatan keluarga dan sebagainya, memadailah dengan menanam dua batu nisan dan belendang yang bertulis nama tuan punya kubur sahaja. Batu nisan dan belendang boleh dialih pada bila-bila masa dikehendaki.

Dalam satu peristiwa, satu rombongan pendakwah Islam tiba di Rom, Itali yang diketuai Fudalah bin Ubayd. Ketika mereka tinggal di negara itu, tiba-tiba seorang kawan yang ikut serta dalam rombongan itu meninggal dunia, lalu dikebumikan di negeri itu. Fudalah sebagai ketua rombongan mengingatkan agar tanah kubur diratakan sama dengan paras bumi, kerana katanya Nabi s.a.w. menyuruh agar tanah kubur diratakan.

Dalam sebuah riwayat lain daripada Abu al-Hayyaj al-Asadi menyatakan: Ali Ibn Abu Talib bertanya saya:

‏عَنْ ‏ ‏أَبِي وَائِلٍ ‏أَنَّ ‏ ‏عَلِيًّا ‏ ‏قَالَ ‏ ‏لِأَبِي الْهَيَّاجِ الْأَسَدِيِّ ‏ ‏أَبْعَثُكَ عَلَى مَا بَعَثَنِي بِهِ النَّبِيُّ ‏ ‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‏ ‏أَنْ ‏ ‏لَا تَدَعَ قَبْرًا ‏ ‏مُشْرِفًا ‏ ‏إِلَّا سَوَّيْتَهُ وَلَا تِمْثَالًا إِلَّا ‏ ‏طَمَسْتَهُ
[الترمذي، الجنائز، ماجاء في تسوية القبور، حديث 970]

Terjemahan: Ali berkata kepada Abu al-Hayyaj al-Asadi: Aku ingin mengutus kamu seperti Allah mengutus aku iaitu jangan tinggalkan kubur-kubur itu tinggi rendah dan jangan ada patung kecuali dihapuskan.

Maksudnya, apabila kamu berkunjung ke negeri itu, musnahkan patung dan berhala. Jangan biarkan kubur-kuburnya menjadi tinggi. Ratakannya hingga ke paras menyamai bumi. Imam at-Tirmizi mengulas hadis itu, katanya: Berdasarkan riwayat ini, ulama Islam tidak suka paras kubur ditinggikan dari paras bumi.

Keterangan ini menunjukkan paras kubur hendaklah tidak melebihi paras bumi. Sebarang bangunan atau binaan yang dibina sama ada bagi menggantikan dua batu nisan atau belendang kubur, hendaklah dianggap sebagai menyalahi penggunaan yang sepatutnya. Saya melihat ada beberapa sebab kubur-kubur orang Islam tidak harus dibina sesuatu di atasnya dan parasnya hendaklah tidak melebihi paras bumi, antara sebabnya:

1. Jika binaan itu dibebaskan tanpa aturan yang ketat, ada kemungkinan keluarga tuan-tuan punya kubur itu bermegah-megah antara satu sama lain, padahal tiada apa yang berfaedah kepada mayat-mayat yang disemadikan di situ selain amalannya yang soleh. Keluarganya yang masih hidup juga tidak mendapat apa-apa selain bermegah-megah dengan konkrit simennya yang dipasang dengan menggunakan barang-barang yang bermutu tinggi.

2. Tanah kubur adalah wakaf kerajaan kepada orang awam. Nilai harga tanah di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur hari ini sangat tinggi, sedangkan tanah pula semakin sempit kerana penduduknya yang semakin bertambah. Tanah-tanah kubur sepatutnya diguna semula, jika keadaan mendesak. Sesetengah negara seperti Arab Saudi dan Mesir menggunakan semula petak-petak kubur selepas tempoh tertentu atau setelah mayat-mayat itu reput. Saya fikir kubur-kubur di pusat bandar Kuala Lumpur seperti tanah perkuburan Islam Bukit Kiara patut diguna semula setelah berlalu jangka masa tertentu.

Saya pernah memerhatikan kubur di pusat bandar Kaherah yang padat dengan penduduk itu. Kuburnya dibina dalam bumi, berpetak-petak. Mayat keluar masuk dalam petak-petak itu apabila cukup tempoh tertentu iaitu setelah mayat yang ditanam sebelumnya telah musnah.

3. Mayat di kiri kanan sesebuah binaan semacam terhimpit dengan binaan-binaan itu. Jika di dunia ada rumah-rumah yang terhimpit dengan pagar dan longkang, maka kubur-kubur yang memakai binaan itu pastinya terhimpit juga.

Keluarga harus peka dan mengambil kira soal-soal kubur kerana kubur merupakan taman perumahan orang mati. Biarlah mereka yang tinggal di taman itu bebas daripada sebarang gangguan orang hidup yang masih berfikir bahawa taman-taman kubur itu juga perlu dihiaskan seperti rumah kediamannya juga.

Tentang hukum menabur bunga di atas kubur, pada dasarnya ia bukan budaya orang Islam. Sesetengah ulama berpendapat, tabur bunga di atas kubur sebagai masalah khilafiah. Sebahagian yang lain pula berpendapat, hukumnya bid'ah dan haram kerana Nabi tidak melakukannya sepanjang usianya.
Sebuah hadis menyebut bahawa Nabi pernah menanam pelepah tamar di atas dua kubur yang menurut baginda sedang diseksa, kerana selalu si mati menjadi batu api dan tidak menjaga kebersihan kencing. Nabi bersabda: Semoga tuan punya kubur ini diringankan azab keseksaan yang menimpanya selama pelepah itu masih segar atau basah.

Logiknya, jika pelepah tamar berfaedah kepada si mati, maka bunga-bunga juga mungkin berguna untuk meringankan azab kerana bunga-bunga juga mampu berdoa sebagaimana pelepah tamar. Tetapi sesetengah ulama, terutama kaum salaf, lebih senang menolak semua amalan itu dengan alasan bid'ah yang tiada sumbernya, sama ada al-Quran atau al-sunah.

Sesetengah ulama pula berpendapat ada faedahnya daripada taburan bunga itu, kerana Nabi pernah berbuat kepada dua sahabat yang sedang terseksa ketika di dalam kubur seperti yang nyatakan di atas. Saya merasakan amalan menabur bunga ini adalah adat, bukan ibadah. Adat ini mengambil hukum harus jika tidak bertentangan prinsip-prinsip utama dalam Islam. Saya juga merasakan jika adat itu ditinggalkan nescaya lebih baik, kerana bimbang generasi akan datang akan menyalahgunakan adat itu kepada amalan yang negatif, seperti yang kerap terjadi dalam sejarah manusia.
Adapun menjual bunga hukumnya harus sekalipun diketahui bunga itu akan ditabur di atas kubur. Ini kerana hukum menabur bunga itu hanya adat dan tidak ada dalil-dalil jelas yang mengharamkannya, lagipun kita tidak tahu untuk tujuan apa bunga itu dibeli.

Hukum membaca al-Quran untuk dihadiahkan pahalanya kepada orang yang telah meninggal dunia adalah harus menurut jumhur ulama, tetapi makruh menurut ulama mazhab Malik. Seorang ulama besar mazhab Syafi'ie, Ibn Daqiq al-Id menulis dalam kitabnya Ihkam al-Ahkam: Si mati boleh mengambil manfaat daripada bacaan al-Quran yang dibaca di atas kuburnya.

Menurutnya, jika tasbih pokok-pokok kayu boleh berfaedah kepada orang mati, maka bacaan al-Quran oleh manusia tentu lebih berfaedah lagi.

Menurut Ibn Qudamah, seorang ulama mazhab Hanbali, membaca al-Quran akan disampaikan pahalanya kepada si mati, kerana menurut riwayat Ahmad dalam Musnad: Apabila seseorang masuk ke kubur bacalah ayat al-Kursi, Qul Huallah tiga kali, kemudian doakan: Ya Allah sampaikan pahalanya kepada si mati.

Al-Qaliyubi ialah antara Fuqaha Syafi'ie yang terkenal. Dia menulis dalam kitabnya Syarah Minhaj al-Talibin: Sesiapa membaca surah al-Ikhlas sebelas kali kemudian dihadiahkan pahalanya kepada orang mati, nescaya diampuni dosanya kira-kira sebanyak bilangan orang yang telah meninggal dunia. Ibn Abidin juga menulis, antara ayat al-Quran yang sangat baik dipilih untuk dibaca di kubur ialah surah Yassin, al-Mulk dan surah al-Ikhlas, dibaca sebanyak sebelas kali.

Walaupun ada sebahagian ulama menafikan sampai pahalanya kepada si mati, mungkin ia disebabkan tiada keikhlasan atau al-Quran dibaca dengan mengenakan upah dan bayaran tertentu.

Saya lebih cenderung kepada pendapat yang menyatakan sampai pahalanya kepada si mati, tetapi dengan syarat ikhlas dan suci hati dengan doa supaya Allah sampaikan pahala kepadanya.

Keterangan-keterangan hadis yang menunjukkan bahawa Nabi pernah berdoa kepada sahabat-sahabatnya yang meninggal dunia seperti doa yang dibaca dalam solat jenazah membuktikan bahawa amalan orang lain boleh dimanfaat oleh orang yang diniatkan pahala kepadanya. Demikian juga dengan doa anak soleh sebagaimana dinyatakan dalam banyak hadis bahawa amalannya berfaedah untuk ibu bapanya.

14 comments:

Meiqing Xu said...

20160321meiqing
louis vuitton outlet
tiffany and co
oakley store
nike air force 1
ugg outlet
kate spade
cheap oakley sunglasses
jordans for sale
michael kors outlet online
lebron james shoes 13
jordans
ralph lauren polo
fitflops
louis vuitton
louis vuitton handbags
michael kors outlet
timberland boots
ray bans
louis vuitton handbags
nike air huarache
abercrombie & fitch
jordan 6
louis vuitton handbags
gucci handbags
christian louboutin
coach factory
ugg australia
longchamp handbags
coach outlet
coach outlet
louis vuitton outlet
ugg outlet
kate spade outlet
air jordans
air max 90
louis vuitton
coach factory outlet
polo ralph lauren
jordan retro
asics running shoes

Zhenhong Bao said...

rolex watches
thomas sabo outlet
longchamp outlet
ralph lauren uk
ralph lauren
adidas wings shoes
cheap snapbacks
mulberry outlet
michael kors canada
nfl jersey wholesale
true religion canada
louis vuitton bags
pandora outlet
nike air huarache
nike air max
true religion outlet
louis vuitton bags
fitflop sale
beats by dre
true religion outlet
louis vuitton outlet online
pandora jewelry
hermes bags
louis vuitton handbags outlet
swarovski crystal
cheap nfl jerseys
swarovski jewelry
rolex watches
michael kors bags
louis vuitton outlet
lebron james shoes
michael kors outlet
michael kors uk
toms outlet
herve leger outlet
20160415zhenhong

chenlina said...

ralph lauren
coach outlet
nike outlet store
oakley sunglasses
louis vuitton outlet
oakley sunglasses outlet
air jordan 13
michael kors outlet
michael kors outlet
michael kors outlet
christian louboutin shoes
abercrombie outlet
cheap jordan shoes
jordan 8
giuseppe zanotti sneakers
michael kors outlet
adidas ultra boost
cheap uggs
gucci handbags
christian louboutin sale
louis vuitton borse
louis vuitton outlet
gucci handbags
oakley sunglasses
cincinnati bengals jerseys
coach outlet store online clearances
christian louboutin outlet
kate spade handbags
ugg boots
cheap oakley sunglasses
hollister clothing
coach outlet online
coach outlet store online clearances
ralph lauren outlet
louis vuitton
coach outlet online
ralph lauren polo outlet
canada goose
michael kors outlet
ray ban sunglasses
chenlina20160810

raybanoutlet001 said...

christian louboutin shoes
cheap michael kors handbags
ralph lauren
lebron james shoes
oakley sunglasses
cheap oakley sunglasses
fitflops sale clearance
michael kors handbags outlet
ralph lauren outlet
fitflops shoes

wesan michael said...

timberland online shop
nfl jerseys wholesale
adidas stan smith
tiffany and co outlet
kobe shoes
michael kors handbags
oakley sunglasses
vera bradley outlet
kobe bryant shoes

姚嘉 said...

birkenstocks
saics running shoes
versace
nike store
ghd hair straighteners
michael kors handbags
nike air huarache
cheap nba jerseys
nike outlet store
jimmy choo

raybanoutlet001 said...

kobe shoes
adidas neo shoes
yeezy sneakers
tiffany and co uk
adidas ultra boost white
michael kors outlet
christian louboutin outlet
michael kors handbags
skechers outlet online
http://www.outlettiffanyand.co

dada24 Xu said...

michael kors outlet online
cheap oakley sunglasses
discount oakley sunglasses
polo ralph lauren outlet
polo ralph lauren
cheap nike shoes
nike sneakers
adidas sneakers
adidas store
nike outlet store
zhi20161202

raybanoutlet001 said...

adidas ultra boost
adidas neo shoes
nike huarache
ralph lauren uk
air jordan
fitflops sale
adidas yeezy boost
lacoste polo shirts
jordans for cheap
cheap jordans

Meiqing Xu said...

louis vuitton outlet store
yeezy boost 350
nike air max
kate spade handbags
christian louboutin shoes
toms outlet store
birkenstock sandals
oakley sunglasses
polo ralph lauren outlet online
ralph lauren outlet
20170323caian

raybanoutlet001 said...

los angeles lakers jerseys
ed hardy outlet
ed hardy
ravens jerseys
mlb jerseys
nike store uk
michael kors outlet
oakley sunglasses
nike air huarache
patriots jerseys

dong dong23 said...

toms outlet
polo ralph lauren
michael kors outlet online
oakley sunglasses outlet
toms outlet
nike air max 2017
chelsea jersey
pony shoes
timberland outlet
fitflops sale clearance
20174.17wengdongdong

caiyan said...

kate spade handbags
birkenstock sandals
ray ban sunglasses
burberry outlet store
yeezy boost 350
nike factory store
coach outlet
seattles eahawks jerseys
yeezy boost 350 v2
michael kors bags
0508shizhong

adidas nmd said...

adidas nmd
jordan 4
michael kors handbags
giants jersey
oakley sunglasses
nike store uk
polo outlet
ferragamo shoes
longchamp outlet
michael kors outlet