Friday, August 6, 2010

Pertelagahan Di Antara Imam Masjid Dan Jamaah: Bagaimana Penyelesaiannya

SOALAN:

Kami umat Islam yang menetap di salah sebuah kampung, selalu menunaikan salat jemaah di masjid. Salah seorang ahli jemaah selalu hadir berjemaah dan kami berpuasti jika dia memimpin salat jamaah pada waktu ketiadaan imam rasmi. Dukacitanya, ahli ini selalu menolak apabila diminta menjadi imam, kadang-kadang dia mengelak diri dengan sengaja datang lewat kerana kebimbangan dia menjadi imam terjun. Pada masa yang sama pula, ada seorang ahli jemaah yang kuat merokok berminat sekali menjadi imam, dia selalu tampil ke hadapan, walaupun jemaah tidak menyukainya secara terang-terangan. Apa penyelesaian dan tindakan terbaik berhubung perkara ini?

- Rizal, Dalam Rhu.

JAWAPAN:

Pada dasarnya imam adalah suatu bentuk kepemimpinan yang dipertanggungjawab memimpin jemaah dan makmum bagi menunaikan salat dengan sempurna. Jika seseorang dipercayai mempunyai kebolehan serta bersedia memimpin salat jemaah, dia harus menilai kepercayaan itu sebagai suatu bentuk penghormatan yang tidak seharusnya ditolak dengan mudah, dia tidak harus ponteng dengan sewenang-wenang dari tugas-tugas yang ditetapkan keatasnya, lebih-lebih lagi jika jawatan itu bergaji. Jika imam itu suikarela, tidak pihak boleh dipaksanya menjadi imam, sekalipun para jemaah memberi alasan dia lebih berpengetahuan daripada orang lain. Budaya suka sama suka perlu dikekalkan.

Jika seseorang merasakan dirinya tidak dapat menjalani tugas-tugas sebagai imam dengan sempurna, jemaah harus memilih orang lain yang sedia menerimanya dengan ikhlas dan suci hati. Seseorang yang waras fikirannya tentu lebih mengetahui tentang kelemahan dan kekuatan dirinya sendiri, terutama yang berkaitan kepemimpinan. Untuk memimpin salat jemaah bukan hanya dinilai pada bacaan dan perwatakan lahirnya sahaja, banyak lagi ciri yang sepatutnya diambil kira, seperti sikap, gaya hidup dan sebagainya. Saya percaya jika seseorang menolak daripada memimpin salat jemaah, maka atas sebab-sebab tertentu, mungkin peribadi yang memberatkan hatinya untuk berterus terang. Jika dengan alasan ini dia boleh dimaafkan, Allah berfirman:

لاَ يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلاَّ وُسْعَهَا [البقرة: 286]

Terjemahan: Allah tidak memberatkan seseorang melainkan sekadar keupayaannya.

Memang kekerapan hadirnya ke masjid untuk menunaikan salat jemaah adalah suatu kelebihan yang mewajarkan dirinya dipilih memipin salat. Ini kerana Nabi saw bersabda: “Antara tujuh kumpulan yang akan mendapat naungan `Arsy pada hari Akhirat ialah mereka yang hatinya sentiasa berpaut ke masjid”. Bahkan dalam al-Qur`an menyifatkan orang yang memakmurkan masjid itu ialah mereka yang sebenarnya beriman kepada Allah dan hari Akhirat. (al-Taubah: 18).

Dalam keadaan ketiadaan imam yang sanggup memimpin salat jemaah secara sukarela, sebaik-baiknya orang ramai atau jemaah, melalui pentadbiran masjid atau surau, hendaklah memilih imam lain yang bersedia memimpin, berdasarkan ciri-ciri kepemimpinan salat sebagaimana yang ditentukan dalam kitab-kitab Fiqh. Jika masjid memerlukan beberapa pegawai, atau imam memerlukan bayaran sago hati atau gaji yang cukup, masyarakat hendaklah menimbangnya dengan adil kerana mendirikan salat jemaah tidak berhasil tanpa imam dan pegawai-pegawai yang mentadbirkan masjid, sedangkan mereka juga terpaksa menjalani tugas-tugas mencari nafkah untuk keluarga dan sebagainya.

Saya kira punca masalah yang berlaku di masjid, sama ada imam, bilal, siak, noja dan sebagainya apabila jawatan-jawatan di Masjid itu menjadi rebutan, sehingga semua pihak lupa bahawa jawatan ibadat tidak seharusnya menjadi rebutan. Jawatan itu hendaklah dipilih dari mereka yang betul-betul layak dan mempunyai minat untuk melakasanakan tugas dengan sempurna. Jawatan Imam sebagai contoh, hendaklahn kekosongannya diiklan dan ditemuduga secara terbuka mengikut pertauran yang adil. Mungkin ramai orang berminat, bukan kerana minatnya dengan ibadat berjemaah, tetapi kerana upah atau gajinya lumayan atau kerana jawatan itu senang dikendalikan dan mungkin juga dia berfikir gaji tidak seberapa pun tidak mengapa kerana hanya untuk wang tambahan sahaja.

Ulama Fiqh menyediakan garis panduan khas bagi memilih atau melantik imam jemaah. Menurut mazhab Syafi`i, ada dua bahagian syarat yang diperlukan, iaitu syarat minimum dan syarat keutamaan. Syarat-syarat ini perlu diteliti dengan wajar, supaya pelaksanaan salat jemaah, menghasilkan tujuan dan objektifnya yang sebenar, iaitu antara lain mengukuhkan ikatan persaudaraan Islam dan perpaduan antara jemaah.

Syarat minimum yang dimaksudkan ialah, hendaklah imam beragama Islam, berakal, lelaki, bersih daripada hadas dan segala bentuk kotoran, betul bacaan dan mampu melaksanakan salat dengan sempurna rukun dan syaratnya. Syarat keutamaan pula ialah jika boleh hendaklah mengikut susunan keutamaan berikut, iaitu pemimpin negara, imam yang dilantik pemerintah, orang yang mendalami ilmu pengetahuan agama, orang yang baik mutu bacaannya, paling berusia dan lebih lama memeluk Islam, riwayat hidupnya bersih dan dihormati, paling bersih pakaiannya, paling merdu suaranya, paling cantik rupa parasnya dan mempunyai isteri.

Sesiapa yang lebih menepati ciri-ciri ini secara tertib, dialah yang lebih utama dikehadapankan untuk memimpin salat jemaah. Jika ramai calon yang menepati ciri-ciri itu, hendaklah ditentukan secara undi. Jika ada yang menarik diri, pemilihan hendaklah beralih kepada calon yang terdekat di bawahnya. (Dr. Wahbah al-Zuhayli, al-Fiqh al-Islami wa Adillatuh, 2/185)

Sesungguhnya jawatan imam tidak harus diserah kepada mereka yang tidak beramanah kerana ia merupakan jawatan ibadat yang sepatutnya disempurnakan dengan percuma tanpa upah. Jika dia mengambi upah maka tidak salah kerana ada sebab-sebab yang mewajarkannya berbuat demikian.

Paling mustahak bagi mereka yang ingin menyandang jawatan ini ialah mengetahui hukum syarak dalam bidang yang dikendalikannya, seperti dapat membaca al-Qur`an dengan betul dan dengan fasahah yang cukup, sedia menerima teguran yang beralasan dari para jemaah. Jangan menganggap jawatan ini kebal dan paling tinggi sehingga tiada siapa mampu menegur disebabkan kedudukannya yang terlalu tinggi.

Demikianlah peraturan yang ditentukan dalam hukum syara` berhubung kepemimpinan salat. Saya yakin jika peraturan ini berjalan dengan betul, tidak berlaku lagi tolak menolak sesama jemaah untuk memimpin salat pada ketika ketiadaan imam rasmi. Memang sulit mendapatkan calon imam yang sempurna seperti digariskan itu, kerana zaman sudah ketinggalan jauh dengan Rasulullah, cara hidup dan penilaian diri juga sudah banyak berubah, suasana dan persekitaran hidup juga seakan-akan dijangkiti budaya luar, tetapi buat masa ini rasanya memadailah jika kita dapat melantik orang yang terbaik antara kita dari segi ilmu pengetauan tentang salat dan pelaksanaannya untuk dipilih memenuhi jawatan imam.

Merujuk kepada soalan mengenai orang kuat merokok, bolehkah ia tampil kedahadapan menjadi imam, sedang jemaah tidak menyukainya. Saya mempunyai pandangan begini:

Rokok memang tidak wujud pada zaman Rasulullah (s.a.w.), sahabat, tabi`in dan zaman awal ahli-ahli Fiqh Islam. Ia dibawa masuk ke dalam masyarakat Islam pada zaman pertengahannya. Oleh itu tidak dikesani adanya sebarang nas yang jelas mengenai hukum merokok. Sejauh yang diketahui, ulama Islam berbeza pendapat tentang hukumnya, ada yang berpendapat haram atau makruh tahrim, kerana merokok mendatangkan mudarat dan pembaziran kepada harta benda. Ada pendapat mengatakan harus, kerana tidak ada dalil samada al-Qur`an atau hadis yang melarangnya, namun jika mudaratnya kepada para perokok meyakinkan, maka hukumnya telah disepakati haram.

Walaupun kita tidak bersetuju dengan pendapat salat di belakang orang merokok itu sebagai tidak sah, namun perlu diambil perhatian bahawa asap rokok menimbulkan bau yang kurang enak kepada para jemaah, orang ramai tidak selesa dengan asapnya. Bau ini tidak sesuai dengan suasana dalaman masjid yang nyaman dan dengan gerakgeri imam yang memimpin salat. Justeru itu, sangat baik bagi imam, jika dia memilih untuk tidak merokok, sekurang-kurangnya dalam tempoh waktu yang terdekat dengan salat jemaah yang akan dipimpinnya. Ini kerana hadis riwayat al-Bukhari, sabda Nabi (s.a.w.) :

مَنْ أَكَلَ مِنْ هَذِهِ الشَّجَرَةِ فَلَا يَقْرَبَنَّ مَسْجِدَنَا وَلَا يُؤْذِيَنَّا بِرِيحِ الثُّومِ [مسلم:المساجد ومواضع الصلاة: باب من أكل ثوما .. حديث (563) درفد أبو هريبرة رضي الله عنه]

Terjemahan: Sesiapa makan dari pkok bawang ini, janganlah dia mendekati masjid kami dan jangan mengganggu kami dengan baunya yang tidak diingini.

Tabiat merokok adalah suatu kelemahan bagi para perokok, imam seharusnya menjadi contoh teladan yang terbaik dan ikutan para makmum dan jemaah, beliau adalah lambang perpaduan jemaah dan masyarakat, samada pada gerak geri, tingkah laku, hidup harian dan sebagainya, sesuai dengan tugasnya sebagai pemimpin ibadat salat yang paling mulia antara ibadat.
Bagaimanapun, Fuqaha Islam kecuali Ahmad Ibn Hanbal berpendapat sah tetapi makruh sembahyang berimamkan orang fasik. Ini berdasarkan beberapa kejadian yang berlaku seperti Ibn Umar yang bernah bersembahyang dibelakang al-Hajjaj, pemerintah Hijaz pada zaman Abdul Malik b. Marwan (26 - 87 Hijrah ). Beliau disepakati ahli sejarah sebagai fasik kerana banyak terlibat dalam pertumpahan darah. Demikian juga dengan Abdullah b. Mas`ud pernah bersalat dibelakang al-Walid b. `Uqbah Ibn b. Mu`ayt (men. 61 H.) yang merupakan seorang kaki minum. Beliau adalah pemerintah kufah pada zaman `Uthman b. `Affan.

Kembali kepada persoalan di atas sekali lagi, tanpa niat membela imam-imam yang fasik atau kaki merokok, saya ingin bertanya, mengapa kita tidak sukakan imam itu? Adakah kerana sebab-sebab peribadi atau agama?. Seringkali sebab-sebab peribadi dikaitkan dengan agama bagi menghalalkan sesuatu permusuhan. Jika atas sebab-sebab agama, sudahkah kita menasihati imam itu dengan hikmah dan teguran yang penuh bijaksana. Jika segala-galanya sudah dilakukan, tetapi tidak juga berhasil, maka anda sudah bebas daripada tanggungjawab, anda boleh memilih masjid-masjid yang lain untuk menunaikan jemaah anda. Biarkan imam itu dengan para jemaah yang setia kepadanya.

Dalam kesempatan ini saya ingin menarik perhatian para jemaah, bahawa masjid adalah rumah Allah tempat orang bermunajat kepada-Nya, rumah ini memerlukan suasana nyaman serta kebersihan hati dan fikiran secukupnya, supaya para pengunjungnya memperolehi apa yang dicita-citakannya setelah hadir dan menunaikan solat berjemaah di masjid.

Kadang-kadang sesebuah masjid nyaman dengan suasana dan kebersihan lahirnya, dengan keindahan halaman dan kehijauan tamannya, tetapi kelamkabut dengan perbezaan fahaman politik para jemaah yang sangat taksub dengan kumpulan-kumpulan tertentu. Anehnya ketaksuban yang melampau dalam politik ini dibawa pendakwah dan ilmuwan hingga kemana-mana, masjid juga tidak terkecuali, hingga melupakan tugas sebenar mereka sebagai petugas amar ma`ruf dan nahi munkar yang berprinsip. Semangat kepartian yang melampau, jika dikembangkan di masjid, akan hilang rasa nyamannya yang tidak boleh didapati di mana-mana pun lagi. Wallah A`lam.

10 comments:

Meiqing Xu said...

20160321meiqing
coach factory outlet
coach factorty outlet
louis vuitton handbags
toms shoes
air jordan retro
michael kors outlet online
adidas superstar
michael kors handbags
asics shoes
coach outlet store online
nike air jordan
ugg slippers
true religion jeans
christian louboutin outlet
christian louboutin outlet
coach outlet online
jordan 4 toro
polo ralph lauren outlet
ray ban wayfarer
ray ban sunglasses
burberry outlet online
tory burch outlet
abercrombie and fitch
jordan 11s
michael kors outlet online
cheap jordan shoes
true religion jeans
louis vuitton outlet
coach outlet
canada goose outlet
canada goose outlet
nike roshe run
cheap jordans
adidas outlet store
oakley sunglasses
nfl jerseys wholesale
nike trainers
louis vuitton outlet
coach outlet
moncler sale

Zhenhong Bao said...

polo ralph lauren
michael kors outlet
louis vuitton outlet store
cheap nfl jerseys
michael kors outlet
prada outlet online
michael kors outlet
soccer jerseys
cheap jordans
ralph lauren outlet
air max 90
michael kors uk outlet
cheap nfl jersey
michael kors outlet store
basketball shoes,basketball sneakers,lebron james shoes,sports shoes,kobe bryant shoes,kobe sneakers,nike basketball shoes,running shoes,mens sport shoes,nike shoes
louis vuitton outlet
mulberry handbags
prada handbags
pandora jewelry
michael kors handbags
asics
swarovski crystal
cheap mlb jerseys
louis vuitton handbags
ralph lauren polo
michael kors outlet
rolex watches for sale
ray-ban sunglasses
swarovski outlet
ralph lauren shirts
thomas sabo uk
snapbacks wholesale
louis vuitton neverfull
michael kors outlet online
michael kors outlet
20160415zhenhong

raybanoutlet001 said...

kobe 9 elite
michael kors outlet
louis vuitton pas cher
michael kors outlet
michael kors handbags
nike air huarache
cheap michael kors handbags
cheap jordans
michael kors handbags wholesale
converse shoes

wesan michael said...

http://www.chromeheartsonlinestore.us.com
cheap jordans online
longchamp handbags
adidas superstar UK
huarache shoes
adidas stan smith uk
air jordan retro
kobe shoes
adidas neo
ralph lauren online,cheap ralph lauren

姚嘉 said...

birkenstocks
saics running shoes
versace
nike store
ghd hair straighteners
michael kors handbags
nike air huarache
cheap nba jerseys
nike outlet store
jimmy choo

raybanoutlet001 said...

fitflops sale clearance
adidas stan smith uk
adidas neo
fitflops outlet
skechers outlet
timberland shoes
air max thea
timberland uk
nike air zoom structure 19
cheap authentic jordans

dada24 Xu said...

canada goose
ugg boots
ugg boots sale
canada goose jackets uk
ugg boots
uggs
canada goose pas cher
tory burch outlet online
tory burch sale
michael kors outlet online
zhi20161202

raybanoutlet001 said...

クロムハーツ
tiffany online
salomon speedcross
michael kors handbags
tiffany and co uk
yeezy
michael kors outlet
adidas stan smith
kobe 9
longchamp handbags

Meiqing Xu said...

cveland cavaliers jerseys
chaussure louboutin
louis vuitton
longchamp handbags
longchamp handbags
james shoes
coach factory outlet
adidas yeezy
coach factory outlet
sanantonios purs jerseys
20170323caiyan

raybanoutlet001 said...

ralph lauren outlet
kate spade outlet
cheap michael kors handbags
true religion jeans sale
cheap jordans
coach outlet
cheap nfl jerseys
jordan shoes
chargers jerseys
vikings jerseys