Saturday, July 31, 2010

Isu-isu Keluarga

Berintraksi Dengan Suami Bakhil

SOALAN
Suami saya berusia hampir 60 tahun, beliau seorang bekas kakitangan kerajaan yang pernah mendapat anugrah bintang kehormat. Saya sebagai isteri kedua beliau tidak menghadapi apa-apa masalah tentang kecintaan dan tanggungjawabnya kepada saya. Apa yang kurang memuaskan hati saya ialah sikapnya yang terlalu bakhil dengan harta benda dan kekayaan, sedangkan beliau seorang yang berada dan mampu bermewah.

Soalan saya, bagaimana seharusnya saya berintraksi dengan suami suami saya itu supaya beliau tahu kehendak hati saya. Bukankah saya sebagai isterinya berhak menuntut sesuatu, lagipun saya adalah dari keluarga yang bertaraf sederhana.
- HAJAH, Pasir Mas, Kelantan.

JAWAPAN
Terima kasih kepada puan Hajah atas kepercayaan dan kesudian puan menghubungi ruangan ini untuk mendapatkan nasihat dan pandangan dari sudut agama. Ruangan ini amat berbangga dengan kepercayaan puan yang sudi bertanya, semoga puan beroleh kebahagiaan bersama suami dan anak-anak.

Sesungguhnya hidup adalah sesuatu yang terlalu relatif, apa yang saya anggap sederhana, mungkin orang lain menganggapnya keterlaluan, apa yang saya fikir sesuai, orang lain pula memikir sebaliknya. Keputusan terbaik dan adil dalam perkara yang puan kemukakan ialah kembali kepada hukum Allah iaitu berbelanja atau bernafkah mengikut garis panduan yang dinyatakan di dalam al-Qur`an. Allah berfirman:

لِيُنفِقْ ذُو سَعَةٍ مِّن سَعَتِهِ وَمَن قُدِرَ عَلَيْهِ رِزْقُهُ فَلْيُنفِقْ مِمَّا آتَاهُ اللَّهُ لا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلاَّ مَا آتَاهَا سَيَجْعَلُ اللَّهُ بَعْدَ عُسْرٍ يُسْرًا [الطلاق: 7]
Terjemahan: Hendaklah orang yang mampu itu memberi nafkah mengikut kemampuannya; dan sesiapa yang disempitkan rezekinya, maka hendaklah dia memberi nafkah sekadar yang Allah kurniakan kepadanya, Allah tidak memberati seseorang melainkan sekadar kemampuan yang telah dikurnikan kepadanya. Allah akan menjadikan sesudah kesusahan itu kesenangan.

Dalam konteks suami puan yang dianggap bakhil, saya ingin katakan bahawa tanggungjawab suami isteri ialah memahami masalah secara bersama serta bertimbang rasa antara satu dengan lain. Penggunaan perktaan bakhil kepada suami yang tidak berbelanja mengikut kehendak puan saya kira kurang tepat dan boleh ditukar kepada perkataan lain seperti berbelanja mengikut keperluan dan sebagainya.
Tanggungjawab isteri terhadap suami pula ialah tidak melakukan sesuatu yang menyakitkan hatinya, sama ada ucapan, perbutan atau akhlak. Lelaki yang disifatkan sebagai suami sangat tidak menyukai jika isterinya suka membandingkan dengan suami-suami lain, sama ada dari kalangan keluarganya atau suami rakan-rakan puan sendiri. Puan hendaklah menganbil kira suasana dan keupayaannya dalam membelanjakan harta benda dengan mengambil kira pandangan suami.
Ada kemungkinan isteri ada hak membuat sesuatu tuntutan, tetapi di luar kemampuan suami pada ketika itu. Desakan yang keterlaluan, mungkin membawanya kepada memilih jalan alternatif yang tidak halal bagi memenuhi tuntutan istertinya, seperti berhutang atau mendapatkan sesuatu yang dikehendakinya melalui jalan yang tidak halal.
Apa pandangan puan terhadap seorang suami jika dia memilih jalan itu, bukankah dia seorang suami yang tidak bertanggungjwab dan puan pula boleh dianggap bersyubhat dengannya. Saya kira isteri yang merelakan suami mencari jalan yang tidal halal adalah seorang tidak ikhlas terhadap suami, ataupun dia sebenarnya tidak setia kepada suaminya, dia sedia bersuamikan orang yang berpangkat kerana mengharapkan sesuatu yang berupa keduniaan. Jika hajatnya berjaya dia begembira, jika tidak dia membuat huru hara.
Ini tidak bermakna suami tidak harus melayani kehendak isterinya sekalipun berkemampuan. Para suami hendaklah melayani isterinya mengikut taraf dan kedudukannya dalam masyarakat. Dia tidak dianggap keterlaluan jika sekali sekala membawa keluarga dan anak-anak melancung ke luar negara untuk menikmati keindahan di luar negerinya.
Wanita salaf yang baik-baik, biasa kedengaran menasihati suaminya apabila keluar berkerja, supaya menjauhi harta yang haram, kerana kami sanggup menahan lapar di dnuia tetapi tidak sanggup dibakar api neraka di Akhirat.
Kewajipan suami kepada isterinya pula ialah memberi nafkah kepada isterinya dengan kadar yang ma`ruf (sederhana). Ulama memutuskan nafkah yang wajib disempurnakan ialah:
1: Kediaman yang sesuai dan mampu melindungi keluarga dan anak-anak dari hujan dan panas;
2: Pakaian yang menutupi auratnya dan menyamai dengan pakaian rakan-rakan yang sebaya usia dengannya.
3: Makan minum dengan sederhana seperti orang ramai.
4: Berhati mulia dan mencintai isteri, anak-anak dan keluarga.
5: Melayani kehendak isteri mengikut kedudukan pasangan pada pandangan masyarakat.
Pada akhirnya saya ingin bisikkan puan Hajar sebagai isteri kedua seorang yang berkedudukan dihormati dalam masyarakat, perlu meningkatkan kesabaran kerana seperti kata Abu Bakr ra kepada puterinya `A`isyah ra tatkala fitnah dibuat terhadapnya “Orang seperti mu mungkin tidak disenangi ramai orang”.

Wallah A`lam.

No comments: