Thursday, July 15, 2010

Kemusykilan Keluarga

Rahsia Anak-Anak juga Amanah

SOALAN:

Kami anak kepada seorang bapa yang kini berusia 50 tahun dan masih bertugas sebagai salah seorang pegawai kerajaan. Ibu kami seorang suri rumah sepenuh masa. Kami dan ibu kurang senang dengan sikap bapa yang selalu membocorkan rahsia kami kepada orang luar, walaupun kami kerap memberitahunya bahawa kami juga mempunyai perasaan malu yang perlu dipelihara.
Soalannya, sejauh manakah ibu bapa wajib memelihara rahsia anak-anak? Apa pandangan tuan jika Akta Rahsia Rasmi (OSA) itu diperluaskan kepada keluarga dan anak-anak? - KAMALINA, Ipoh.

JAWAPAN:
Saya tidak meragui tentang kewajipan bapa memelihara rahsia anak-anaknya, malah ia adalah sebahagian daripada amanah dan tanggungjawab mereka. Biasanya, ibu bapa sangat peka terhadap kepentingan anak-anak dan tidak suka rahsia mereka terdedah kepada umum, tetapi dalam soalan di atas kelihatan sebaliknya. Mungkin anda tidak menyatakan hakikat sebenar kedudukan anda dan hubungan dengan bapa. Oleh itu saya tidak dapat memberi maklum balas dengan lebih jelas dan sempurna.
Sebaik-baiknya rundingkanlah masalah itu dengan ibu, mungkin bapa tidak memahami psikologi anak-anaknya. Mungkin juga sesuatu yang menjadi rahsia anak-anak, tidak dianggap rahsia oleh bapa. Saya kira jalan penyelesaiannya sangat mudah. Anggaplah bapa sebagai orang tua, maafkan sahaja kesalahannya.
Anda perlu ingat, anak-anak adalah kepunyaan ibu dan bapa, mereka bebas melakukan sesuatu terhadap anak-anak, kerana dipercayai ibu bapa tidak rela melakukan sesuatu yang menjejaskan kepentingan hidup dan masa depan anak-anaknya. Bagaimanapun, kebebasan mereka tidak mutlak, mereka tidak harus mendedahkan rahsia anak-anak kepada umum, kerana pada hakikatnya maruah anak-anak adalah maruah mereka sendiri. Atas dasar ini, sesetengah ulama tidak mengizinkan bapa mewalikan perkahwinan anak perempuannya yang masih bikr (dara), tanpa persetujuan secara terus terang daripada anak perempuan berkenaan, kerana ada kemungkinan ibu bapa sudah ketinggalan zaman, apabila membuat sesuatu keputusan bagi pihak anak-anak mereka.
Rahsia anak-anak adalah amanah. Islam memandang berat amalan membocorkan rahsia. Islam mengingatkan, amalan mendedahkan rahsia adalah kegiatan keji dan mungkar, kerana boleh mengeruhkan hubungan antara keluarga dan sesama Islam. Namun begitu, saya tidak sampai hati jika Akta Rahsia Rasmi (OSA) diperluaskan kepada keluarga, supaya bapa yang membocorkan rahsia anak-anak juga boleh diambil tindakan undang-undang.

Dalam sebuah hadis Baginda Rasulullah s.a.w. mengingatkan dengan sabdanya:

إِذَا حَدَّثَ الرَّجُلُ بِالْحَدِيثِ ثُمَّ الْتَفَتَ فَهِيَ أَمَانَةٌ [1]
Terjemahan: Apabila seseorang bercakap sesuatu ucapan, kemudian ia beredar dari majlis itu, maka ia telah menanggung suatu amanah.
Hadis ini mengingatkan rahsia tidak harus melewati sempadan yang ditetapkan. Sesuatu yang diketahui, didengar, diucap, ditulis dan dibukukan pastilah maklumatnya mempunyai sempadan, tidak semua maklumatnya boleh dilaporkan kepada semua orang dan tidak semua orang patut mengetahuinya.
Ada sesetengah perkara wajib dirahsiakan, mungkin kerana masanya belum tiba untuk diketahui umum dan perkara yang langsung tidak perlu diketahui hingga bila-bila, seperti rahsia yang berkaitan anak-anak, suami isteri dan sebagainya.
Namun begitu, kehormatan seseorang anak, keluarga atau sesuatu pengucapan hanya terpelihara atau wajib dipelihara selama tindakannya mematuhi hukum-hukum dan peraturan Allah, sebaliknya jika seseorang tidak menghormati hukum-hukum dan peraturan Allah, maka kehormatan mereka tidak lagi terpelihara, sekali gus tiada hak untuk mendapatkan perlindungan.
Antara rahsia yang wajib dipelihara ialah hubungan antara suami isteri. Suami isteri dalam Islam mempunyai rahsia dan amanah yang wajib dipelihara sebaik-baiknya. Apa yang berlaku antara mereka sepatutnya tersimpan dalam bilik kebal. Pembocoran kegiatan hubungan sulit antara pasangan adalah suatu dosa, kerana mendedahkan sesuatu yang tidak perlu diketahui orang lain sekalipun ibu bapa dan anak-anak sendiri.
Dalam sebuah hadis Rasulullah bersabda:
‏ ‏إِنَّ مِنْ أَشَرِّ النَّاسِ عِنْدَ اللَّهِ مَنْزِلَةً يَوْمَ الْقِيَامَةِ الرَّجُلَ ‏ ‏ يُفْضِي ‏ ‏إِلَى امْرَأَتِهِ ‏ ‏وَتُفْضِي إِلَيْهِ ثُمَّ يَنْشُرُ سِرَّهَا [2]
Terjemahan: Sesungguhnya antara amanah yang paling besar di sisi Allah pada hari kiamat ialah hubungan sulit antara suami isteri, kemudian masing-masing membocorkan rahsia sulit mereka kepada orang lain.

Sejarah banyak mencatatkan rahsia yang ditangani secara bermaruah dan perlu dijadikan contoh dan iktibar. Antaranya, kisah Umar Ibn al-Khattab ketika mempelawakan puterinya Hafsah untuk dikahwinkan dengan Abu Bakar al-Siddiq dan kemudiannya kepada Uthman selepas kematian suaminya.
Abu Bakar dan Uthman menolak pelawaan itu dengan penuh rahsia, kerana pada suatu hari mereka pernah mendengar Rasulullah menyebut nama Hafsah. Rahsia baginda ini tidak sanggup dibocori oleh Abu Bakar dan Uthman, biarpun mereka terpaksa berjauh hati seketika dengan Umar Ibn al-Khattab.
Penjagaan rahsia bukan sahaja pada lelaki dan orang dewasa sahaja tetapi juga wanita dan kanak-kanak, terutama golongan yang hatinya mula terpancar dengan nur iman, mereka sedar betapa besarnya tanggungjawab ini. Kita dapati dalam riwayat Muslim daripada Anas Ibn Malik yang melaporkan suatu peristiwa, katanya:
Pada suatu hari, Rasulullah datang padaku, ketika itu aku sedang bermain dengan beberapa orang kanak-kanak, baginda memberi salam kepada kami, kemudian menyuruh aku menyempurnakan hajatnya, kerana hajat baginda, maka aku terlewat menjalani urusan ibuku.
Apabila aku balik, ibuku bertanya: Ke mana engkau pergi, mengapa terlewat pulang ke rumah? Aku menjawab: Rasulullah menyuruh aku menyempurnakan hajatnya. Apa hajatnya itu, tanya ibuku. Aku menjawab, itu adalah rahsia Rasulullah. Berkata ibuku: Jika itu suatu rahsia, maka simpankan baik-baik jangan bocorkan.
Ibu Anas Ibn Malik sangat menyedari pentingnya rahsia itu dijaga, beliau menyuruh anaknya supaya memelihara rahsia itu sebaik-baiknya dan jangan memberitahu sesiapa, walaupun ada seorang sahabat Nabi bernama Thabit Ibn Qays yang juga salah seorang sahabat yang dijamin syurga berminat mengetahui rahsia itu.
Seorang Muslim yang mematuhi aturan akhlak al-Quran, berasa malu untuk membuka rahsia seseorang, kerana al-Quran sering mengingatkan mereka dengan amaran yang begitu keras. Antaranya firman Allah:
إِنَّ الَّذِينَ يُحِبُّونَ أَن تَشِيعَ الْفَاحِشَةُ فِي الَّذِينَ آمَنُوا لَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ وَاللَّهُ يَعْلَمُ وَأَنتُمْ لَا تَعْلَمُونَ [3]
Terjemahan: Sesungguhnya orang yang suka membuka rahsia-rahsia buruk dalam kalangan orang yang beriman, akan beroleh seksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan akhirat. Ingatlah Allah mengetahui segala perkara, sedang kamu tidak mengetahuinya.
Individu Muslim yang tinggal dalam masyarakat Islam, seharusnya berasa malu untuk melaporkan sesuatu yang keji, sama ada berkaitan diri mahupun anak-anak dan masyarakatnya, kerana ia dilatih supaya melakukan amalan yang murni, apalagi laporan negatif yang membabitkan maruah dan kehormatan seseorang tercemar kerananya. Dalam sebuah hadis Rasulullah bersabda yang bermaksud:
Semua umatku mendapat kemaafan dari dosanya, kecuali orang yang melakukan dosa berterang-terangan. Sesungguhnya orang yang berterang-terangan itu ialah mereka yang melakukan suatu kegiatan maksiat pada malamnya, kemudian dilapornya kepada orang pada waktu siangnya, sedang Allah telah menutupi dosanya. Ia tanpa silu malu mengaku: Saya telah melakukan dosa itu dan dosa ini, sekalipun orang tidak mengetahuinya.
Dalam sebuah hadis dilaporkan, sekumpulan orang datang kepada Uqbah Ibn Amir lalu memberitahunya: Kami ada jiran-jiran yang selalu minum arak dan melakukan maksiat. Bolehkah kami memaklumkan kejadian itu kepada ketua atau imam kami? Berkata Uqbah: Tidak boleh, kerana aku pernah dengar Rasulullah bersabda:
مَنْ رأى عَوْرَةً فَسَتَرَهَا كَانَ كَمَنْ أَحْيَا مَوْؤُدَةً [4]
Terjemahan Sesiapa melihat suatu kelemahan pada orang Muslim, lalu dia lindunginya, kedudukannya bagaikan orang yang menyelamatkan bayi yang sedang dibunuh hidup-hidup
Memperbaiki kelemahan seseorang bukannya dengan cara mencari-cari kelemahan dan memberitahunya kepada umum, tetapi hendaklah dengan menyimpan apa yang benar kepada mereka, mencari jalan supaya ia mencintai amal kebajikan serta membenci kemungkaran, tanpa memburuk-burukkan keadaan dan suasana.
Sikap lemah lembut serta mengambil jalan yang lebih hikmah dan bijaksana, lebih berjaya dan besar harapan terbukanya pintu hati yang terkunci untuk ditembusi kebenaran. Jiwa seseorang juga lebih mudah untuk ditundukkan kepada sesuatu yang makruf jika diajak berbincang secara lemah lembut.
Dalam suatu peristiwa, seorang lelaki dibawa kepada Abdullah Ibn Mas'ud, lalu dilapor kepadanya bahawa lelaki berkenaan adalah seorang kaki arak, ia minum begitu banyak sehingga tumpah membasahi janggutnya. Berkata Ibn Mas'ud: Jangan anda laporkan begitu, kerana kita dilarang mengintip rahsia. Hanya jika kita dapati ia melakukan berterang-terangan, maka bolehlah kita ambil tindakan terhadapnya.

Mencari-cari kelemahan orang dan mendedahkan keburukannya kepada umum, biasanya tidak mendatangkan hasil yang lebih baik malah akan memburukkan lagi keadaan. Masyarakat akan menjadi lebih ingin mengetahui keburukan yang berlaku, nilai maksiat pula akan menjadi lebih rendah dengan adanya orang yang berani mencerobohinya.

Baginda Rasulullah sangat marah kepada mereka yang bersikap suka bercakap tentang keburukan orang. Pada suatu hari baginda menyampaikan suatu khutbah. Antara kandungannya, baginda mengingatkan supaya tidak menyakiti hati orang mukmin dan jangan mencari-cari rahsia mereka, kerana orang yang membuka rahsia saudaranya, nanti Allah akan membuka rahsianya pula. Sesiapa yang membuka kelemahan orang, nanti kelemahan dirinya pula akan dibuka, sekalipun tersimpan dalam rumahnya sendiri.
Demikianlah Islam menangani masalah rahsia dengan cara yang lebih teliti dan menjamin kesejahteraan umum.

[1] Abu Dawud, al-Adab: Fi naql al-Hadith, bil. 4225.
[2] Muslim, al-Nikah: TYahrim Ifsya` Sirr al-Mar`ah, hadis bil. 2597.
[3] Al-Nur: 19.
[4] Bukhari, al-Adab al-Mufrad, hadith bil. 758

7 comments:

dong dong said...

201577dongdong
michael kors handbags
cheap jordans
coach outlet
jordan 11 low
longchamp bags
louis vuitton handbags
polo ralph lauren
chanel bags
ralph lauren sale
michael kors outlet online
louis vuitton outlet
michael kors handbags
burberry outlet
true religion jeans
longchamp outlet
christian louboutin outlet
coach outlet
christian louboutin
red christian louboutin
christian louboutin
jordan 11 concord
tods outlet
gucci outlet online
louis vuitton outlet
oakley sunglasses
oakley sunglasses
beats solo
ray ban uk
air jordan 13
christian louboutin outlet
louis vuitton outlet
chanel uk
michael kors bag
cheap ray bans
jordan 8s
abercrombie
louboutin pas cher
adidas outlet store
louis vuitton handbags

Da Shuai Guo said...

4guowenhao0824
hollister uk
giuseppe zanotti
cheap snapbacks
kate spade handbags
links of london
rolex watches uk
rolex watches
hollister canada, http://www.hollistercanada.com
lacoste outlet
salomon running shoes
puma sneakers
los angeles clippers jerseys
the north face outlet
coach outlet
roshe run men
nfl jerseys
michael kors outlet
fitflop
babyliss pro
evening dresses
celine outlet online
ghd hair straighteners
swarovski crystal
coach factory outlet
air max 2015
nike roshe
tiffany and co
louis vuitton handbags
gucci
tiffany and co jewelry

Mu Lin said...

michael kors handbags outlet
louis vuitton artsy
coach handbags
michael kors hamilton tote
louis vuitton neverfull
coach sunglasses
mcm tote
louis vuitton neverfull mm
discount michael kors
longchamp outlet
longchamp le pliage large tote
michael kors outlet store
michael kors black purse
hermes purses
louis vuitton handbags on sale
chanel outlet
chanel flap bag
chanel tote
louis vuitton tote bag
coach purses on sale
mcm clutch
prada belts
burberry wallet
louis vuitton belts
gucci handbags
burberry for men
prada crossbody bags
louis vuitotn speedy
burberry outlet online
prada outlet online
prada messenger bag
mcm backpack
prada purses
gucci handbags outlet
coach messenger bag

Pnane Weg said...

girls north face jackets
coach factory outlet
coach
Coach Purse Outlet Online 80% Off
timberland
Ugg Sale
kate spade handbags
nike wholesale
fitflops clearance
nike high heels outlet online
coach factory outlet online
celine bag
clarks
michael kors outlet
coach
cheap michael kors handbags
retro 11
coach
salvatore ferragamo
Uggs Sale
converse
coach factory outlet
nike factory outlet
fitflop shoes
fitflop shoes sale
ghd hair
mont blanc pen
christian louboutin shoes
nike nfl jerseys 2015
hermes outlet
jordan
burberry scarf sale
North Face Sale
oakley sunglasses outlet
jordan 11 concord
ralph lauren
fendi sale
abercrombie and fitch outlet store
uggs outlet
North Face Clearance
michael kors outlet store
under armour shoes
North Face Jackets
cheap coach handbags
reebok outlet
reebok shoes outlet
coach shoes for women
qwe12.21

chenlina said...

nfl jerseys wholesale
coach factory outlet
gucci outlet
louis vuitton outlet
ray ban sunglasses
coach outlet
michael kors
mont blanc pens
pandora jewelry
cheap nfl jerseys
adidas trainers
coach outlet store online
abercrombie kids
cheap uggs
true religion jeans
cheap jordans
north face outlet
polo ralph lauren
louis vuitton handbags uk
oakley vault
polo ralph lauren outlet
the north face
michael kors outlet online
coach factory outlet
air jordans
ugg sale
fitflops sale clearance
kobe bryant shoes
canada goose outlet
jordans for sale
abercrombie and fitch
coach outlet store online
louis vuitton outlet stores
michael kors handbags
christian louboutin shoes
louis vuitton bags
coach outlet store online
celine outlet
uggs on sale
tods shoes
chenlina20160810

raybanoutlet001 said...

cheap michael kors handbags
atlanta falcons jersey
nike free
pandora outlet
nike blazer
nike huarache trainers
hugo boss sale
michael kors handbags
coach factory outlet
armani exchange

Anjilo Jilo said...

Quickbooks Support Phone Number
Quickbooks Support Phone Number
Quickbooks Tech Support Number
Quickbooks Support Number
Quickbooks Technical Support Number
Quickbooks Tech Support Phone Number
Quickbooks Technical Support Phone Number
Quickbooks Help Desk Phone Number
Quickbooks Help Desk Number
Quickbooks Customer Service Number
Quickbooks Customer Service Phone Number
Quickbooks Customer Support Number
Quickbooks Customer Support Phone Number

Quickbooks Support Phone Number
Quickbooks Support Phone Number
Quickbooks Tech Support Number
Quickbooks Support Number
Quickbooks Technical Support Number
Quickbooks Tech Support Phone Number
Quickbooks Technical Support Phone Number
Quickbooks Help Desk Phone Number
Quickbooks Help Desk Number
Quickbooks Customer Service Number
Quickbooks Customer Service Phone Number
Quickbooks Customer Support Number
Quickbooks Customer Support Phone Number