Saturday, July 23, 2011

PUASA SUNAT BULAN SYAWAL


SOALAN

SAYA kurang jelas tentang beberapa persoalan sekitar puasa sunat dalam bulan Syawal, iaitu:

1. Benarkah Imam Malik berpendapat makruh puasa enam hari dalam bulan ini. Jika benar, apakah jawapan beliau terhadap hadis yang bermaksud: Sesiapa puasa enam hari dalam bulan Syawal seperti ia berpuasa setahun?
2. Adakah puasa enam hari itu dikehendaki berturut-turut hari atau boleh juga berselang-selang atau dua hari dalam seminggu dan sebagainya?
3. Bolehkah seseorang berpuasa sunat sedangkan puasa qada masih belum ditunaikan?
4. Bolehkah diniatkan serentak antara puasa qada dan puasa sunat 6 hari dalam bulan Syawal? - Bashir, Segambut, Kuala Lumpur.

JAWAPAN

Umumnya masyarakat Islam di Malaysia berpegang kepada mazhab Syafie. Tidak ramai di negara ini yang mengikut mazhab-mazhab selainnya. Walaupun bertaqlid kepada salah satu daripada empat mazhab itu diterima di Malaysia, tetapi semacam ada kecenderungan untuk orang memakai satu mazhab sahaja. Justeru itu, saya bimbang nanti disalah faham oleh sesetengah orang apabila saya bercakap tentang mazhab-mazhab selain Syafie.

Saya mengharapkan pembaca tidak terkeliru jika sekali sekala diberi liputan yang agak lebih kepada mazhab-mazhab Hanafi, Maliki dan Hanbali, dengan tujuan membuka lebih luas lagi ufuk pemikiran pembaca, dengan membicangkan secara akademik persoalan-persoalan yang berbangkit sekitar amalan harian kita.

Kembali kepada soalan saudara, saya merujuk kitab al-Muatta' dalam kitab al-Siyam karangan Imam Malik Ibn Anas. Saya dapati benar apa yang dikatakan itu. Beliau berpendapat makruh puasa enam hari dalam bulan Syawal. Alasannya ialah kerana tiada seorang pun daripada ahli hadis dan fiqh di Madinah berpuasa pada hari-hari itu.

Menurut mereka, puasa enam hari dalam bulan Syawal itu bidaah, kerana dibimbangi nanti ada orang menganggap puasa itu menjadi sebahagian daripada puasa wajib, terutama orang jahil yang kurang pengetahuannya. Kebimbangan Imam Malik ini ada kewajarannya juga, iaitu apabila bulan Ramadan baru sahaja selesai, sedang sehari untuk berhari raya, tiba-tiba ada orang terus pula berpuasa iaitu pada 2 Syawal. Orang yang kurang ilmu dan pengetahuan agama, dengan mudah sahaja membuat kesimpulan bahawa puasa itu wajib. Jika ia hanya sunat, tentu akan mengambil masa beberapa hari untuk berehat daripada puasa Ramadan yang dilakukan selama sebulan itu.

Pegangan golongan yang berpendapat sunat berpuasa ialah hadis riwayat Abu Ayyub yang bermaksud: Sesiapa berpuasa Ramadan kemudian diikuti dengan enam hari dalam bulan Syawal, pahalanya bagaikan puasa setahun. Hadis ini diriwayatkan oleh Muslim (1164), Abu Daud (2433), Tirmizi (756) dan Ibn Majah (1716). Ia dianggap daif, kerana salah seorang rawi dalam sanadnya, iaitu Saad Ibn Sa'id dipertikaikan kelayakan riwayatnya kerana lemah ingatan (Lisan al-Mizan 3/238).

Alasan yang diberi ini bertepatan dengan kaedah Usul Fiqh yang dipakai dalam mazhab Imam Malik, iaitu sesuatu hukum hendaklah tidak bertembung dengan amalan ahl al-Madinah. Imam Malik memberi alasannya, kerana ilmu-ilmu Islam pada peringkat awal perkembangannya berkisar sekitar Madinah yang penduduknya terdiri daripada Muhajirin dan Ansar. Justeru itu, amalan mereka menjadi hujah dalam syariat Islam.

Kebanyakan ulama, terutama imam-imam Syafie, Ahmad Ibn Hanbal, Abu Hanifah dan lain-lain berpendapat, berpuasa enam hari dalam bulan Syawal, hukumnya sunat. Hadis yang disebutkan di atas menjadi dalil mazhab mereka. Adapun kelemahan disebabkan oleh seorang rawi, iaitu Saad Ibn Sa'id tidaklah menjejaskan pengambilan hukum itu kerana kebanyakan ulama berpendapat, hadis daif boleh dipakai dalam amalan fadail (kelebihan).

Sepanjang yang diketahui, tiada ulama berpendapat wajib berpuasa enam hari dalam bulan Syawal sekalipun perkara itu pernah dibimbangi oleh Imam Malik. Oleh itu saya lebih cenderung kepada pendapat majoriti ulama menyatakan sunat berpuasa enam hari dalam bulan Syawal seperti yang disebutkan terdahulu.

Selain alasan yang dikemukakan itu, amalan ini juga merupakan suatu pernyataan bagi mensyukuri nikmat Allah dan sebagai ucapan selamat tinggal kepada Ramadan yang telah pergi dan meninggalkan banyak barakah itu. Dengan puasa sunat ini juga, secara isyaratnya difahami bahawa puasa Ramadan tidak membosankan peminatnya, kerana mereka sanggup berpuasa dan terus berpuasa, sekalipun Ramadan telah pergi.

Puasa sunat ini hendaklah dianggap tidak menjadi suatu beban yang berat dan menyulitkan. Seseorang bebas membuat keputusasn bagi dirinya sama ada ingin berpuasa atau sebaliknya. Sebuah hadis riwayat al-Nasa'iyy menyatakan kebebasan ini: Puasa sunat bagaikan seorang keluar dari rumahnya membawa sedikit harta, jika dia suka bersedekah, dia boleh berbuat demikian dengan mudah. Jika tidak suka, terpulanglah kepada dirinya sendiri.

Puasa enam hari ini boleh dilakukan berturut-turut hari atau berpisah-pisah, tetapi afdalnya berpuasa terus dan berturut-turut hari, iaitu sebaik selesai hari diharam berpuasa padanya. Makin segera berpuasa makin afdal, kerana jika ditangguh, belum tahu apa akan terjadi pada masa-masa akan datang.

Antara hikmat yang dicatatkan daripada ibadat ini ialah menampung kelemahan-kelemahan yang berlaku sepanjang puasa Ramadan. Seseorang tiada jaminan terpelihara daripada kelemahan atau kesalahan yang membawa kesan negatif kepada ibadat puasanya.

Hadis riwayat Abu Daud ada menyatakan: Pada hari kiamat, ibadat solat merupakan yang pertama dihisab. Jika kurang timbangannya, akan ditampung dengan amalan solat sunat. Kemudian dihisab pula ibadat puasa, jika kurang timbangannya, akan ditampung dengan puasa sunat dan disempurnakan timbangan keseluruhannya.

Hadis ini memberi harapan baik kepada mereka yang terlanjur melakukan maksiat yang tidak sayugia dilakukan dalam bulan puasa, supaya memperbanyakkan amalan sunat, sama ada berpuasa enam hari dalam bulan Syawal atau pada hari 9 Zulhijah dan hari wuquf, hari 9 dan 10 Muharam, hari Isnin dan Khamis setiap minggu dan sebagainya, semoga Allah memaafkan kesalahan yang terlanjur.

Merujuk soalan, bolehkah seseorang berpuasa sunat, sedangkan puasa qada masih belum ditunaikan lagi? Soalan ini juga menarik kerana ramai yang bermasalah dalam bulan puasa, seperti wanita dengan masalah haidnya terpaksa menggantikan puasa Ramadan sebaik sahaja bulan itu selesai.

Masalah ini termasuk antara masalah khilafiah yang diperselisihkan antara ulama. Sesetengah ulama berpendapat, tidak harus berpuasa sunat selagi puasa qada masih belum diselesaikan. Amalan seumpama ini salah dan berdosa jika dilakukan kerana amalan sunat tidak boleh mendahului amalan fardu.

Kedudukannya samalah dengan seorang yang masih menanggung hutang. Ia hendaklah melunaskan hutangnya terlebih dahulu sebelum memberi sedekah kerana hutang wajib dibayar, sedangkan sedekah hanya sunat dikeluarkan.

Hampir sama masalahnya dengan orang yang masih ada qada sembahyang yang belum disempurnakan, bolehkah dia bersolat sunat seperti tarawih dan lain-lain?

Menurut sesetengah mazhab seperti Syafie, tidak boleh bersolat sunat sehingga diselesaikan qada sembahyang fardu terlebih dahulu. Ada pula pendapat yang menyatakan boleh melakukan solat sunat.

Dalam masalah ini, saya setuju dengan pendapat Ibn Taymiyyah sebagaimana yang dipetik Sayed Sabiq dalam kitabnya Fiqh al-Sunnah, iaitu sesiapa yang dengan sengaja meninggalkan solat, tidak wajib diqadakannya kerana ketinggalan disebabkan tidur dan lupa sahaja yang wajib diqadakan, sebagaimana dijelaskan dalam hadis. Sebab-sebab lain tidak dinyatakan.

Ada juga pendapat menyatakan harus melakukan puasa sunat, sekalipun masih ada qada yang belum dilakukan. Keadaannya samalah dengan seorang yang bersolat sunat qabliah (sebelum solat fardu) yang waktu solat fardu itu masih luas dan panjang hingga ke waktu solat fardu berikutnya.

Dalam keadaan waktu solat yang panjang, seseorang tidak dilarang melakukan seberapa banyak solat sunat, sedangkan solat fardu yang wajib belum ditunaikan lagi. Pendapat ini didukung oleh kebanyakan ulama.

Menjawab soalan terakhir iaitu bolehkah diniatkan serentak antara puasa qada dan sunat enam hari dalam bulan Syawal? Saya perturunkan di sini terjemahan fatwa Syeikh Atiyyah Saqar, Pengerusi Majlis Fatwa, al-Azhar, Mesir, katanya: Harus bagi mereka yang menanggung qada puasa Ramadan berpuasa sunat enam hari dalam bulan Syawal, tetapi niatnya hendaklah qada. Jika diniat dan dilakukan berasingan, nescaya lebih afdal, iaitu qada dan sunat pada hari-hari yang terpisah.
Katanya lagi: Ulama Syafie berpendapat pahala puasa sunat Syawal diperoleh secara automatik, apabila seseorang melakukan qada puasa dalam bulan Syawal, sama ada dia niat atau tidak diniatkan puasa sunat itu.

Dalam al-Syarqawi ala al-Tahrir 1/127, sebuah kitab dalam mazhab Syafie menyatakan: Jika seseorang berpuasa qada, nazar atau apa jua puasa dalam bulan Syawal, nescaya berhasil pahala puasa enam hari dalam bulan Syawal kerana yang dikehendaki hanya berpuasa dalam bulan itu sahaja.

Pendapat ini bertepatan dengan hadis Abu Ayyub yang menyatakan kelebihan puasa enam hari dalam bulan Syawal itu tidak mengenakan sebarang syarat tambahan. Hadis hanya menyebutkan yang maksudnya: Sesiapa berpuasa enam hari dalam bulan Syawal...

Oleh itu wajar dikekalkan atas keterangan yang mutlak dan bebas supaya apa jua puasa yang terkena dalam bulan Syawal, dikira memenuhi kehendak puasa enam hari dalam bulan itu.

11 comments:

小方 said...


fangyanting20151030
cyber monday deals
fitflop clearance
ugg outlet
replica watches
mcm outlet
winter jackets
jordan shoes
moncler coats
links of london
michael kors outlet
mulberry outlet
cheap jordans
cyber monday 2015
lebron james shoes
rolex watches
oakley sunglasses
oakley outlet
soccer jerseys
michael kors outlet
ugg boots
swarovski crystal
ralph lauren shirts
juicy couture outlet
hermes birkin
michael kors handbags
uggs outlet
canada goose outlet
tiffany outlet
hermes outlet
longchamp outlet

Meiqing Xu said...

20160321meiqing
kate spade handbags
coach outlet
nike roshe runs
kate spade
kate spade handbags
beats headphones
hollister clothing
ray ban sunglasses
michael kors outlet online
prada uk
louis vuitton outlet
burberry outlet
louis vuitton bags
nike blazers
louis vuitton outlet
jordan concords
cheap jordans
marc jacobs
canada gooses outlet
michael kors outlet
louis vuitton handbags
vans shoes
longchamp bags
michael kors outlet
cheap oakleys
ugg boots
michael kors outlet online
ray ban sunglasses outlet
polo ralph lauren
oakley sunglasses
ralph lauren outlet
michael kors uk
gucci shoes
timberland boots
ugg outlet
retro jordans
ralph lauren sale
polo ralph lauren
oakley sunglasses wholesale
hollister uk

艾丰 said...

jianbin0323
christian louboutin online
tiffany outlet
oakley sunglasses
michael kors online
prada handbags
michael kors outlet
michael kors handbags
rolex watches
ray-ban sunglasses
nba jerseys
longchamp handbags
cheap jordans
fitflop clearance
coach outlet
louis vuitton handbags
soccer jerseys
juicy couture tracksuit
links of london
adidas wings
michael kors outlet online
louis vuitton outlet store
fitflop sale
air jordan 11
true religion outlet
nike air force 1
true religion outlet
jordan shoes 2015
snapbacks wholesale
nike roshe
nhl jerseys
michael kors handbags
michael kors outlet online
basketball shoes

chenlina said...

canada goose
ugg boots uk
toms shoes outlet
nike air max
adidas superstar
toms outlet
mont blanc pens
louis vuitton outlet
uggs outlet
moncler jackets
true religion jeans
michael kors outlet
coach outlet store online
nike factory outlet
michael kors handbags
coach factory outlet
timberland boots
ray ban sunglasses
christian louboutin
moncler uk
mont blanc pens for sale
canada goose
adidas originals
louis vuitton outlet
louis vuitton handbags
kobe 11 shoes
uggs on sale
jordan 4 toro
ralph lauren outlet
canada goose jackets
ugg boots
ray ban sunglasses
air jordan retro
christian louboutin pas cher
michael kors outlet
jordan shoes
ray ban pas cher
adidas shoes
toms shoes
ugg sale
chenlina20160810

dong dong23 said...

fitflops sale clearance
michael kors
nike trainers uk
fitflops shoes
ed hardy outlet
kobe 9
lebron shoes
michael kors handbags
air force 1 shoes
michael kors handbags
michael kors handbags outlet
fitflops
michael kors handbags
michael kors handbags sale
michael kors handbags
toms outlet
michael kors outlet store
supra shoes
michael kors handbags
michael kors outlet
nike trainers uk
nike roshe
air jordan uk
ralph lauren pas cher
michael kors handbags
nike roshe run
ralph lauren
michael kors handbags wholesale
michael kors outlet
michael kors outlet
polo ralph lauren
nike store
nike trainers
supra shoes sale
lebron james shoes

raybanoutlet001 said...

michael kors outlet
michael kors handbags sale
jordan shoes
air force 1 shoes
michael kors handbags wholesale
fitflops
michael kors outlet
michael kors outlet store
ray ban sunglasses
michael kors handbags

wesan michael said...

longchamp bags
ugg outlet
http://www.raybanglasses.in.net
chrome hearts outlet
michael kors outlet
adidas nmd
yeezy shoes
jordan shoes
christian louboutin shoes
skechers go walk

姚嘉 said...

birkenstocks
saics running shoes
versace
nike store
ghd hair straighteners
michael kors handbags
nike air huarache
cheap nba jerseys
nike outlet store
jimmy choo

raybanoutlet001 said...

michael kors handbags,michael kors handbags clearance,michael kors clearance
true religion jeans
michael kors outlet
http://www.raybanglasses.in.net
links of london sale
michael kors handbags
hogan outlet
tiffany and co outlet
ralph lauren online,cheap ralph lauren
links of london

raybanoutlet001 said...

golden state warriors jerseys
polo ralph lauren
fitflops shoes
air max 90
coach factory outlet
coach outlet online
ralph lauren outlet
ralph lauren
cheap ray bans
moncler outlet

dong dong23 said...

toms outlet
polo ralph lauren
michael kors outlet online
oakley sunglasses outlet
toms outlet
nike air max 2017
chelsea jersey
pony shoes
timberland outlet
fitflops sale clearance
20174.17wengdongdong