. Untuk mendapat komen dari penulus sila sertakan nama penuh dan alamat. Pastikan anda meletakkan nama penulis dan penerbit asal artikel bersama URL berkaitan. Sebarang penerbitan bertujuan kommersial hendaklah mendapat kebenaran bertulis daripada penulis.Sila email sebarang kemusyikilan anda:alhayy@yahoo.com - Jika hendak mendapatkan maklum balas dari punulis setiap soalan hendaklah mengandungi sekrang kurangnya nama penuh. TERKINI: Pendidikan Sex dan Surah Annur - Ayat 1 Klik sini Pengenalan Annur - Ayat 1 Klik siniSambungan atau dalam google hanya taip Dr Hayei

Sunday, August 8, 2010

HUKUM PUASA IBU HAMIL PADA
SETIAP BULAN RAMADAN


SOALAN:

Saya seorang ibu yang kerap uzur dalam bulan Ramadan, sama ada kerana bersalin atau menyusukan anak kecil. Sudah beberapa tahun saya tidak boleh berpuasa. Bolehkah saya membayar fidyah sahaja, tanpa menggantikan puasa yang tertinggal itu? Jawapan ustaz sangat dihargai. – Mak Pah, Melaka.

JAWAPAN:

Saya menyedari sesetengah kaum ibu mempunyai hukum yang lebih khusus berbanding lelaki. Kaum ibu dalam bulan Ramadan sering menghadapi masalah-masalah haid, nifas, menyusukan anak kecil dan lain-lain. Kadang-kadang tempoh ini mengambil masa yang cukup lama. Mengandung misalnya mengambil masa 9 bulan, kemudian menyusukan anak pula kadang-kadang hingga dua tahun.


Ibn Kathir dalam tafsirnya mengemukakan beberapa pandangan ulama dalam masalah ini, ada yang berpendapat mereka harus berbuka dan wajib menggantikan puasa yang ditinggal serta membayar fidyah. Sesetengah ulama menyatakan, mereka hendaklah membayar fidyah sahaja tanpa diwajib menggantikan puasanya, ada juga yang menyatakan mereka hanya diwajibkan qada tanpa fidyah dan yang lain pula berpendapat, harus berbuka, tanpa sebarang tindakan susulan lagi sama ada qada dan fidyah. (Tafsir Ibn Kathir, 1/215)

Saya lebih cenderung kepada pendapat yang mengatakan wanita yang kerap hamil dan menyusu anak kecil pada bulan Ramadan hendaklah membayar fidyah sahaja tanpa qada (ganti) puasa yang tertinggal. Pendapat ini didukung oleh Ibn Umar dan Ibn Abbas dan lain-lain. Pendapat ini juga dilihat sebagai lebih bersimpati dengan kaum wanita yang menghadapi masalah-masalah kwanitaannya.

Kaum ibu di luar bandar pada hemat saya lebih banyak menghadapi masalah ini. Setiap kali Ramadan tiba, mereka sama ada dalam tempoh bersalin atau menyusukan anak. Jika hukm mewajibkan mereka mengganti puasa yang tertinggal, akan terjadi suatu keberatan terhadap mereka, sedangkan Islam agama rahmat dan mudah dihayati.

Bagi ibu-ibu yang tidak kerap bersalin atau yang jarak kehamilannya jauh, seperti kebanyakan wanita moden yang tinggal di kota atau yang hamil hanya sekali atau dua kali sahaja seumur hidupnya, saya berpendapat lebih baik bagi mereka menggantikan puasanya, kerana tidak cukup alasan baginya untuk membayar fidyah sahaja tanpa puasa. Kelonggaran hukum hanya dipertimbang bagi mereka yang menanggung beban dan kesulitan sahaja.

Dalam kesempatan ini saya ingin menasihatkan, khususnya terhadap kaum wanita yang ada menaggung puasa wajib yang belum digantikan, hendaklah menggantikannya dengan segera, kerana setiap orang tidak mengetahui apa akan terjadi pada masa-masa akan datang. Jika hutang sesama manusia menghalang roh seseorang untuk mendapat balasan baik di akhirat, hingga hutang diselesaikan, maka hutang puasa yang merupakan salah satu rukun Islam, lebih wajar disempurnakan dengan segera. Wallah A`lam






1 comment:

SHIMA said...

assalammualaikum..saya ada soalan mengenai hamil & menyusukan anak pada bulan puasa.. pada thn 2009 saya mmg langsung tidak dapat b
erpuasa kerana mengandung dan ]mengalami alahan @ mabuk yg teruk, pada tahun 2010 pula saya dpt berpuasa tapi x penuh sebab menyusukan anak dan saya masih belum menggantikan puasa yg sy tingal pada thn 2009 tu kerana sy menyusukan anak sulung saya..pada tahun 2011 saya dpt berpuasa seperti biasa pada bulan puasa tp sy masih belum sempat menggantikan puasa yg sy tinggal sblm ni memandangkan sy masih menyusukan anak.. pada tahun 2012 pulak sy tidak dpt berpuasa penuh kerana mengandungkan anak ke-2 dan mengalami alahan @ mabuk teruk..dan sy masih juga belum menggantikan puasa yg sy tinggalkan kerana mengandung dan menyusukan anak saya yg pertama tu..puasa utk thn ini pula saya masih menyusukan anak ke 2 sy yg baru brusia 10 bulan dan dia mengalami masalah alahan susu lembu jadi sy mmg perlu memberikan susu badan padanya, tp saya tetap berpuasa..jadi soalan saya, perlukah saya gantikan puasa yg saya tinggalkan kerana mengadung dan menyusukan anak pertama dulu atau cuma perlu membayar fidyah? dan utk puasa pada tahun ini pula wajibkah saya berpuasa sementara saya masih menyusukan anak ke 2 sy yg berumur 10 bulan dan hasil susu juga agak kurang kerana sy berpuasa.. harap Doktor dpt menjawab dan membantu saya..terima kasih..