Sunday, July 4, 2010

Kemusykilan Keluarga

Mengenali Tiga Jenis Darah Wanita

Soalan:

Saya seorang pelajar wanita berusia 16 tahun. Masalah saya ialah cecair berwarna coklat perang keluar dari faraj saya. Kadang-kadang bersama sedikit darah.

Saya khuatir adakah ini merupakan darah haid, sedangkan ia keluar pada siang hari sahaja dan tidak cukup 28 hari. Saya sangat malu untuk bertanya perkara ini kepada orang tua yang lebih arif dengan hukum. Saya harap tuan dapat menyelesaikan kemusykilan yang saya hadapi. - PK, Terengganu.

Jawapan:

Sebelum menjawab kemusykilan yang dikemukakan, ruangan ini ingin mengambil kesempatan mengucapkan selamat menjalani alam remaja, semoga adik yang baru sahaja memasuki alam ini, dapat meneruskan perjalanan dengan lebih sempurna serta tabah menghadapi sebarang kesulitan.

Ketibaan alam remaja atau awal dewasa kepada seseorang insan, pastinya merupakan suatu ujian, sama ada kepada fizikalnya yang mungkin berubah secara mendadak, atau kepada jantinanya yang subur dengan ketara, berbanding alam kanak-kanak yang dilaluinya sebelum ini. Sesungguhnya cecair coklat yang keluar dan kadang-kadang bersama darah itu adalah darah haid, ia merupakan petanda bahawa adik dengan rasminya telah melangkah kea lam dewasa, atau menurut istilah agama, adik disebut sebagai orang mukallaf yang sudah akil baligh.

Adik tidak perlu risau dengan fenomena itu, kerana semua golongan Hawa menjalaninya. Menurut hadis yang disabdakan kepada Aisyah (ra):

هَذَا شَىْءٌ كَتَبَهُ اللَّهُ عَلَى بَنَاتِ آدَمَ [البخاري: كيف كان بدء الحيض]

Terjemahan: Haid adalah suatu ketentuan Allah ke atas golongan Hawa
Maksudnya, ia tidak kena mengena dengan apa-apa kepercayaan. Sesetengah orang menghubungkan kesah ini dengan kejadian yang berlaku kepada nenek Hawa yang dipaksa keluar daripada syurga, kerana pendarahan haid yang keluar sebaik sahaja dia dan Adam melanggar larangan Allah dari memakan buah kayu al-khuld di dalamnya. Kesah ini tidak dapat disahkan kebenarannya.

Adik sebelum ini, sepatutnya telah mendapat pengetahuan yang lebih jelas sama ada daripada ibu atau kakak-kakak, mereka sepatutnya menceritakan adik pengalaman yang mereka lalui, serta hukum-hukum Islam yang mereka tahu. Adik juga sepatutnya mendapat bimbingan tentang hubungan haid dengan kesihatan tubuhbadan kerana haid selain membabitkan hukum-hukum agama, ia juga mempunyai hubungan dengan kesihatan dan kemasyarakatan.

Bagaimanapun, ruangan ini tidak keberatan membantu adik untuk menjelaskan hukum-hukum mengenai darah wanita yang sepatutnya diketahui semua kaum Hawa, terutama yang baru memulakan usia dewasanya supaya tanggungjawab agama dapat disepurnakan. Dalam fiqh Islam ada tiga jenis darah yang keluar dari faraj seseorang wanita, ia dikenali dengan nama-nama haid, istihadah dan nifas.

(1) Darah haid ialah darah yang keluar daripada seseorang perempuan, dalam keadaannya yang cukup sihat. Darah ini berbeza dengan darah-darah nifas dan istihadah dari segi warna dan waktu.

Antara perkara yang perlu diketahui berhubung haid, ialah persoalan-persoalan seperti pada usia berapakah haid bermula? Berapa lama tempoh sesuatu pusingan haid? Apakah tanda-tanda yang membezakan antara pendarahan haid dan bukan haid? Apakah hukum yang wajib dipatuhi seseorang ketika manjalani haid, nifas dan istihadah? Pada usia berapakah kaum Hawa itu boleh mengalami menopaus dan sebagainya.

Bagi menjawab persoalan pada usia berapakah haid bermula. Tidak ada keterangan khusus menunjukkan haid bermula pada usia-usia tertentu. Berdasarkan kaji selidik para ulama, usia 9 hingga 15 tahun adalah lingkungan usia bermulanya kadatangan haid pertama. Jika usia kanak-kanak itu melebihi 15 tahun, sedang haid belum juga datang, kanak-kanak itu tetap juga berusia baligh, sekalipun belum terjadi haid. Jika darah itu keluar, sedangkan kanak-kanak itu itu belum berusia 9 tahun, maka darah itu dikatakan darah kotor atau dam fasad.

Ada kemungkinan, perbezaan iklim, pemakanan, persekitaran hidup dan latar belakang keluarga, turut membezakan usia permulaan kedatangan haid. Bagaimanapun ulama berpendapat, haid tidak mungkin berlaku sebelum usia 9 tahun menurut kiraan bulan. Atas dasar ini, anak-anak warga kota mungkin lebih cepat haid berbanding anak-anak warga desa. Golongan atasan yang banyak terdedah kepada peralatan mewah, mungkin lebih cepat haid berbanding golongan yang rendah atau sederhana kedudukannya. Bahkan ada juga kemunmgkinan kanak-kanak sekarang lebih cepat haid berbanding kanak-kanak 50 tahun yang lulu.

Mengenai tempoh minimum haid, Imam Abu Hanifah berpendapat tiga hari tiga malam atau 72 jam. Tempoh sederhana atau kebiasaannya lima hari, manakala tempoh maksimumnya ialah sepuluh hari sepuluh malam. Jika darah masih juga keluar selepas tempoh itu, anggap sahaja darah istihadah (pendarahan biasa).

Menurut Imam Syafi`i dan Ahmad, tempoh minimum haid ialah sehari semalam atau 24 jam. Tempoh biasanya ialah 6 atau 7 hari, sedang tempoh maksimumnya ialah 15 hari 15 malam. Jika lebih daripada had itu, maka dianggap darah istihadah. Imam Malik pula berpendapat minimum darah haid ialah satu detik waktu, manakala tempoh maksimumnya ialah 15 hari, iaitu bagi wanita yang belum pernah datang haid sebelumnya. Jika pernah datang haid, maka ia mempunyai adat kebiasaannya sendiri.

Perbezaan pendapat Fuqaha dalam penentuan tempoh haid cukup ketara kerana masing-masing berdasarkan kajian, sedangakn mereka tidak mempunyai dalil yang sahih untuk dirujuk. Saya berpendapat, tempoh haid adalah berbeza antara seorang wanita dengan yang lain, ia tidak boleh disamakan dengan semua orang atau ditentukan dengan masa dan hari dengan tepat dan tetap. Penentuan sebenarnya ialah kebiasaan yang dialami seseorang perempuan. Jika seseorang wanita mempunyai tempoh kebiasaan selama 7 hari, maka 7 hari sahaja tempoh haidnya. Jika kedatangan haidnya kali pertama, maka darah berwarna hitam menentukan haid kerana hadis menyatakan, darah haid itu hitam.

Menyentuh tentang warna darah, hadis menyatakan darah haid itu berwarna hitam atau merah pekat. Jika darah yang keluar itu berwarna merah cerah, kuning atau keruh seperti tanah, maka ia bukan darah haid dan dengan sendirinya tidak mengahalang daripada menunaikan salat. Banyak hadis yang boleh diketengahkan, misalnya hadis riwayat Ahmad, Abu Dawud dan lain-lain, Rasulullah saw bersabda kepada Fatimah Bt. Abu Hubaisy tetakala menjawab pertanyaannya tentang darah:

إذَا كَانَ دَمُ الحَيضَةِ فَإنَّهُ أسْوَدُ يُعْرَفُ فَإذَا كَانَ ذَلكََ فَأمْسِكِي عَنْ الصَّلاةِ فَإِذَا كَانَ الآخَرُ فَتَوَضَّئِي وَصَلِّي [النسائي: حديث: 359]

Sesungguhnya darah haid itu hitam sebagaimana dikenali kaum wanita sendiri. Jika terjadi pendarahan hitam, maka hentikan salat, sebaliknya jika lain-lain warna, maka berwuduk dan teruskan salat.

Ulama juga tidak sependapat pada menentukan usia berlakunya menopaus. Imam Abu Hanifah menyatakan, ia berlaku dalam usia 55 tahun, mungkin juga kurang daripadanya. Imam Syafi`i berpendapat tiada had usia bagi menopaus, tetapi biasanya sekitar usia 60 tahun. Imam Malik berpendapat menopaus berlaku selepas usia 70 tahun.

Perbezaan pendapat ini juga berpunca daripada ketiadaan dalil sahih yang boleh dijadikan rujukan. Apa yang diputuskan itu, hanya berpandukan kaji selidik yang terbatas dan tidak menyeluruh. Bagaimanapun, semua ulama sependapat, jika selepas usia menopaus itu, tiba-tiba kelihatan darah berwarna hitam atau merah pekat, maka darah itu hendaklah dikira haid. Wanita berkenaan hendaklah mematuhi hukum dan peraturan haid seperti biasa.

(2) Nifas ialah darah yang keluar selepas bersalin. Darah ini biasanya keluar berterusan antara tiga hingga empat minggu, kadang-kadang berterusan hingga 40 hari. Tiada dalil sahih yang menentukan had bagi tempoh maksimumnya. Ukuran sebenarnya ialah apabila darah itu kering, maka hendaklah dinggap nifasnya sudah berhenti. Segala kewajipan ibadat hendaklah dikerjakan seperti biasa.

(3) Istihadah ialah darah yang keluar daripada faraj wanita secara luar biasa, disebakan penyakit atau sebab-sebab lain. Warna darahnya berbeza dengan darah haid, waktunya juga tidak berlaku selepas bersalin. Jika kriteria utama darah haid iaitu hitam atau merah pekat, maka darah istihadah adalah merah darah yang asli dan membeku sebaik sahaja keluar, sedangkan darah haid tidak cepat membeku.

Beberapa hukum khas bagi kaum Hawa yang sedang menjalani tempoh haid, nifas dan istihadah. Berikut disenaraikan hukum-hukum itu secara ringkas:

·Wanita yang selesai menjalani tempoh haid dan nifas hendaklah mandi atau
bersuci.Pendarahan istihadah tidak menghalangkan solat dan puasa.

· Wanita yang selesai haid buat kali pertama, dengan sendirinya ia dikira sebagai dewasa.
Tempat duduknya ketika solat adalah bersama orang dewasa.

· Kewajipan solat dalam tempoh haid dan nifas digugurkan. Bahkan tidak wajib dikada semua
solat yang ditinggalkan dalam tempoh itu.

· Dilarang berpuasa bagi wanita yang sedang haid dan nifas, tetapi hendaklah mengkadakan
puasa Ramadan selepas suci daripada haid dan nifas.

· Haram menyentuh mushaf dan membaca kitab suci al-Qur`an. Tetapi Imam Malik
mengharuskan baca, jika ia seorang guru atau hafizah, tanpa menyentuhnya.

· Dilarang masuk masjid dan berada di dalamnya.

· Dilarang melakukan tawaf, kerana Kaabah sebahagian daripada masjid.

· Jika wanita itu bersuami, haram dicerai dalam tempoh haid, tetapi tidak haram dalam tempoh
istihadah.

· Bagi wanita yang menjalani pendarahan istihadah, tiada ibadat yang dilarang melakukannya.
Segala ibadat dan urusan yang harus dilakukan oleh orang biasa, harus juga dilakukan oleh
wanita yang sedang mengalami pendarahan itu.

Demikianlah serba ringkas hukum-hukum haid, nifas dan istihadah. Saya berpendapat, hukum-hukum ini perlu diambil perhatian semua pihak, terutama ibu bapa, pendidik dan remaja sebagai pihak yang lebih kerap terdedah dengan masalah berkenaan.



7 comments:

姚嘉 said...

birkenstocks
saics running shoes
versace
nike store
ghd hair straighteners
michael kors handbags
nike air huarache
cheap nba jerseys
nike outlet store
jimmy choo

raybanoutlet001 said...

kobe shoes
adidas neo shoes
yeezy sneakers
tiffany and co uk
adidas ultra boost white
michael kors outlet
christian louboutin outlet
michael kors handbags
skechers outlet online
http://www.outlettiffanyand.co

dada24 Xu said...

true religion jeans outlet
true religion outlet online
ugg
coach outlet online
coach outlet store
louis vuitton factory outlet
louis vuitton outlet online
moncler uk
moncler pas cher
ugg pas cher
zhi20161202

dong dong23 said...

louis vuitton outlet
oakley vault
adidas nmd
uggs outlet
pandora rings
calvin klein outlet
air jordan
ray ban sunglasses outlet
oakley vault
coach outlet
2017.2.11chenlixiang

raybanoutlet001 said...

michael kors handbags
salvatore ferragamo
nike outlet store
nike store
dolphins jerseys
cheap mlb jerseys
abercrombie and fitch kids
kobe 9
nike blazer pas cher
ray bans

dong dong23 said...

adidas nmd
lebron james shoes
coach outlet online
ralph lauren polo outlet
cheap oakley sunglasses
ray ban sunglasses
christian louboutin shoes
replica watches
ralph lauren
fitflop shoes
20174.17wengdongdong

caiyan said...

louis vuitton outlet
michael kors outlet online
oakley sunglasses
swarovski jewellery
cveland cavaliers jerseys
denver broncos jerseys
ultra boost
rolex replica watches
ralph lauren uk
polo outlet
0508shizhong