Friday, July 16, 2010

ULASAN HADIS - 5



Sesi Soal Jawab Di Akhirat


عَنْ ‏ ‏أَبِي بَرْزَةَ اْلأَسْلَمِيِّ ‏ ‏قَالَ:
‏قَالَ رَسُولُ اللَّهِ ‏ ‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‏‏ لاَ تَزُولُ قَدَمَا عَبْدٍ يَوْمَ الْقِيَامَةِ حَتَّى يُسْأَلَ عَنْ عُمُرِهِ فِيمَا ‏ ‏أَفْنَاهُ ‏ ‏وَعَنْ عِلْمِهِ فِيمَ فَعَلَ وَعَنْ مَالِهِ مِنْ أَيْنَ اكْتَسَبَهُ وَفِيمَ أَنْفَقَهُ وَعَنْ جِسْمِهِ فِيمَ ‏ ‏أَبْلاَهُ.

Terjemahan:

Riwayat Abu Barzah Al Aslami Rasulullah SAW bersabda: Belumpun bergerak tapak kaki seorang manusia pada hari kiamat,ia segera ditanya tentang umurnya untuk apa dia habiskan, tentang ilmunya untuk apa dia pergunakan. Tentang hartanya dari mana diperolehi dan kepada siapa dia belanjakan dan tentang kesihatan tubuh badannya untuk apa dia pergunakan.

Tahkrij: Al Tarmizi meriwayatkan hadis di dalam kitab sifat al َQiyamat wa al Raqa`iq ..: hadith (2341) dan (2340) daripada Abu Barzah Al Aslami dan Ibn Mas’ud. Kedua-duanya

Perkataan:

فِيمَ فَعَلَ : Tentang apa yang dia pergunakannya, sama ada dilakukannya untuk tujuan mencari nama, pangkat dan kedudukan atau untuk mencari habuan dunia semata-mata. Jika untuk tujuan ini ilmunya dipergunakan, maka pada hari akhirat tindakan akan disempurnakan terhadapnya.

أَبْلاَهُ: Perkataan ini diambil daripada بَلِيَ الثوبُ وَأَبْلاهُ , ertinya kain itu sudah lusuh, dikatakan juga kepada usia yang sudah tua bagaikan kain yang sudah terpakai.

Ulasan;

Antara nikmat anugerah Allah yang sangat besar kepada manusia ialah hidup sihat, berilmu dan berharta. Dengan anugrah ini manusia dapat menyempurnakan tanggungjawab menyumbang khidmat dengan sebaik-baiknya, sama ada kepada diri sendiri, masyarakat, agama mahupun negara. Nikmat-nikmat ini bakal menentukan nasib seseorang di akhirat. Allah akan bertanya pada setiap detik usia, setiap ringgit yang dibelanja dan setiap patah ilmu yang diajar. Dari mana, kemana, bagaimana dan dengan tujuan apa ni`mat-ni`mat digunakan.

Rasulullah dalam hadis ini menekankan beberapa nikmat yang dipertanggungjawab kepada setiap manusia supaya disempurnakan dan pada hari akhirat akan ditanya di hadapan Allah untuk diadili. Nikmat-nikmat itu ialah usia, harta, ilmu dan kesihatan.

1: Tanggungjawab terhadap usia. Rasulullah saw bersabda

‏‏ لاَ تَزُولُ قَدَمَا عَبْدٍ يَوْمَ الْقِيَامَةِ حَتَّى يُسْأَلَ عَنْ عُمُرِهِ فِيمَا ‏ ‏أَفْنَاهُ

Terjemahan:Belum pun bergerak tapak kaki seseorang manusia pada hari kiamat, ia segera ditanya tentang umurnya untuk apa dia habiskan

Umat Islam dituntut supaya meneruskan hidup dan mempergunakan usianya pada setiap lapangan dengan menjayakan tugasnya sebagai manusia yang bertanggungjawab terhadap hidup dan matinya. Manusia akan ditentukan dosa dan pahala pada hari akhirat bergantung pada berapa banyak amal kebajikan dan kejahatan yang dikerjakan. Oleh itu mereka dituntut supaya belajar dan bekerja, berkahwin dan berkeluarga serta berdakwah kepada jalan Allah dan berjihad di setiap lapangan sama ada kecil atau besar.

Umat Islam dituntut agar bersedia menyumbang sebahagian daripada usianya kepada agama dan negara mengikut masa, tempat dan keperluan, hendaklah sedia berkhidmat kepada Islam seberapa yang mungkin apabila diminta. Umat Islam tidak dikehendaki mengosongkan hidupnya daripada tugas biar apa pun sebabnya kerana dunia adalah tempat berkerja dan tempat menanam, pada hari akhirat masa kita menuai. Firman Allah:

وَقُلِ اعْمَلُوا فَسَيَرَى اللَّهُ عَمَلَكُمْ وَرَسُولُهُ وَالْمُؤْمِنُونَ وَسَتُرَدُّونَ إِلَى عَالِمِ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ فَيُنَبِّئُكُمْ بِمَا كُنْتُمْ تَعْمَلُونَ [1]
Terjemahan: Dan katakanlah wahai Muhammad: beramallah kamu, Allah dan rasulnya serta orang-orang yang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan dan kamu akan dikembalikan kepada Allah yang mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata, kemudian Dia menerangkan kepada kamu apa yang kamu kerjakan.
Hidup adalah anugerah dan amanah Allah, hidup ini akan berakhir dengan mati. Sebaik-baik mati ialah mati syahid. Orang yang mati syahid terdiri dari berbagai-bagai kelas manusia dalam masyarakat, mereka itu ada orang biasa dan ada yang berkedudukan, ada yang merupakan suami, bapa, usahawan, ulama, fuqaha dan berbagai-bagai. Antara mereka juga ada yang berkerja dan melaksanakan amanah dengan sebaik-baiknya dan ada yang taksir, cuai dan kekurangan di sana sini.

2: Tanggungjawab para ilmwan

Pada dasarnya ilmuan hendaklah adil dan boleh dipercayai, mereka hendaklah terdiri daripada orang yang berilmu dan beramal dengan ilmunya. Para ilmuan hendaklah memelihara kemuliaan ilmu mereka, justeru mereka tidak seharusnya pergi ke tempat-tempat yang meragukan, mereka tidak seharusnya tamakkan harta kekayaan, hidup mewah, mengampu pemerintah sesuai dengan kedudukan mereka sebagai pewaris nabi-nabi.

Kewajipan ulama ialah menjelaskan kebenaran kepada orang ramai, mereka bertanggungjawab terhadap agama ini dan berada di barisan hadapan untuk mempertahankannya. Beberapa ayat Al Quran menyatakan kedudukan ulama dalam Islam, antara firman Allah:

يرْفَعِ اللَّهُ الَّذِينَ آَمَنُوا مِنْكُمْ وَالَّذِينَ أُوتُوا الْعِلْمَ دَرَجَاتٍ وَاللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرٌ [2]

Terjemahan: Allah meninggikan darjat orang yang beriman di antara kamu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan agama dari kalangan kamu beberapa darjat dan Allah Maha mendalam pengetahuan tentang apa yang kamu lakukan.

Di dalam hadis Rasulullah saw bersabda:

فَضْلُ الْعَالِم على الْعابِدِ كَفَضْلِ الْقَمر عَلى سائر الْكَوَاكِبِ، وإنَّ الْعُلَماءَ وَرَثَةُ الأنْبِياءِ وإنَّ الأنْبِياءَ لَمْ يُورِّثُوا دِينَاراً وَلا دِرْهَماً وإنَّما ورَّثُوا الْعِلْمَ ، فَمنْ أَخَذَهُ أَخَذَ بِحظٍّ وَافِرٍ [3]

Terjemahan: Kelebihan orang alim di atas orang yang beribadat seperti kelebihan bulan purnama di atas bintang-bintang. Sesungguhnya ulama pewaris nabi-nabi, para nabi tidak mewariskan dinar dan dirham, tetapi mewariskan ilmu. barangsiapa mengambil ilmu maka dia memperolehi bahagian yang besar.

Ulama tidak seharusnya bermain silap mata dengan agama lalu menukar hakikat kebenaran dengan menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal semata-mata kerana mengikuti nafsu. Sikap ini sangat dimurkai Allah. Ini diperingatkan dalam firman:

فَمَنْ أَظْلَمُ مِمَّنِ افْتَرَى عَلَى اللَّهِ كَذِبًا لِيُضِلَّ النَّاسَ بِغَيْرِ عِلْمٍ إِنَّ اللَّهَ لاَ يَهْدِي الْقَوْمَ الظَّالِمِينَ [4]

Terjemahan: Siapakah yang lebih zalim daripada orang yang berdusta terhadap Allah untuk menyesatkan manusia dengan tidak berdasarkan ilmu pengetahuan. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang zalim.

Para ulama hendaklah bertanggungjawab sepenuhnya terhadap warisan nubuwah ini, mereka tidak sayugia mencari peluang-peluang keduniaan dengan memperniagakan agama.

Ilmu adalah lebih baik dari harta. Kaum Yahudi telah memakai ukuran yang silap, apabila harta dijadikan ukuran kenabian. Mereka mempertikaikan kelayakan Thalut sebagai pemimpin yang diutus kepada mereka, dengan alasan Thalut tidak mempunyai harta, sekalipun fisikalnya sihat dan afiat. Kata mereka:

قَالُوا أَنَّى يَكُونُ لَهُ الْمُلْكُ عَلَيْنَا وَنَحْنُ أَحَقُّ بِالْمُلْكِ مِنْهُ وَلَمْ يُؤْتَ سَعَةً مِنَ الْمَالِ [5]

Terjemahan: Bagaimana dia mendapat kuasa memerintah kami, sedang kami lebih berhak dengan kuasa pemerintahan itu daripadanya, dan ia tidak pula diberi keluasan harta.

Allah menolak fahaman salah kaum Yahudi yang menjadikan harta sebagai ukuran kewibaan, dengan menyatakan bahawa kekuatan ilmu dan tenaga adalah ukuran sebenar kewibaan seseorang manusia. Hakikat ini dijelaskan di dalam Al Quran menerusi firmanNya:

إِنَّ اللَّهَ اصْطَفَاهُ عَلَيْكُمْ وَزَادَهُ بَسْطَةً فِي الْعِلْمِ وَالْجِسْمِ [6]
Terjemahan: Sesungguhnya Allah telah memilihnya (Thalut) menjadai raja kamu, dan telah mengurniakannya kelebihan dalam lapangan ilmu pengetahuan dan kepekasaan tubuh badan.

3: Tanggungjawab terhadap harta
Islam telah menentukan jalan yang sah untuk mendapatkan harta dan melindungi hak milik mereka dengan penguatkuasaan undang-undang dan peraturan. Islam menjadikan usaha dan bekerja sebagai sebagai jalan yang sah untuk mendapatkan harta. Firman:

وَأَنْ لَيْسَ لِْلإِنْسَانِ إِلاَّ مَا سَعَى * وَأَنَّ سَعْيَهُ سَوْفَ يُرَى * ثُمَّ يُجْزَاهُ الْجَزَاءَ اْلأَوْفَى [7]
Terjemahan: Dan bahawa sesungguhnya tidak ada balasan bagi seseorang melainkan balasan apa yang diusahakannnya. Dan bahawa sesungguhnya usahanya itu akan diperlihatkan kepadanya pada hari kiamat nanti, kemudian usahanya akan dibalas dengan balasan yang amat sempurna.

Islam membimbing manusia agar memilih jalan yang terbaik untuk mendapatkan harta, mereka tidak harus mengambilnya menerusi jalan riba, mengambil harta orang dengan cara yang batil, makan harta anak yatim dengan cara zalim supaya pada hari akhirat perut mereka tidak diisi api neraka. FirmanNya:

إِنَّ الَّذِينَ يَأْكُلُونَ أَمْوَالَ الْيَتَامَى ظُلْمًا إِنَّمَا يَأْكُلُونَ فِي بُطُونِهِمْ نَارًا وَسَيَصْلَوْنَ سَعِيرًا [8]

Terjemahan: Sesungguhnya orang-orang yang memakan harta anak-anak yatim secara zalim, sebenarnaya mereka itu hanyalah menelan api kedalam perut mereka dan mereka pula akan masuk ke dalam api neraka yang menyala-nyala.

Islam juga menyuruh agar mereka membelanjakan harta mereka pada jalan-jalan kebajikan yang mendatangkan manfaat kepada umum dan Allah sangat menyukai nikmat itu kelihatan pada hamba-hamba yang menghargainya.

Islam memberi hak kepada manusia menikmati harta kekayaan dengan jalan yang tidak melampaui batas. Mereka dilarang mengumpulkan kekayaan dan tidak dibelanjakan pada jalan Allah. Firman Allah:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا إِنَّ كَثِيرًا مِنَ اْلأَحْبَارِ وَالرُّهْبَانِ لَيَأْكُلُونَ أَمْوَالَ النَّاسِ بِالْبَاطِلِ وَيَصُدُّونَ عَنْ سَبِيلِ اللَّهِ وَالَّذِينَ يَكْنِزُونَ الذَّهَبَ وَالْفِضَّةَ وَلَا يُنْفِقُونَهَا فِي سَبِيلِ اللَّهِ فَبَشِّرْهُمْ بِعَذَابٍ أَلِيمٍ * يَوْمَ يُحْمَى عَلَيْهَا فِي نَارِ جَهَنَّمَ فَتُكْوَى بِهَا جِبَاهُهُمْ وَجُنُوبُهُمْ وَظُهُورُهُمْ هَذَا مَا كَنَزْتُمْ ِلأَنْفُسِكُمْ فَذُوقُوا مَا كُنْتُمْ تَكْنِزُونَ [9]

Terjemahan: Dan orang-orang yang menyimpan emas dan perak serta tidak membelanjakan pada jalan Allah, maka khabarkanlah kepada mereka dengan balasan azab seksa yang tidak terperi sakitnya. iaitu pada hari dibakar emas dan perak itu dalam neraka jahanam, lalu diselar dengannya dahi mereka dan rusuk mereka, serta belakang mereka sambil dikatakan kepada mereka: Inilah apa yang telah kamu simpan untuk diri kamu sendiri, oleh itu rasalah azab dari apa yang kamu simpan itu.

Islam menuntut tuan-tuan punya harta agar membersihkan hartanya dengan mengeluarkan zakat dan memberi bantuan kepada pihak-pihak yang memerlukan bantuan, sekalipun mereka sangat menyayanginya. Firman Allah:

لَيْسَ الْبِرَّ أَنْ تُوَلُّوا وُجُوهَكُمْ قِبَلَ الْمَشْرِقِ وَالْمَغْرِبِ وَلَكِنَّ الْبِرَّ مَنْ آَمَنَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ اْلآَخِرِ وَالْمَلاَئِكَةِ وَالْكِتَابِ وَالنَّبِيِّينَ وَآَتَى الْمَالَ عَلَى حُبِّهِ ذَوِي الْقُرْبَى وَالْيَتَامَى وَالْمَسَاكِينَ وَابْنَ السَّبِيلِ وَالسَّائِلِينَ وَفِي الرِّقَابِ وَأَقَامَ الصَّلاَةَ وَآَتَى الزَّكَاةَ وَالْمُوفُونَ بِعَهْدِهِمْ إِذَا عَاهَدُوا وَالصَّابِرِينَ فِي الْبَأْسَاءِ وَالضَّرَّاءِ وَحِينَ الْبَأْسِ أُولَئِكَ الَّذِينَ صَدَقُوا وَأُولَئِكَ هُمُ الْمُتَّقُونَ [10]
Terjemahan: Bukanlah kebajikan itu dengan menghadapkan mukamu ke arah timur dan ke barat, tetapi seesungguhnya kebajikan itu ialah beriman kepada Allah, hari akhirat, malaikah, kitab suci, nabi-nabi dan memberikan harta yang disayangi kepada kaum kerabatnya, anak-anak yatim, orang-orang miskin, musafir dan orang-orang yang meminta bantuan dan hamba abdi, mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, dan orang-orang yang menepatinya perjanjian apabila mereka berjanji dan orang-orang yang sabar dalam kesempitan, penderitaan dan dalam peperangan. Mereka itulah orang yang benar imannya dan mereka itulah orang yang bertakwa.

Demikianlah Islam menggariskan peraturan yang lengakap tentang harta, ia membenarkan manusia harus memilikinya, mengambil manfaat daripadanya dan menolong orang lain dengannya mengikut garis panduan yang ditentukan oleh syarak.

4: Tanggungjawab terhadap kesihatan tubuh badan

Sebagaimana Islam mengambil langkah-langkah yang cukup bagi memelihara hayat manusia, samada dari segi undang-undang yang mengenakan hukuman qisas terhadap pembunuh, mengawal akhlak dan hak memiliki harta, Islam juga mengambil berat tentang penjagaan kesihatan dan memelihara tubuh badan dari gangguan penyakit yang mengancam kesihatan mereka. Untuk itu Islam mengadakan hukuman dan peraturan berkenaan najis dan kotoran supaya kuman-kuman berbahaya tidak menjangkiti manusia. Islam mengenakan pantang larang dan pengawalan hak-hak penggunaan dan pemakanan mereka supaya manusia terus sihat dan bertenaga.

Islam melarang penggunaan bahan-bahan yang merosakkan akal dan tenaga, lalu mengharamkan minuman keras dan bahan-bahan yang memabukkan, supaya dengan peraturan makan dan minum ini hidup mereka selamat dan terjamin. Bagi maksud ini Islam mengenakan beberapa hukuman dan saranan, pendidikan dan penguatkuasaan undang-undang antaranya:

a) Bersederhana dan tidak keterlaluan

Islam menyeru umatnya supaya mengamalkan sikap sederhana dalam hidup hariannya, sederhana pada makan minum, sederhana pada kegiatan seks dan layanan terhadap nafsu tabii. Ini kerana matlamat Islam menghalalkan makan minum dan perhubungan seks adalah untuk memelihara kesihatan dan memelihara makhluk manusia dari diancam kepupusan serta menyediakan peluang-peluang kebahagiaan dan kesenangan.

Bagi memanifestasikan pengambilan makanan dengan betul, Islam mengajar falsafahnya pada pengambilan makan minum, iaitu jangan boros dan jangan berlebihan, jangan makan sebelum lapar dan berhenti sebelum kenyang. Falsafah ini sekali gus meletakkan jarak pemisah di antara matlamat makan minum manusia dan hewan.

Banyak ayat dan hadis menjelaskan prinsip ini dan banyak pula ayat dan hadis yang mengancam mereka yang menentang peraturan yang ditetapkan. Misalnya firman Allah:

وَكُلُوا وَاشْرَبُوا وَلاَ تُسْرِفُوا إِنَّهُ لاَ يُحِبُّ الْمُسْرِفِينَ [11]

Terjemahan: Dan makan dan minumlah kamu dan jangan berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang berlebih-lebihan.

Pengamatan terhadap ayat ini menunjukkan betapa Islam mengutamakan penjimatan air dan menyaran agar bersikap sederhana.

b) Mengharamkan pengambilan makanan beracun

Langkah kedua, Islam memelihara kesihatan ialah mengharamkan pengambilan bahan-bahan yang memudaratkan badan seperti arak, bangkai, daging babi, binatang-binatang buas kerana bahan-bahan ini boleh membawa penyakit kepada pemakanan dan memudaratkan akal dan badan.

c) Kebersihan dan kesucian

Langkah ketiga ialah memelihara kebersihan dan kesucian makanan dan persekitaran rumah dan halaman daripada kuman-kuman pembawa penyakit. Manusia hendaklah membersihkan dirinya daripada kotoran, daki dan sampah sarap yang membantu pembiakan kuman dan penyakit. Justeru Islam melarang pembuangan air besar dan kecil pada tempat-tempat perhimpunan manusia dan tempat-tempat awam.

Bagi maksud ini juga, Islam mewajibkan pembersihan dengan air daripada kesan-kesan najis serta mengawal daripada kemudaratannya. Mewajibkan mandi selepas berhadas dan berwuduk untuk menunaikan salat dan sebagainya.

d) Mengawal dan mengobati penyakit

Dalam usaha memelihara kesihatan, Islam menyuruh supaya mencari obat apabila diserang penyakit. Mereka tidak harus membiarkan dirinya terus sakit sehingga membawa maut. Di dalam hadis Rasulullah bersabda:

عَنْ ‏ ‏جَابِرٍ‏عَنْ رَسُولِ اللَّهِ ‏ ‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‏ ‏أَنَّهُ قَالَ ‏‏ لِكُلِّ دَاءٍ دَوَاءٌ فَإِذَا أُصِيبَ دَوَاءُ الدَّاءِ بَرَأَ بِإِذْنِ اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ [12]

Terjemahan: Riwayat Jabir ra. Rasulullah SAW bersabda: setiappenyakit ada obatnya, apabila obat mengena penyakit, nescaya sembuh dengan izin Allah.

Langkah-langkah yang diambil ini menunjukkan betapa manusia perlu bertanggungjawab terhadap kesihatannya, tidaklah hairan jika pada hari akhirat soal kesihatan akan ditanya di hadapan Allah.

Pengajaran dan Saranan

1: Merangsang supaya segera mengambil peluang untuk ke alam abadi sementara waktu masih ada, dengan mengambil dan menyempurnakan tanggungjawab terhadap Allah dan diri sendiri.

2: Harta hendaklah dicari melalui jalan yang halal dan digunakan bagi tujuan yang menepati dengan hukum syarak.

3: Ilmu hendaklah dituntut supaya dapat digunakan untuk mencapai kebahagian dan memberi manfaat kepada manusia dalam perjalanan hidup di dunia dan terus ke akhirat.

4: Manusia hendaklah bertanggungjawab terhadap kesihatan sendiri, mereka perlu mengambil langkah penjagaan dan kawalan dari serangan penyakit dan memenuhi usia hidup dengan amalan yang berfaedah.

Nota akhir

[1] al Taubat: 105
[2] al Majadalah: 11
[3] abu Dawud, al Ilm, hadith (3157). Al Tarmizi, al Ilm, hadith (2606), Musnad Ahmad, hadith (20723)
[4] al Anaam: 144
[5] al Baqarah: 247
[6] al Baqarah: 274
[7] al Najm: 39-41
[8] al Nisaa: 10
[9] al Taubat: 34-35
[10] al Baqarah: 177
[11] al Aaraf:31
[12] Muslim, al-Salam, hadith (4084). Abu Dawud, hadith (3376). Musnad Ahmad, Hadith (14070)






11 comments:

艾丰 said...

jianbin0323
christian louboutin online
tiffany outlet
oakley sunglasses
michael kors online
prada handbags
michael kors outlet
michael kors handbags
rolex watches
ray-ban sunglasses
nba jerseys
longchamp handbags
cheap jordans
fitflop clearance
coach outlet
louis vuitton handbags
soccer jerseys
juicy couture tracksuit
links of london
adidas wings
michael kors outlet online
louis vuitton outlet store
fitflop sale
air jordan 11
true religion outlet
nike air force 1
true religion outlet
jordan shoes 2015
snapbacks wholesale
nike roshe
nhl jerseys
michael kors handbags
michael kors outlet online
basketball shoes

Zhenhong Bao said...

coach outlet online
camisetas futbol baratas
herve leger dresses
louis vuitton neverfull sale
kate spade handbags
fitflops sale
oakley sunglasses
nike air huarache
ray ban sunglasses
football shirts
true religion jeans
timberland shoes
hermes birkin bag
rolex uk
fitflop clearance
cheap jordan shoes
louis vuitton bags cheap
mulberry outlet
mcm backpack
true religion jeans
nfl jerseys wholesale
fitflops clearance
air force 1 shoes
polo ralph lauren
air max 2015
louis vuitton handbags
nike huarache
christian louboutin online
oakley sunglasses
kobe bryants shoes
lebron james shoes
michael kors outlet online
cheap ray ban sunglasses
hermes belt
michael kors outlet online
20160415zhenhong

chenlina said...

canada goose
ugg boots uk
toms shoes outlet
nike air max
adidas superstar
toms outlet
mont blanc pens
louis vuitton outlet
uggs outlet
moncler jackets
true religion jeans
michael kors outlet
coach outlet store online
nike factory outlet
michael kors handbags
coach factory outlet
timberland boots
ray ban sunglasses
christian louboutin
moncler uk
mont blanc pens for sale
canada goose
adidas originals
louis vuitton outlet
louis vuitton handbags
kobe 11 shoes
uggs on sale
jordan 4 toro
ralph lauren outlet
canada goose jackets
ugg boots
ray ban sunglasses
air jordan retro
christian louboutin pas cher
michael kors outlet
jordan shoes
ray ban pas cher
adidas shoes
toms shoes
ugg sale
chenlina20160810

wesan michael said...

timberland online shop
nfl jerseys wholesale
adidas stan smith
tiffany and co outlet
kobe shoes
michael kors handbags
oakley sunglasses
vera bradley outlet
kobe bryant shoes

姚嘉 said...

birkenstocks
saics running shoes
versace
nike store
ghd hair straighteners
michael kors handbags
nike air huarache
cheap nba jerseys
nike outlet store
jimmy choo

raybanoutlet001 said...

kobe shoes
adidas neo shoes
yeezy sneakers
tiffany and co uk
adidas ultra boost white
michael kors outlet
christian louboutin outlet
michael kors handbags
skechers outlet online
http://www.outlettiffanyand.co

dong dong23 said...

adidas superstar
louis vuitton handbags
michael kors outlet online
coach outlet store online
ray ban eyeglasses
nike air max 90
nike tn pas cher
christian louboutin sale
ugg outlet store
coach factory outlet
2017.2.11chenlixiang

raybanoutlet001 said...

クロムハーツ
tiffany online
salomon speedcross
michael kors handbags
tiffany and co uk
yeezy
michael kors outlet
adidas stan smith
kobe 9
longchamp handbags

raybanoutlet001 said...

coach outlet
san francisco 49ers jerseys
redskins jerseys
cleveland cavaliers jersey
michael kors outlet
hollister
red valentino
miami heat
hugo boss
adidas nmd runner

dong dong23 said...

cheap oakley sunglasses
lee jeans
adidas shoes
polo shirts
cheap nhl jerseys
adidas yeezy
nike air max 2017
ray ban wayfarer
birkenstock outlet
coach outlet online
20174.17wengdongdong

caiyan said...

kate spade outlet
michael kors outlet
green bay packers jerseys
louboutin shoes
beats by dre
longchamp outlet
pandora jewelry
kate spade outlet store
nike store
adidas shoes
0508shizhong