Thursday, July 15, 2010

Ulasan Hadis 4

Pengambilan Harta Daripada
Sumber Yang Kabur

عن أبي حُمَيْدٍ السَّاعِدِيُّ ‏ ‏قَالَ: "اسْتَعْمَلَ النَّبِيُّ ‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‏رَجُلاً مِنْ ‏ ‏بَنِي أَسْدٍ ‏ ‏يُقَالُ لَهُ ‏ ‏ابْنُ اْلأُتَبِيَّةِ ‏ ‏عَلَى صَدَقَةٍ فَلَمَّا قَدِمَ قَالَ هَذَا لَكُمْ وَهَذَا أُهْدِيَ لِي فَقَامَ النَّبِيُّ ‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ‏عَلَى الْمِنْبَرِ‏قَالَ ‏سُفْيَانُ ‏أَيْضًا فَصَعِدَ الْمِنْبَرَ ‏فَحَمِدَ اللَّهَ وَأَثْنَى عَلَيْهِ ثُمَّ قَالَ ‏مَا بَالُ الْعَامِلِ نَبْعَثُهُ فَيَأْتِي يَقُولُ هَذَا لَكَ وَهَذَا لِي فَهَلاَّ جَلَسَ فِي بَيْتِ أَبِيهِ وَأُمِّهِ فَيَنْظُرُ أَيُهْدَى لَهُ أَمْ لاَ وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ لاَ يَأْتِي بِشَيْءٍ إِلاَّ جَاءَ بِهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ يَحْمِلُهُ عَلَى رَقَبَتِهِ إِنْ كَانَ بَعِيرًا لَهُ رُغَاءٌ أَوْ بَقَرَةً لَهَا خُوَارٌ أَوْ شَاةً تَيْعَرُ ثُمَّ رَفَعَ يَدَيْهِ حَتَّى رَأَيْنَا عُفْرَتَيْ إِبْطَيْهِ أَلاَ هَلْ بَلَّغْتُ ثَلاَثًا.




Takhrij: al Bukhari, hadis (6464) Muslim, hadis (4313) Abu Dawud, hadis (2557)

Terjemahan :
Riwayat Abu Humayd ra. katanya: Nabi saw melantik seorang pegawai lelaki dari Bani Asd untuk memungut sedekah (zakat). Dia dikenali dengan panggilan Ibn al Utabiyyah. Setelah pulang dari bertugas, dia berkata: (bahagian) ini zakat untuk kamu dan (bahagian) ini pula dihadiahkan untukku. Lalu Nabi saw naik ke atas mimbar dan setelah memuji-muji Allah, Baginda menasihatkan:
“Aneh sungguh pegawai ini, kami utuskan dia untuk mengutip zakat tetapi setelah membawa balik hasil kutipan dia mendakwa: barang ini zakat untuk anda dan barang ini pula dihadiahkan kepada saya. Mengapa lelaki ini tidak tinggal sahaja di rumah bapa dan ibunya. Kemudian tunggu dan lihat sama ada diberi kepadanya hadiah itu atau tidak”.
“Demi Allah! diriku berada dalam kekuasaan-Nya. Tiada seseorang membawa pulang sesuatu (semasa bertugas), melainkan pada hari Kiamat di tanggung di atas belakangnya unta yang bertuwak, lembu yang bertebuh atau kambing yang bertebik. Seterusnya Nabi saw mengangkat dua tangannya sehingga kelihatan bahagian di bawah dua ketiaknya sambil bersabda: Minta perhatian! sudahkah aku sampaikan kepada kamu (diucapnya tiga kali).

Perkataan:
Ibn Al Utabiyyah atau al Lutabiyyah ialah seorang pegawai dari perkampungan al Azad yang dilantik oleh Rasulullah SAW sebagai pemungutl zakat di kawasan Bani Salim.
رُغَاءٌ : Suara unta (bertuwak) .
خُوَارٌ : Suara lembu (bertebuh).
تَيْعِر : Suara kambing (bertebik).
عُفْرَة : Bahagian dibawah ketiak yang warnanya putih tetapi tidak melepak

Ulasan Hadis
Menerusi hadis ini baginda Rasulullah saw atas sifatnya sebagai seorang pemimpin dan pentadbir yang mengutus pegawai-pegawai zakat untuk menjalankan sesuatu urusan berhubung negara dan umat Islam.
Baginda sentiasa mengawasi pergerakan mereka, baginda tidak memberikan mereka bertindak bebas dan sesuka hati, terutama dalam hal-hal yang membabitkan wang negara dengan menyalahgunakan kuasa yang diamanahkan kepada mereka.

Kuasa adalah tenaga yang boleh digunakan untuk banyak perkara, ia boleh digunakan untuk menegakkan keadilan, kebenaran dan kemakmuran, ia boleh digunakan untuk mengaut harta dan kekayaan, ia boleh digunakan untuk memelihara kepentingan dan maslahat diri bahkan dengan kuasa dapat menentukan keamanan dan keselamatan negara danj umat.

Syariat Islam adalah sebuah syariat yang syumul, lengkap dan sesuai dengan fitrah manusia. Justeru ia mengambil berat tentang urusan awam yang meliputi keadilan dan keselamatan, kesejahteraan dan kesentosaan.

Bertolak daripada kesyumulan syariat Islam, agama ini mengambil perhatian berat terhadap harta benda dan sumber-sumbernya supaya semuanya halal dan bersih, justeru Islam mengharamkan umatnya mengambil harta sebelum dipastikan halal dan layak dimanfaatkan sebagai rezeki bagi diri dan keluarganya.

Mengingatkan pentingnya harta yang halal, Rasulullah saw. pernah menyatakan bahawa harta termasuk antara perkara yang segera ditanya pada hari kiamat iaitu disamping usia, ilmu dan kesihatan, harta juga termasuk antara yang ditanya dengan soalan-soalan yang keras dan terinci.

Harta tulang belakang hidup
Harta merupakan salah satu daripada lima keperluan hidup yang dilindungi oleh Islam dan yang dikawal dengan undang-undang iaitu:

1: Agama
2: Nyawa
3: Akal
4: Keturunan
5: Harta
Lima perkara ini disebut al daruriyyat al khamsah. Seseorang hendaklah bertanggungjawab memelihara lima keperluan ini, mereka dikira bersalah terhadap agamanya jika abaikan memeliharanya.
Islam dengan tegas menyatakan harta tidak harus disia-siakan dan dilarang mengambil kepunyaan orang lain tanpa kerelaan hati pemiliknya. Sabda Nabi saw:

لاَ يَحِلُّ مَالُ امْرِئٍ إِلاَّ بِطِيبِ نَفْسٍ مِنْهُ
[البيهقي فى شعب الإيمان (4/387 ، حديث 5492) السنن الكبرى (6/100 ، رقم 11325) وصححه الألباني (الإرواء ، حديث 1459).]
Terjemahan: Tidak halal mengambil harta seseorang kecuali dengan kerelaan hatinya.
Seseorang muslim yang waras fikirannya tidak harus menggunakan hartanya sebagai rasuah untuk mendapat sesuatu yang bukan haknya kerana pada hakikatnya pemberian itu didorong oleh perasaan jiwa yang rakus serta hilang kepercayaan kepada keadilan yang sepatutnya ditegakkan, kecuali kerana sebab-sebab menuntut keadilan yang tidak mungkin diperolehi tanpa rasuah seperti kerana menyelamatkan diri daripada tindakan hukuman yang dia tidak bersalah padanya.
Islam mendidik umatnya supaya mengelak diri daripada mengambil harta orang dengan cara yang tidak suci. Sebaliknya mereka hendaklah bekerja dengan tekun dan sempurna, gigih dan sabar. Nabi bersabda:

إن اللهَ عَزَّ وَجَلَّ يُحِبُّ إذَا عَمِلَ أحَدُكُمْ عَمَلًا أنْ يُتْقِنَهُ
[ضعيف، الطبراني في الأوسط حديث 897، الشعب ، 4 حديث 5314]

Terjemahan: Sesunguhnya Allah menyukai kepada seseorang kamu apabila mengerjakan sesuatu amalan, disempurnakannya dengan tekun”
Nabi saw juga meransang mereka supaya menunaikan tanggunjawab mengikut aturan yang dikehendaki tanpa mengharapkan rezeki daripada titik peluh orang lain.

Justeru Nabi saw bersabda:
وَارْضَ بِمَا قَسَمَ اللهُ لَكَ تَكُنْ أَغْنَى النَاسِ
[الترمذي، حديث (2342)، حديث حسن منوروت الألباني، صحيح سنن الترمذي حديث:(1867)]
Terjemahan: Terimalah dengan reda terhadap rezeki yang ditakdir Allah bagimu nescaya engkau menjadi manusia yang paling kaya.

Jauhkan segala bentuk rasuah
Hadis yang sedang dalam ulasan ini menjelaskan salah satu daripada bentuk-bentuk rasuah yang sering berlaku dan dipandang remeh setengah orang iaitu menggunakan jawatan rasmi untuk menjayakan kepentingan peribadi.
Ibn al-Lutabiyyah yang dibicarakan dalam hadis ini ditegur oleh Nabi saw dengan teguran yang agak keras apabila diketahui beliau menerima hadiah ketika menjalani tugas-tugas memungut zakat daripada salah satu kabilah Arab. Sebaliknya baginda menunjuk kepadanya jalan berfikir secara waras adakah hadiah seumpama itu akan diberi kepadanya jika dia tinggal bersendirian di rumah? Bukankah hadiah itu diberi atas namanya sebagai seorang amil zakat yang telah mendapat habuan tertentu, kini namanya terkenal disana sini dan bukankah atas nama jawatan sebagai amil zakat maka hadiah itu dihulur kepadanya?
Sebarang jawatan yang disandang sama ada dalam kerajaan atau swasta adalah amanah yang wajib dilaksanakan dengan penuh jujur dan amanah. Ia tidak harus digunakan sebagai tiket untuk mengaut harta daripada sumber-sumber yang kabur. Nama-nama seperti hadiah, sumbangan, bantuan dan sebagainya tidak dapat membersihkan harta yang diberi atau diterima dengan niat rasuah yang pastinya ada pihak yang teraniaya dengan perbuatan yang terkutuk itu.

Antara pemberian dan pengambilan yang berbau rasuah

Pertama: Pemberian pekerja kepada ketua. Termasuk juga dalam pemberian yang berbau rasuah yang dilarang mengambilnya adalah pemberian hadiah daripada seorang pekerja kepada ketua jabatan yang mempunyai kuasa membuat sesuatu keputusan. Pemberian ini sekalipun tidak berterus terang menyatakan tujuan dan hajat, namun disebalik hadiah dan pemberian itu tersirat tujuan sebenar yang difahami bersama atau salah seorang daripada mereka memahami ada hajat yang mereka harap supaya diselesaikan.
Khalifah Umar bin Abdul Aziz pernah dihulur hadiah kepadanya ketika memegang jawatan khalifah, beliau dengan penuh tanggungjawab menolak hadiah itu. Orang bertanya mengapa menolak hadiah sedangkan Rasulullah menerimanya. Umar menjawab: memang pemberian itu hadiah bagi Rasulullah, tetapi hadiah yang seumpama itu merupakan rasuah bagi saya kerana zaman dan suasana sudah berbeza.
Menurut Imam Abu Hanifah, apabila seseorang hakim disabitkan sebagai penerima rasuah maka dengan sendiri gugur daripada jawatannya sebagai hakim dan keputusan hukum yang diputusnya selepas penerimaan rasuah juga terbatal.
Imam al Qurtubi mengulas pendapat ini sebagai pendapat yang kuat dan tidak harus diketepikan kerana pengambilan rasuah adalah fasiq, sedangkan orang fasiq tidak harus dilantik sebagai hakim.

Kedua: Saguhati atau ganjaran. Setiap harta yang diberi atau diterima hendaklah dengan suci dan rela hati, bersih daripada sebarang niat yang tidak ikhlas supaya sedekah dan amalan kebajikan diterima oleh Allah. Oleh itu pemberian kepada pekerja dan penerimaan atas nama saguhati atau ganjaran bagi melicinkan jentera pentadbiran sedangkan pekerja itu mempunyai gaji yang sepadan dengan kerja atau ada bayaran khas padanya, maka pemberian itu perlu diawasi kerana akibatnya akan wujud pekerja yang akan ponteng kerja dan malas melaksanakan tugasnya jika didahulukan dengan sogokan atau saguhati untuk menggerakkan siku tulangnya terlebih dahulu.
Mestika ini berpendapat jika pemberi dan penerima reda dengan apa yang diberi dan diterima tanpa menyimpan perasaan menunggu sesuatu dan berdendam, maka harta atau hadiah diberi adalah halal dan tidak bermasalah kerana Nabi SAW bersabda:

مَا أَتَاكَ مِنْ هَدَا الْمَالِ مِنْ غَيرِ سُوءالٍ ولا اسْتشرَاف فَخُذه

Terjemahan: Harta yang datang kepadamu tanpa meminta dan mencari-cari maka ambillah.
Meminta ganjaran serta menekan pihak lain supaya memberi sesuatu kepadanya dengan memaksa orang supaya memberi sesuatu kepadanya sebagai saguhati kerana menjalankan tugas yang menjadi tanggungjawabnya adalah termasuk dalam pengambilan harta dengan cara yang batal yang ditolak oleh Islam, biar atas nama apa sekalipun sumbangan itu diberi.

Ketiga: Wang kopi dan teh. Pada masa-masa yang akhir ini dalam amalan perniagaan terkenal dengan nama duit kopi iaitu suatu pemberian yang diberi kepada pekerja bagi tujuan seperti membawa keluar barang dari kilang atau untuk mendapatkan barang yang lebih bermutu, tanpa alasan yang sebenar juga dikira termasuk dalam pengambilan harta orang dengan cara batil. Pekerja ini tidak sepatutnya dibiasakan dengan pemberian-pemberian yang secara tidak langsung mengajarnya supaya mengambil rasuah kerana menjalankan sesuatu yang sememang menjadi tanggungjawabnya.

Keempat: Bayaran kerana mendapatkan kerja. Diantara jawatan dalam kerajaan atau bukan kerajaan ada yang tersimpan dalam genggam sesetengah pegawai sahaja. Jawatan ini beku dan tidak dicairkan atau dicairkan melalui pintu-pintu khas dengan bayaran-bayaran tertentu.

Amalan ini sangat besar bahayanya kepada masyarakat dan kesejahteraan negara kerana akibatnya melahirkan pegawai-pegawai yang tidak mempunyai kemampuan bekerja dan akhirnya membawa kemusnahan dan penganiayaan kepada pihak yang sepatutnya menyandang jawatan-jawatan berkenaan yang lebih mampu menyempurnakan tanggungjawab. Sehubungan ini Rasulullah s.a.w. bersabda:







عَنْ ‏ ‏أَبِي هُرَيْرَةَ ‏ ‏قَالَ: بَيْنَمَا النَّبِيُّ ‏ ‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‏ ‏فِي مَجْلِسٍ يُحَدِّثُ الْقَوْمَ جَاءَهُ أَعْرَابِيٌّ فَقَالَ مَتَى السَّاعَةُ فَمَضَى رَسُولُ اللَّهِ ‏ ‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‏ ‏يُحَدِّثُ فَقَالَ بَعْضُ الْقَوْمِ سَمِعَ مَا قَالَ فَكَرِهَ مَا قَالَ وَقَالَ بَعْضُهُمْ بَلْ لَمْ يَسْمَعْ حَتَّى إِذَا قَضَى حَدِيثَهُ قَالَ أَيْنَ أُرَاهُ السَّائِلُ عَنْ السَّاعَةِ قَالَ هَا أَنَا يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ ‏ ‏فَإِذَا ضُيِّعَتْ اْلأَمَانَةُ فَانْتَظِرْ السَّاعَةَ قَالَ كَيْفَ إِضَاعَتُهَا قَالَ إِذَا ‏‏ وُسِّدَ ‏‏ اْلأَمْرُ إِلَى غَيْرِ أَهْلِهِ فَانْتَظِرْ السَّاعَةَ [البخاري، حديث (59)]

Terjemahan : Semasa Nabi s.a.w. berada dalam satu bercakap dengan sekumpulan orang, tiba-tiba datang seorang Badwi lalu bertanya: Bilakah hari kiamat? Tetapi Rasulullah SAW. terus bercakap, lalu sesetengah sahabat berkata : beliau telah mendengar apa yang ditanya orang itu tetapi Dia tidak suka cara dia bertanya, sedangkan sesetengah sahabat yang lain berkata: Memang beliau tidak dengar (pertanyaan orang itu) sehingga apabila beliau selesai bercakap, beliau pun bertanya: Dimana aku boleh lihat orang yang bertanya itu? Jawab orang itu: Sayalah wahai Rasulullah. Sabda baginda: Apabila amanah itu telah dikhianati maka tunggulah hari kiamat. Orang ini bertanya lagi : Bagaimana mengkhianati amanah? Jawab beliau: Apabila sesuatu urusan itu telah diserahkan kepada orang yang bukan ahlinya maka tunggulah kiamat.

Hadis ini membayangkan betapa buruknya akibat yang bakal menimpa umat ini apabila sesuatu urusan diserahkan kepada orang yang bukan ahli iaitu kehancuran dan kemusnahan akan menimpa mereka. Kemusnahan yang bakal berlaku adalah dilihat kepada ukuran amanah yang disalahgunakan. Jika amanah itu besar seperti urusan rasmi negara maka keruntuhannya ialah negara dan sistem pentadbiran, jika urusan keluarga maka keluarga itu runtuh, begitulah seterusnya.

Membendung gejala rasuah
Membendung gejala rasuah adalah sesuatu yang sulit kerana ia dilakukan secara sembunyi. Islam mengambil langkah-langkah pendidikan yang praktikal selain dari tindakan undang-undang terhadap kes-kes yang jelas dan cukup bukti, antaranya:

1- Melarang dari melakukan perusahaan haram: Sehubungan larangan ini Allah berfirman:

وَلاَ تَأْكُلُوا أَمْوَالَكُمْ بَيْنَكُمْ بِالْبَاطِلِ وَتُدْلُوا بِهَا إِلَى الْحُكَّامِ لِتَأْكُلُوا فَرِيقًا مِنْ أَمْوَالِ النَّاسِ بِاْلإِثْمِ
وَأَنْتُمْ تَعْلَمُونَ [النساء:28]
Terjemahan: Dan janganlah sebahagian kamu memakan harta sebahagian yang lain di antara kamu dengan jalan yang batil dan janganlah kamu membawa kes harta itu kepada hakim supaya kamu dapat memakan sebahagian daripada hartabenda orang lain itu dengan cara yang berdosa, pada hal kamu mengetahui.

Allah berfirman mengenai kaum Yahudi yang dilaknat Allah:

سَمَّاعُونَ لِلْكَذِبِ أَكَّالُونَ لِلسُّحْتِ [المائدة: 45]
Terjemahan: Mereka sangat suka mendengar berita-berita dusta, sangat suka memakan harta yang haram (seperti rasuah, tipu dan sebagainya)
Harta yang diperolehi melalui saluran yang haram itu dikatakan suhta yang membawa erti hapus


kerana harta itu menghapuskan pahala ketaatan dan menghilangkan maruah. Memang pun orang
yang tidak memperdulikan haram halal itu tidak mempunyai maruah terhadap agamanya. Dalam
hadis Rasulullah SAW bersabda:

كُلُّ جَسَدٍ نَبـَتَ مِنْ سُحْتٍ فالنّار أولى به
Terjemahan: Setiap daging yang tumbuh daripada haram, maka neraka lebih utama dengannya.

2- Menyeru supaya mencari rezeki yang halal.

Orang yang berminat mencari rezeki yang halal tidak menyukai rezeki kecuali yang halal juga. Justeru Allah menyaran mereka supaya mencari yang halal, firmanNya:

يَا أَيُّهَا النَّاسُ كُلُوا مِمَّا فِي الْأَرْضِ حَلَالاً طَيِّبًا

Terjemahan: Wahai manusia! makanlah kamu barang yang halal lagi baik yang ada di dalam bumi ini.

Akibat cintakan harta

Sebaik-baik hidup ialah sederhana dalam semua perkara, termasuk kecintaan terhadap harta. Keterlaluan pada mencintainya boleh mengundang berbagai-bagai penyakit hati, seperti:


1- Cenderung kepada memakan harta orang dengan cara yang batil.
2- Malas berkerja dan suka menyerah kalah kepada takdir.
3- Rela menghina diri asalkan Berjaya mendapati apa yang dihajati pada orang lain.
4- Suka berkawan dengan memilih-milih orang
5- Suka menyogok kepada sesiapa sahaja yang sedia memberi apa yang dihajatinya.
6- Mengutamakan orang yang kurang utama keran ada sesuatu niat yang buruk.
7- Suka menipu dan melakukan apa sahaja kesalahan jika cita-citanya berjaya.


Bilakah rasuah diharuskan


Rasuah tetap haram sekalipun dibungkus dengan balutan hadiah. Rasuah ditolak oleh fitrah dan perasaan suci yang tidak berminat dengan barang-barang yang kotor.Para ulama mengecualikan dari rasuah pemberian-pemberian berikut:

1- Untuk mempertahankan haknya yang tidak boleh didapati tanpa bayaran tertentu sebagai sogokan
Bagaimanapun jika seseorang memilih jalan untuk mempertahankan kebenarannya, hendaklah perkara itu dilakukan tanpa kerelaan hatinya atau dengan membuat laporan kepada pihak-pihak yang bertanggungjawab mencegah kejadian seumpama dari berlaku.

Menurut Fakih Abu al-Laith Al Samarqandi: Tidak menjadi kesalahan bagi seseorang yang memberi rasuah untuk mempertahankan diri, keluarga dan hak-haknya sebagaimana yang diriwayatkan daripada Ibn Masood ra. yang pernah memberi rasuah sebanyak dua dinar. Menurutnya rasuah itu bukan pada pemberi tetapi pada pihak penerima .

2- Pemberian kepada kawan-kawan lama, sebelum dia menduduki sesuatu jawatan penting itu lagi. Pemberian seumpama itu diharapkan tidak disalah fahami oleh pihak-pihak yang terlibat. Namun perasaan hati akan menentukan jenis hadiah yang diberinya sama ada hadiah atau rasuah.

Rasuah pada hakikatnya tidak berlaku dalam masyarakat yang mempunyai kekuatan iman dan kesedaran yang tinggi.. Hanya masyarakat yang tidak bermaruah dan lemah menghadapi cabaran jua yang sanggup melakukan apa sahaja.

Pengajaran dan Saranan


1: Pelantikan amil (pegawai) dari kalangan orang luar bukan puak sendiri boleh mengelaknya dari tuduhan dan rasa pilih kasih terhadap puak dan kaum sendiri. Mungkin antara sebab Ibn Al Lutabiyyah oleh Rasulullah menjadi amil zakat kepada kumpulan Arab Zabian


2: Kelayakan seseorang pegawai belum cukup dengan kepercayaan yang diberi sebelum ia memegang tugas, tetapi hendaklah dipantau semasa ke semasa bagaimana dia menjalankan tugas, sama ada dia beramanah atau tidak beramanah.

3: Keterbukaan para sahabat apabila diminta penjelasan terhadap sesuatu yang diragui tentang kebenaran, lalu mereka menjelaskan tanpa menyimpan sebarang rasa kebimbangan bahawa harta ini diberi kepada saya dan yang ini pula diberi kepada baitul mal atas nama zakat.

4: Antara kekeliruan yang dimain syaitan untuk memesongkan kepercayaan seseorang ialah menukar nama sesuatu kepada nama yang bukan nama sebenar baginya.

5: Haram menerima sebarang pemberian yang diberi atas nama jawatan yang dia mempunyai imbuhan khas daripadanya. Bagi menentukan motif pemberian itu seseorang boleh mempastikan dengan menunggu di rumah, tanpa sebarang jawatan sama ada orang membawa sesuatu kepadanya atau tidak.

6: Menggunakan perkataan yang tidak jelas mengikut yang mana lebih banyak mendatangkan maslahat. Jika maslahat lebih besar pada tidak menyebut nama seseorang, maka itulah yang terbaik.
7: Beserta dosa mengelirukan hakikat sesuatu, dan bahayanya kesalahan rasuah, sekalipun diterima atas hibah atau duit kopi. Barangsiapa mengambil harta orang dengan cara yang tidak benar akan tiba pada hari kiamat membawa barang yang diambilnya itu sepenuh harta yang diambilnya.

8: Nabi saw sangat mengutamakan penyampaian yang jelas tentang sesuatu hukum. Justeru baginda berterus terang menyatakan sumber harta yang haram supaya umatnya memilih harta yang suci dan bersih.

9: Dilarang bersenda gurau dengan perkara-perkara yang haram dan ditegah syarak.




10 comments:

Meiqing Xu said...

20160321meiqing
louis vuitton outlet
tiffany and co
oakley store
nike air force 1
ugg outlet
kate spade
cheap oakley sunglasses
jordans for sale
michael kors outlet online
lebron james shoes 13
jordans
ralph lauren polo
fitflops
louis vuitton
louis vuitton handbags
michael kors outlet
timberland boots
ray bans
louis vuitton handbags
nike air huarache
abercrombie & fitch
jordan 6
louis vuitton handbags
gucci handbags
christian louboutin
coach factory
ugg australia
longchamp handbags
coach outlet
coach outlet
louis vuitton outlet
ugg outlet
kate spade outlet
air jordans
air max 90
louis vuitton
coach factory outlet
polo ralph lauren
jordan retro
asics running shoes

Zhenhong Bao said...

true religion jeans
fitflops shoes
coach outlet canada
ralph lauren,polo ralph lauren,ralph lauren outlet,ralph lauren italia,ralph lauren sito ufficiale
louis vuitton outlet
kate spade outlet
mbt shoes outlet
swarovski crystal
links of london jewellery
michael kors outlet
christian louboutin uk
soccer jerseys
nike roshe
michael kors outlet online
jordan shoes
prada outlet
louis vuitton outlet stores
michael kors outlet
calvin klein outlet
polo shirts
louis vuitton handbags outlet
mulberry outlet store
longchamp handbags
hermes outlet
prada shoes
kobe bryant shoes
hermes outlet
michael kors factory outlet
adidas wings
mulberry handbags
lacoste polo shirts
true religion jeans
ray ban sunglasses
michael kors outlet
nike roshe run
20160415zhenhong

dong dong23 said...

fitflops sale clearance
michael kors
nike trainers uk
fitflops shoes
ed hardy outlet
kobe 9
lebron shoes
michael kors handbags
air force 1 shoes
michael kors handbags
michael kors handbags outlet
fitflops
michael kors handbags
michael kors handbags sale
michael kors handbags
toms outlet
michael kors outlet store
supra shoes
michael kors handbags
michael kors outlet
nike trainers uk
nike roshe
air jordan uk
ralph lauren pas cher
michael kors handbags
nike roshe run
ralph lauren
michael kors handbags wholesale
michael kors outlet
michael kors outlet
polo ralph lauren
nike store
nike trainers
supra shoes sale
lebron james shoes

raybanoutlet001 said...

kobe 9 elite
michael kors outlet
louis vuitton pas cher
michael kors outlet
michael kors handbags
nike air huarache
cheap michael kors handbags
cheap jordans
michael kors handbags wholesale
converse shoes

wesan michael said...

michael kors outlet online
michael kors handbags
cheap jordans
kobe sneakers
cheap jordan shoes
adidas yeezy boost
adidas superstar
http://www.nikedunks.us.org
skechers go walk
michael kors outlet

姚嘉 said...

birkenstocks
saics running shoes
versace
nike store
ghd hair straighteners
michael kors handbags
nike air huarache
cheap nba jerseys
nike outlet store
jimmy choo

raybanoutlet001 said...

skechers go walk
tiffany jewelry
yeezy boost 350 v2
ralph lauren polo shirts
nike air huarache
adidas nmd
longchamp bags
adidas ultra boost
tiffany and co outlet
nmd adidas store

dada24 Xu said...

jordan retro
michael kors bags
michael kors handbags clearance
louis vuitton bags
authentic louis vuitton handbags
michael kors outlet online
michael kors outlet store
nfl jerseys wholesale
cheap jerseys
louis vuitton outlet online
zhi20161202

raybanoutlet001 said...

falcons jersey
adidas yeezy boost
cheap jordan shoes
yeezy boost 350 v2
links of london
kobe bryant shoes
longchamp le pliage
true religion jeans
michael kors bags
air jordan

raybanoutlet001 said...

michael kors handbags
salvatore ferragamo
nike outlet store
nike store
dolphins jerseys
cheap mlb jerseys
abercrombie and fitch kids
kobe 9
nike blazer pas cher
ray bans