Sunday, August 15, 2010

Mukadimah Tafsir Surah al-Zalzalah (99)

Nama Surah

Nama surah ke 99 ini ialah al-Zalzalah (Gempa Bumi) atau al-Zilzal. Dua nama ini dimasyhurkan kerana pendahuluannya membicarakan kejadian gempa bumi yang akan berlaku sebelum kejadian kiamat, iaitu menerusi firman Allah:

إِذَا زُلْزِلَتِ الْأَرْضُ زِلْزَالَهَا

Terjemahan: Apabila bumi digegarkan dengan gegaran yang sedahsyat-dahsyatnya,

Di Kalangan para sahabat pula memasyhurkan surah ini dengan nama إِذَا زُلْزِلَتِ. Al-Wahidi di dalam Asbab al-Nuzul meriwayatkan daripada Abdullah ibn `Amr ibn al-`As katanya:


أنـزلت: ( إِذَا زُلْزِلَتِ الأرْضُ زِلْزَالَهَا ) وأبو بكر الصدّيق قاعد، فبكى حين أنـزلت، فقال له رسول الله : " ما يُبْكِيكَ يا أبا بَكْرٍ؟" قال: يُبكِيْنِي هذه السورةُ، فقال له رسول الله : " لَوْلا أنَّكُمْ تُخْطِئونَ وَتُذْنِبُونَ فَيَغْفِرُ اللهُ لَكُمْ لَخَلَقَ اللهُ أُمَّةً يُخْطِئُونَ وَيُذْنِبُونَ فَيَغْفرُ لَهُمْ".[726]

Terjemahan: “Surah Idha Zulzilat diturunkan ketika Abu Bakr sedang duduk lalu dia menangis. Rasulullah saw bertanya: Apakah yang menyebabkan engkau menangis wahai Abu Bakr. Jawabnya: Surah ini menyebabkan aku menangis. Sabda Nabi saw: Jika kamu tidak bersalah dan melakukan dosa, lulu Allah mengampunkan dosa kamu, nescaya Dia menciptakan satu umat yang bersalah dan berbuat dosa, lalu Dia mengampunkan dosa-dosa mereka”

Dalam riwayat Anas juga menyebut nama ini, iautu:

إذَا زُلْزِلَت تَعدِلُ نِصفَ القُرْآَنِ[727]

Terjemahan: “Surah Idha Zulzilat menyamai separuh al-Qur`an”

Zaman Nuzul
Mufassirin berbeza pendapat pada menentukan surah ini sama ada Madaniyyah atau Makkiyyah, namun uslub dan pengungkapannya mencerminkan nuzulnya di Makkah. Sayyid Qutb lebih cenderung kepada pendapat kedua ini[728].

Namun difahamkan daripada riwayat Abu Sa`id al-Khudri ra ia diturunkan di Madinah. Kata Abu Sa`id:

لَمَّا أُنْزِلَتْ " فَمَنْ يَعْمَل مِثْقَال ذَرَّة خَيْرًا يَرَهُ وَمَنْ يَعْمَل مِثْقَال ذَرَّة شَرًّا يَرَهُ " قُلْت يَا رَسُول اللَّه إِنِّي لَرَاءٍ عَمَلِي ؟ قَالَ " نَعَمْ " قُلْتُ تِلْكَ الْكِبَار الْكِبَار ؟ قَالَ " نَعَمْ " قُلْت الصِّغَار الصِّغَار ؟ قَالَ " نَعَمْ" قُلْت وَاثُكْلَ أُمِّي[729]

Terjemahan: Tatkala diturunkan ayat “.. Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan melihat (pahalanya). Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan melihat balasannya!” Aku (Abu Sa`id al-Khudri) bertanya: Bolehkah aku melihat (pahala) amalan-amalanku? Sabda Nabi saw: Ya. Aku bertanya lagi: Adakah aku dapat melihat balasan dosa-dosaku yang besar? Sabda Nabi saw: Ya. Aku bertanya lagi: Adakah aku dapat melihat balasan dosa-dosaku yang Kecil? Sabda Nabi: Ya. Aku berkata: Oh, malangnya nasibku.

Riwayat ini menjadi hujah kerana Abu Sa`id al-Khudri memeluk Islam sepuluh tahun sebelum Hijrah. Ini bermakna beliau belum baligh pada ketika surah ini diturunkan. Al-Maududi lebih cenderung kepada pendapat pertama.

Munasabah Surah

Surah al-Bayyinah (98) terdahulu diakhiri dengan ayat yang menyatakan balasan Allah terhadap orang kafir, iaitu neraka dan kekal di dalamnya sedangkan balasan terhadap orang mu`min ialah syurga.

Surah al-Zalzalah (99) ini pula mempamerkan suasana manusia ketika dikeluarkan dari kubur masing-masing, mereka dibawa untuk menjalani sesi hisab dan jaza` (pembalasan) sebelum dimasukkan sama ada ke syurga atau neraka. Dalam sesi ini, amalan setiap orang akan dihisab sama ada baik dan buruk, kecil atau besar, semuanya akan dibalas.

Tema dan Ikhtisar Surah

Tema surah ini ialah “Hari Hisab dan Pembalasan”. Surah ini mengandungi dua tajuk utama iaitu:

Pertama: Keterangan mengenai kejadian gempa bumi yang berlaku pada hari kiamat, segala makhluk yang ada dipermukaannya semuanya runtuh dan manusia yang telah mati mula keluar dari kubur masing-masing.

Kedua: Membicarakan manusia berduyun-duyun ke tempat perhimpunan untuk mendengar pembalasan atas amalan yang mereka kerjakan ketika di dunia dahulu. Pada hari ini, manusia terbahagi kepada dua golongan iaitu mukmin yang mendapat balasan yang cukup baik dan kafir yang rugi kerana tiada amalan baik yang diterima Allah daripada mereka.

Kelebihan Surah

Beberapa hadis didapati tentang kelebihan surah al-Zalzalah. Sebahagiannya sahih, manakala sebahagian yang lain pula bekisar sama ada da`if atau munkar
.
Pertama: Hadith riwayat Abdullah Ibn `amr Ibn al-`As ra, katanya:

أَتَى رَجُل إِلَى رَسُول اللَّه صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ أَقْرِئْنِي يَا رَسُول اللَّه صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَهُ: "اِقْرَأْ ثَلَاثًا مِنْ ذَوَات الر" فَقَالَ لَهُ الرَّجُل:كَبُرَ سِنِّي وَاشْتَدَّ قَلْبِي وَغَلُظَ لِسَانِي . قَالَ " فَاقْرَأْ مِنْ ذَوَات حم" فَقَالَ مِثْل مَقَالَتِه الْأُولَى فَقَالَ " اِقْرَأْ ثَلَاثًا مِنْ الْمُسَبِّحَات" فَقَالَ مِثْل مَقَالَته فَقَالَ الرَّجُل وَلَكِنْ أَقْرِئْنِي يَا رَسُول اللَّه صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ سُورَة جَامِعَة فَأَقْرَأَهُ" إِذَا زُلْزِلَتْ الْأَرْضُ زِلْزَالَهَا " حَتَّى إِذَا فَرَغَ مِنْهَا قَالَ الرَّجُل وَاَلَّذِي بَعَثَك بِالْحَقِّ نَبِيًّا لَا أَزِيد عَلَيْهَا أبَدًا ثُمَّ أَدْبَرَ الرَّجُلُ فَقَالَ رَسُول اللَّه صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ " أَفْلَحَ الرُّوَيْجِل أَفْلَحَ الرُّوَيْجِل[730]

Terjemahan: Seorang lelaki datang kepada Nabi saw lalu berkata: Sila ajarkan baca kepadaku. Sabda Nabi saw: Bacalah surah-surah dari kumpulan alif, lam, ra`. berkata lelaki itu: Sesungguhnya usiaku telah lanjut, hatiku telah tumpul, lidahku telah keras. Sabda Nabi: (Kalau begitu) bacalah surah-surah daripada kumpulan ha, mim., lelaki itu menjawa seperti alas an terdahulu. Sabda Nabi lagi: Bacalah tiga surah dari kumpulan musabbihat, lelaki itu tetap juga memberi alasan seperti yang pertama, tetapi meminta dibacakan kepadanya satu surah yang meliputi. Lalu Nabi saw membaca: Idha zulzilat al-ard zilzalaha. Apabila selesai dibaca kepadanya, lelaki itu berkata: Demi Allah yang membangkitkanmu sebagai Nabi, aku tidak ingin menambahkan lagi di atas apa yang engkau ajar, lalu dia beredar. Nabi saw bersabda: “Berbahagia orang itu, berbahagia orang itu!

Kedua: Hadith riwayat Anas Ibn Malik ra.

أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ ‏ ‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‏ ‏قَالَ لِرَجُلٍ مِنْ أَصْحَابِهِ ‏ ‏ هَلْ تَزَوَّجْتَ يَا فُلَانُ قَالَ لَا وَاللَّهِ يَا رَسُولَ اللَّهِ وَلَا عِنْدِي مَا أَتَزَوَّجُ بِهِ قَالَ أَلَيْسَ مَعَكَ ‏ ‏قُلْ هُوَاللَّهُ أَحَدٌ ‏ ‏قَالَ بَلَى قَالَ ثُلُثُ الْقُرْآنِ قَالَ أَلَيْسَ مَعَكَ ‏ ‏إِذَا جَاءَ نَصْرُ اللَّهِ وَالْفَتْحُ ‏ ‏قَالَ بَلَى قَالَ رُبُعُ الْقُرْآنِ قَالَ أَلَيْسَ مَعَكَ ‏ ‏قُلْ يَا أَيُّهَا الْكَافِرُونَ ‏ ‏قَالَ بَلَى قَالَ رُبُعُ الْقُرْآنِ قَالَ أَلَيْسَ مَعَكَ ‏ ‏إِذَا زُلْزِلَتْ الْأَرْضُ ‏ ‏قَالَ بَلَى قَالَ رُبُعُ الْقُرْآنِ قَالَ تَزَوَّجْ[731]

Terjemahan: Rasulullah saw bertanya seorang sahabatnya: “ Sudah engkau berkahwin wahai fulan? Jawabnya wahai Rasulullah saya belum berkahwin dan saya tidak mempunya sesuatu untuk dijadikan maskahwin. Sabdan Nabi: “Tidakah ada padamu قُلْ هُوَاللَّهُ أَحَدٌ J awabnya ada. Sabda Nabi: Itu satu pertiga al-Qur`an. Nabi bertanya lagi: Tidakah ada padamu إِذَا جَاءَ نَصْرُ اللَّهِ وَالْفَتْحُ ? Jawabnya: Ada. Sabda Nabi: itu satu perempat al-Qur`an. Sabda Nabi lagi: Tidakkah ada padamu ‏قُلْ يَا أَيُّهَا الْكَافِرُونَ jawabnya ada . Sabda Nabi: itu satu perempat al-Qur`an. Nabi bertanya lagi: tidakkah ada padamu إِذَا زُلْزِلَتْ الْأَرْضُ . Jawabnya: ada. Sabda Nabi itu satu perempat al-Qur`an. Oleh itu kahwinlah.

Ketiga: Hadith riwayat ibn Abbas mengenai kelebihan membaca surah al-Zalzalah sebagai menyamai membaca separuh al-Qur`an seperti yang dikemukakan terdahulu dan hadith:
مَن قَرَأَ إِذَا زُلزِلَتْ عُدِلَت لَهُ بِنِصفِ القُرْآنِ[732]



Terjemahan: Sesiapa membaca surah إِذَا زُلزِلَتْ disamakan pahala baginya dengan membaca separuh al-Qur`n.

Sebahagian ulama menerima baik hadith-hadith kelebihan surash al-Zalzalah kerana menurut ijtihad mereka di dalamnya terkandung erti-erti yang cukup bernilai dan menyamai separuh daripada tujuan al-Qur`an diturunkan.

Berkata al-Munawi: Al-Qur`an diturunkan untuk menyatakan prinsip-perinsip al-mabda` dan al-ma`ad. Surah al-Zalzalah menyentuh prinsip al-ma`ad. Oleh itu sesuai sekali ia disifatkan sebagai menyamai separuh al-Qur`an[733].

Pandangan seumpama ini dan pendapat-pendapat peribadi tentang pelebagai kelebihan surah tidak harus dihubungkan dengan Nabi saw dan tidak bermakana pahala membaca surah-surah tertentu sebagai menyamai pahala membaca separuh al-Qur`an dan sebagainya kerana dalil yang boleh dipegang hanya al-Qur`an dan hadith-hadis Sahih sahaja.








[726] Al-Bayhaqi, Shu`ab al-Iman. Daripada Abdullah Ibn `Amr Ibn al-`As. Tafsir al-Tabari,12/663, hadith (37750).
[727] al-Tirmidhi, Fada`I al-Qur`an, hadith (2894) daripada Ibn Abbas. Al-Tirmidh membuat catatan غريب لا نعرفه إلا من حديث يمان بن المغيرة . Yaman dikatigorikan sebagai munkar al-hadith.Ibn Hajar, Tahdhib al-Tahdhib, 4/452.
[728] Tafsir Fi Zilal al-Qur`an, 17/490
[729] Tafsir al-Durr al-Manthur, 6/381. Tafsir Ibn Kathir, 4/540. Mustadrak al-Hakim, 3/563.Berkata Abu Zur`ah: Hadith ini diriwayat hanya melalui jalan Ibn Lahi`ah. Kesahihan riwayat beliau dipertikaikan, al-Jarh wa al-Ta`dil, 5/147.
[730]Abu Dawud, al-Salah, Tahzib al-Qur`an. Hadith (1191). Musnad Ahmad, hadis (6267), daripada Abdullah ibn `Amr, sanadnya hasan. Sahih Ibn Hibban, hadith (773) sanadnya sahih.
[731] Al-Tirmidhi, Fada`il al-Qur`an, Ma Ja`a fi Idh Zulzilat, hadith (2820) daripada Anas Ibn Malik. Berkata Hafiz Ibn Hajar: Hadith ini da`if kerana salah seorang periwatanya ialah Salamah Ibn Wardan. Riwayat beliau da`if. Fatah al-Bari (Fada`il al-Qur`n) 9/63.
[732] Al-Tirmidhi, Fada`il al-Qur`an, hadith (2893). alAlbani, al-Silsilat al-Da`ifah, hadith (1342) daripada Anas ibn Malik. Berkatqa al-Muzzi hadith ini da`if kerana rawinya al-Hasan bin Salam al-`Ijli. Beliau disifatkan sebaghai majhul, salah satu darjah da`if di dalam riwayat. Taqrib al-Tahdhib 1/166.
[733] Fayd al-Qadir, 1/460.


11 comments:

Wan Rahbi Ardian said...

Assalamualaikum Dr,
apakah pendapat DR. kalau kita bagi nama anak kita Zalzalah.. etc Sh.Zalzalah..

风骚达哥 said...

20151015 junda
Wholesale Authentic Designer Handbags
michael kors outlet
coach factory outlet
Hollister uk
Buy Kobe Shoes Online Discount
Louis Vuitton Bags Outlet Store
cheap toms shoes
ugg boots
louis vuitton outlet
michael kors uk
Louis Vuitton Handbags Discount Off
Cheap Jordans For Sale Wholesale
New Louis Vuitton Handbags Outlet
ray ban sunglasses uk
michael kors outlet online
Jordan 8 Bugs Bunny
Coach Factory Outlet Stores 70% off
louis vuitton
ugg boots
Michael Kors Outlet Deals Online
abercrombie
celine
ugg boots outlet
Jordan 6 Rings Powder Blue
Coach Factory Outlet Online Sale
Michael Kors Outlet Real Handbags Online
Oakley Vault Outlet Store Online
Christian Louis Vuitton Red Bottoms
ugg boots
coach outlet store online

Meiqing Xu said...

20160321meiqing
coach factory outlet
coach factorty outlet
louis vuitton handbags
toms shoes
air jordan retro
michael kors outlet online
adidas superstar
michael kors handbags
asics shoes
coach outlet store online
nike air jordan
ugg slippers
true religion jeans
christian louboutin outlet
christian louboutin outlet
coach outlet online
jordan 4 toro
polo ralph lauren outlet
ray ban wayfarer
ray ban sunglasses
burberry outlet online
tory burch outlet
abercrombie and fitch
jordan 11s
michael kors outlet online
cheap jordan shoes
true religion jeans
louis vuitton outlet
coach outlet
canada goose outlet
canada goose outlet
nike roshe run
cheap jordans
adidas outlet store
oakley sunglasses
nfl jerseys wholesale
nike trainers
louis vuitton outlet
coach outlet
moncler sale

dong dong23 said...

toms shoes
michael kors handbags
ed hardy clothing
michael kors outlet online
nike air force 1
ed hardy
michael kors handbags
salomon boots
michael kors handbags
cheap michael kors handbags
michael kors outlet
michael kors handbags wholesale
michael kors handbags
michael kors outlet store
michael kors handbags
nike huarache
cheap michael kors handbags
gucci borse
michael kors outlet clearance
polo ralph lauren outlet
michael kors handbags
ralph lauren outlet online
rolex replica watches
chaussure louboutin
michael kors handbags online
converse shoes

raybanoutlet001 said...

michael kors handbags
moncler jackets
oakley sunglasses
michael kors handbags
birkenstock sandals
pandora charms
nike trainers
yeezy boost 350 white
michael kors outlet
ray ban sunglasses

wesan michael said...

michael kors outlet online
michael kors handbags
cheap jordans
kobe sneakers
cheap jordan shoes
adidas yeezy boost
adidas superstar
http://www.nikedunks.us.org
skechers go walk
michael kors outlet

姚嘉 said...

birkenstocks
saics running shoes
versace
nike store
ghd hair straighteners
michael kors handbags
nike air huarache
cheap nba jerseys
nike outlet store
jimmy choo

raybanoutlet001 said...

skechers go walk
tiffany jewelry
yeezy boost 350 v2
ralph lauren polo shirts
nike air huarache
adidas nmd
longchamp bags
adidas ultra boost
tiffany and co outlet
nmd adidas store

dong dong23 said...

adidas superstar
louis vuitton handbags
michael kors outlet online
coach outlet store online
ray ban eyeglasses
nike air max 90
nike tn pas cher
christian louboutin sale
ugg outlet store
coach factory outlet
2017.2.11chenlixiang

raybanoutlet001 said...

tiffany and co outlet
yeezy boost 350 v2
yeezy boost
michael jordan shoes
adidas neo
fitflops
timberland online shop
kobe bryant shoes
http://www.uggoutlet.uk
hogan outlet online

raybanoutlet001 said...

ecco shoes
ed hardy uk
cheap jordan shoes
packers jerseys
nike tn
ralph lauren
cleveland cavaliers
true religion jeans
ecco shoes outlet
cheap jordan