Sunday, August 1, 2010

Kitab Tafsir Pedoman Muttaqin





Kitab tafsir ini diberi judul ’TAFSIR PEDOMAN MUTTAQIN’ sebagai satu signifikan kepada kesinambungan kitab tafsir terdahulu iaitu Tafsir Pimpinan Ar-Rahman. Tafsir Pimpinan Ar-Rahman merupakan tafsir yang memimpin masyarakat Islam menghayati isi kandungan al-Quran, manakala Tafsir Pedoman Muttaqin menjadi pedoman kepada orang yang memperoleh takwa setelah dipimpin dan dibimbing.

Tafsir Pedoman Muttaqin ini akan diterbitkan sebanyak 30 juz iaitu dua (2) juz setahun bermula tahun 2008 sehingga tahun 2022.

Penulis Kitab TPM


Dr Abdul Hayei bin Abdul Sukor adalah  lepasan Universiti Al-Azhar, Mesir. Beliau memulakan kerjayanya sebagai Pensyarah Usuluddin di Yayasan Pengajian Tinggi Islam Kelantan, Nilam Puri, seterusnya sebagai Pensyarah dan Dekan di Fakulti Usuluddin, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya. Beliau banyak menulis buku dan artikel serta salah seorang Panel Kajian Akidah Jakim, Ahli Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan, Ahli Majlis Perunding Hukum Syara‘ Wilayah Persekutuan dan Ahli Jawatankuasa Penapisan Bahan-bahan Penerbitan Berunsur Islam.

Pentafsiran kitab ini menggunakan pendekatan Ma’thur iaitu pentafsiran al-Qur’an dengan al-Qur’an, al-Qur’an dengan hadith dan al-Qur’an dengan ijtihad sahabat. Ia juga menggunakan Pendekatan Ma’qul iaitu pentafsiran berpandukan kaedah bahasa, prinsip syara’ dan pengertian kalimat yang sesuai dengan ketentuan syara’. Selain itu, ia turut mengambil kira pendapat ulama’ silam dan ulama’ semasa seperti Y.Bhg. Dr Yusuf al-Qaradhawi dan Y.Bhg. Dr Muhammad Sayyid Tantawi.

Proses penerbitan kitab tafsir ini semestinya memerlukan penguasaan beberapa disiplin ilmu seperti Ulum al-Qur’an, Asbab al-Nuzul, Manahij Mufassirin, Mustalah al-Hadith dan Bahasa Arab yang mantap. Bagi memastikan tafsiran yang diberi nafas baru ini menepati kemaslahatan kepada masyarakat dan negara maka Jakim menubuhkan Lajnah Tasheh (Lembaga Semakan Pakar) yang dipengerusikan oleh Prof Dato’ Dr Abdul Shukor bin Haji Husin iaitu Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan.

Manakala Ahli Lajnah terdiri daripada para ulama’ dan profesional dalam bidang tafsir, hadith dan bahasa. Secara ringkas, anggotanya seramai 20 orang iaitu empat orang mufti (Perak, Pulau Pinang, Selangor dan Kedah), tujuh orang pakar tafsir, empat pakar hadith, dua pakar syariah, dua orang pakar bahasa dan seorang hafiz.

Banyak perbahasan ilmiah dan muzakarah berlangsung sepanjang penyemakan tafsir ini sama ada sesama ahli lajnah mahupun dengan penulis namun semuanya atas dasar satu matlamat iaitu menghasilkan pentafsiran al-Qur’an yang jitu, mantap, kontemporari dan dinamik.

Tafsiran ini juga dapat memenuhi keperluan masyarakat Islam Malaysia khususnya golongan pelajar yang ingin mendalami ilmu dalam bidang tafsir tetapi tidak berkemampuan merujuk kitab-kitab tafsir dalam bahasa Arab. Dalam masa yang sama, para penuntut pengajian tinggi, pensyarah, pengkaji dan pencinta ilmu turut berkesempatan memanfaatkan kitab tafsir




Sebarabg kemuskilan sila berhubungan alhayy@yahoo.com

No comments: