Saturday, July 17, 2010

Pentafsiran Surah Al-Tin Dari Ayat 4 Hingga Ayat 8


PENTAFSIRAN AYAT (4-8)


لَقَدْ خَلَقْنَا الْإِنسَانَ فِي أَحْسَنِ تَقْوِيمٍ * ثُمَّ رَدَدْنَاهُ أَسْفَلَ سَافِلِينَ* إِلَّا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ فَلَهُمْ أَجْرٌ غَيْرُ مَمْنُونٍ * فَمَا يُكَذِّبُكَ بَعْدُ بِالدِّينِ* أَلَيْسَ اللَّهُ بِأَحْكَمِ الْحَاكِمِينَ *

Terjemahan

[95: 4] Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya.

[95: 5] Kemudian Kami kembalikan dia ke tingkat yang sebawah-bawahnya.

[95: 6] Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal salih, maka mereka beroleh pahala yang tidak putus-putus.

[95: 7] Maka apa pula yang menjadikan engkau seorang pendusta mengenai hari pembalasan?

[95: 8] Bukankah Allah Hakim yang paling adil?
  
Munasabah Ayat
 
Terdahulu, menerusi ayat 1 - 3 Allah swt bersumpah dengan buah tin, buah zaitun, bukit Tur Sina  dan negeri Makkah. Empat sumpah ini melambangkan kebangkitan nabi-nabi dalam 4 fasa di  kawasaan-kawasan Damsyiq, Palestin, Tur Sina dan Negeri  Makkah.  Kebangkitan ini bermula dengan Adam as dan berakhir dengan Nabi Muhammad saw.Sumpah ini memperkukuhkan suatu hakikat bahawa manusia diciptakan dengan sebaik baik ciptaan, kemudian ciptaan yang baik ini semakin luntur apabila mereka tidak menghargai ni`mat kebangkitan rasul-rasul yang membawa petunjuk hidayat kepada  mereka.

 Sebab Nuzul

 Ibn Jarir al-Tabari menghubungkan ayat (5) surah al-Tin ini dengan  sekumpulan warga emas  pada zaman Nabi saw, lalu ayat menyatakan kelemahan-kelemahan dari melakukan amal salih atas sebab-sebab keuzuran mereka kerana tua dan nyayok dimaafkan.  Adapun balasan pahala kepada warga emas yang beriman dan beramal salih, tetap diberi tanpa  putus sekalipun mereka tidak dapat menyempurnakannya[626].  Ibn Abu Hatim meriwayatkan daripada Ibn Abbas: 

ذَاكَبِرَ وَضَعُفَ عَنِ الْعَمَلِ كُتِبَ لَهُ مِثْلُ أَجْرِ مَاكَانَ يَعْمَلُ فِيشَبِيبَتِهِ [627]

 Terjemahan:  “Apbila seseorang meningkat ke usia tua dan dia lemah dari beramal, necaya ditulis baginya pahala sebagaimana dia melakukan amalan pada usia mudanya”.

 Hidup Menjunam  Kerana Kekufuran

 (95: 4) Demi beberapa buah kota suci yang diasas para Nabi dan demi rezeki yang melimpah ruah sehingga memperkasakan tamadun manusia.  Sesungguhnya manusia diciptakan dalam bentuk kejadian yang cantik, tegak dan seimbang.
 
لَقَدْ خَلَقْنَا الْإِنسَانَ فِي أَحْسَنِ تَقْوِيمٍ*

[95: 4] Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya.

Indahnya bentuk kejadian manusia, Allah menciptakannya lengkap dengan kaki tangan, mata telinga, urat saraf dan seluruh anggotanya yang berbeza dengan rupa bentuk anggota makhluk bukan manusia. Andainya kejadian ini dibentang kepada umum untuk mendapatkan maklum balas tentang keindahan dan kecantikannya, kekuatan dan kelemahannya, kelebihan dan kekurangannya, kebaikan dan keburukannya, nescaya tiada pihak berani menyatakan ada keburukan pada bentuk rupa makhluk manusia ini kerana Allah Yang Maha Benar telah bersumpah bahawa sesungguhnya Dia menciptakan manusia melalui malaikat yang mengendalikan penciptaan ini dalam bentuk yang sebaik-baiknya.

Salah seorang pendakwah menyebutkan, Imam Shafi`i pada suatu hari bersama gurunya, tiba-tiba seorang suami datang bertanya gurunya, sama ada isterinya tertalak dengan perkataannya kepada isterinya “jika engkau tidak lebih canti dari bulan, meka engkau tertalak”. Gurunya menjawab: “Isteri mu telah tertalak satu”. Imam Shafi`i dengan penuh adab terhadap gurunya dan ingin menegur fatwanya yang tidak tepat. Kebetulan tiba waktu salat, Imam Shafi`i ditolak ke hadapan untuk memimpin salat berjamaah, lalu beliau mengambil peluang ini untuk membetulkan fatwa gurunya dengan membaca ayat:

لَقَدْ خَلَقْنَا الْإِنسَانَ فِي أَحْسَنِ تَقْوِيمٍ[628]

Terjemahan: Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya.

Para hadirin dan pasangan suami isteri berkenaan sedar bahawa ayat ini merupakan teguran yang beradab terhadap fatwa gurunya untuk menyatakan fatwa sebenarnya tidak jatuh talak[629].

Sumpah Ilahi tentang penciptaan manusia dengan sebaik-baik penciptaan, secara tidak langsung menolak fahaman sesat yang menyatakan penciptaan manusia berlaku secara kebetulan atau melalui proses evolusi. Allah menyangkal teori ini, lalu menegaskan bahawa Dia yang mencipta, kejadian manusia bukan berlaku secara kebetulan, Allah menjadikannya dengan kehendak dan hikmat dalam rupa bentuk yang sebaik-baiknya.

الَّذِي خَلَقَكَ فَسَوَّاكَ فَعَدَلَكَ [630]

Terjemahan“Tuhan Yang telah menciptakanmu, menyempurnakan kejadianmu dan mengimbangkan (segala bahagian) dirimu”

Allah mengimbangi kejadian manusia, badannya tegak, mata teling dan kaki tangannya seimbnang dengan badannya, berbanding kejadian haiwan yang badannya melintang di atas perut bumi, perjalanannya menggunakan empat kaki, tidak tegak sebagaimana manusia.

Kekuasaan Allah jelas kelihatan pada kejadian manusia; di sudut mana dan dengan apa jua pertimbangan sekalipun dilakukan. Kita harus akui keagungan penciptanya, kita terpaksa dengan rela hati menerima hakikat makhluk ini bukan sahaja tidak diciptakan secara rambang, tetapi ada tujuan yang besar di sebaliknya.

Inilah makhluk manusia yang dicipta khas oleh Allah untuk beribadat kepada-Nya, lalu dipermudahkan baginya segala makhluk yang ada di bumi termasuk bukit bukau, kayu kayan, tumbuh-tumbuhan dan sebagainya. Makhluk ini diciptakan untuk menjadi tetamu Allah di dalam syurga dan mengambil tempat-tempat yang disediakan khas kepada mereka bersama para malaikat yang mempunyai kedudukan istimewa dan akrab dengan Allah.

(95: 5) Sayangnya, peluang yang baik ini meskipun terbuka kepada semua, namun sebahagian mereka sahaja Berjaya mempertahankan kedudukannya di sisi Allah. Memang pendaki gunung yang berjaya ke kemuncak hanya beberapa kerat sahaja. Baki lagi ada yang terhenti di separuh jalan dan ada yang terus terhumban ke kaki gunung kerana tersalah langkah atau tersesat jalan.

ثُمَّ رَدَدْنَاهُ أَسْفَلَ سَافِلِينَ*

[95: 5] Kemudian Kami kembalikan dia ke tingkat yang sebawah-bawahnya.

Di sini berbangkit kemusykilan, apa hubungan empat sumpah pada pangkal surah dengan dua ayat (4) dan (5) yang diperkukuhkan dengan sumpah tersebut? Secara mudahnya kita menjawab:

Hubungan dua ayat ini dengan sumpah ialah menyatakan manusia diciptakan dalaam bentuk rupa dan kejadian yang sebaik-baiknya, tubuh badan dan anggota kaki tangan dan mata telinganya seimbang dan cantik.  Ciptaan ini tidak selamal-lamanya cantik sebagaimana asal kejadiannya, tetapi sedikit demi sedikit menurun bersama usianya yang bertamah, malah semakin bertamabah usia semakin buruk bentuk rupa dan fungsi anggotanya, sebagaimana firman Allah:

وَمَنْ نُعَمِّرهُ نُنَكِّسْهُ فِي الخَلْقِ أَفَلا يَعْقِلُونَ[631]

Terjemahan: “Dan sesiapa yang Kami panjangkan umurnya, Kami balikkan kembali kejadiannya (kepada keadaan serba lemah) maka mengapa mereka tidak mahu memikirkannya?”

Bagaimanapun Tafsir Pedoman berpendapat, tafsiran ini tidak serasi dengan istithna` (pengecualian) dengan ayat (6) berikutnya, iaitu firman-Nya:

إِلاّ الّذينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصّالِحاتِ فَلَهُمْ أَجْرٌ غَيْرُ مَمْنُون[632]

TerjemahanKecuali orang-orang yang beriman dan beramal salih, maka mereka beroleh pahala yang tidak putus-putus.

Andainya ayat (5) membawa maksud perubahan seperti tua, lemah dan nyayok yang berlaku pada makhluk manusia itu merupakan sunah Allah yang umum, pastinya ia berlaku kepada semua orang tanpa kecuali, sama ada mu`min atau kafir, orang salih dan talih, sedangkan istithna` ini hanya kepada orang mumin dan beramal salih sahaja.

Oleh itu, tafsiran kedua bagi dua ayat (4) dan (5) di atas boleh dipertimbangkan, iaitu perkataantaqwim bermaksud manusia dijadikan dalam rupa bentuk yang sebaik-baiknya mengikut asal fitrah semula jadinya, atau taqwim diertikan dengan lurus, betul dan seimbang pada asalnya. Taqwim dengan erti ini dipakai penyair dalam sajaknya:



قَدْ يَنفَعُ الأدَبُ الأولادَ فِي صِغَرِ
وَلَيسَ يَنفَعُهُمْ مِنْ بَعْــدِهِ أَدَبُ
إنَّ الغُصُونَ إذَا قَوَّمْتَهَا اعْتَدَلَتْ
وَلَنْ تَلِينَ إذَا قَوَّمْتَهَا الْخُشُبُ

Terjemahan:

Pendidikan akhlak berguna ketika anak masih kecil
Pendidikan tidak berguna setelah mereka dewasa,
Ranting-ranting muda lurus bila dilentur,
Dahan-dahan tua tidak mungkin dilentur lagi.

Keterbalikannya kepada tingkat yang se bawah-bawahnya bermaksud kejatuhannya kepada tingkat kecelakaan dan kerugian. Insan memang baik, dan cantik dari asal fitrahnya. Kedudukan insan ini memang layak untuk dimi`rajkan ke langit hingga seterusnya ke maqam yang tinggi serta memperolehi kehidupan yang kekal abadi, bahagia dan tiada kecelakaan padanya lagi, firman Allah:

وَنَفْسٍ وَما سَوّاها * فَأَلْهَمَها فُجُورَها وَتَقْواها[633]

Terjemahan: Dan demi diri manusia dan demi kesempurnaan penciptaannya. Kemudian Allah mengilhamkan kepadanya jalan kejahatan dan jalan ketaqwaan

Apabila seseorang manusia beriman dan beramal dengan ilmunya sert sentiasa melakukan kebajikan, Allah mengangkat darjatnya ke tingkat yang lebih tinggi, firman Allah:

إِلَيْهِ يَصْعَدُ الكَلِمُ الطَّيِّبُ وَالْعَمَلُ الصّالِحُ يَرْفَعُهُ[634]

Terjemahan“Kepada Allah naiknya segala perkataan yang baik dan amal yang soleh pula di angkatnya naik”

Firman-Nya lagi:

يَرفَعِ اللّهُ الّذينَ آمَنُوا مِنْكُمْ وَالَّذينَ أُوتُوا العِلْمَ دَرَجات[635]

Terjemahan“ Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman dari kamu, dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan agama beberapa darjat”.

Banyak lagi ayat yang menyatakan manusia boleh ditingkatkan dengan iman dan amal salih ketahap yang lebih tinggi dengan balasan yang tidak putus-putus. Ini dinyatakan di dalam firman-Nya:

فَلَهُمْ أَجْرٌ غَيرُ مَمْنُون[636]

Terjemahan: “ .. maka mereka beroleh pahala yang tidak putus-putus”

Menurut tafsiran kedua ini, maksud asfal safilin ialah kekufuran manusia kepada Allah hingga membawa mereka ke tahap yang paling rendah buruk dan amat merugikan, bukannya usia tua yang lemah dan terlalu uzur sebagaimana dalam tafsiran pertama.

Hubungan di antara empat sumpah dan dua ayat berikutnya mengikut tafsiran kedua ini, iaitu maksud tin ialah symbol bukit yang dibina di atasnya Kota Damsyik dan buah zaitun sebagai symbol kepada bukit yang dibina baitul maqdis, kedua-duanya merupakan bumi tempat kelahiran para Nabi yang begitu ramai, maka hubungannya sangat jelas dengan ayat (5) dan (6). Ini kerana bumi-bumi ini merupakan bumi wahyu dan bekas-bekas tapak kaki para Nabi.Di atas bumi ini Allah pernah menurunkan wahyu kepada sebahagian para nabi-Nya untuk mengeluarkan manusia daripada kegelapan kufur kepada cahaya iman yang terang benderang serta membimbing mereka kepada jalan yang lurus.

(95: 6) Jika manusia itu sudah cukup baik ciptaannya, jenisnya telah dimulia oleh Allah, mengapa tidak serahkan sahaja kepada taqdir bagi menentukan pembalasannya. Manusia tidak boleh diserahkan kepada taqdir, nanti membawanya kepada tingkat yang paling rendah. Di sini letaknya pengecualian:

إِلَّا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ فَلَهُمْ أَجْرٌ غَيْرُ مَمْنُونٍ*

[95: 6] Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal salih, maka mereka beroleh pahala yang tidak putus-putus.

Kenaikan dan klejatuhan, kegagalan dan kejayaan merupakan dua perhentian bagi satu perjalanan, iaitu sama ada tegak di atas fitrah yang lurus, lalu iman dan amal salihnya meningkat, maka jalan ini membawa mereka ke arah kesempurnaan dalam kehidupan yang penuh nikmat, atau mereka menyeleweng daripada pedoman fitrah yang lurus, lalu mereka jatuh terjunam dan terputuslah dengan pedoman hidayat yang menyelamatkan mereka dari terus meluncur ke tahap yang paling bawah.

(95:7) Apabila tali ini putus dan apabila nur hidayat padam dan apabila pedoman ini ditinggalkan, maka akibatnya mereka akan jatuh ke tingkat yang paling rendah. Tiada sebarang nilai lagi padanya kecuali dijadikan bahan baker api neraka. Di sini manusia diseru supaya mengambil pedoman Ilahi untuk perjalanannya.

فَمَا يُكَذِّبُكَ بَعْدُ بِالدِّينِ*

[95: 7] Maka apa pula yang menjadikan engkau seorang pendusta mengenai hari pembalasan?

Apa sebabnya manusia mendustakan hari pembalasan. Tanpa iman, tiada lagi sebarang kawalan yang boleh menyelamatkannya dari jatuh terhumban ke bawah bukit. Bukankah penciptaan manusia itu indah dan cantik, mengapa kejadiannya yang cantik itu akhirnya menjadi lebih hina daripada haiwan?

(95: 8) Jika tidak kerana pembalasan pada hari akhirat ini dengan syurga atau neraka, maka sudah pastinya mereka dicipta dengan main-main. Maha suci Allah daripada bermain-main dengan penciptaan manusia. Adilkah jika manusia semuanya disamaratakan di antara yang jahat dan yang baik, yang alim dan beramal dengan ilmunya dengan si jahil yang kufur. Tanda-tanda kebesaran Allah yang kita saksikan ini menunjukkan bahawa Allah Maha Adil.

أَلَيْسَ اللَّهُ بِأَحْكَمِ الْحَاكِمِينَ *

[95: 8] Bukankah Allah Hakim yang paling adil?

Keadilan Allah amat jelas sekali, justeru dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah ra Rasulullah saw menyuruh para sahabatnya apabila mengakhiri surah ini supaya membaca:

[637]بَلَى وَأَنَا عَلى ذَلِكَ مِنَ الشَّاهِدِينَ

Terjemahan: Memang benar dan akulah salah seorang dari orang-orang yang menyaksikan keadilanmu.

Pengajaran dan Saranan

1: Perhatian dan inayah Allah yang besarterhadap makhluk manusia, sekalipun mereka mempunyai titik-titik kelemahan dan sering dilanda kerosakan dan penyelewingan dari fitrah yang suci. Ini menunjukkan mereka mempunyai kedudukan yang istimewa di sisi Allah.

2: Ciri-ciri ruhaniah manusia boleh boleh jatuh terjunam ke darjah yang sebawah-bawahnya apabila mereka menyelewing dari fitrahnya yang suci atau menyimpang dari iman yang lurus.

3: Orang-orang yang beriman dan beramal salih dikecualikan dari kejatuhan itu kerana amal salih memelihara mereka, lalu menempatkan mereka pada tingkatan yang baik iaitu syurga.

4: Iman mempunyai nilai yang tinggi dalam kehidupan manusia kerana keimanan merupakan jalan naik menuju fitrah, malah iman merupakan tali perhubungan di antara fitrah manusia dengan Tuhan Penciptanya.

5: Allah mempermain-mainkan sikap orang kafir yang menolak kepercayaan hidup semula selepas mati dengan menyeru mereka agar memerhatikan ciptaan mereka yang cantik itu. Bukankah Allah yang menciptakan? Bukankah Allah yang Maha Adil dan mengapa hakikat ini hendak di dustakan?.






[626] Tafsir al-Tabari, 12/641 Tafsir al-Qurtubi, 20/115. al-Tafsir al-Munir, 30/304.
[627] Tafsir Fath al-Qadir, 5/467.
[628] al-Tin: 4.
[629] Kisah ini boleh diikuti dalam Tafsir al-Qurtubi, 20/114. Ruh al-Ma`ani, 30/175.
[630] al-Infitar: 7
[631] Yasin: 68
[632] Al-Tin: 6.
[633] al-Shams: 7 dan 8.
[634] Fatir: 10.
[635] al-Mujadalah: 11
[636] al-Tin: 6
[637] Sila rujuk takhrij bilangan 625.n

6 comments:

dong dong said...

201577dongdong
chi flat iron
christian louboutin outlet
burberry outlet online
louboutin
coach factory outlet
ray ban sunglasses uk
abercrombie kids
kevin durant shoes
coco chanel
coach factorty outlet
hollister clothing store
jordan shoes
oakley sunglasses sale
cheap jerseys
dior handbags
coach outlet
michael kors outlet
coach factory outlet
louis vuitton handbags
coach outlet
hollister clothing
louis vuitton outlet
ralph lauren
gucci outlet
marc jacobs handbags
louis vuitton outlet stores
coach outlet
lebron james shoes
oakley sunglasses
oakley sunglasses wholesale
toms shoes
michael kors outlet
ray ban outlet
michael kors handbags

Mu Lin said...

burberry handbags
prada handbags
longchamp tote
coach purses
michael kors outlet store
louis vuitton diaper bag
burberry shoes
chanel outlet
louis vuitton monogram
mcm bag
mcm duffle bag
gucci luggage
coach outlet
burberry store
prada tote
louis vuitton wallet for women
coach diaper bag
louis vuitton belt
burberry outlet
louis vuitton shoes men
coach hobo bag
michael kors black handbags
louis vuitton artsy
michael kors purses outlet
hermes bags
vintage chanel bags
prada backpack
hermes belt
michael kors hobo bag
gucci crossbody bag
coach online outlet
chanel purses
louis vuitton duffle bag
prada outlet
burberry bags on sale

风骚达哥 said...

20151015 junda
Wholesale Authentic Designer Handbags
michael kors outlet
coach factory outlet
Hollister uk
Buy Kobe Shoes Online Discount
Louis Vuitton Bags Outlet Store
cheap toms shoes
ugg boots
louis vuitton outlet
michael kors uk
Louis Vuitton Handbags Discount Off
Cheap Jordans For Sale Wholesale
New Louis Vuitton Handbags Outlet
ray ban sunglasses uk
michael kors outlet online
Jordan 8 Bugs Bunny
Coach Factory Outlet Stores 70% off
louis vuitton
ugg boots
Michael Kors Outlet Deals Online
abercrombie
celine
ugg boots outlet
Jordan 6 Rings Powder Blue
Coach Factory Outlet Online Sale
Michael Kors Outlet Real Handbags Online
Oakley Vault Outlet Store Online
Christian Louis Vuitton Red Bottoms
ugg boots
coach outlet store online

Pnane Weg said...

abercrombie and fitch
coach
jordan
converse sale clearance
nike outlet store
Ugg Boots On Sale 70% Off
Coach Factory Outlet
michael kors
michael kors
canada goose coats
michael kors
michael kors
hermes
nike outlet store
timberland
Coach Factory Outlet Online
jordans for girls
north face factory outlet
under armour outlet stores
fitflops sale clearance
ferragamo sale
Ugg Boots Sale
coach purses clearance
Canada Goose Jacket
nike outlet store online shopping
ugg
jordan retro 6
new balance shoes
christian louboutin
cheap jordans
new balance outlet
cheap rolex watches
vans
kate spade outlet online
jordan
nike high heels online
coach factory outlet online
coach factory outlet
girls jordans
qwe12.21

Zhenhong Bao said...

true religion jeans
fitflops shoes
coach outlet canada
ralph lauren,polo ralph lauren,ralph lauren outlet,ralph lauren italia,ralph lauren sito ufficiale
louis vuitton outlet
kate spade outlet
mbt shoes outlet
swarovski crystal
links of london jewellery
michael kors outlet
christian louboutin uk
soccer jerseys
nike roshe
michael kors outlet online
jordan shoes
prada outlet
louis vuitton outlet stores
michael kors outlet
calvin klein outlet
polo shirts
louis vuitton handbags outlet
mulberry outlet store
longchamp handbags
hermes outlet
prada shoes
kobe bryant shoes
hermes outlet
michael kors factory outlet
adidas wings
mulberry handbags
lacoste polo shirts
true religion jeans
ray ban sunglasses
michael kors outlet
nike roshe run
20160415zhenhong

Qinan Chen said...

jimmy choo shoes
adidas nmd r1
canada goose
levis jeans
coach outlet online
polo outlet
puma shoes
polo ralph lauren uk
christian louboutin
hugo boss outlet
yeezy boost 350
louis vuitton factory outlet
air max 2016
polo ralph lauren
nike huarache trainers
adidas supercolor
cartier love bracelet
gucci borse
coach outlet
burberry outlet
bottega veneta outlet
nike free run
jordan shoes
louis vuitton outlet
ralph lauren outlet
cheap nhl jerseys
yeezy boost 350
true religion
toms
nike air max
coach factory outlet
ray bans
michael kors outlet
reebok uk
coach outlet store online
zhenwei20160723