Wednesday, August 25, 2010

Had Umur Kanak-Kanak Berpuasa
Soalan
Pada umur berapakah kanak-kanak diwajibkan berpuasa. Adakah Islam menentukan had-had umur tertentu.  Bolehkan mereka disuruh puasa hanya separuh hari sahaja, sedangkan puasa sebenar bermula dari naik fajar hingga terbenam matahari.  Tidakkah puasa separuh hari itu dinggap mempersendakan kewajipan puasa?.  - RAJI, K. Baharu.

Jawapan
Kanak-kanak yang belum baligh tidak diwajibkan berpuasa, kerana mereka belum lagi menanggung beban taklif.  Dalam hadis menyebutkan:  Diangkat pena (tiada taklif) daripada tiga kumpulan: Kanak-kanak hingga usia baligh; orang tidur hingg  jaga dan orang gila hingga siuman. (riwayat Abu Daud dan Ahmad daripada `Aisyah  r.a.).

Namun begitu,  Islam sebagai agama yang mengambil kira tabiat manusia, sebagai umat yang memerlukan pembentukan akhlak dan peribadinya sejak awal usia, bak kata orang, melentur buluh biar ketika rebung.  Justeru itu, ibu bapa hendaklah melatih anak-anak mereka berpuasa sejak kecil lagi,  supaya melakukan ibadat-ibadat seperti solat, puasa dan sebagainya. Sehubungan sembahyang Nabi (s.a.w.) bersabda: 

"Suruhlah anak-anak kamu bersolat semasa usia 7 tahun
        dan pukullah mereka apabila berusia 10 tahun." 
                                      (Riwayat Ahmad dan Abu Daud daripad Amr Ibn al-`As).

Puasa juga suatu ibadat dan kewajipan yang menyerupai sembahyang,  ibu bapa hendaklah melatih anak-anak mereka sejak awal usia lagi.  Soalnya mulai dariapada umur berapakah ibu bapa  perlu menyuruh anak-anak mereka berpuasa?.  Bagi menjawabnya, tidak semestinya bermula sejak usia 7 tahun, kerana puasa memerlukan daya tahan yang lebih berat daripada sembahyang.  Ibu bapa harus melihat keupayaan anak-anak dan membuat pertimbangan yang adil.   Jika anak-anak mempunyai kemampuan berpuasa hendaklah ia disuruh berpuasa setakat yang termampu, mislanya beberapa hari sahaja dalam sebulan Ramadan, kemudian pada tahun-tahun berikutnya pula ditingkatkan, hinggalah genap sebulan puasa sebagaimana yang difardukan. Boleh juga disuruh puasa hingga separuh hari, jika mereka benar-benar tidak mampu meneruskan puasa sepanjang hari seperti orang dewasa.

Hukum ini hanya pada kanak-kanak yang sihat. Bagi kanak-kanak yang kurang sihat atau dibimbangi teraganggu kesihatannya, ibu bapa seharusnya tidak menekan mereka berpuasa, tetapi tidak pula melarang, biarlah mereka sendiri cuba berpuasa. Jika tidak berupaya mereka akan berbuka dengan pilihannya sendiri.  Ibu bapa seharusnya memuji sikap anak-anak yang berazam untuk berpuasa, biarpun terpaksa manganggung kesulitan. Ibu bapa juga harus mengajar anak-anak mereka dengan hikmat dan bijaksana, tentang kewajipan puasa sebagai salah satu daripada lima rukun Islam.

Pahala puasa anak-anak yang belum baligh akan diberi kepada ibu bapa, kerana mereka mengambil daya usaha mendidik dan mengajar.  Dalam hadis menyatakan:  Orang yang menunjuk jalan menuju sesuatu kebaikan, akan diberi pahala seperti yang melakuannya.

6 comments:

Zhenhong Bao said...

nhl jerseys
jordan shoes 2015
cheap nhl jerseys
hermes belt for sale
michael kors uk
oakley sunglasses wholesale
mulberry uk
lacoste shirts
adidas outlet store
hermes outlet store
basketball shoes
kobe shoes
beats headphones
true religion jeans
toms shoes
swarovski outlet
polo ralph lauren
jordan shoes
nike huarache
mulberry outlet
lebron shoes
true religion outlet
prada outlet
futbol baratas
nba jerseys
christian louboutin shoes
timberland boots
juicy couture tracksuit
mulberry handbags sale
louis vuitton handbags
ralph lauren outlet
prada sneakers
hermes birkin
michael kors outlet
cheap oakley sunglasses
20160415zhenhong

raybanoutlet001 said...

cheap oakley sunglasses
birkenstock sandals
ralph lauren pas cher
nike roshe
pandora jewelry
michael kors handbags wholesale
cheap michael kors handbags
nike tn
adidas nmd
michael kors handbags wholesale

wesan michael said...

timberland online shop
nfl jerseys wholesale
adidas stan smith
tiffany and co outlet
kobe shoes
michael kors handbags
oakley sunglasses
vera bradley outlet
kobe bryant shoes

姚嘉 said...

birkenstocks
saics running shoes
versace
nike store
ghd hair straighteners
michael kors handbags
nike air huarache
cheap nba jerseys
nike outlet store
jimmy choo

dong dong23 said...

the north face
ice jerseys
tommy hilfiger outlet
timberland outlet
adidas yeezy boost 350
louis vuitton outlet
ugg outlet online
snapback hats
oklahoma city thunder jerseys
oakley sunglasses outlet
2017.2.11chenlixiang

raybanoutlet001 said...

skechers outlet online
nike air zoom pegasus 32
air max
http://www.cheapairjordan.us
nike zoom
nike air huarache
adidas superstar
air jordan shoes
jordans for cheap
nike air zoom