Monday, July 11, 2011

Makmum  Tidak  Harus Paksa Imam

SOALAN

SAYA bertugas sebagai imam di salah sebuah surau di Kuala Lumpur. Saya selalu menunaikan solat dua rakaat sebelum maghrib, walaupun antara jemaah surau ini ada yang melarang saya menunaikannya. Menurut mereka tiada solat sunat sebelum maghrib kerana tiada hadis yang boleh dijadikan dalil.
Saya menerima baik teguran itu dan tidak lagi menunaikan solat sunat sebelum maghrib, tiba-tiba datang pula kumpulan yang lain menyuruh saya memberi masa kepada mereka sebelum maghrib sekadar cukup untuk menunaikan dua rakaat solat sunat.
Saya berasa serba salah dalam hal ini, sama ada untuk terus menunaikan solat maghrib atau memberi peluang solat sunat dua rakaat seperti yang disarankan.
Harap ustaz berikan jawapan serta dalil dan hujah mana yang benar di antara dua pendapat itu dan bagaimana pertimbangan yang sebaik-baiknya. Terima kasih atas jawapan ustaz. - HARUN, Kuala Lumpur.


JAWAPAN

Saya memahami masalah saudara yang seolah-olah ditekan oleh jemaah yang suka bermain dengan masalah khilafiah, walaupun ia tidak banyak mendatangkan faedah, selain menghabiskan saki baki usia yang ada. Biasanya mereka ini dijangkiti virus terlalu mempercayai diri sendiri, walhal ia tidak sedar bahawa sebenarnya ia tidak tahu, atau yang diketahui hanya sepatah, tetapi seolah-olah langit dan bumi dikuasai ilmunya, lalu membetulkan siapa jua yang dianggapnya tidak betul menurut pengetahuannya. Guru-guru, imam-imam dan semua orang tidak terkecuali daripada teguran dan kritikannya.


Saya merasakan ada sesuatu yang tidak kena, sama ada pada imam yang memimpin solat atau pada makmum yang dipimpin. Imam harus patuh pada disiplinnya bagi menjamin kebebasan dalam kepimpinan solat jemaah. Imam hendaklah diberi kebebasan menentukan amalan menurut pilihannya, sama ada ingin melakukan sunat-sunat tertentu atau tidak, doa mana yang suka dibaca atau surah dan ayat mana yang menjadi pilihannya. Makmum tidak perlu menentu atau memilih bagi pihaknya.

Makmum hanya boleh menyuarakan pendapat jika diminta, pandangan mereka boleh diterima dan boleh juga ditolak, sekalipun tanpa alasan. Jika tidak diminta, biarlah imam membuat keputusan sendiri bagi menjalani urusan solat atas kedudukannya sebagai imam yang diberi tauliah atau telah dipilih dengan persetujuan ramai.
Jika imam tidak bebas menentukan pilihan yang terbaik bagi menjalani urusan solat bersama para jemaahnya, kerana makmum suka mengganggu atau memaksa imam yang sepatutnya tidak dipaksa, maka suatu keadaan kelam-kabut dijangka berlaku.

Sebuah negara tidak menjadi aman jika pemimpinnya tidak diberi kepercayaan membuat sesuatu keputusan bagi faedah rakyat dan negara pimpinannya.

Merujuk kepada soalan di atas, saya sempat membaca kitab Fiqh al-Sunnah karangan Sayyid Sabiq, katanya: Dua rakaat sebelum mahgrib ini termasuk antara solat sunat yang tidak muakkad. Sesiapa suka bersolat serta ada waktunya, bolehlah ia bersolat.

Tetapi jika tiada waktu, misalnya bilal terus iqamah (kamat) sebaik sahaja azan disempurnakan, maka sebaik-baiknya ia terus solat bersama-sama jemaah dan imam yang bertugas. Sekalipun ia belum melakukan solat tahiyyatul masjid atau dua rakaat sebelum maghrib.

Sunat rawatib yang dikira muakkad dan sepatutnya tidak ditinggalkan hanya 10 rakaat sahaja, iaitu 2 rakaat sebelum subuh, 2 rakaat sebelum zohor, 2 rakaat selepas zohor, 2 rakaat selepas maghrib dan 2 rakaat selepas isyak.

Dalam sebuah riwayat daripada Ibn Umar dan lain-lain menyatakan 10 rakaat seperti di atas, adalah sunat muakkad yang selalu dikerjakan oleh Nabi s.a.w. Hadisnya boleh dirujuk dalam Bukhari (al-Tatawwu 3/48), Muslim (al-Sunan al-Ratibah bilangan 729).

Demikianlah 10 rakaat yang selalu dilakukan oleh Nabi s.a.w di samping itu solat witir juga antara sunat muakkad yang selalu dikerjakan oleh Rasulullah s.a.w. Dalam sesetengah hadis menyebutkan, 4 rakaat sebelum zohor juga termasuk antara sunat rawatib. Sunat-sunat yang disebutkan itu hendaklah tidak diabaikan kerana nanti akan menyempurnakan kekurangan yang mungkin berlaku pada solat fardu dan berfungsi memberatkan timbangan amalan kebajikan pada hari akhirat.

Dua rakaat sunat sebelum maghrib tidak termasuk antara sunat yang selalu dikerjakan oleh Nabi s.a.w. Justeru, ia tidak dimasukkan dalam kumpulan sunat muakkad. Bagaimanapun ada riwayat dalam sahih Bukhari 2/91, Muslim, bilangan 838 dan lain-lain daripada Abdullah bin Mughaffal menyatakan: Masa antara azan dan iqamah (kamat) boleh dikerjakan solat sunat, iaitu bagi sesiapa yang ingin mengerjakannya. Berpandukan hadis ini, dua rakaat solat sunat selepas azan maghrib, termasuk antara solat yang disunatkan juga.

Jika didapati antara jemaah masjid ada orang yang menunaikan solat sunat selepas azan maghrib, imam atau bilal seharusnya membiar atau memberi mereka masa secukupnya sebelum solat maghrib didirikan. Demikian juga jika ada orang baru melangkah masuk masjid, kemudian menunaikan solat tahiyyatul masjid, ia juga harus dibiarkan.

Namun jika menjadi suatu kelaziman bagi imam, tunaikan terus solat maghrib sebaik sahaja azan disempurnakan. Para jemaah yang tidak sempat menunaikan dua rakaat tahiyyatul masjid hendaklah beranggapan bahawa dengan mengerjakan solat fardu maghrib secara berjemaah sudah mencukupi bagi maksud solat tahiyyatul masjid itu.

Saya tidak sependapat dengan sesetengah jemaah yang memaksa imam supaya memberi mereka peluang menunaikan solat sunat sebelum maghrib atau menunaikan solat tahiyyatul masjid bagi orang yang baru tiba. Imam harus diberi kepercayaan melakukan apa yang difikirnya terbaik. Jika makmum ada hak memaksa imam menuruti kehendak mereka, maka seolah-olah makmum boleh menentukan solat imam sesuka hatinya.

Solat jemaah yang dipimpin seorang imam samalah dengan sebuah kerajaan yang dipimpin seorang ketua. Rakyat tidak harus mengenakan tekanan terhadap pemimpin, kecuali jika keadaan benar-benar buruk dan memburukkan. Jika pemimpin sentiasa dalam tekanan, bermakna pimpinan itu lemah dan tidak dapat berbuat apa-apa lagi.

Tugas imam dalam sesebuah masjid sangat tinggi dan bebas, dia tidak terikat dengan membaca surah-surah tertentu, dia bebas memilih doa yang hendak dibaca, makmum hendaklah ikut dan patuh mengikut hukum-hukum solat jemaah. Dalam sebuah hadis riwayat Abu Hurairah r.a yang menyatakan hubungan antara imam dan makmum, sabda Nabi s.a.w. bermaksud:


Imam dilantik untuk diikut, kamu jangan sekali-kali berselisihan. Jika dia takbir, ikutlah takbirnya. Jika dia rukuk, ikutlah rukuknya. Jika dia sujud, ikutlah sujudnya (Bukhari, al-Jamaah 2/174. Muslim (al-Solat, bilangan 414).

Sesetengah makmum yang tidak memahami adab solat jemaah terlalu banyak mengganggu imam, mereka ingin menentukan surah dan ayat yang hendak dibaca imam, doa dan selawat yang dipilih, lagu yang dibawa serta panjang dan pendek masa yang diambil bagi menyempurnakan sesuatu ibadat. Sebaliknya makmum secara tidak langsung boleh dipaksa imam menerusi bacaan dan gerak-geri solat mengikut aturan berjemaah.

Imam solat pada hakikatnya guru dan pemimpin rohani menerusi kepercayaan jemaah. Justeru itu imam dipilih daripada yang terbaik daripada kalangan jemaah sama ada pada bacaannya yang dikehendaki terbaik, ilmunya paling mendalam dan usia pula tua dan cukup matang. Jemaah tidak harus khuatir lagi terhadap keupayaannya.
Saya mempunyai suatu pengalaman yang agak baik dan boleh dikongsikan bersama. Pada suatu hari saya mengimamkan solat Jumaat. Sebaik sahaja solat selesai diimami, saya terus membaca doa yang agak ringkas tetapi mencukupi kerana saya beranggapan masa pada waktu itu sudah lewat.

Setelah selesai berdoa, tiba-tiba datang seorang jemaah mengkritik saya, mengapa saya tidak membaca surah-surah tertentu selepas solat Jumaat, sambil menunjukkan saya sebuah kitab berjudul Perukunan, karangan salah seorang ulama Semenanjung.

Saya tergamam seketika dibuatnya kerana sebelum ini saya tidak pernah dikritik dalam perkara seumpama itu. Saya bertanya pengkritik itu, apakah dia masih bertugas atau sudah bersara. Dia menjawab, sudah lima tahun bersara.

Saya dengan jenaka menyambung, patut pun saudara mencadangkan saya supaya membaca surah itu dan ini kerana saudara banyak masa, tetapi bagaimana dengan rakan-rakan yang terpaksa memburu masa untuk ke pejabat, kerana masa sekarang sudah melebihi pukul dua petang?

Imam Malik dikatakan pernah meninggalkan bacaan surah al-Sajdah pada pagi Jumaat, padahal Nabi s.a.w. selalu membaca surah itu dalam solat subuh pada pagi Jumaat. Beliau mengambil sikap itu bertujuan mengajar masyarakat supaya tidak menganggap amalan itu sebagai wajib dibaca, biar apa pun suasananya.

Memang surah al-Sajdah telah menjadi seolah-olah wajib dibaca pada pagi Jumaat terutama di masjid-masjid dan surau-surau di Lembah Klang, sehingga ada orang mengatakan solat subuh pada pagi Jumaat mengandungi tiga rakaat. Bahkan ada orang memandang ganjil jika imam gagal membaca surah itu dengan sempurna pada pagi itu.

Demikian juga jika ada kalangan makmum yang tidak berminat membaca zikir selepas solat atau tidak berminat solat sunat setiap kali selepas solat fardu, imam tidak harus memaksa jemaahnya supaya membaca dan bersolat, mungkin mereka ada sesuatu hal yang mahukan mereka keluar segera. Jika mereka memilih untuk membaca doa dan zikir, maka imam sepatutnya sependapat dan bersama-sama mereka, terutama jika keputusan itu mewakili kumpulan majoriti kerana menurut kaedah umum, kumpulan minoriti hendaklah mengikuti kumpulan majoriti.

Bagaimanapun, imam ada tempatnya yang boleh ditegur oleh makmum, bahkan ada kesalahan yang boleh dimufarakah, seperti imam yang melakukan kesalahan yang membawa kepada batalnya solat atau tiada jalan lagi yang boleh dipertahankan kesalahannya.

Imam harus tidak memaksa dirinya menuruti kehendak jemaah yang berpecah belah dengan berbagai-bagai cadangan, tetapi hendaklah positif dengan tugas dan amalannya untuk menyatupadukan jemaah menerusi ibadat yang menjernihkan hati nurani.

Segala permasalahan yang remeh tidak harus menjadi punca jauh hati antara anggota jemaah kerana masjid hanya dibina untuk perpaduan bukan untuk pecah belah, masjid dibina bagi menjinakkan hati dan mengeratkan hubungan persaudaraan Islam.

Masjid adalah tempat kasih sayang dan kerjasama atas dasar iman dan takwa.

7 comments:

raybanoutlet001 said...

cheap oakley sunglasses
jordan shoes
michael kors outlet online
michael kors outlet
nike roshe run
gucci sito ufficiale
cheap jordan shoes
michael kors handbags
supra shoes
nike huarache

wesan michael said...

http://www.chromeheartsonlinestore.us.com
cheap jordans online
longchamp handbags
adidas superstar UK
huarache shoes
adidas stan smith uk
air jordan retro
kobe shoes
adidas neo
ralph lauren online,cheap ralph lauren

姚嘉 said...

birkenstocks
saics running shoes
versace
nike store
ghd hair straighteners
michael kors handbags
nike air huarache
cheap nba jerseys
nike outlet store
jimmy choo

raybanoutlet001 said...

michael kors handbags,michael kors handbags clearance,michael kors clearance
true religion jeans
michael kors outlet
http://www.raybanglasses.in.net
links of london sale
michael kors handbags
hogan outlet
tiffany and co outlet
ralph lauren online,cheap ralph lauren
links of london

dada24 Xu said...

canada goose
ugg boots
ugg boots sale
canada goose jackets uk
ugg boots
uggs
canada goose pas cher
tory burch outlet online
tory burch sale
michael kors outlet online
zhi20161202

dong dong23 said...

new york knicks jerseys
celine bags
rolex watches for sale
true religion outlet
ralph lauren polo shirts
adidas yeezy 350 v2
air max 2017
coach outlet store online clearances
oakley sunglasses canada
pandora jewelry outlet
2017.2.11chenlixiang

raybanoutlet001 said...

coach outlet
coach outlet
oakley sunglasses
reebok shoes
nike blazer
michael kors handbags outlet
steelers jerseys
supra shoes
ghd hair straighteners
nike tn pas cher