Thursday, July 1, 2010

Tafsiran Surah al`Alaq Ayat 9-19

SIFAT SIFAT ANGKUH YANG KEJI

أَرَأَيْتَ الَّذِي يَنْهَى * عَبْداً إِذَا صَلَّى * أَرَأَيْتَ إِن كَانَ عَلَى الْهُدَى* أَوْ أَمَرَ بِالتَّقْوَى* أَرَأَيْتَ إِن كَذَّبَ وَتَوَلَّى * أَلَمْ يَعْلَمْ بِأَنَّ اللَّهَ يَرَى * كَلَّا لَئِن لَّمْ يَنتَهِ لَنَسْفَعاً بِالنَّاصِيَةِ * نَاصِيَةٍ كَاذِبَةٍ خَاطِئَةٍ * فَلْيَدْعُ نَادِيَه * سَنَدْعُ الزَّبَانِيَةَ * كَلَّا لَا تُطِعْهُ وَاسْجُدْ وَاقْتَرِبْ*
Terjemahan
[96: 9] Bagaimana pendapatmu tentang orang yang melarang,
[96: 10] seorang hamba Allah apabila dia mengerjakan sembahyang?
[96: 11] Bagaimana pendapatmu jika orang yang dilarang itu berada di atas jalan yang betul?
[96: 12] Atau dia menyuruh orang bertaqwa (kepada Allah)?
[96: 13] Bagaimana jika orang yang melarang itu mendustakan serta dia berpaling ingkar?
[96: 14] Tidakkah dia mengetahui bahawa sesungguhnya Allah melihat?
[96: 15] Jangan sekali-kali begitu! Demi sesungguhnya jika dia tidak berhenti (dari perbuatannya yang buruk itu), nescaya Kami akan menyentap ubun-ubunnya.
[96: 16] Iaitu ubun-ubun (orang) yang berdusta, yang berdosa.
[96: 17] Kemudian biarlah dia memanggil kumpulannya (untuk menyelamatkannya);
[96: 18] Kami pula akan memanggil malaikat Zabaniyah (untuk menyeksanya).
[96: 19] Ingatlah! Janganlah engkau menurut kehendaknya dan sujudlah dan dampingkanlah dirimu kepada Allah.

Munasabat

Setelah ayat-ayat 6-8 mengecam orang-orang yang melampaui batas dengan azab seksa dan tidak mendapat sebarang pertolongan dan rahmat, ayat-ayat selanjutnya

Pelampau Bertindak Terhadap Nabi
Pelampau memangnya tidak sedia bersyukur terhadap nikmat Allah, sebaliknya tanpa silu malu mereka melakukan berbagai-bagai kegiatan yang amat mendukacitakan, mereka menterbalikkan nilai-nilai baik dan buruk, suci dianggapnya najis dan najis dianggapnya suci, suruhan dianggapnya larangan dan larangan dianggapnya suruhan.

(96: 9-10) Berbagai-bagai cara dilakukan terhadap Nabi saw untuk menyatakan kebencian mereka terhadap Nabi dan ajaran Islam yang dibawanya. Hati yang jahat belum cukup puas dengan penindasan dan penekanan, mereka tambah lagi dengan melarang Nabi menunaikan salat. Mengapa Abu Jahl melarang Nabi saw bersembahyang, sedangkan sembahyang tidak mendatangkan apa-apa kemudaraan terhadapnya?

أَرَأَيْتَ الَّذيِ يَنْهَى * عَبْداً إِذَا صَلَّى *

[96: 9-] Bagaimana pendapatmu tentang orang yang melarang.
[96: 10] seorang hamba Allah apabila dia mengerjakan sembahyang?

Tindakan pertama ialah melarang Nabi bersalat. Mufassirin sepakat menyatakan orang yang melarang itu ialah Abu Jahl dan hamba yang dimaksudkan ialah Nabi saw. Abu Jahl pernah mengatakan “Kalau aku lihat Muhammad itu sembahyang, aku akan pijak lihirnya”. Riwayat al-Bukhari menyebutkan:

أَنَّ النَّبِيَّ ‏ ‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‏ ‏كَانَ ‏ ‏يُصَلِّي عِنْدَ ‏ ‏الْبَيْتِ ‏ ‏وَأَبُو جَهْلٍ ‏ ‏وَأَصْحَابٌ لَهُ جُلُوسٌ إِذْ قَالَ بَعْضُهُمْ لِبَعْض أَيُّكُمْ يَجِيءُ بِسَلَى ‏ ‏جَزُورِ ‏ ‏بَنِي فُلَانٍ فَيَضَعُهُ عَلَى ظَهْرِ ‏ ‏مُحَمَّدٍ ‏ ‏إِذَا سَجَدَ ‏ ‏فَانْبَعَثَ ‏ ‏أَشْقَى ‏ ‏الْقَوْمِ فَجَاءَ بِهِ فَنَظَرَ حَتَّى سَجَدَ النَّبِيُّ ‏ ‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‏ ‏وَضَعَهُ عَلَى ظَهْرِهِ بَيْنَ كَتِفَيْهِ [673]

Terjemahan: Nabi saw sedang bersembahyang di sisi Baitullah, sementara Abu Jahl dan kuncu-kuncunya duduk berhampirannya, tiba-tiba setengah daripada mereka berkata kepoada setengh yang lain: Siapa di antara kamu boleh bawa uri unta qabilah fulan, lalu dia letakannya di atas belakang Muhammad ketika dia sedang sujud. Lalu diutus (`Utbah) seorang yang paling ganas di antara mereka, dia menunggu hingga apabila Nabi saw sujud diletaknya di atas belakang, di antara dua bahu Nabi.

Sembahyang, beribadat dan berdoa kepada Allah adalah hak asasi manusia. Sebagaimana hak-hak bernafas, makan, minum, bergerak dan menjaga keselamatan diri. Begitulah juga dengan ibadat dan berhubung dengan Allah. Tetapi manusia yang sombong dan tidak bertanggungjawab ini dengan sewenang-wenangnya menceroboh hak-hak asasi manusia, lalu melarangnya bersembahyang, beribadat dan berdoa. Ini adalah satu sikap melampaui batas, satu jenayah yang sangat keji.

(96: 11) Mungkin ada rasionalnya jika sembahayng itu tidak dilakukan dengan sempurna, lalu Nabi saw dihalang dari melakukannya, tetapi bagaimana kalau sembahyang itu betul seperti yang dikehendaki agamanya?.

أَرَأَيْتَ إِن كَانَ عَلَى الْهُدَى*

[96: 11] Bagaimana pendapatmu jika orang yang dilarang itu berada di atas jalan yang betul?

Apakah ukuran yang menentukan sama ada betul atau salah sembahyang seseorang itu? Sudahkah kamu mempunyai ukuran, lalu kamu menghalangnya bersembahyang, padahal sembahyangnya lurus dan betul.

(96: 12) Kamu melarang orang bersembahyang, tanpa sebab yang boleh diterima. Mungkin orang yang kamu larang itu guru atau pemimpin yang menyuruh supaya kamu juga bersembahyang dan bertaqwa, tetapi kamu tidak menyukai seruannya, lalu kamu halang dia bersembahyang. Kejinya akhlak kamu.
أَوْ أَمَرَ بِالتَّقْوَى*

[96: 12] Atau dia menyuruh orang bertaqwa (kepada Allah)?
Kamu tidak senang hati dengan dakwah dan nasihatnya, maka kamu bertindak menghalangnya bersembahyang, kerana sembahyang adalah sumber bagi nur iman, daripadanya datang sifat-sifat keberanian untuk berkata sesuatu yang benar.

(96: 13) Apa pula pendapatmu jika orang yang melarang kamu bersembahyang itu seorang pendusta yang mendustai perutusan Allah dan kufur terhadapnya?
أَرَأَيْتَ إِن كَذَّبَ وَتَوَلَّى *
[96: 13] Bagaimana jika orang yang melarang itu mendustakan serta dia berpaling ingkar?

Kalau dia mendustakan Nabi Muhammad atau mengingkari kerasulannya. Tahukah kamu ke mana akhirnya mereka? Tidakkah ke neraka akhirnya mereka?

(96: 14) Malarang orang bersembahyang adalah satu tindakan yang keji dan buruk, tetapi dia boleh mencantikkannya dengan mereka-rekakan alasan supaya dilihat indah terhadap sesuatu yang sebenarnya buruk, misalnya dengan memutarbelitkan isu. Bolehkan amalan buruk itu disembunyikan?

أَلَمْ يَعْلَمْ بِأَنَّ اللَّهَ يَرَى*

[96: 14] Tidakkah dia mengetahui bahawa sesungguhnya Allah melihat?

Pendusta mungkin boleh berdusta bagi mengelirukan orang lain, tetapi tidak boleh berdusta terhadap dirinya sendiri. Pendusta boleh berdusta untuk beberapa waktu, tetapi tidak boleh berdusta buat selama-lamanya. Bagi pendusta, tidak mengapa kalau pun tidak boleh derdusta buat selama-lamanya, biarlah berdusta buat sedikt waktu pun tidak mengapa. Bagi pendusta, dia sedia berdusta terhadap orang lain, sekali pun dia tidak mampu berdusta terhadap dirinya.

Bolehkah dia sembunyikan niat jahatnya itu kepada Allah? Mungkin mereka berasa boleh kerana tidak yakin akan kebesaran Allah dan ketinggian ilmunya.

(96: 15) Amaran demi amaran telah diberi, namun sikap golongan yang durjana ini tidak juga berubah. Oleh itu, mereka diperingatkan lagi dengan amaran yang lebih keras lagi, iaitu mereka akan disentap ubun-ubun dan diheret ke dalam neraka.

كَلاَّ لئِنْ لَمْ يَنْتَهِ لَنَسْفعاً بِالنَّاصِيَة* نَاصِيَةٍ كَاذِبَةٍ خَاطِئَةٍ*

[96: 15] Jangan sekali-kali begitu! Demi sesungguhnya jika dia tidak berhenti (dari perbuatannya yang buruk itu), nescaya Kami akan menyentap ubun-ubunnya.

[96: 16] Iaitu ubun-ubun (orang) yang berdusta, yang berdosa.

Perkataan سَفَع يَسْفَعُ, ertinya sentap atau tarik dengan kuat. Maksudnya, jika ingin kembali kepada kebenaran, kembalilah segera, sebelum Allah bertindak menyentap ubun-ubun mereka. Tindakan Allah tidak sama dengan tindakan manusia terhadap manusia kerana Allah Maha Berkuasa dan Maha Keras tindakan-Nya. Jika dakwah sudah, amaran pun sudah, peruabahan tetap juga tidak berubah, maka atas dasar keadilan Ilahi mereka akan diheret ke neraka dengan menarik ubun-ubunnya.

Tindakan Menyentap Ubun-ubun Satu Mu`jizat Ilmiyah al-Qur`an

Perkataan "الناصية" ertinya ubun-ubun atau bahagian hadapan kepala di sebelah atas dahi. Bahagian ini merupakan bahagian paling atas dan mempunyai kedudukan yang dihormati, sama ada pada manusia atau haiwan. Perkataan ini disebut beberapa kali di dalam al-Qur`an, semuanya dalam konteks kekuasaan, kepimpinan, perancangan, kepintaran, membuat keputusan dan tipu helah bagi menangani sesuatu muslihat. Dalam konteks yang sama Allah digambarkan sebagai pihak yang berkuasa yang diungkapkan dengan memegang ubun-ubun, sama ada secara zahir atau majaz, mengikut kesesuaian dengan keadaan dan situasi dan dengan kekasaran dan kesombongan makhluk terhadap-Nya[674].

Selain ayat di atas, perkataan al-Nasiyah juga didapati dalam beberapa firman berikut:

إِنِّي تَوَكَّلْتُ عَلَى اللّهِ رَبِّي وَرَبِّكُم مَّا مِن دَآبَّةٍ إِلاَّ هُوَ آخِذٌ بِنَاصِيَتِهَا إِنَّ رَبِّي عَلَى صِرَاطٍ مُّسْتَقِيمٍ [675]

Terjemahan: “Sesungguhnya aku telah berserah diri kepada Allah, Tuhanku dan Tuhan kamu! Tiadalah seekor bintang pun yang bergera melainkan Allah jualah yang memegang ubun-ubunnya. Sesungguhnya Tuhanku berada di atas jalan yang lurus”.

Ayat ini merujuk kepada dakwah Nabi Hud as tatkala ditolak kaumnya yang sombong dengan kekuatan fizikal serta mengancam Hud dengan akibat buruk yang bakal menimpanya. Nabi Hud as menganggap semuanya itu hanya tipu daya belaka kerana Allah berkuasa menyetanpa ubun-ubun mereka pada bila-bila masa sahaja.

Firman-Nya lagi:

يُعْرَفُ الْمُجْرِمُونَ بِسِيمَاهُمْ فَيُؤْخَذُ بِالنَّوَاصِي وَالْأَقْدَامِ[676]

Terjemahan: “Orang-orang yang berdosa dikenal dengan tanda-tanda mereka, lalu dirangkul dengan dipegang ubun-ubun dan kaki-kaki mereka”

Ayat ini pula menyatakan kekuasaan Allah terhadap para mujrimin dengan mengambil tindakan merangkul kaki dan ubun-ubun hingga mereka tidak mampu bergerak lagi. Kaki merupakan anggota fizikal yang cukup bertenaga, ubun-ubun pula merupakan kulit yang melindungi otak yang berfungsi mengatur perancangan dan membuat sesuatu keputusan. Di dalam hadis pula kita dapati Nabi saw membaca doa berikut tatkala berbaring di tempat tidurnya:

اللَّهُمَّ رَبَّ السَّمَاوَاتِ وَرَبَّ الْأَرْضِ وَرَبَّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ رَبَّنَا وَرَبَّ كُلِّ شَيْءٍ فَالِقَ الْحَبِّ وَالنَّوَى وَمُنْزِلَ التَّوْرَاةِ وَالْإِنْجِيلِ وَالْفُرْقَانِ أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ كُلِّ شَيْءٍ أَنْتَ آخِذٌ بِنَاصِيَتِهِ اللَّهُمَّ أَنْتَ الْأَوَّلُ فَلَيْسَ قَبْلَكَ شَيْءٌ وَأَنْتَ الْآخِرُ فَلَيْسَ بَعْدَكَ شَيْءٌ وَأَنْتَ الظَّاهِرُ فَلَيْسَ فَوْقَكَ شَيْءٌ وَأَنْتَ الْبَاطِنُ فَلَيْسَ دُونَكَ شَيْءٌ اقْضِ عَنَّا الدَّيْنَ وَأَغْنِنَا مِنْ الْفَقْرِ[677]

Terjemahan: Wahai Tuhan tujuh petala langit dan bumi, Tuhan Arasy yang agung. |Wahai Tuhan kami dan Tuhan segala sesuatu, Tuhan Yang Mencetuskan biji-bijian dan benih-benih pokok, Tuhan yang menurunkan Taurat, Injil dan al-Qur`an, aku berlindung pada-Mu dari kejahatan segala sesuatu yang Engkau memegang ubun-ubunnya, |Engkaulah yang Maha Pertama, tiada sesuatu apa pun sebelum-Mu dan Engkaulah yang Maha Akhir, tiada sesuatu apa pun selepas-Mu, Engkaulah yang Maha Zahir, tiada sesuatu pun di atas-Mu dan Engkaulah yang Maha Batin tiada sesuatu apa pun selai-Mu, aku mohon pertolongan-Mu menyelesaikan hutang-hutangku dan jauhkan daku dari kepapaan.

Nenerusi doa ini, Nabi saw merayu kepada Allah agar dilindunginya dari segala kejahatan dan bala bencana yang di bawa makhluk-makhluk jahat dan binatang-binatang berbisa seperti ular, kala, lipan dan sebagainya kerana Allah Berkuasa memegang ubun-ubun serta Berkuasa menyabut dan menghapuskan keupayaannya.

Ayat-ayat 15 dan 16 surah al-`Alaq mengandungi ancaman keras Allah swt terhadap Abu Jahl yang begitu sombong serta mengingkari perintah Allah. Ayat-ayat yang terkandung di dalam surah al-`Alaq yang pertama diturunkan ini dan juga yang membicarakan secara terperinci sifat-sifat dan kejadian manusia dengan kerangka kejadian dan sikap mereka yang berbagai-bagai.

Ubun-ubun dan Fungsi Otak

Al-Qur`an dalam kenyataan beramarannya akan menyentap ubun-ubun orang yang berdusta dan berdosa, menarik perhatian pakar-pakar anatomi dan ahli kaji fungsi anggota manusia, terutama ubun-ubun yang tersembunyikan disebaliknya otak manusia sebagai perancang bagi setipa usaha manusia, sama ada baik atau buruk, kejahatan atau kebaikan.

Kajian para ahli tentang otak manusia, membahagikannya kepada empat bahagian utama:

1: Otak bahagian hadapan, ia dikenali dengan nama (The Frontal Lobe). Bahagian ini terletak di bahagian hadapan kepala yang disebut al-Nsiayah di dalam firman di atas. Otak yang normal pada bahagian ini berfugsi mengawal emosi, daya ingatan, merancang, bertindak dan membuat keputusan terhadap sesuatu mengikut tabiat dan kemampuan seseorang secara rasional.

Sebaliknya, kecederaan otak pada bahagian ini atau tidak normal fungsinya memberi kesan kepada seseorang kesukaran melakukan sesuatu tindakan mengikut saiz kecedraan. Jika tahapnya serius, boleh membawa kepada tidak mampu bercakap dan tidak berdaya membuat sebarang keputusan. Bagi sesetengah orang yang rendah tahap kecedraannya, memungkinkan dia tidak mampu berfikir dan bertindak dengan waras.
2: Otak bahagian belakang yang dikenali dengan (The Parietal Lobe). Bahagian ini berfungsi sebagai pencetus emosi, kejujuran, keadilan, kemaafan, kecintaan, kebencian, kesedihan, kegembiraan dan penderitaan. Hubungannya dengan otak bahagian hadapan melahirkan tindakan secara perktikel. Kegagalan otak bahagian ini berfungsi dengan baik melahirkan manusia yang tidak normal dalam tingkah laku dan sukar difahami sikapnya.

Ada beberapa komponen otak yang terlibat dalam sistem pengaturan 'fungsi' ini. Antaranya ialah Gyrus Cingulata, Thalamus, Hippocampus, Nudeus Basal, Prefrontal Cortex, dan amygdala. Tiga di antaranya ternyata berada di bahagian pertama, iaitu otak yang memberi respon kepada saranan otak bahagian belakangnya. Sedangkan selebihnya, berada di bagian bawah kulit otak, atau bagian yang berkait dengan emosi.

3: Otak bahagian ketiga, iaitu otak yang dikenali dengan istilah (Two Temporal Lobes). Otak di bahagian ini berfungsi mendengar suara dan memahaminya, otak yang berintraksi dengan suara dari luar. Kegagalannya dari berfungsi secara normal, sama ada semula jadi atau disebabkan kecederaan sehingga menyebabkan seseorang tidak mampu bercakap dan memahami suara yang didengarnya.

4: Otak bahagian belakang yang dikenali juga dengan istilah (The Occipital Lobe). Letaknya di bahagia belakang otak. Ia berfungsi menyambut pengelihatan mata dan membezakan di antara objek-objek yang dilihatnya dengan yang lain seperti membezakan di antara warna-warna pada objek yang dilihat. Kecederaan otak di bahagian ini, menjadikan seseorang tidak lagi mampu membezakan sesuatu yang dilihatnya dan seterusnya gagal menghantarnya kepada otak di bahagian pertama untuk dibuat apa-apa saranan atau keputusan[678].

Ungkapan al-Nasiyah dalam firman di atas merupakan satu daripada mu`jizat ilmiyah al-Qur`an yang hanya diketahui manusia sejak beberapa tahun kebelakangan ini, iaitu bahagian ubun-ubun yang dinyatakan di dalam ayat di atas merupakan bahagian otak yang paling hadapan yang berfungsi dalam mengawal pergerakan, tingkah laku baik atau buruk, motivasi, perancangan serta tangungjawab manusia sama ada menyatakan kebenaran atau pendustaan.

Satu lagi penemuan diperolehi sejak kebelakangan ini, iaitu mengesan penjenayah berdasarkan alat pengesan dusta. Kajian itu menyatakan otak bahagian hadapan yang dikenali dengan nama The Frontal Lobe ini yang bertugas mengaturkan fungsi-fungsi khusus otak, terletak pada bahagian depan tulang tengkorak.

Pemereksaan melalui alat pengesan otak memungkinkan pendusta itu dikesan dengan mudah oleh pihak-pihak yang bertanggungjawab. Penemuan ini juga membenarkan keterangan al-Qur`an yang menyatakan dalam firman-Nya:

كَلاَّ لئِنْ لَمْ يَنْتَهِ لَنَسْفعاً بِالنَّاصِيَة* نَاصِيَةٍ كَاذِبَةٍ خَاطِئَةٍ*[679]

Terjemahan: Jangan sekali-kali begitu! Demi sesungguhnya jika dia tidak berhenti (dari perbuatannya yang buruk itu), nescaya Kami akan menyentap ubun-ubunnya. Iaitu ubun-ubun (orang) yang berdusta, yang berdosa.

(96: 17) Mereka beranggapan sekutu-sekutu yang mereka pilih, boleh membantu untuk menyelamatkan mereka pada hari akhirat yang sangat besar huru haranya itu, kalau begitu biarlah mereka seru sekutu-sekutu itu.

فَلْيَدْعُ نَادِيَه *

[96: 17] Kemudian biarlah dia memanggil kumpulannya (untuk menyelamatkannya);

Kalau ada terlintas pada hatinya untuk memanggil kuncu-kuncunya, kaum keluarga dan sahabat untuk membantu, maka biarlah dia panggil supaya datang membantu dan berbuat apa sahaja untuk menyelamatkannya

(96: 18) Kami pula akan panggil malaikat Kami yang bengis dan kasar.

سَنَدْعُ الزَّبَانِيَةَ *

[96: 18] Kami pula akan memanggil malaikat Zabaniyah (untuk menyeksanya).

Menurut sesetangah riwayat: Ayat ini diturunkan kerana sikap Abu jahal yang takbur itu. Semasa dia lalu dan melihat Rasulullah s.a.w. sedang sembahyang lalu dia berkata: Hai Muhammad! Aku tidak benarkan engkau sembahyang, sambil mengancam dan mengeluarkan kata-kata kesar kepada Nabi saw

Agaknya peristiwa inlah yang menjadikan Rasulullah saw memegang leher Abu Jahal dan berkata kepadanya: Kecelakaan lebih wajar untuk engkau. Kecelakaan lebih wajar untuk engkau. Lalu dijawab Abu Jahal: “Dengan hak apakah engkau mengancam aku? Demi Allah! Akulah orang yang paling ramai pengikut-pengikut di kawasan ini”
Kerana peristiwa inilah ayat (17):

فَلْيَدْع نَادِيَه ..

Terjemahan: “ .. biarlah dia memanggil kumpulannya” diturunkan.

Berkata Ibn Abbas: Jika Abu Jahal memanggil kumpulannya, nescaya dia akan dibinasakan malaikat azab pada saat itu juga.

(96: 19) Penghujung surah ini, al-Qur`an melarang dari mentaati golongan pelampau yang berasa kaya dengan apa yang ada pada mereka, kerana mentaati mereka adalah syirik, sama ada syirik itu kecil atau besar. Sikap ini menjauhkan seseorang daripada Allah.

كَلَّا لَا تُطِعْهُ وَاسْجُدْ وَاقْتَرِبْ*

[96: 19] Ingatlah! Janganlah engkau menurut kehendaknya dan sujudlah dan dampingkanlah dirimu kepada Allah.

Kebebasan yang sebenarnya, hanya apabila manusia membebaskan dirinya daripada menjadi alat kepada pelampau dan tidak bersedia sujud kepada mereka. \Sujud hanya kepada Allah dan dalam detik-detik sujud ini seseorang mendampingi dirinya kepada Allah.

Ayat ini membimbing kita kepada hidup bersama-sama Allah. Sujud mendampingkan diri kepada-Nya. Bukankah manusia itu lemah dan memerlukan pertolongan daripada Allah Yang Maha Berkuasa. Bukankah bumi tempat sujud itu tempat manusia mengatur tapak-tapak kakinya. Di sini seseorang menghinakan dirinya di hadapan kebesaran Allah.

Selepas membaca akhir ayat surah ini, ulama mengatakan sunat sujud tilawah. Ketika sujud hendaklah membaca:

سَجَدَ وَجْهِيَ لِلَّذِي خَلَقَهُ وَصَوَّرَهُ وَشَقَّ سَمْعَهُ وَبَصَرَهُ بِحَوْلِهِ وَقُوَّتِهِ فَتَبَارَكَ اللَّهُ أَحْسَنُ الْخَالِقِيْنَ اللهُمَّ أكْتُبْ لِي بِهَا عِنْدَكَ أَجْراً، وَضَعْ عَنِّي بِهَا وِزْراً، وَاجْعَلْهَا لِي عِنْدَكَ ذُخْراً، وَتَقَبَّلْهَا مِنِّي كَمَا تَقَبَّلْتَهَا مِنْ عَبْدِكَ دَاوُودْ . [سنن أبي داود – حديث رقم:1414 عن عائشة رضي الله عنها]

Terjemahan: Mukaku sujud kepada Allah yang menciptakannya dan membentuk rupanya dan mengadakan pendenmgaran dan penglihatannya, dengan upaya dan kekuatan-Nya, Maha Sucilah Allah sebaik-baik pencipta. Wahai Tuhanku, dengan sujud ini catatkan bagiku pahala dari sisi-Mu, dengannya juga gugurkan dosa dariku, jadikanlah amalan itu sebagai simpanan amalku di sisi-Mu dan terimalah ibadat itu dariku sebagaimana Engkau menerimanya dari hamba-Mu Dawud”.

Pengajaran dan Saranan

1: Allah menyifatkan Abu Jahal dan orang-orang seumpamanya sebagai penghalang dari melakukan ibadat kepada Allah. Seruan mereka kepada menymbah berhala adalah jalan yang sesat, bukan jalan hidayat.

2: Allah memberi amaran keras terhadap Abu Jahal dan orang-orang seumpamanya mereka dengan balasan yang sewajarnya.

3: Amaran lebih keras lagi apabila Allah menegaskan mereka akan disentap ubun-ubunnya jika tidak berhenti menghina Nabi Muhammad saw dan menghalangnya dari menunaikan salat.

4: Allah mencabar Abu Jahal supaya membawa kumpulan dan penyokong-penyokong setia mereka untuk menylamatkan Abu Jahal daripada tindakan keras dan Allah akan memerintah penjaga neraka supaya bertindak membinasakan mereka.



[673]al-Bukhari, al-Wudu`; Idha Ulqiya ala Zahr al-Musalli, hdith (233) daripada Abdullah ibn Mas`ud.
[674] Tafsir al-Jalalayn, 1/293 . Fi Ziulal al-Qur`an, 8/524 , al-Sabuni, Safwat al-Bayan, 2/18.
[675] Hud: 56
[676] al-Rahman: 41.
[677] Muslim, al-Dhikr wa al-Du`a, hadith (4888) daripada Abu Hurayrah.
[678] Al-Ahram, Min Asrar al-Qur`an, artikel Zanglul al-Najjar, 18/April, 2005 (Isnin).. Wikipedia, the free encyclopedia, http://en. Wikipedia. org/ wiki/ temporal_lobe (22/7/2010 Jumaat)
[679] al-`Alaq: 15-16.

14 comments:

dong dong said...

201577dongdong
chi flat iron
christian louboutin outlet
burberry outlet online
louboutin
coach factory outlet
ray ban sunglasses uk
abercrombie kids
kevin durant shoes
coco chanel
coach factorty outlet
hollister clothing store
jordan shoes
oakley sunglasses sale
cheap jerseys
dior handbags
coach outlet
michael kors outlet
coach factory outlet
louis vuitton handbags
coach outlet
hollister clothing
louis vuitton outlet
ralph lauren
gucci outlet
marc jacobs handbags
louis vuitton outlet stores
coach outlet
lebron james shoes
oakley sunglasses
oakley sunglasses wholesale
toms shoes
michael kors outlet
ray ban outlet
michael kors handbags

Mu Lin said...

burberry handbags
prada handbags
longchamp tote
coach purses
michael kors outlet store
louis vuitton diaper bag
burberry shoes
chanel outlet
louis vuitton monogram
mcm bag
mcm duffle bag
gucci luggage
coach outlet
burberry store
prada tote
louis vuitton wallet for women
coach diaper bag
louis vuitton belt
burberry outlet
louis vuitton shoes men
coach hobo bag
michael kors black handbags
louis vuitton artsy
michael kors purses outlet
hermes bags
vintage chanel bags
prada backpack
hermes belt
michael kors hobo bag
gucci crossbody bag
coach online outlet
chanel purses
louis vuitton duffle bag
prada outlet
burberry bags on sale

Pnane Weg said...

abercrombie and fitch
coach
jordan
converse sale clearance
nike outlet store
Ugg Boots On Sale 70% Off
Coach Factory Outlet
michael kors
michael kors
canada goose coats
michael kors
michael kors
hermes
nike outlet store
timberland
Coach Factory Outlet Online
jordans for girls
north face factory outlet
under armour outlet stores
fitflops sale clearance
ferragamo sale
Ugg Boots Sale
coach purses clearance
Canada Goose Jacket
nike outlet store online shopping
ugg
jordan retro 6
new balance shoes
christian louboutin
cheap jordans
new balance outlet
cheap rolex watches
vans
kate spade outlet online
jordan
nike high heels online
coach factory outlet online
coach factory outlet
girls jordans
qwe12.21

Meiqing Xu said...

20160321meiqing
michael kors outlet
oakley vault
canada goose
ugg boots
louis vuitton
coach outlet store online
michael kors outlet
coach outlet
air jordan 13
christian louboutin outlet
rolex watches
louis vuitton handbags
true religion
true religion outlet
cheap toms shoes
tory burch flats
louis vuitton
toms shoes
cheap jerseys
lebron james shoes 2015
cartier watches
michael kors handbags
ralph lauren outlet
coach outlet
louis vuitton
kate spade
kate spade outlet
hollister outlet
nike air max
adidas originals
christian louboutin outlet
louis vuitton outlet
hollister clothing store
michael kors outlet
coach outlet
kobe bryant shoes
the north face
ray ban
michael kors outlet
coach outlet

Zhenhong Bao said...

true religion jeans
fitflops shoes
coach outlet canada
ralph lauren,polo ralph lauren,ralph lauren outlet,ralph lauren italia,ralph lauren sito ufficiale
louis vuitton outlet
kate spade outlet
mbt shoes outlet
swarovski crystal
links of london jewellery
michael kors outlet
christian louboutin uk
soccer jerseys
nike roshe
michael kors outlet online
jordan shoes
prada outlet
louis vuitton outlet stores
michael kors outlet
calvin klein outlet
polo shirts
louis vuitton handbags outlet
mulberry outlet store
longchamp handbags
hermes outlet
prada shoes
kobe bryant shoes
hermes outlet
michael kors factory outlet
adidas wings
mulberry handbags
lacoste polo shirts
true religion jeans
ray ban sunglasses
michael kors outlet
nike roshe run
20160415zhenhong

Qinan Chen said...

jimmy choo shoes
adidas nmd r1
canada goose
levis jeans
coach outlet online
polo outlet
puma shoes
polo ralph lauren uk
christian louboutin
hugo boss outlet
yeezy boost 350
louis vuitton factory outlet
air max 2016
polo ralph lauren
nike huarache trainers
adidas supercolor
cartier love bracelet
gucci borse
coach outlet
burberry outlet
bottega veneta outlet
nike free run
jordan shoes
louis vuitton outlet
ralph lauren outlet
cheap nhl jerseys
yeezy boost 350
true religion
toms
nike air max
coach factory outlet
ray bans
michael kors outlet
reebok uk
coach outlet store online
zhenwei20160723

wesan michael said...

hogan outlet online
air jordan retro
oakley sunglasses
http://www.oakleystoreonline.us.org
nike roshe one
nike huarache sale
reebok outlet
tiffany and co jewellery
michael kors outlet store
longchamp outlet

姚嘉 said...

birkenstocks
saics running shoes
versace
nike store
ghd hair straighteners
michael kors handbags
nike air huarache
cheap nba jerseys
nike outlet store
jimmy choo

姚嘉 said...

birkenstocks
saics running shoes
versace
nike store
ghd hair straighteners
michael kors handbags
nike air huarache
cheap nba jerseys
nike outlet store
jimmy choo

raybanoutlet001 said...

fitflops clearance
yeezy boost 350 v2
kobe basketball shoes
oakley store online
tiffany jewelry
lacoste polo shirts
nfl jerseys from china
adidas superstar
Cheap Jordans For Sale
nike zoom

raybanoutlet001 said...

falcons jersey
adidas yeezy boost
cheap jordan shoes
yeezy boost 350 v2
links of london
kobe bryant shoes
longchamp le pliage
true religion jeans
michael kors bags
air jordan

Meiqing Xu said...

cveland cavaliers jerseys
chaussure louboutin
louis vuitton
longchamp handbags
longchamp handbags
james shoes
coach factory outlet
adidas yeezy
coach factory outlet
sanantonios purs jerseys
20170323caiyan

raybanoutlet001 said...

los angeles lakers jerseys
ed hardy outlet
ed hardy
ravens jerseys
mlb jerseys
nike store uk
michael kors outlet
oakley sunglasses
nike air huarache
patriots jerseys

dong dong23 said...

replica watches
cheap jordans
adidas yeezy boost 350
north face
ray ban sunglasses
toms uk
converse shoes
mont blanc pens
nfl jerseys
pandora uk
20174.17wengdongdong