Monday, July 5, 2010

PENTAFSIRAN SURAH AL-`ALAQ Ayat 6-8

MANUSIA LUPAKAN DARATAN APABILA MENJADI HARTAWAN

كَلَّا إِنَّ الْإِنْسَانَ لَيَطْغَى * أَنْ رَآهُ اسْتَغْنَى * إِنَّ إِلَى رَبِّكَ الرُّجْعَى *

Terjemahan:

[96: 6] Tidak sama sekali! Sesungguhnya jenis manusia tetap melampaui batas,

[96: 7] karena dia melihat dirinya serba cukup.

[96: 8] Sesungguhnya kepada Tuhanmu tempat kembali.

Munasabah Ayat

Ayat-ayat terdahulu menyatakan beberapa hakikat yang perlu diketahui umum, iaitu hakikat Allah menciptakan manusia daripada segumpal darah beku, Allah mengajar mereka dengan qalam dan memuliakan mereka dengan sebaik-baik kejadian.

Hakikat ini seharusnya diterima manusia dengan rasa syukur yang tidak terhingga kepada Allah yang menciptakan mereka, namun pada kenyataannya ada manusia semakin banyak nikmat yang diterima semakin sombong dan besar diri. Inilah antara hakikat yang akan dibicarakan menerusi ayat-ayat 6 dan seterusnya.

Meskipun di antara dua kelumpuk ayat ini, dipisahkan dengan jarak masa yang agak panjang, namun dari segi topiknya masih dalam konteks yang sama dan berkaitan.

Sebab Nuzul

Ayat (6) dan ayat-ayat seterusnya menyatakan sinario kehidupan manusia yang sombong dan bermegah-megah dengan kekayaan harta, kuasa dan pangaruh dalam masyarakat dan keluarga.Abu Jahl merupakan seorang manusia yang melambangkan kesombongan yang melampaui batas dan tidak bersyukur atas ni`mat kekayaan yang diberi Allah kepadanya.

Sesungguhnya tidak ramai orang bernama Abu Jahl pada hari ini, tetapi tidak kurang pula orang yang watak dan gaya hidupnya seperti Abu Jahl, malah semua orang yang megah dengan harta kekayaannya boleh dikatigorikan sebagai berada dalam kelumpuk yang sama dengan Abu Jahl, sekalipun jarak masa dan tempat mereka berjauhan. Ini kerana persamaan rupa paras tidak penting dalam Islam, tetapi persamaan akhlak dan niat hati yang menjadi ukuran. Sabda Nabi saw:

إِنَّ اللَّهَ لَا يَنْظُرُ إِلَى صُوَرِكُمْ وَأَمْوَالِكُمْ وَلَكِنْ يَنْظُرُ إِلَى قُلُوبِكُمْ وَأَعْمَالِكُمْ[1]

Terjemahan: Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada rupa paras dan harta benda kamu, tetapi melihat hati dan amalan kamu.

Abu Jahl sangat biadab terhadap Nabi saw sehingga sanggup mendustakan wahyu, beliau pernah melarang baginda Rasulullah saw dari melakukan salat dengan mencapakkan najis unta di atas belakannya ketika Nabi sedang sujud. Imam Muslim meriwayatkan:


" .. قَالَ ‏ ‏أَبُو جَهْلٍ: ‏ ‏هَلْ ‏ ‏يُعَفِّرُ ‏ ‏مُحَمَّدٌ ‏ ‏وَجْهَهُ ‏ ‏بَيْنَ أَظْهُرِكُمْ ؟ ‏ ‏قَالَ: فَقِيلَ نَعَمْ، فَقَالَ:‏ ‏وَاللَّاتِ ‏ ‏وَالْعُزَّى ‏ ‏لَئِنْ رَأَيْتُهُ يَفْعَلُ ذَلِكَ لَأَطَأَنَّ عَلَى رَقَبَتِهِ أَوْلَأُعَفِّرَنَّ وَجْهَهُ فِي التُّرَابِ .

قَالَ: فَأَتَى رَسُولَ اللَّهِ ‏ ‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‏ ‏وَهُوَ ‏ ‏يُصَلِّي، زَعَمَ لِيَطَأَ عَلَى رَقَبَتِهِ. قَالَ: فَمَا فَجِئَهُمْ مِنْهُ إِلَّا وَهُوَ ‏ ‏يَنْكُصُ ‏ ‏عَلَى عَقِبَيْهِ‏ ‏وَيَتَّقِي بِيَدَيْهِ. قَالَ: فَقِيلَ لَهُ مَا لَكَ؟ فَقَالَ: إِنَّ بَيْنِي وَبَيْنَهُ لَخَنْدَقًا مِنْ نَارٍ وَهَوْلًا وَأَجْنِحَةً. فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ ‏ ‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: ‏لَوْ دَنَا مِنِّي لَاخْتَطَفَتْهُ الْمَلَائِكَةُ عُضْوًا عُضْوًا قَالَ فَأَنْزَلَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ هَذِهِ الآيَةَ: [2]"


Terjemahan: “ .. Bertanya Abu Jahl: Adakah Muhammad mendebukan mukanya (sujud) dihadapan kamu? Mereka menjawab: Ya, dia sujud di hadapan kami. Berkata Abu Jahl: “Demi Al-Lata dan al-`Uzza! Andainya aku melihat dia berbuat begitu, nescaya aku pijak lehernya atau aku akan benamkan mukanya dalam debu”.

“Berkata periwayat: “Sejurus kemudian, dia datang ketika Rasulullah saw sedang salat, dia berharsrat memijak lehernya, tidak sempat dia membuat kejutan dengan perbuatan itu, tiba-tiba dia terundur ke belakang dan sempat mengawal dengan tangannya dari terjatuh”. Lalu ditanya: “mengapa dia terundur kebelakang?. Jawabnya: “Di antaraku dan Muhammad ada parit api dan lembaga yang menakutkan dan beberapa sayap”. Berkata Periwayat: Sabda Nabi saw: “Andainya dia menghampiriku, nescaya anggotanya dicabut Malaikat satu demi satu, lalu ayat diturunkan.”

Abu Jahl Lupakan Daratan

Melampaui batas merupakan faktor utama seseorang manusia ditimpa kecelakaan. Fir`aun, Qarun, Aad, Thamud dan lain-lain telah dibinasakan oleh Allah kerana sikap mereka yang melampaui batas-batas iman. Mereka itu telah hilang pertimbangan apabila diri merekamempunyai sedikit kelebihan yang mengatasi orang lain.

(96: 6-9) Abu Jahl dianggap sebagai Fir`aun umat ini kerana sombong dengan kedudukannya yang disanjung dalam masyarakat Quraisy. Justeru, tindak tanduknya tidak lagi mencerminkan hakikatnya sebagai manusia dan hamba kepada Allah; lalu dia mendustakan Tuhan, mendustakan Nabi dan mendustakan wahyu, akhirnya dia menjadi mangsa kepada kesombongan dirinya.

كَلَّا إِنَّ الْإِنْسَانَ لَيَطْغَى

[96: 6] Tidak sama sekali ! Sesungguhnya jenis manusia tetap melampaui batas.

Ayat-ayat 1-5 terdahulu membicarakan ni`mat-ni`mat Allah yang berupa fizikal dan moral; Dia menciptakan manusia daripada segumpal darah, kemudian mengajar mereka menulis dengan pena dan seterusnya mengajar mereka apa yang mereka tidak mengetahuinya. Meskipun murahnya ni`mat Allah kepada manusia, namun antara mereka ada yang kufur dan bertabiat sombong seperti Abu Jahl. Ayat menyelar beliau dan golongan yang sealiran dengannya sebagai melampaui batas.

Perkataan كَلَّا ertinya tidak sama sekali. Maksudnya manusia tidak patut bersikap melampaui batas kerana mereka tidak boleh mengetahui semua perkara dan bukan pula tabiat kejadian mereka itu mampu mengetahui semua perkara. Atau maksudnya, Manusia tidak patut sama sekali bersikap melampaui batas dengan harta kekayaannya, mereka hendaklah membelanjakan harta mengikut hukum yang telah ditetapkan oleh Allah.

(96: 7) Bilakah manusia bersikap melampaui batas? Biasanya mereka melampaui batas, apabila berasa diri mereka besar atau lebih tinggi daripada orang lain.

أَنْ رَآهُ اسْتَغْنَى

[96: 7] karena dia melihat dirinya serba cukup.

Demikianlah tabiat kebanyakan manusia, terutama mereka yang tidak terdidik dengan ajaran Islam, mereka melampaui batas apabila mendapati diri mereka tidak lagi berhajat kepada pertolongan orang, mereka segera mengelak dari mengabdikan diri mereka kepada Allah, mereka menolak hukum Allah dengan sewenang-wenangnya, mereka memekakkan telinga, membutakan mata dari menyahut seruan Allah.

Mungkinkah manusia membebaskan dirinya dari Allah? Mereka tidak mungkin membebaskannya, malah semua makhluk tidak mungkin memutuskan hubungan mereka dengan Allah kerana mereka mengharapakan pertolongan dan rahmat kasih sayang-Nya. Ditakdirkan rahmat dan pertolongan Allah terputus hanya satu detik sahaja, nescaya pada detik itu juga mungkin mereka binasa dan tidak wujud lagi di muka bumi ini.

Menerusi ayat ini al-Qur`an mendedahkan suatu hakikat dengan jelas dan mendalam apabila membuat ungkapan:

أَن رَّآهُ اسْتَغْنَى

Terjemahan: “ .. karena dia melihat dirinya serba cukup”

Ungkapan ini sangat berbeza dengan ungkapan:

أَن اسْتَغْنَى

Terjemahan: “kerana dia berasa serba cukup”

Hakikatnya tiada manusia yang serba serbinya lengkap dan cukup, ada sahaja kelemahan disana sini, semua manusia adalah fakir dan berhajat kepada Allah, firman Allah:

يَا أَيُّهَا النَّاسُ أَنْتُمُ الْفُقَرَاءُ إِلَى اللَّهِ وَاللَّهُ هُوَ الْغَنِيُّ الْحَمِيدُ *إِنْ يَشَأْ يُذْهِبْكُمْ وَيَأْتِ بِخَلْقٍ جَدِيدٍ*وَمَا ذَلِكَ عَلَى اللَّهِ بِعَزِيزٍ[3]

Terjemahan: “Wahai umat manusia, kamulah yang sentiasa berhajat kepada Allah dan Allah Maha Kaya dan Maha Terpuji. Jika Dia mahu, nescaya Dia membinasakan kamu dan mendatangkan makhluk yang baharu. Dan perkara yang demikian itu tidaklah sukar bagi Allah”.
Selain hakikat yang yang berlaku kepada Abu Jahl, al-Qur`an juga merakamkan beberapa individu yang dibinasakan oleh Allah akibat gejala yang sama seperti Fir`aun yang mabuk dengan kuasa memerintah negeri Mesir. Beliau mendakwa dirinya lebih istimewa dari Musa dengan alasan yang terlalu murah, katanya:


ألَيسَ لِي مُلْكُ مِصْرَ وَهَذِه الأَنْهَارُ تَجْرِي مِنْتَحْتِي[4]
Terjemahan: Bukankah kerajaan negeri Mesir ini - akulah yang menguasainya. Sungai-sungai mengalir ini di bawah (istana) ku? Tidakkah kamu melihatnya?
Keangkuhan disebabkan kuasa, biasanya menjadikan seseorang itu ketagih dengan pangkat dan kebesarannya, tidak pernah cukup dengan apa yang ada, sehinggalah semua kuasa berada dalam tangannya. Pada waktu itu dia tidak akan puas juga, kecuali diangkatanya hingga ke martabat tuhan yang tiada sekutu baginya. Inilah tahap akhir keangkuhan Fir`aun sebelum hayatnya berakhir, Fir`aun mendakwa sebagaimana dalam firman Allah:

أَنَا رَبُّكُمُ الْأَعْلَى[5]

Terjemahan: “Akulah Tuahn kamu yang tertinggi”
Sebelum Fir`aun, al-Qur`an menyebutkan `Ad, iaitu kaum Hud yang angkuh dengan tubuh badan mereka yang tegak, gagah perkasa dan kuat tenaga. Mereka menganggap Nabi Hud seorang yang lemah dan kurang daya. Mereka mencabar Nabi Hud dengan kata-kata:

مَنْ أَشَدُّ مِنَّا قُوَّةً [6]
Terjemahan: “Siapakah yang lebih kuat dari kami?”
Mereka membuat cabaran begitu kerana lupakan Allah yang lebih kuat dari mereka. Demikian juga dengan Qarun yang megah dengan ilmu dan keupayaan mengumpulkan kekayaan, dia juga sombong dan berasa harta kekayaan adalah segala-galanya, dia mendakwa sebagaimana dalam firman Allah:

إِنَّمَا أُوتِيتُهُ عَلَى عِلْمٍ عِنْدِي[7]
Terjemahan: Sesungguhnya aku diberi harta kekayaan itu dengan jasa ilmu pengetahuan yang ada padaku”

Belum cukup puas dengan pengakuan itu, dia keluar dengan memperagakan pakaian berhias di hadapan kaumnya, firman Allah:

فَخَرَجَ عَلَى قَوْمِهِ فِي زِينَتِهِ [8]

Terjemahan: “Ke,mudian Qarun keluar kepada kau8mnya dengan perhiasan yang cantik”.

Bagaimana dengan nasib mereka ini semuanya? Adakah mereka dapat mempertahankan diri dengan kebanggaan mereka di hadapan hukum Allah yang Maha Berkuasa. Bukankah Fir`aun dihukum Allah dengan mati lemas di dalam Laut Merah, `Aad kaum Hud dihukum dengan mati kerana dipanah petir dan Qarun dihukum dengan ditelan bumi bersama harta kekayaan yang menjadi kebanggaannya.

Bagaimana dengan nasib Abu Jahl yang menghina dan mengejek-ejek Nabi sebagai orang miskin dan menghalang Nabi dari menunaikan salat, kita ikuti laporan Ibn Abbas, katnya:

لَمَّا نَزَلَتْ هَذِهِ الْآيَةُ وَسَمِعَ بِهَا الْمُشْرِكُونَ ، أَتَاهُ أَبُو جَهْلٍ فَقَالَ : يَا مُحَمَّدُ تَزْعُمُ أَنَّهُ مَنِ اسْتَغْنَى طَغَى ; فَاجْعَلْ لَنَا جِبَالَ مَكَّةَ ذَهَبًا، لَعَلَّنَا نَأْخُذُ مِنْهَا، فَنَطْغَى فَنَدَعَ دِينَنَا وَنَتَّبِعَ دِينَكَ. قَالَ فَأَتَاهُ جِبْرِيلُ - عَلَيْهِ السَّلَامُ - فَقَالَ: (يَا مُحَمَّدُ خَيِّرْهُمْ فِي ذَلِكَ فَإِنْ شَاءُوا فَعَلْنَا بِهِمْ مَا أَرَادُوهُ فَإِنْ لَمْ يُسْلِمُوا فَعَلْنَا بِهِمْ كَمَا فَعَلْنَا بِأَصْحَابِ الْمَائِدَةِ) . فَعَلِمَ رَسُولُ اللَّهِ - صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ - أَنَّ الْقَوْمَ لَا يَقْبَلُونَ ذَلِكَ ; فَكَفَّ عَنْهُمْ إِبْقَاءً عَلَيْهِمْ[9] .

Terjemahan: “Setelah ayat ini diturunkan dan didengar kaum musyrikin, datanglah Abu Jahl lalu berkata: Wahai Muhammad! Kamukah yang mendakwa: “Sesiapa yang berasa kaya maka dia melampau? (Aku mencabar kamu supaya) menjadikan bukit-bukit di Makkah ini emas, mungkin kami boleh mengambil sebahagiannya, kemudian kami melampau, lalu kami tinggalkan agama kami dan masuk agama kamu. Berkata Ibn Abbas: “lalu Mala`ikat Jibril turun dan berkata: Wahai Muhammad! “Biarkan mereka membuat pilihan. Jika mereka suka, kami akan beri apa yang mereka tuntut dan hendaklah mereka memeluk Islam. Jika enggan, kami lakukan terhadap mereka sebagaimana Kami lakukan terhadap Ashab al-Ma`idah[10]. Setelah Rasulullah saw mengetahui mereka tidak akan menerima Islam, lalu Nabi tidak memberi pilihan itu kepada mereka kerana lebih suka melanjutkan tempoh hidup mereka”.

Pengertian ayat di atas, boleh diperkukuhkan dengan beberapa ayat lain, antaranya:

وَإِذَا أَنْعَمْنَا عَلَى الإِنْسَانِ أَعْرَضَ وَنَأى بِجَانِبِهِ[11]

Terjemahan
: “Dan apabila Kami kurniakan nikmat kepada manusia, berpalinglah dia serta menjauhkan diri (dari Kami)”
Diperkukuhkan lagi dengan firman-Nya:

وَلَوْ بَسَطَ اللَّهُ الرِّزْقَ لِعِبَادِهِ لَبَغَوْا فِي الأَرْضِ وَلَكِنْ يُنَزِّلُ بِقَدَرٍ مَا يَشَاءُ [12]

Terjemahan
: “Dan kalaulah Allah meluaskan rezeki kepada para hamba-Nya, nescaya mereka melampaui batas di bumi ini, akan tetapi Allah menurunkan (rezeki) menurut kadar yang tertentu sebagaimana yang dikehendaki-Nya”.

(96:8) Demikianlah tabiat manusia yang lupakan dirinya. Bagi memulihkan jiwa manusia yang mabuk dalam khayalan ini, al-Qur`an menyarankan agar mengingati mati, kita akan kembali kepada Allah sebagaimana datuk nenek kita kembali.

إِنَّ إِلَى رَبِّكَ الرُّجْعَى

[96: 8] Sesungguhnya kepada Tuhanmu tempat kembali.

Ayat ini meluntar kata-kata yang mengecutkan hati, membawa ingatan anda kepada suatu hari yang tidak jauh, anda akan kembali kepada Tuhan, akan tinggal segala kemewahan yang anda nikmati hari ini. Jika anda memakai pedoman yang betul, niscaya anda akan nikmati kemewahan yang tidak dapat diukur dengan kemewahan yang anda nikmati hari ini. Ingatkan mati menjadikan dunia yang dicintainya itu kecil dan tidak mempunyai apa-apa keistimewaannya lagi.

Berkata Sayyid Qutb: Setelah ayat ini menunjukkan manusia pelampau yang lupakan asal kejadiannya dan berlagak takbur dan sombong kerana berasa sudah kaya, diiringi pula dengan ancaman secara tidak langsung: “Sesungguhnya kepada Tuhanmu tempat kembali”. Kemana lagi manusia pelampau itu akan pergi, jika tidak kepada Allah.

Ayat ini merupakan satu dasar daripada beberapa dasar yang menjelaskan konsep keimanan, iaitu dasar kepulangan kepada Allah, dasar balik kepada Allah dalam semua perkara dan urusan, dalam segala cita-cita dan tindakan. Kepada Allah jua semua manusia akan pulang, tanpa mengira yang salih dan yang jahat, yang taat dan yang derhaka, yang benar dan yang batil, yang baik dan yang fasiq, yang kaya dan yang miskin. Hanya kepada Allah jua kembalinya manusia pelampau yang angkuh yang berasa dirinya sudah kaya, segala-galanya akan kembali kepada Allah, dari Allah kita bermula dan kipada-Nya kita berakhir.

Pengajaran dan Saranan

1: Menyatakan kekuasaan Allah terdahap makhluk manusia, mereka dijadikan daripada segumpal darah beku. Pemberitahuan ini terkandung dalam wahyu yang pertama diturunkan.
2: Allah swt menyuruh rasul-Nya agar membaca al-Qur`an dengan menyebut nama Allah yang menciptakan manusia daripada segumpal darah beku. Pembacaan ini mempunyai matlamat yang jela dan sasaran yang betul.
3: Allah memerintah manusia supaya belajar membaca dan menulis kerana ia merupakan alat untuk memahami ilmu-ilmu agama dan wahyu, bahkan untuk membina dunia dan negara juga berkehendakkan ilmu yang luas dan pengetahuan yang tinggi.
4: Perintah membaca adalah diwajibkan kepada semua, tanpa mengkhususkan sama ada lelakiatau perempuan kerana wanita adalah teman lelaki.
5: Antara limpah kurnia Allah kepada manusia ialah mengajar manusia apa yang tidak diketahuinya, supaya mereka berubah daripada gelap kejahilan kepada nur ilmu.
6: Tabiat manusia ini sangatlah buruk, apabila dia beroleh kesenangan, dia sombong dan berasa dialah segala-galanya. Panyakit ini sangat berbahaya kepada manusia dan meruntuhkan masyarakat.




[1] Muslim, al-Birr wa al-Silah, hadith (4651) daripada Abu Hurayrah.
[2] Muslim, Sifat al-Qiyama wa al-Jannah wa al-Nar: Qawluhu Inna al-Insan layatgha, hadith (5005) daripada Abu Hurairah.
[3] Fatir: 15-17.
[4] al-Zukhruf: 51
[5] al-Nazi`at: 24
[6] Fussilat: 15.
[7] al-Qasas: 78.
[8] al-Qasas: 79.
[9] Tafsir al-Tabari, Tafsir al-Qurtubi, 20/123
[10] Keterangan tentang Ashab al-Ma`idah, sila lihat ayat al-Ma`idah: 114-115.
[11] Fussilat: 51
[12] al-Syura: 27.

9 comments:

Mu Lin said...

burberry handbags
prada handbags
longchamp tote
coach purses
michael kors outlet store
louis vuitton diaper bag
burberry shoes
chanel outlet
louis vuitton monogram
mcm bag
mcm duffle bag
gucci luggage
coach outlet
burberry store
prada tote
louis vuitton wallet for women
coach diaper bag
louis vuitton belt
burberry outlet
louis vuitton shoes men
coach hobo bag
michael kors black handbags
louis vuitton artsy
michael kors purses outlet
hermes bags
vintage chanel bags
prada backpack
hermes belt
michael kors hobo bag
gucci crossbody bag
coach online outlet
chanel purses
louis vuitton duffle bag
prada outlet
burberry bags on sale

风骚达哥 said...

20151015 junda
Wholesale Authentic Designer Handbags
michael kors outlet
coach factory outlet
Hollister uk
Buy Kobe Shoes Online Discount
Louis Vuitton Bags Outlet Store
cheap toms shoes
ugg boots
louis vuitton outlet
michael kors uk
Louis Vuitton Handbags Discount Off
Cheap Jordans For Sale Wholesale
New Louis Vuitton Handbags Outlet
ray ban sunglasses uk
michael kors outlet online
Jordan 8 Bugs Bunny
Coach Factory Outlet Stores 70% off
louis vuitton
ugg boots
Michael Kors Outlet Deals Online
abercrombie
celine
ugg boots outlet
Jordan 6 Rings Powder Blue
Coach Factory Outlet Online Sale
Michael Kors Outlet Real Handbags Online
Oakley Vault Outlet Store Online
Christian Louis Vuitton Red Bottoms
ugg boots
coach outlet store online

Pnane Weg said...

abercrombie and fitch
coach
jordan
converse sale clearance
nike outlet store
Ugg Boots On Sale 70% Off
Coach Factory Outlet
michael kors
michael kors
canada goose coats
michael kors
michael kors
hermes
nike outlet store
timberland
Coach Factory Outlet Online
jordans for girls
north face factory outlet
under armour outlet stores
fitflops sale clearance
ferragamo sale
Ugg Boots Sale
coach purses clearance
Canada Goose Jacket
nike outlet store online shopping
ugg
jordan retro 6
new balance shoes
christian louboutin
cheap jordans
new balance outlet
cheap rolex watches
vans
kate spade outlet online
jordan
nike high heels online
coach factory outlet online
coach factory outlet
girls jordans
qwe12.21

Meiqing Xu said...

20160321meiqing
michael kors outlet
oakley vault
canada goose
ugg boots
louis vuitton
coach outlet store online
michael kors outlet
coach outlet
air jordan 13
christian louboutin outlet
rolex watches
louis vuitton handbags
true religion
true religion outlet
cheap toms shoes
tory burch flats
louis vuitton
toms shoes
cheap jerseys
lebron james shoes 2015
cartier watches
michael kors handbags
ralph lauren outlet
coach outlet
louis vuitton
kate spade
kate spade outlet
hollister outlet
nike air max
adidas originals
christian louboutin outlet
louis vuitton outlet
hollister clothing store
michael kors outlet
coach outlet
kobe bryant shoes
the north face
ray ban
michael kors outlet
coach outlet

Zhenhong Bao said...

coach outlet online
camisetas futbol baratas
herve leger dresses
louis vuitton neverfull sale
kate spade handbags
fitflops sale
oakley sunglasses
nike air huarache
ray ban sunglasses
football shirts
true religion jeans
timberland shoes
hermes birkin bag
rolex uk
fitflop clearance
cheap jordan shoes
louis vuitton bags cheap
mulberry outlet
mcm backpack
true religion jeans
nfl jerseys wholesale
fitflops clearance
air force 1 shoes
polo ralph lauren
air max 2015
louis vuitton handbags
nike huarache
christian louboutin online
oakley sunglasses
kobe bryants shoes
lebron james shoes
michael kors outlet online
cheap ray ban sunglasses
hermes belt
michael kors outlet online
20160415zhenhong

chenlina said...

abercrombie and fitch
uggs on sale
ralph lauren outlet
kate spade
coach outlet
ugg outlet store
uggs sale
fitflops sale clearance
christian louboutin outlet
jordan 3
replica watches
michael kors outlet online sale
louis vuitton outlet
ghd flat iron
jordans
michael kors
supra shoes
ray ban sunglasses
longchamp sac
canada goose jackets
christian louboutin outlet
mont blanc pen
ray ban sunglasses uk
ugg slippers
christian louboutin outlet
ugg canada
ugg boots
coach outlet
toms shoes
oakley sunglasses
uggs uk
new york knicks jerseys
ray bans
michael kors outlet clearance
coach canada
michael kors handbags
toms outlet
burberry outlet
oakley sunglasses
michael kors outlet
chenlina20160810

dong dong23 said...

toms shoes
michael kors handbags
ed hardy clothing
michael kors outlet online
nike air force 1
ed hardy
michael kors handbags
salomon boots
michael kors handbags
cheap michael kors handbags
michael kors outlet
michael kors handbags wholesale
michael kors handbags
michael kors outlet store
michael kors handbags
nike huarache
cheap michael kors handbags
gucci borse
michael kors outlet clearance
polo ralph lauren outlet
michael kors handbags
ralph lauren outlet online
rolex replica watches
chaussure louboutin
michael kors handbags online
converse shoes

raybanoutlet001 said...

michael kors handbags
birkenstocks
michael kors handbags outlet
rolex replica watches
michael kors handbags
christian louboutin outlet
moncler outlet
ralph lauren outlet online
michael kors handbags clearance

raybanoutlet001 said...

ecco shoes
ed hardy uk
cheap jordan shoes
packers jerseys
nike tn
ralph lauren
cleveland cavaliers
true religion jeans
ecco shoes outlet
cheap jordan