Sunday, July 18, 2010

Kemusykilan Agama

Isu-isu Agama - Malam Nisfu Syaaban Dikelirukan

SOALAN

Saya membaca dalam sebuah Akhbar berbahasa Melayu bertajuk “Syaaban bulan menghapuskandosa”. Di dalamnya menyebutkan beberapa hadis yang luar biasa tentang kelebihan bulan Syaaban, antaranya: “Barangsiapa berpuasa sehari dalam bulan Syaaban diharamkan Allah tubuhnya dari api neraka” dan banyak lagi hadith yang memaparkan kelebihan bulan ini, sehingga dirasakan tidak masuk akal dengan keistimewaan seumpama itu. Soalan saya ialah:

1: Sejauh mana kesahihan hadis-hadis tersebut dan apa kelebihan yang ada dalam hadis-hadis Sahih.
2: Biasanya pada malam Nisfu Syaaban, masjid-masjid mengadakan majlis khas dengan membaca Yasin, salat hajat dan doa tolak bala. Saya difahamkan sebahagian ulama menolak majlis ini kerana amalan itu tidak dilakukan oleh Nabi saw dan ulama salaf. Apa pandangan Ustaz.

- Syed Hussain Syed Hamzah, Bukit Damansara.

JAWAPAN


Terlebih dahulu saya ucapkan terima kasih kepada Tuan Sayed kerana peka terhadap isu-isu agama yang disebar kepada umum secara tidak bertanggungjawab. Bahaya yang diakibatkan daripada penyebaran ini lebih buruk dari akibat penyebaran mata wang palsu. Jika penyebaran mata wang palsu menyebabkan kerugian kepada para pengguna dalam urusan muamalat mereka, penyebaran hadis palsu pula mengakibatkan kerugian besar di Akhirat. Sesungguhnya Islam tidak perlukan pendusta-pendusta agama dan pemalsu-pemalsu hadis untuk menghayati ajarannya kerana al-Qur`an dan hadis-hadis Sahih sudah cukup untuk menghayati dan memelihara agama ini. Saya juga membaca Akhbar yang Tuan Syed sebutkan itu dan terkejut dengan keberanian penulisnya kerana sanggup menulis apa yang dia tidak arif dengannya.

Saya kemukakan di sini sebahagian daripada hadis yang tidak sahih dan selalu meniti di bibir sesetengah penceramah dan penulis-penulis yang tidak mengambil berat dengan nilai hadis. Berikut ialah hadis-hadis tentang kelebihan bulan Syaaban yang tidak sahih, diikuti dengan rujukan dan terjemahannya. Pada akhirnya saya nyatakan pandangan ulama tentang amalan nisfu Syaaban.

1) اللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِي رَجَبَ وَ شَعْبَانَ وَ بَلِّغْنَا رَمَضَانَ
[روجوع : كتاب الأذكار للنووي و كتاب ميزان الاعتدال للذهبي 3 / 96 طبعة دار الكتب العلمية لعام 1995 و كتاب مجمع الزوائد للهيثمي 2 / 165 طبعة دار الريان لعام 1407هـ و كتاب ضعيف الجامع للألباني حديث رقم 4395]


Terjemahan: Wahai Tuhanku, kurniakan kami keberkatan di bulan Rejab dan Syaaban dan lanjutkan usia kami hingga bulan Ramadan.

Doa ini dibaca oleh ramai para imam tanpa mempersoalkan mutunya, sama ada sahih atau da`if. Adalah lebih baik jika dibaca doa yang telah dipastikan baik, semoga Allah kabulkan hajat kita dan para ma`mum yang mengaminkan doa di belakang kita.

2) إذَا كَانَتْ ليلَةُ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ فَقُومُوا لَيْلَهَا وَصُومُوا نَهَارَهَا
[سيلا روجوع : كتاب العلل المتناهية لأبن الجوزي 2/652 طبعة دار الكتب العلمية لعام 1403هـ و كتاب مصباح الزجاجة للكناني 2/10 طبعة دار العربية لعام 1403هـ و كتاب الفوائد المجموعة للشوكاني ص 51 و كتاب تحفة الأحوذي للمباركفوري 3 / 366 طبعة دار الكتب العلمية و كتاب سلسلة الأحاديث الضعيفة للألباني حديث رقم 2132]

Terjemahan: Apabila tiba malam nisfu Saaban, beribadatlah pada malam dan berpuasalah pada siang harinya.

Berpuasa dan beribadat secara khusus pada hari dan malam 15 Syaaban tidak digalakkan. Ini tidak termasuk puasa biasa, atau puasa yang dilakukan sejak awal Syaaban hingga tiba Ramadan.

3) فَضْلُ شَهْرِ شَعْبَانَ كَفَضْلِيْ عَلَى سَائِرِ الأنْبِيَاءَ
[بركات ابن حجر : حديث اين موضوع . ليهة كتاب تبين العجب. ليهة جوك كتاب كشف الخفاء 2 / 110 للعجلوني طبعة مؤسسة الرسالة لعام 1405هـ و كتاب المصنوع لعلي بن سلطان القاري 1 / 128 طبعة مكتبة الرشد لعام 1404هـ]

Terjemahan: Kelebihan bulan Syaaban sepertim kelebihanku dia atas semua para nabi.

Hadis ini wujud padanya unsur pendewaan dan pemujaan, sedangkan pemujaan adalah syirik dan hanya dilakukan kepada Allah jua dengan beriibadat kepada-Nya.

4) مَنْ قَرَأ لَيْلَةَ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ ألْفَ مَرَّةِ قُلْ هُوَ اللهُ أحَدْ بَعَثَ اللهُ إلَيْهِ مِئَةَ ألْفِ مَلَكٍ يُبَشِّرُونَهُ.
[سيلا روجوع : كتاب لسان الميزان لأبن حجر 5 / 271 طبعة مؤسسة الأعلمي لعام 1405هـ و كتاب المنار المنيف لأبي عبد الله محمد الحنبلي طبعة دار المطبوعات الإسلامية لعام 1403هـ و كتاب نقد المنقول لزرعي 1 / 85 طبعة دار القادري لعام 1411هـ]

Terjemahan: Sesiapa membaca Qul Hua`llah seribu kali pada malam nisfu Syaaban, nescaya Allah utuskan seratus ribu malaikat untuk mengucapkan Tania`h kepadanya.

Hadis ini juga tidak sahih dan tidak diketahui adanya dalam kitab-kitab utama yang dinilai mutu hadis riwayatnya, lagi pun maknanya tidak masuk akal. Oleh itu abaikan hadis seumpama ini.

5) مَنْ أحْيَا لَيلَتَيِ الْعِيدِ وَلَيْلَةََ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ لَمْ يَمُتْ قَلْبُهُ يَوْمَ تَمُوْتُ الْقُلُوبُ
[سيلا روجوع : كتاب ميزان الاعتدال للذهبي 5 / 372 طبعة دار الكتب العلمية لعام 1405هـ و كتاب الإصابة لأبن حجر 5 / 580 طبعة دار الجيل 1412هـ و كتاب العلل المتناهية لأبن الجوزي 2 / 562 طبعة دار الكتب العلمية لعام 1403هـ]
Terjemahan: Sesiapa menghidupkan malam hari raya, Malam nisfu Syaaban, nescaya hatinya tidak mati pada hari matinya segala hati.

Maksud hadis ini ialah, hati sentiasa segar dengan iman bagi mereka yang beribadat pada dua malam harai raya dan nisfu Syaaban. Hadis ini juga tidak sahih.


6) مَنْ صَلَّى لَيْلَةَ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ ثَلاثَ مِئَةَ رَكْعَةٍ في لفظٍ ثِنْتَي عَشَرَ رَكْعَةِ يَقْرَأُ فِي كُلِّ رَكْعَةٍ ثَلاثِيْنَ مَرَّةً قُلْ هُوَ اللهُ أحَدْ شَُفَِّعَ فِي عَشَرَةٍ قَد اسْتَوجَبُوا النَّارَ
[سيلا روجوع : كتاب كشف الخفاء للعجلوني 2 / 566 طبعة الرسالة لعام 1405هـ و كتاب المنار المنيف لأبي عبد الله محمد الحنبلي طبعة دار المطبوعات الإسلامية لعام 1403هـ و كتاب نقد المنقول لزرعي 1 / 85 طبعة دار القادري لعام 1411هـ]

Terjemahan: Sesiapa mengerjakan salat pada malam nusfu Syaaban sebanyak 300 rakaat. Dalam sesetengah versi 12 rakaat, dibaca pada setiap rakaat Qul Huwa Llah pada setiapm rekaat, nescaya diberisyafaat baginya untuk membebaskan sepuluh orang dari neraka.

Keistimewaan yang seumpama ini tidak pernah diberi kepada amalan yang wajib, inikan amalan fada`il begitu besar pahalanya. Jelas sekali palsunya hadis ini.



7) يَا عَلِيّ مَنْ صَلَّى لَيْلَةَ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ مِئَةَ رَكْعَةٍ بِأَلْفِ قُلْ هُوَ اللهُ أحَد قَضَى اللهُ لَهُ كُلَّ حَاجَةٍ طَلَبَهَا تِلْكَ اللَّيلَةِ

[روحوع : كتاب المنار المنيف لأبي عبد الله محمد الحنبلي طبعة دار المطبوعات الإسلامية لعام 1403هـ و كتاب كشف الخفاء للعجلوني 2 / 566 طبعة الرسالة لعام 1405هـ و كتاب الفوائد المجموعة للشوكاني ص 50 و كتاب نقد المنقول لزرعي 1 / 85 طبعة دار القادري لعام 1411هـ ]


Terjemahan: Wahai Ali, sesiapa bersalat pada malam nisfu Syaaban, seratus rakaan dengan membaca seribu kali Qul Hua llah Ahad, nescaya Allah tunaikan semua hajat yang dimintanya pada malam itu.

Hadis ini juga sama pendekatannya dengan hadis terdahulu, luar biasa dan sangat keterlaluan.

Ibadat Umum dan Khusus Pada Malam Nisfu Syaaban

Malam nisfu Syaaban khususnya dalam masyarakat Islam di Malaysia, antara malam-malam istimewa dalam setahun. Pada malam ini, orang ramai biasanya berkumpul di masjid-masjid, bermula daripada waktu Maghrib hingga salat `Isyak, untuk membaca Yasin, menunaikan salat hajat beramai-ramai dengan niat agar dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan dijauhi daripada bala, kemudian diiringi dengan doa khas. Kaifiyat yang lebih lengkap biasanya disertakan bersama-sama risalah kecil surah Yasin yang diedar pada malam itu.

Merujuk soalan yang dikemukakan di atas, ada dua pendapat yang mewakili dua kumpulan ahli agama, iaitu kumpulan yang menyokong dan yang menentang amalan ini dan patut dihentikan. Saya ingin mengutip alasan yang menjadi sandaran bagi dua kumpulan ini untuk dipertimbangkan dengan adil, supaya isu ini tidak menimbulkan salah faham di kalangan ahli dan para jemaah yang pada setiap tahun menghayati ibadat itu.

Pertama, golongan yang cenderung kepada menghayati malam nisfu Syaaban dengan amalan-amalan khusus itu. Mereka berpendapat, bulan Syaaban atau malam nisfu Syaaban sangat istimewa berbanding bulan-bulan yang lain kecuali Ramadan. Pada malam ini langit dibuka untuk diberi pengampunan kepada orang-orang yang berdosa, kecuali orang yang mempersekutukan Allah dan yang menyimpan dendam terhadap saudaranya. Beberapa riwayat hadis didapati membicarakan kelebihan bulan ini, antaranya riwayat al-Tabarani, Ibn Hibban dan lain-lain daripada Mu`az Ibn Jabal ra sabda Rasulullah saw:
يَطَّلِعُ اللهُ الَى جَمِيعِ خَلْقِهِ لَيْلَةَ النّصْفِمِنْ شَعْبَاَن، فَيَغْفِرُ لِجَمِيعِ خَلْقِهِ، اِلاَّ لِمُشْرِكٍ أوْ مُشَاحِنٍ.[المنذري: النتقى 1/319، حديث 533]
Terjemahan: Allah swt menurunkan rahmat kepada semua makhluknya pada malam nisfu Syaaban, lalu ia mengampuni dosa-dosa mereka, kecuali orang musyrik dan yang menyimpan dendam


Dalam riwayat Muslim daripada Abu Huryrah (r.a) Rasulullah (saw) bersabda

تُفْتَحُ أَبْوَابُ الْجَنَّةِ يَوْمَ ‏ ‏الِاثْنَيْنِ وَيَوْمَ الْخَمِيسِ فَيُغْفَرُ لِكُلِّ عَبْدٍ لَا يُشْرِكُ بِاللَّهِ شَيْئًا إِلَّا رَجُلًا كَانَتْ بَيْنَهُ وَبَيْنَ أَخِيهِ ‏ ‏شَحْنَاءُ ‏ ‏فَيُقَالُ ‏ ‏أَنْظِرُوا ‏ ‏هَذَيْنِ حَتَّى يَصْطَلِحَا ‏ ‏أَنْظِرُوا ‏ ‏هَذَيْنِ حَتَّى يَصْطَلِحَا ‏ ‏أَنْظِرُوا ‏ ‏هَذَيْنِ حَتَّى يَصْطَلِحَا [مسلم، البر والصلة، حديث 4652]


Terjemahan: Pintu-pintu syurga dibuka pada hari Isnin dan khamis, lalu diampuni dosa orang yang tidak mempersekutukan Allah dengan sesuatu, kecuali orang yang menyimpan dendam terhadap saudaranya, hinggalah mereka berdamai.

Sebahagian ulama, seperti Ishak Ibn Rahawayh, Khalid Ibn Ma`dan termasuk juga Syeikh Abdul Kadir al-Mandili sangat cenderung untuk mengadakan ibadat khusus itu pada malam ini (lihat senjata tok Haji dan ok lebai, Pinang, ms 60).

Kedua, golongan yang menolak amalan ini diadakan. Mereka berpendapat, tiada hadis Sahih menunjukkan bulan Syaaban diistimewakan dengan amalan-amalan tertentu. Hadis-hadis yang dikemukakan di atas adalah da`if dan lemah, tidak layak dijadikan sandaran dalam hal-hal yang berkaitan ibadat. Beberapa ulama semasa seperti Muhammad Abduh, Syeikh Mahmud Syaltut, Muhammad al-Ghazali, Syeikh Abdul Aziz Bin Baz dan lain-lain adalah antara ulama yang tidak berminat amalan-amalan itu diteruskan.

Menurut mereka, setiap amalan, perlu ada keterangannya yang Sahih, kukuh dan tepat, samada dari al-Qur`an atau hadis-hadis Sahih. Amalan membaca Yasin, solat hajat dengan niat seperti yang disebutkan di atas, tidak pernah diajar Rasulullah (s.a.w.), tidak juga dikesani ada sahabat dan tabi`in dalam beberapa abda pertam melakukannya. Mereka mengkatigorikan amalan pada malam ini sebagai bid`ah yang tidak wajar diteruskan.

Selain ketiadaan hadis Sahih sebagai sandaran, doa khas yang dibaca pada malam itu juga mengandungi erti-erti yang bertentangan prinsip-prinsip asas dalam Islam. Untuk pengetahuan saudara yang bertanya, saya terjemahkan dua petikan ringkas daripada sebahagian doa yang biasa dibaca pada malam itu:

اللهُمَّ اِن كُنْتَ كَتَبْتَنِي عندك في أم الكتاب شَقِيًا أو مَحْرُومًا أو مطْرُودًا أو مُقَتَّرًا علـي في الرزق، فامْحُ اللهُمَّ بِفَضْلِكَ شَقَاوَتِي، وحِرْمَانِي، وطَرْدِي، واقْتَارِ رزقي، وأثبتني عندك في أم الكتاب سعيدا مرزوقا موفقا للخيرات كلها، فانك قلت وقولك الحق في كتابك المنزل، على نبيك المرسل يَمْحُو اللهُ مَا يَشَاءُ وعنده ام الكتاب.

Terjemahan: Oh Tuhanku! Andainya nasibku dalam takdirmu ditulis malang, rugi dan terpinggir dari rahmat-Mu atau rezekiku ditakdirkan sempit, maka hapuskanlah semuanya itu, kerana Engkau telah berfirman melalui nabimu: Allah menghapus dan menetapkan apa yang disukainya, di sisinya tersimpan Umm al-Kitab.

Dalam perenggan selanjutnya doa dipohon lagi:

الهي بالتَّجلِّي الأعْظَمِ في ليلة النصف من شهر شعبان المكرم التي يفرق فيها كل أمر حَكِيمٍ ويبرم، ان تَكْشِفَ عنا ما نزل من البلاء ما نعلم وما لا نعلم.

Terjemahan: Oh Tuhanku! Dengan sinaran Tajalli-Mu yang Maha Agung, pada malam Nisfu Syaaban yang membawa berkat ini, malam yang diberi maklum kepada Malaikat segala perkara yang pasti berlaku dan telah diputus takdir. Kami mohon agar diangkatkan bala dari kami yang kami ketahui dan kami tidak mengetahuinya.

Doa ini mengandungi sekurang-kurangnya tiga kekeliruan besar:

1: Dalam petikan pertma, doa membayangkan seolah-olah Allah telah mentakdirkan sesuatu dalam Umm al-Kitab. Doa itu meminta agar dihapuskan takdir yang telah ditetapkan. Jika dalam suratan takdir itu rugi, malang, sempit rezeki dan sebagainya, hapuskanlah suratan itu.

Menurut Syeikh Syaltut, ayat 29 Surah al-Ra`d yang menyatakan bahawa Allah menghapus apa yang dikehendaki dan menetapkan apa yang dikehendakinya, tiada kena mengena dengan kesediaan Allah mengubah catatan takdir yang tersurat di Lawh Mahfuz. Ia berkaitan dengan penukaran syariat nabi-nabi yang terdahulu yang digantikan dengan syariat yang baru, yang sesuai dengan kehendak Allah dan muslihat manusia.

2: Dalam doa yang sama juga mengandungi permohonan yang tidak pasti, sedangkan Nabi saw menyuruh agar kita memohon sesuatu dengan yakin, pasti dan dengan kata-kata yang putus. Ketidak pastian itu jelas pada doa yang membawa maksud “jika nasibku malang ..”. yang sangat ragu dan penuh kesamaran.

3: Dalam petikan ketiga pula dengan jelas menyebut, malam nisfu Syaaban itu diputuskan hukum bagi urusan yang besar-besar. Ini jiga bertentangan keterangan yang sahih bahawa pemutusan hukum dan suratan takdir dibuat pada malam Laylat al-Qadar yang berlaku pada bulan Ramadan.

Tidak dinafikan ada sesetengah masyarakat Islam mempercayai atau secara tidak langsung tersebar kepercayaan, bahawa pada malam nisfu Syaaban itu diputuskan hukum bagi urusan yang besar-besar, seperti pembahagian rezeki, ajal dan kejadian-kejadian aneh dalam jagat raya, seperti gempa bumi, hujan, kemarau, kesempitan rezeki dan sebagainya. Kemudian Allah menyerahkan keputusan itu kepada para Malaikat untuk melaksanakannya. Sesiapa yang ketinggalan ikut serta dalam majlis itu, dibimbangi pendek usianya, sempit rezekinya dan akan diancam mala petka.

Secara peribadi, saya lebih cenderung kepada pendapat kedua ini, kerana setiap amalan perlu bersandarkan hadis dan amalan Rasulullah saw sendiri, ibadat tidak boleh direka atau dipasang menurut cara yang kita sukai, namun perkara itu tidak seharusnya menjadi isu besar dalam sesebuah masjid. Jika tradisi mengadakan malam nisfu Syaaban berjalan sejak sekian lama di masjid itu, mengapa dengan tiba-tiba ia diberhentikan, tanpa pengetahuan yang cukup diberi terlebih dahulu kepada orang ramai dan para jemaah.

Walaupun amalan membaca Yasin dan solat hajat itu boleh ditinggalkan, namun perhimpunan beramai-ramai di masjid pada mlam itu perlu diteruskan juga, dengan mengisi kekosongan itu dengan program yang lebih berfaedah kepada jemaah dan masyarakat Islam, sesuai dengan bulan dan malam berkenaan.

Antara program yang sangat berkaiatan bulan Syaaban dan sesuai diisi pada malam nisfu Syaaban ialah mengingati hari pertukaran arah qiblat. Pada bulan ini kejadian pertukaran arah kiblat dari Baitul Maqdis kepada Baitullah, setelah orang Yahudi tidak menghargai sikap tolak ansur yang ditunjuk oleh Rasulullah saw yang mengadap ke arah kiblat yang sama dengan kiblat orang Yahudi, iaitu selama 16 bulan.

Kecintaan Islam kepada kedamaian hidup yang ditunjuk Rasulullah saw terhadap kaum Yahudi di Madinah, yang disambut sikap angkuh dan tidak menghargai itu, patut dikenang pada malam nisfu Syaaban yang bersejarah ini, sekurang-kurangnya untuk menyampaikan maklumat, bahawa umat Islam wajib bersatu padu untuk menentang Yahudi yang memusuhi Islam. Baik juga, jika diundang ahli-ahli politik tanah air untuk mengambil bahagian dalam majlis Forum atau untuk menyampaikan ceramah khas dalam tajuk perpaduan itu. Pemipin-pemipin politik, harus lebih peka terhadap perpaduan dan kerjasama antara penganut pelbagai agama dalam masyarakat berbilang kaum dan budaya ini.

Dalam kesempatan pada malam ini, kita perlu mengingati kembali, betapa kaum Yahudi tidak menyukai kedamaian hidup dan saling hormat menghormati antara satu sama lain, mereka tidak jemu-jemu menabur fitnah di kalangan kaum muslimin, apabila nabi Muhammad saw dan umatnya diperintah menukar arah kiblat dari Baitullah ke Baitul Maqdis itu, kononnya ajaran Islam boleh berubah di mana jua ada muslihat dan kepentingan. Tujuan mereka tiada lain, hanya untuk menanam keraguan dan keresahan di kalangan umat Islam serta membenci terhadap kepimpinan nabi Muhammad saw dan ajaran Islam seluruhnya.

Ramai ahli sejarah mencatatkan kejadian pertukran arah kiblat ini berlaku dalam bulan Syaaban, Tahun ke dua Hijrah. Bagaimanapun Ibn Hisayam dalam sirahnya membayangkan pertukaran ini berlaku dalam bulan Syaaban adalah lemah.

Amalan khusus bagi individu yang berada pada bulan ini, terutama pada hari yang ke 15, disaran agar mereka banyak berpuasa sunat dan membentuk akhlak dan peribadi mulia. Beberapa hadis boleh dijadikan panduan, antaranmya:
عَنْ ‏أُسَامَةُ بْنُ زَيْدٍ ‏ ‏قَالَ:
قُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ لَمْ أَرَكَ تَصُومُ شَهْرًا مِنْ الشُّهُورِ مَا تَصُومُ مِنْ شَعْبَانَ قَالَ ‏ ‏ذَلِكَ شَهْرٌ يَغْفُلُ النَّاسُ عَنْهُ بَيْنَ رَجَبٍ وَرَمَضَانَ وَهُوَ شَهْرٌ تُرْفَعُ فِيهِ الْأَعْمَالُ إِلَى رَبِّ الْعَالَمِينَ فَأُحِبُّ أَنْ يُرْفَعَ عَمَلِي وَأَنَا صَائِمٌ [رواه النسائي 4/201]

Terjemahan: Usamah Bin Zaid (r.a.) berkata: Aku bertanya: wahai Rasulullah! Apa sebabnya aku melihat engkau banyak berpuasa pada bulan Syaaban, berbanding bulan-bulan yang lain. Saabdanya: Itulah bulan ramai orang lupakannya, bulan itu antara Rajab dan Ramadan, pada bulan itu diangkat amalan kepada Tuhan semesta alam. Aku suka amalanku diangkat, sedang aku berpuasa.

Berpandukan riwayat-riwayat ini, bagi setiap individu digalak memperbanyakkan puasa sunat. Tetapi tidak ada dalil yang sahih menyuruh supaya berpuasa pada 15 Syaaban sahaja. Bagi mereka yang masih menanggung puasa wajib atau Qada, hendaklah ia menyelesaikan puasa wajib itu terlebih dahulu, kerana puasa wajib mendahului puasa sunat, supaya tuntutan terhadapnya segera ditunaikan.

Mendahulukan amalan yang wajib adalah suatu tindakan yang wajar dilakukan, sama ada terhadap Allah mahupun manusia. Seseorang yang berhutang, hendaklah menjelaskan hutangnya terlebih dahulu, sebelum bersedekah. Wallah A`lam.






12 comments:

Mu Lin said...

burberry handbags
prada handbags
longchamp tote
coach purses
michael kors outlet store
louis vuitton diaper bag
burberry shoes
chanel outlet
louis vuitton monogram
mcm bag
mcm duffle bag
gucci luggage
coach outlet
burberry store
prada tote
louis vuitton wallet for women
coach diaper bag
louis vuitton belt
burberry outlet
louis vuitton shoes men
coach hobo bag
michael kors black handbags
louis vuitton artsy
michael kors purses outlet
hermes bags
vintage chanel bags
prada backpack
hermes belt
michael kors hobo bag
gucci crossbody bag
coach online outlet
chanel purses
louis vuitton duffle bag
prada outlet
burberry bags on sale

风骚达哥 said...

20151015 junda
Wholesale Authentic Designer Handbags
michael kors outlet
coach factory outlet
Hollister uk
Buy Kobe Shoes Online Discount
Louis Vuitton Bags Outlet Store
cheap toms shoes
ugg boots
louis vuitton outlet
michael kors uk
Louis Vuitton Handbags Discount Off
Cheap Jordans For Sale Wholesale
New Louis Vuitton Handbags Outlet
ray ban sunglasses uk
michael kors outlet online
Jordan 8 Bugs Bunny
Coach Factory Outlet Stores 70% off
louis vuitton
ugg boots
Michael Kors Outlet Deals Online
abercrombie
celine
ugg boots outlet
Jordan 6 Rings Powder Blue
Coach Factory Outlet Online Sale
Michael Kors Outlet Real Handbags Online
Oakley Vault Outlet Store Online
Christian Louis Vuitton Red Bottoms
ugg boots
coach outlet store online

Pnane Weg said...

girls north face jackets
coach factory outlet
coach
Coach Purse Outlet Online 80% Off
timberland
Ugg Sale
kate spade handbags
nike wholesale
fitflops clearance
nike high heels outlet online
coach factory outlet online
celine bag
clarks
michael kors outlet
coach
cheap michael kors handbags
retro 11
coach
salvatore ferragamo
Uggs Sale
converse
coach factory outlet
nike factory outlet
fitflop shoes
fitflop shoes sale
ghd hair
mont blanc pen
christian louboutin shoes
nike nfl jerseys 2015
hermes outlet
jordan
burberry scarf sale
North Face Sale
oakley sunglasses outlet
jordan 11 concord
ralph lauren
fendi sale
abercrombie and fitch outlet store
uggs outlet
North Face Clearance
michael kors outlet store
under armour shoes
North Face Jackets
cheap coach handbags
reebok outlet
reebok shoes outlet
coach shoes for women
qwe12.21

John said...

coach factory outlet
air max 95
louis vuitton handbags
michael kors outlet
the north face outlet
coach outlet online
coach outlet store online
uggs clearance
ugg australia
ugg boots on sale
ralph lauren uk
swarovski jewelry
north face uk
coach outlet
christian louboutin
louis vuitton outlet online
abercrombie outlet
ugg outlet
vans shoes
uggs on sale
celine handbags
nike air max
oakley sunglasses
coach factory outlet
michael kors outlet
coach outlet store online
louis vuitton backpack
nike air huarache
jordans
nike air force 1
prada outlet
oakley sunglasses
michael kors handbags
20151221yuanyuan

Zhenhong Bao said...

links of london
calvin klein underwear
michael kors outlet
asics,asics israel,asics shoes,asics running shoes,asics israel,asics gel,asics running,asics gel nimbus,asics gel kayano
mlb jerseys
juicy couture outlet
fitflops clearance
cheap nba jerseys
nfl jerseys
mcm outlet
true religion outlet uk
ralph lauren outlet
christian louboutin outlet
adidas outlet
kobe shoes
michael kors handbags
cheap football shirts
cheap jordans
lebron shoes
michael kors outlet online
michael kors uk outlet
pandora outlet
mulberry outlet,mulberry handbags outlet
michael kors outlet
mulberry sale
soccer jerseys wholesale
cheap soccer jerseys
michael kors outlet
nike air max
mbt shoes
nike air force 1
2016415zhenhong

chenlina said...

nfl jerseys wholesale
coach factory outlet
gucci outlet
louis vuitton outlet
ray ban sunglasses
coach outlet
michael kors
mont blanc pens
pandora jewelry
cheap nfl jerseys
adidas trainers
coach outlet store online
abercrombie kids
cheap uggs
true religion jeans
cheap jordans
north face outlet
polo ralph lauren
louis vuitton handbags uk
oakley vault
polo ralph lauren outlet
the north face
michael kors outlet online
coach factory outlet
air jordans
ugg sale
fitflops sale clearance
kobe bryant shoes
canada goose outlet
jordans for sale
abercrombie and fitch
coach outlet store online
louis vuitton outlet stores
michael kors handbags
christian louboutin shoes
louis vuitton bags
coach outlet store online
celine outlet
uggs on sale
tods shoes
chenlina20160810

raybanoutlet001 said...

nike air huarache
michael kors handbags
chaussure louboutin
michael kors uk
michael kors handbags
cheap oakley sunglasses
air jordan uk
nike outlet
louis vuitton sacs
michael kors handbags online

wesan michael said...

yeezy boost
michael kors outlet
adidas neo online shop
hogan outlet
lacoste polo shirts
nike air zoom structure 19
coach outlet online
michael kors outlet store
toms outlet store
tiffany online

姚嘉 said...

birkenstocks
saics running shoes
versace
nike store
ghd hair straighteners
michael kors handbags
nike air huarache
cheap nba jerseys
nike outlet store
jimmy choo

raybanoutlet001 said...

skechers go walk
tiffany jewelry
yeezy boost 350 v2
ralph lauren polo shirts
nike air huarache
adidas nmd
longchamp bags
adidas ultra boost
tiffany and co outlet
nmd adidas store

dada24 Xu said...

canada goose jackets
canada goose jackets uk
ugg australia
polo ralph lauren outlet
ralph lauren uk
moncler uk
ugg boots clearance
ugg boots sale
cheap ugg boots
canada goose jackets
zhi20161202

raybanoutlet001 said...

michael kors outlet
coach outlet
longchamp outlet
replica watches
coach factory outlet
jordan 4
michael kors handbags
jets jersey
michael kors handbags wholesale
hermes belt