Monday, July 19, 2010

ULASAN HADIS 6



Meninggalkan Wasiat Semasa Hayat

عَنْ ‏ ‏ابْنِ عُمَرَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ ‏ ‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‏ ‏قَالَ ‏ ‏مَا حَقُّ امْرِئٍ مُسْلِمٍ لَهُ شَيْءٌ يُرِيدُ أَنْ يُوصِيَ فِيهِ يَبِيتُ لَيْلَتَيْنِ إِلاَّ وَوَصِيَّتُهُ مَكْتُوبَةٌ عِنْدَهُ.

Takhrij: al Bukhari, Al Wasaya: bab al Wasaya wa Qawl al-Nabiyy Wasiyyat al-Rajul Maktubah, bil. (2533). Muslim, al-Wasiyyah: Majaa fi ma Yu`mar min al-Wasiyyah, bil. (2478). Al-Tirmidhi, al-Jana`iz:Ma jaa fi al-Hathth ala al-Qasiyyah, Hadith. (2690) daripada Ibn Umar.

Terjemahan:
Riwayat Ibn Umar ra. bahawa Rasulullah saw bersabda: Tiada hak seorang muslim yang mempunyai sesuatu yang dia ingin berwasiat padanya untuk bermalam selama dua malam, kecuali wasiatnya telah di tulis di sisinya

Mukadimah
Mati merupakan penutup bagi usia seseorang yang hidup. Kedatangan mati adalah pasti dan tidak diragui, sekalipun tidak diketahui bila dan bagaimana kejadian bakal berlaku. Oleh itu seseorang yang mempunyai harta disarankan supaya meninggalkan wasiat mengenai hartanya sebelum dia meninggal dunia. Tujuannya ialah mengelak kesulitan pada menyelesaikan hartanya, terutama ketika maklumat-maklumat mengenainya tidak diketahui seperti hutang yang belum dibayar, nadhar yang belum disempurnakan dan sebagainya. akan berlaku.

Urusan pembahagian harta selepas mati lebih mudah diselesaikan dengan adanya wasiat sama ada melalui pemegang wasiat atau surat yang disahkan dengan adanya saksi.

Abdullah Ibn Umar
Nama penuh beliau ialah Abu `Abd al-Rahman Abdullah bin Umar ibn al-Khattab. Dilahirkan pada tahun kedua sebelum kebangkitan Nabi. Beliau memeluk Islam bersama bapanya ketika beliau masih belum baligh.

Beliau berhijrah ke Madinah bersama ibu dan bapanya ketika berusia 11 tahun. Beliau pernah menyatakan hasrtatnya kepada nabi saw untuk ikut serta dalam peperangan Badr, tetapi ditolak oleh nabi kerana usianya masih kecil, beliau diterima masuk ke medfan perang tatkala usianya 15 taqhun. Beliau hadir peperangan Khandak dan beberapa peperangan kemudiannya.

Ibn Umar termasuk antara sahabat yang banyak, malah yang keenam dalam periwayatan hadith. Mereka ialah Abu Hurayrah, Aisyah, Anas ibn Malik, Jabir ibn Abdullah, Abdullah ibn Abbas dan Abdullah ibn Umar ra. Ibn Umar meriwayatkan sebanyak 1639 hadith. Beliau meninggal dunia pada tahun 73 Hijrah.


Pengertian Wasiat
Perkataan wasiat diambil daripada kata dasarnya وصَيتُ الشَّئ بِالشَّئ ertinya, “Aku menyambung atau menghubungkan sesuatu dengan sesuatu. Pihak yang berwasiat bagaikan menyambung atau menghubungkan sesuatu dengan sesuatu pada masa hayatnya supaya disempurnakan selepas kematiannya. Dengan erti ini juga dimaksudkan firman Allah:

وَ تَوَاصَوْا ِبِالْحَقِّ وَ تَوَاصَوْا ِبِالصَّبْرِ[1]

Terjemahan: “Mereka saling berpesan dengan mengamalkan ajaran yang benar dan saling berpesan supaya bersikap sabar”

Pengertian wasiat dari segi syarak ialah:

هِبَةُ الإنسَانِ غَيرَهُ عَينًا أو دَينًا أو مَنفَعَةً عَلَى أن يَمْلِكَ الْمًوصَى لَهُ الْهِبَةَ بَعْدَ مَوتِ المُوصِي[2]

Terjemahan: Pemberian kepada seseorang manusia sama ada berupa harta benda, atau manfaat sesuatu benda, dengan syarat pemilikannya berlaku selepas kematian pihak pemberi wasiat.

Sesetengah ulama mentakrifkan: wasiat ialah pemberian hak milik dengan cara berbuat kebajikan yang disyaratkan berkuatkuasa sepenuhnya selepas kematian pemberi wasiat.

Ta`rif ini jelas mebezakan di antara hibah dan wasiat, iaitu pemilikan yang akan sempurna selepas kematian pemberi wasiat disebut wasiat. Adapun hibah, pemilikannya tiada kena mengenai dengan kematian, malah hak miliknya sempurna sebaik sahaja barang berkenaan dihibbahkan.

Dari aspek yang lain pula hibbah hanya berlaku pada pemberian barang, sedangkan wasiat lebih umum. Ia meliputi pemberian barang, pembayaran hutang, nasihat dan manfaat barangan yang ditinggalkan selepas kematiannya.

Hadis ini merupakan dalil menunjukkan kesahihan wasiat apabila cukup syarat-syaratnya. Hadis ini juga memperkukuhkan lagi keterangan tentang kewajipan berwasiat di dalam firman Allah:



كُتِبَ عَلَيْكُمْ إِذَا حَضَرَ أَحَدَكُمُ الْمَوْتُ إِنْ تَرَكَ خَيْرًا الْوَصِيَّةُ لِلْوَالِدَيْنِ وَاْلأَقْرَبِينَ بِالْمَعْرُوفِ حَقًّا عَلَى الْمُتَّقِينَ [3]

Terjemahan: Diwajibkan ke atas kamu apabila seseorang di antara kamu didatangi tanda-tanda maut. Jika dia meninggalkan harta yang banyak, hendaklah dia meninggalkan wasiat untuk ibu bapa dan kerabat-kerabatnya secara yang wajar, sebagai satu kewajipan di atas orang-orang yang bertaqwa.

Hukum Berwasiat
Berpandukan hadis yang dikemukakan bagi tajuk ini, umat Islam sepakat menyatakan harus mengamalkan wasiat bagi mereka yang mempunyai harta dengan syarat-syarat tertentu.

Bagaimanapun Rasulullah saw tidak meninggalkan sebarang wasiat sebelum wafatnya, kerana baginda tidak mempunyai harta untuk diwasiatkan. Baginda hanya memiliki sebidang tanah, tetapi tanah itu telah diwaqafkan faedahnya kepada umat Islam, sebagaimana dinyatakan dalam sabdanya:


‏ ‏لَا نُورَثُ مَا تَرَكْنَا صَدَقَةٌ [4]
Terjemahan: Kami (para Nabi) tidak meninggalkan pusaka, harta yang kami tinggal semuanya sedekah (kepada seluruh umat Islam)

Selain sebidang tanah, Nabi meninggalkan sebilah pedang, dan keldai kacukan yang pernah ditungganginya.

Para sahabat ada yang mewasiatkan sebahagian harta mereka kerana mendekati diri kepada Allah. Sebahagian mereka juga meninggalkan surat wasiat untuk diurus harta mereka selepas peninggalan mereka[5]. Ulama berbeza pendapat tentang hukum berwasiat, sama ada wajib atau tidak diwajibkan. Ada beberapa pendapat:

Pertama: Wasiat diwajibkan ke atas mereka yang meninggalkan harta, sama ada harta itu sedikit atau banyak. Pendapat ini didukung oleh Al Zuhri, Ibn Mijlaz dan Ibn Hazm. Diantara para sahabat dan tabii yang berpendapat wajib meninggalkan wasiat ialah Ibn Umar, Talha, al Zubair, Abdullah bin Abu Awfa, Talhah bin Mutarrif, Tawus dan al Sya’bi. Mereka berpegang kepada firman Allah yang disebutkan terdahulu:

Kedua: Wasiat diwajibkan kepada ibubapa dan kaum kerabat yang dekat, tetapi tidak mendapat bahagian pusaka seperti Zawi al-Arham. Mazhab ini didukung oleh Masruq, Qatadah, Iyas, Ibn Jarir, al Zuhri dan lain-lain.

Ketiga: Tidak diwajibkan berwasiat sekalipun orang yang berkenaan itu mempunyai lebihan harta dan tidak diwajibkan juga mewasiatkan kepada ibubapa dan kaum kerabat yang tidak mendapat habuan melalui pusaka, namun hukum wasiat itu pula berbeza sekitar wajib, sunat, makruh, haram dan harus disebabkan perbezaan suasana dan keadaan semasa[6].

Wasiat diwajibkan dalam keadaan hak-hak manusia yang dibimbangi hilang dan musnah jika tidak diwasiatkan seperti mewasiatkan barang-barang amanah, hutang dan zakat yang tidak diketahui para waris yang bakal menguruskan peninggalannya.

Dalam sesetengah keadaan wasiat disunatkan supaya diagih kepada fakir miskin, badan-badan kebajikan dan orang-orang salih. Ada juga wasiat yang diharamkan, iaitu apabila ada unsur-unsur yang membawa mudarat kepada para waris yang menerima pusaka, seperti wasiat yang telah dirancang untuk menindas pihak-pihak tertentu, sekalipun tidak melebihi satu pertiga atau seperti wasiat supaya didirikan gereja dan tempat-tempat maksiat.

Wasiat makruh pula ialah seperti harta yang sedikit, sedangkan para waris yang menerima pusakanyua ramai, semuanya mengharapkan harta peninggalan keluarga mereka yang meninggal dunia dan seperti mewasiatkan orang fasik dan kaki maksiat. Ada juga wasiat yang diharuskan sepert wasiat kepada orang kaya, sama ada pemberi wasiat itu kaum kerabatnya yang dekat atau jauh.

Berkata Imam Nawawi ra: Hadis ini merangsang supaya pihak-pihak berkenaan meninggalkan wasiat. Umat Islam sepakat tentang keperluan berwasiat, tetapi menurut mazhab Syafi`i dan Jumhur hukumnya sunat sahaja.

Sehubungan ini al-Zuhri dan lain-lain berpendapat hukumnya wajib, namun hadis ini tidak menunjukkan degan jelas kewajipan meninggalkan wasiat. Bagaimanpun, jika seseorang mempunyai hutang atau apa jua tanggungjawab berupa harta, barang-barang simpanan dan sebagainya diwajibkan ke atasnya berwasiat. Jika berlaku apa-apa perubahan pada harta seperti bertambah atau berkurang pada kadar yang melampau hendaklah dibaharui wasiatnya[7].

Imam al Syafie mengulas maksud hadis di atas dengan memberi erti berikut:

مَا الْحَزْمُ وَالاِحْتِيَاطُ لِلْمُسْلِمِ إلاّ أَنْ تَكُونَ وَصِيَّتُهُ مَكْتُوبَةً عِنْدَهُ وَيُسْتَحَبُّ تَعْجِيلُهَا, وَأَنْ يَكْتُبَهَا فِي صَحِيفَةٍ وَيُشْهِدَ عَلَيْهِ فِيهَا , وَيَكْتُبَ فِيهَا مَا يَحْتَاجُ إِلَيْهِ[8]

Terjemahan: Tidak diperlukan kepekaan dan ketelitian (berwasiat), kecuali wasiat bertertulis yang disimpan di sisinya dan disunat menyegerakan tulisannya. Tulisan hendaklah pada lembaran serta disaksikan padanya dan hendaklah ditulis pada lambaran itu segala keperluan yang berkaitan dengannya”..

Wasiat Satu Amal Kebajikan
Islam menggalakkan umatnya berwasiat dengan sebahagian harta peninggalannya supaya digunakan untuk tujuan kebajikan. Ini kerana seseorang tidak mengetahui apa yang akan berlaku kepadanya, mungkin dia akan meninggal dunia dalam masa yang terdekat tanpa amaran awal yang memungkinkannya bersiap sedia untuk berbuat sesuatu. Dalam keadaan ini para waris dapat meneruskan hasratnya selepas kewafatannya berdasarkan wasiat yang ditinggal. Dalam sebuah hadis Rasulullah saw bersabda:

إِنَّ اللَّهَ تَصَدَّقَ عَلَيْكُمْ عِنْدَ وَفَاتِكُمْ بِثُلُثِ أَمْوَالِكُمْ زِيَادَةً لَكُمْ فِي أَعْمَالِكُمْ.[9]

Terjemahan: Sesungguhnya Allah membenarkan kamu bersedekah ketika kamu hampir wafat sebanyak satu pertiga daripada harta kamu untuk menambahkan pahala amalan kamu.

Hadis ini menunjukkan wasiat adalah satu amal kebajikan yang merapatkan diri seseorang dengan Allah. Amalan ini sewajarnya disempurnakan pada akhir-akhir hayatnya supaya pahala amalannya itu bertambah atau dia dapat menebus kembali amalan-amalan yang terluput semasa hayatnya. Menerusi amalan wasiat ini boleh mengeratkan hubungan keluarga melalui amal kebajikan yang sangat besar pahalanya.

Zahir hadith di atas, diharuskan berwasiat tidak melebihi satu pertiga, selalipun tanpa izin keluarga.

Rasulullah saw menetapkan peninggalan harta tidak harus diwasiatkan supaya ada bahagian harta untuk para waris sebelum diselesaikan wasiat dan hutang. Dalam hadis riwayat Abu Amamah Al Bahli ra. daripada Nabi:

إِنَّ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ قَدْ أَعْطَى كُلَّ ذِي حَقٍّ حَقَّهُ وَلَيْسَ لِوَارِثٍ وَصِيَّةٌ[10]

Terjemahan: Sesungguhnya Allah telah memberi hak harta kepada setiap empunya. Justeru tiada wasiat pada waris.


Nabi saw juga membenarkan Saad bin Abu Waqash mewasiatkan harta tidak melebihi satu pertiga dari harta peninggalan. Sabda Nabi:

الثُّلُثُ كَثِيرٌ أَنْ تَدَعَ وَرَثَتَكَ أَغْنِيَاءَ خَيْرٌ مِنْ أَنْ تَذَرَهُمْ عَالَةً يَتَكَفَّفُونَ النَّاسَ [11]

Terjemahan: Satu pertiga itu banyak, andainya anda tinggalkan keluarga anda kaya raya lebih baik dari anda tinggalkan mereka papa kedana meminta-minta dari orang“.

Sebagai kesimpulan:
· Wasiat dibenarkan untuk bukan waris.
· Tidak dibenarkan berwasiat melebihi satu pertiga dari harta peninggalan
· Wasiat hanya berkuatkuasa selepas kematian pemberi wasiat

Islam tidak membenarkan wasiat kepada waris kerana hak mereka telah ditentukan di dalam al-Qur`an hak dan kadar yang diperolehinya, sedangkan wasiat dan hak mendapaat pusaka tidak boleh berhimpun pada satu seorang waris. Sebagaimana wasiat pula tidak diharuskan melebihi satu pertiga supaya tidak berku penindasan terhadap para waris.

Perkara Membatalkan Wasiat
Wasiat terbatal apabila tidak lengkap syarat-syarat yang dikehendaki atau berlaku perkara-perkara berikut:

Pertama: Apabila pihak pemberi wasiat hilang kelayakan menjaga harta miliknya seperti gila berterusan hingga membawa maut.

Kedua: Kematian pihak yang diwasiatkan harta baginya.

Ketiga: Apabila harta yang diwasiatkan itu musnah sebelum diterima pihak penerima.

Pengajaran dan Saranan

1: Disunatkan segera menulis wasiat kerana seseorang tidak mengetahui bila maut akan datang menjemputnya. Hukum ini hanya pada wasiat kebajikan. Adapun wasiat wajib seperti membayar hutang dan memulangkan barang-barang pinjaman maka hukum wasiat itu wajib.

2: Untuk menulis wasiat tidak disyaratkan waktu sakit, bahkan harus pada bila-bila masa sahaja.

3: Seseorang mukmin hendaklah bersedia untuk mati, mereka seharusnya berfikir bahawa mati boleh berlaku apabila tiba waktunya yang tidak diketahui.

4: Sebutan dua atau tiga malam dalam hadis berkenaan wasiat seperti hadis di atas tidak memberi sebarang erti, hanya untuk menyatakan waktu yang umum dan manusia sering mengabaikannya.

Nota Hujung

[1] al-`Asr: 3
[2] Fiqh al Sunnah, 2/414
[3] al Baqarah, 180
[4] Abu Dawud, al-Kharaj wa al-Imarah wa al-Fay`, bil. (2574) Malik ibn Aws al-Hadathan.
[5] Fiqh al Sunnah, 3/415.
[6] Fiqh Al Sunnah, 2/ 417
[7] al-Nawawi, Syarh Muslim, 11/74
[8] Ibid.
[9] Ibn Majah Al Wasaya: al-Wasiyyat bi al-Thuluth,, bil. 2700. Musnad Ahmad, bil. (26210) daripada Abu al-Darda’, Hadis in da`if kerana dalam asnadnya terdapat periwayatnya Talhah ibn Amru Al Hadharami yang dikatakan da`if oleh penilai-penilai sanad.
[10] Abu Dawud, al-Wasaya: Ma Jaa fi al-Wasiyyat lil Warith, bil. (2486) darip[ada Abu Umamah al-Bahli.
[11] Al-Nukhari, al-Marda: Qawl al-Marid Inni Waja`, bil. (5236) daripada Sa`d ibn Abu Waqqas.




17 comments:

Anonymous said...

bagaimana pula jika seseorang hanya ada 3 orang anak perempuan dan hendak wasiatkan semua hartanya kepada 3 orang anak perempuan sahaja?
apakah hukumnya,dan dalil atau hadis y menyokong.

dong dong said...

201577dongdong
christian louboutin
burberry outlet online
burberry outlet online
michael kors outlet online
chanel handbags
tory burch outlet
louis vuitton handbags
michael kors outlet
nfl jerseys
hermes birkin bag
celine outlet
louis vuitton outlet
coach factory outlet online
michael kors outlet online
jordan 13
ray ban outlet
chanel outlet
gucci outlet
christian louboutin sale
louis vuitton
hermes
michael kors outlet
michael kors uk
coach factory
oakley sunglasses cheap
true religion
michael kors
toms outlet
louis vuitton
ray ban glasses
cheap jordans
ray ban outlet
coach factory outlet
louis vuitton
true religion
lebron james basketball shoes
nike air max
sac longchamp

Da Shuai Guo said...

2guowenhao0824
true religion outlet, http://www.truereligionjeansoutlet.com
nba jerseys, http://www.nbajerseys.us.com
longchamp outlet
coach outlet
longchamp handbags
ray ban sunglasses, http://www.raybansunglass.co.uk
los angeles lakers jerseys
ralph lauren,polo ralph lauren,ralph lauren outlet,ralph lauren italia,ralph lauren sito ufficiale
instyler ionic styler
kobe 9 elite
hollister clothing
true religion jeans
air jordan shoes
kate spade outlet
air max 90
cartier love bracelet
juicy couture outlet
lacoste shirts
stuart weitzman boots
lululemon outlet, http://www.yogapants.us.com
michael kors uk outlet
kobe bryants shoes
oklahoma city thunder jerseys
oakley sunglasses
oakley
atlanta falcons jersey
michael kors outlet, http://www.michaelkorsoutletonlinstore.us.com
michael kors factory outlet, http://www.michaelkorsfactoryoutletonline.com
mbt shoes
tory burch outlet online

Mu Lin said...

louis vuitton zippy wallet
gucci purses
birkin bag hermes
cheap michael kors purses
coach outlet store
gucci outlet online
burberry purses
chanel bags outlet
burberry wallets
burberry bags
burberry handbags
burberry tote
gucci bags
hermes birkin
cheap coach purses
cheap gucci belts
coach tote bags
chanel bags prices
chanel wallet on a chain
michael kors bags on sale
michael kors cluthch
gucci clutch
hermes handbags
chanel clutch bag
longchamp bags
coach handbags sale
louis vuitton shoulder bag
gucci handbags
mcm purses
gucci bag
coach outlet store online
louis vuitton travel bag
louis vuitton watllets
coach crossbody
coach purse outlet

风骚达哥 said...

20151015 junda
Wholesale Authentic Designer Handbags
michael kors outlet
coach factory outlet
Hollister uk
Buy Kobe Shoes Online Discount
Louis Vuitton Bags Outlet Store
cheap toms shoes
ugg boots
louis vuitton outlet
michael kors uk
Louis Vuitton Handbags Discount Off
Cheap Jordans For Sale Wholesale
New Louis Vuitton Handbags Outlet
ray ban sunglasses uk
michael kors outlet online
Jordan 8 Bugs Bunny
Coach Factory Outlet Stores 70% off
louis vuitton
ugg boots
Michael Kors Outlet Deals Online
abercrombie
celine
ugg boots outlet
Jordan 6 Rings Powder Blue
Coach Factory Outlet Online Sale
Michael Kors Outlet Real Handbags Online
Oakley Vault Outlet Store Online
Christian Louis Vuitton Red Bottoms
ugg boots
coach outlet store online

小方 said...


fangyanting20151030
cyber monday deals
fitflop clearance
ugg outlet
replica watches
mcm outlet
winter jackets
jordan shoes
moncler coats
links of london
michael kors outlet
mulberry outlet
cheap jordans
cyber monday 2015
lebron james shoes
rolex watches
oakley sunglasses
oakley outlet
soccer jerseys
michael kors outlet
ugg boots
swarovski crystal
ralph lauren shirts
juicy couture outlet
hermes birkin
michael kors handbags
uggs outlet
canada goose outlet
tiffany outlet
hermes outlet
longchamp outlet

Zhenhong Bao said...

rolex watches
thomas sabo outlet
longchamp outlet
ralph lauren uk
ralph lauren
adidas wings shoes
cheap snapbacks
mulberry outlet
michael kors canada
nfl jersey wholesale
true religion canada
louis vuitton bags
pandora outlet
nike air huarache
nike air max
true religion outlet
louis vuitton bags
fitflop sale
beats by dre
true religion outlet
louis vuitton outlet online
pandora jewelry
hermes bags
louis vuitton handbags outlet
swarovski crystal
cheap nfl jerseys
swarovski jewelry
rolex watches
michael kors bags
louis vuitton outlet
lebron james shoes
michael kors outlet
michael kors uk
toms outlet
herve leger outlet
20160415zhenhong

chenlina said...

canada goose
ugg boots uk
toms shoes outlet
nike air max
adidas superstar
toms outlet
mont blanc pens
louis vuitton outlet
uggs outlet
moncler jackets
true religion jeans
michael kors outlet
coach outlet store online
nike factory outlet
michael kors handbags
coach factory outlet
timberland boots
ray ban sunglasses
christian louboutin
moncler uk
mont blanc pens for sale
canada goose
adidas originals
louis vuitton outlet
louis vuitton handbags
kobe 11 shoes
uggs on sale
jordan 4 toro
ralph lauren outlet
canada goose jackets
ugg boots
ray ban sunglasses
air jordan retro
christian louboutin pas cher
michael kors outlet
jordan shoes
ray ban pas cher
adidas shoes
toms shoes
ugg sale
chenlina20160810

raybanoutlet001 said...

michael kors outlet
nike roshe
nike blazer pas cher
michael kors outlet
nike store uk
michael kors handbags
michael kors handbags
michael kors handbags
fitflops sale clearance
birkenstock sandals

wesan michael said...

michael kors outlet online
michael kors handbags
cheap jordans
kobe sneakers
cheap jordan shoes
adidas yeezy boost
adidas superstar
http://www.nikedunks.us.org
skechers go walk
michael kors outlet

姚嘉 said...

birkenstocks
saics running shoes
versace
nike store
ghd hair straighteners
michael kors handbags
nike air huarache
cheap nba jerseys
nike outlet store
jimmy choo

raybanoutlet001 said...

skechers go walk
tiffany jewelry
yeezy boost 350 v2
ralph lauren polo shirts
nike air huarache
adidas nmd
longchamp bags
adidas ultra boost
tiffany and co outlet
nmd adidas store

dada24 Xu said...

canada goose jackets
canada goose jackets uk
ugg australia
polo ralph lauren outlet
ralph lauren uk
moncler uk
ugg boots clearance
ugg boots sale
cheap ugg boots
canada goose jackets
zhi20161202

raybanoutlet001 said...

falcons jersey
adidas yeezy boost
cheap jordan shoes
yeezy boost 350 v2
links of london
kobe bryant shoes
longchamp le pliage
true religion jeans
michael kors bags
air jordan

raybanoutlet001 said...

michael kors outlet
coach outlet
longchamp outlet
replica watches
coach factory outlet
jordan 4
michael kors handbags
jets jersey
michael kors handbags wholesale
hermes belt

dong dong23 said...

cheap oakley sunglasses
lee jeans
adidas shoes
polo shirts
cheap nhl jerseys
adidas yeezy
nike air max 2017
ray ban wayfarer
birkenstock outlet
coach outlet online
20174.17wengdongdong

caiyan said...

kate spade outlet
michael kors outlet
green bay packers jerseys
louboutin shoes
beats by dre
longchamp outlet
pandora jewelry
kate spade outlet store
nike store
adidas shoes
0508shizhong