Thursday, July 1, 2010



TAFSIR SURAH  AL ADIYAT (100) 
AYAT 9-11 

PENTAFSIRAN AYAT (9-11)

HARI KIAMAT RAKSASA

أَفَلَا يَعْلَمُ إِذَا بُعْثِرَ مَا فِي الْقُبُورِ(9) وَحُصِّّلَ  مَا فِي الصُّدُورِ(10)  إِنَّ رَبَّهُم بِهِمْ يَوْمَئِذٍ لَّخَبِيرٌ(11)

Terjemahan

[100: 9] Adakah dia tidak tahu apabila dibongkarkan segala isi kubur?
[100:10] Dan didedahkan segala yang terpendam dalam dada?
[100:11] Sesungguhnya Tuhan mereka pada hari itu Maha Mengetahui keadaan mereka.

Hari Qiyamat Raksasa            

Akan tiba suatu hari raksasa yang dijanjikan,di mana semua makhluk yang hidup di bumi ini akn dimatikan kecuali Allah Maha Hidup Dan maha Berdiri Sendiri   






    



كُلُّ مَنْ عَلَيْهَا فَانٍ * وَيَبْقَى وَجْهُ رَبِّكَ ذُو الْجَلاَلِ وَالإِكْرَامِ [789]

Terjemahan: “Segala yang ada di atas bumi ini akan binasa.  Dan yang kekal hanya Zat Tuhanmu yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan”
Firman Allah lagi:
كُلُّ شَيْءٍ هَالِكٌ إِلاَّ وَجْهَهُ[790]
Terjemahan: “Tiap-tiap sesuatu akan binasa melainkan Zat Allah”.

Setelah semuanya dibinasakan, sesi hidup semula dan kebangkitan dari kubur dan seterusnya di bawa ke hadapan Allah untuk memenerima balasan pun bermula. Pada hari ini semua manusia berhadapan dengan huru hara besar, kecuali mereka yang telah bersedia dengan iman dan amal salih. 

(100: 9) Manusia tidak mungkin membebaskan dirinya  daripada sifat kanud kecuali dengan mengingati mati dan hidup semula di akhirat.  Barangsiapa cintakan syurga nescaya kuranglah kecintaannya kepada dunia dan barangsiapa takutkan neraka nescaya ringan baginya untuk menghadapi ujian-ujian di dunia.

أَفَلَا يَعْلَمُ إِذَا بُعْثِرَ مَا فِي الْقُبُورِ(9)

[100: 9] Tidakkah dia tidak tahu apabila dibongkarkan segala isi kubur?

Perkataan بُعْثِرَ  ertinya membongkar dan membalik-balikkan.Ungkapan ini mengisyaratkan bangkit semula dari kubur dan berarak menuju tempat perhimpunan raksasa dalam keadaannya yang tidak terurus dengan sempurna bagaikan barang-barang yang baru dikeluarkan dari kotak-kotak simpanan selepas digeledah.

Ayat ini memantapkan lagi akidah terhadap kebangkitan semula dan perarakan besar-besaran ke tempat perhimpunan untuk mendapatkan pengadilan Allah yang Maha Adil. Bersama kita dalam perarakan ini umat-umat terdahulu yang terdiri entah berapa generasi berlalu sebelum kita, generasi sezaman dan yang mengerkori di belakang kita.

Kekuasaan Allah meliputi seluruh hamba-Nya, Allah tidak menghadapi sebarang kesulitan mengumpulkan semua makhluknya di mana jua mereka mati dan binasa, sama sahaja di sisi Allah mereka itu mati dalam kemalangan udara atau tenggelam di lautan lalu di makan ikan atau binatang buas atau mayat mereka hilang dari kubur tempat mereka disemadikan, firman Allah:

أَيْنَ مَا تَكُونُوا يَأْتِ بِكُمُ اللَّهُ جَمِيعًا إِنَّ اللَّهَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ[791]

Terjemahan“ ..  di mana sahaja kamu berada maka Allah akan kumpulkan kamu semua; sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

(100: 10) Apabila kuburnya dibongkar tiada apa lagi yang boleh disembunyikan.  Manusia dibawa menuju ke tempat perhimpunan raksasa untuk mendengar penghakiman Allah, pada hari ini kaki tangan dan seluruh anggota menjadi saksi terhadap diri sendiri, tabiat kanud dan terlalu cintakan harta  yang dahulunya disembunyikan kini tidak tersembunyi lagi.

وَحُصِّلَ مَا فِي الصُّدُورِ(10)

[100: 10] Dan didedahkan segala yang terpendam dalam dada?

Waktu ini barulah manusia sedar bahawa kerugian sebenar ialah kerugian akibat kegagalan mengurus harta dengan baik.  Jika  kesalahan mengurus harta itu membawa masalah yang besar di akhirat, apa lagi dengan pengambilan harta dengan cara yang salah seperti menipu dan mengambil hak orang lain dengan cara yang batil.

(100: 11) Pada waktu ini dan ketika manusia berhimpun di mahsyar tahulah mereka dengan yakin bahawa Allah sentiasa melihat gerak geri mereka, lalu membalas terhadap amalan mereka dengan halus dan cermat, Dia mengampun dosa-dosa yang ingin diampuni-Nya dan dibalas seksa terhadap dosa-dosa yang tidak ingin diampuni-Nya.



إِنَّ رَبَّهُم بِهِمْ يَوْمَئِذٍ لَّخَبِيرٌ(11)


 [100: 11] Sesungguhnya Tuhan mereka pada hari itu Maha Mengetahui keadaan mereka.


 


Mana-mana pihak yang terlibat dengan harta, uruslah harta itu dengan cara yang bijak dan membawa keselamatan kepadanya pada hari akhirat dan gunakan sebahagiannya untuk keperluan jihad pada jalan Allah. 


         Akidah terhadap hidup semula selepas mati, bukan sesuatu yang diada-adakan, bukan dongeng dan bukan khurafat.  Kita hendaklah yakinkan kedatangannya pada hari dan masa yang ditetapkan,  sediakanlah bekalan untuk menyambut kedatangan hari ini dengan iman, taqwa dan jihad.  Jangan lupakan ucapan sulung Nabi saw pada hari pertama beginda di bangkit menjadi Rasul: 


 


إنَّ الرَّائِدَ لا يَكْذِبُ أهْلَهُ، وَاللهِ لَوْ كَذَبْتُ النَّاسَ جَمِيعاً مَا كَذَبْتُكُمْ، وَلَوْ غَرَرْتُ النَّاسَ جَمِيْعاً مَا غَرَرْتُكُمْ، وَاللهٍ الَّذِي لا إلاهَ إلاَّ هُوَ إنِّي لَرَسُولُ اللهِ إلَيكُمْ خَاصَّةً، وَإلَى النَّاسِ كَافّةً، وَاللهٍ لَتَمُوتُنَّ كَمَا تَنَامُونَ، وَلَتُبْعثُنَّ كَمَا تَسْتَيْقِظُونَ، وَلَتُحَاسَبُنّ بِمَا تَعْمَلُونَ، وَلَتُجْزَوُنّ بِالإحْسَانِ إحْسَاناً، وَبِِالسُّوءِ سُوْءاً، وَإنَّهَا لَجَنَّةٌ أبَداً أوْ لَنَارٌ أبَداً[792]  


Terjemahan: “Sesungguhnya pemimpin yang dipercayai keluarga tidak mendustakan keluarganya.  Demi Allah, Andainya aku berdusta dengan semua orang, tetapi aku tidak berdusta dengan kamu, Andainya aku menipu semua orang, tetapi aku tidak menipu kamu.  Demi Allah yang tiada Tuhan melainkan Dia.  Sesungguhnya aku adalah Rasul utusan Allah khusus kepada kamu dan umum kepada seluruh manusia.  Demi Allah,  sesungguhnya kamu akan mati sebagaimana kamu tidur, kamu akan bangkit sebagaimana kamu bangkit dari tidur, kamu akan dihisab segala amalan yang kamu kerjakan,  amalan baik kamu akan dibalas baik, amalan buru kamu akan dibalas buruk.  Perutusanku ini bakal membawa kamu ke syurga selama-lamanya atau ke neraka selama-lmanya.”


 


Berbuatlah sesuatu mulai sekarang, masa tidak pernah menunggu kita.  Pemergiannya ialah usia yang tidak berganti. 


Pengajaran dan Saranan 


1:  Menggeledah kubur dan membongkar segala rahsia dengan meragut keluar sesuatu yang masih tersembunyi dsi dalam dada adalah suatu gambaran ngeri yang bakal berlaku pada hari Kiamat. 


2:   Mengemukakan suatu pandangan yang dahsyat bakal berlaku pada hari Akhirat merupakan antara jalan yang boleh menanamkan kesedaran kepada mereka yang jiwanya rosak dengan penyakit kufur ni`mat.  Paling besar sekali ialah ni`mat Allah. 


3:   Tiada masalah yang tidak diketahui Allah atau hilang dalam perjalanan, semuanya kembali kepada Allah dan akan ditentukan kedudukann sebenarnya. 


4:  Allah memberitahu kepada ilmynya yang luas supaya mereka sedar lmu mereka terlalu sempit.  Oleh itu, kebenara ilmu-ilmu melalui saluran wahyu adalah mutlak dan tidak harus dipertikaikan.



[789]al-Rahman: 26-27.
[790] al-Qasas: 88.
[791] al-Baqarah: 148
[792] Muhammad al-Ghazali, Fiqh al-Sirah, Dar al-Bayan, Kahrah, 1987, ms105.

No comments: