Wednesday, August 25, 2010

TAFSIR SURAH AL-ADIYAT (100) AYAT 6-8


PENTAFSIRAN AYAT (6-8)

TABIAT MANUSIA LUPAKAN DARATAN


إِنَّ الْإِنسَانَ لِرَبِّهِ لَكَنُودٌ (6) وَإِنَّهُ عَلَى ذَلِكَ لَشَهِيدٌ (7) وَإِنَّهُ لِحُبِّ الْخَيْرِ لَشَدِيدٌ (9)
Terjemahan

[100: 6] Sesungguhnya manusia sangat tidak bersyukur kepada nikmat Tuhannya.

[100: 7] Dan sesungguhnya manusia itu sendiri menyaksikan kekufurannya.

[100: 8] Dan sesungguhnya manusia itu sangat sayangkan harta kekayaannya.

Tabiat Manusia Lupakan Daratan

(100: 6) Setelah Allah swt bersumpah dengan kuda-kuda tambatan perang dengan penunggang-penunggangnya yang berani, dengan suara nafas-nafas kuda yang termengah-mengah, dengan percikan bunga api di bawah tapak kakinya ketika membuat larian, dengan debu-debu yang berkepol di udara dan dengan serbuannya yang mendadak ke tengah-tengah barisan musuh dan dengan serangan yang berjaya menwan pengkalan musuh. Sesungguhnya manusia lupakan daratan.

 إِنَّ الْإِنسَانَ لِرَبِّهِ لَكَنُودٌ (6)

[100: 6] Sesungguhnya manusia sangat tidak bersyukur kepada nikmat Tuhannya.

Al-Insan di sini membawa makna istighraq al-jins, maksudnya jenis manusia memang lupakan daratan. Ungkapan seumpama ini banyak dipakai dalam al-Qur`an, misalnya:

إِنَّ الإِنسَانَ لَظَلُومٌ كَفَّارٌ [771]

Terjemahan: Sesungguhnya manusia itu amat zalim dan ama kufur.

Dan firman Allah lagi:

وَحَمَلَهَا الإِنْسَانُ إِنَّهُ كَانَ ظَلُوماً جَهُولاً [772]


Terjemahan:  “.. dan hanya manusia sanggup memikulnya. Sesungguhnya manusia amat zalim dan amat jahil.”

Perkataan كَنُود ertinya tidak bersyukur kepada pemberi nikmat. Sesetengah mufassirin menafsirkan dengan bakhil, tidak sopan dan sebagainya.  Sesetengan yang lain pula menafsirkannya dengan erti kufur terhadap nikmat yang kecil dan tidak bersyukur terhadap nikmat yang besar. Ada juga yang menyatakan ertinya degil, menentang kebenaran dan lupakan daratan.  Al-Qurtubi mengulas,  kanud dikatakan kepada perkara yang ada padanya unsur-unsur kufur dan mentang kebenaran[773]. Ulasan ini dengan sendirinya meliputi semua pandangan yang dihubungkan dengan erti kanud.

Syukurilah Ni`mat Allah

Ayat di atas mengecam segolongan manusia yang kufurkan Allah. Paling besar kekufuran yang dilakukan terhadap-Nya ialah menolak iman kepada perutusan-Nya dan meninggalkan kewajipan-kewajipan yang difardukan,  kemudian diikuti dengan kufur terhadap nikmat, tidak bersyukur kepada pemberinya dan lupakan daratan.

            Sungguh banyak nikmat anugrah Allah kepada manusia yang wajib disyukuri.  Kewajipan yang paling atas ialah seperti yang dinyatakan dalam firman Allah:

وَوَصَّيْنَا ٱلإِنْسَانَ بِوالِدَيْهِ حَمَلَتْهُ أُمُّهُ وَهْناً عَلَىٰ وَهْنٍ وَفِصَالُهُ فِى عَامَيْنِ أَنِ ٱشْكُرْ لِى وَلِوالِدَيْكَ إِلَىَّ ٱلْمَصِيرُ[774]

 Terjemahan: Dan Kami menyuruh manusia berbakti kepada dua ibu bapanya yang menanggung kelemahan demi kelemahan dan masa lepas susunya dalam dua tahun. bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibubapa engakau dan kepada-Ku tempat kembali.

Firman Allah lagi:

وَٱشْكُرُواْ نِعْمَتَ ٱللَّهِ إِن كُنْتُمْ إِيَّاهُ تَعْبُدُونَ [775]

Terjemahan: “ .. dan syukuri nikmat Allah, jika kamu benar-benar menyembah-Nya”.

Bersyukur ialah akhlak para Nabi, para Rasul dan hamba-hamba Allah yang salihin, Allah berfirman mengenai Nabi Ibrahim:

إِنَّ إِبْراهِيمَ كَانَ أُمَّةً قَانِتًا لِلَّهِ حَنِيفًا وَلَمْ يَكُ مِنَ ٱلْمُشْرِكِينَ شَاكِراً لأنْعُمِهِ ٱجْتَبَاهُ وَهَدَاهُ إِلَىٰ صِراطٍ مُّسْتَقِيمٍ[776]

Terjemahan: “Sesungguhnya Nabi Ibrahim adalah satu umat yang patuh kepada Allah, lagi berdiri teguh di atas dasar tauhid dan dia bukan dari golongan Musyrikin.  Dia sentiasa mensyukuri nikmat-nikmat-Nya. Allah telah memilihnya dan menghidayatkannya ke jalan yang lurus”.

Mensyukuri nu`mat-ni`mat Allah pada hakikatnya ialah memuji-muji kebesran Allah yang memberi ni`mat, selalu menyebut nama-Nya dengan hati dan lisan, firman Allah:

وَأَمَّا بِنِعْمَةِ رَبّكَ فَحَدّثْ[777]

Terjemahan: “Dan terhadap nikmat Tuhanmu, hendaklah engkau sebut-sebutkan (dan syukur kepada-Nya)”.

            Merialisasikan kesyukuran adalah dengan mencintai pihak yang memberi nikmat dengan hati dan anggota dengan melakukan amalan yang disukainya. Allah berfirman:

ٱعْمَلُواْ آلَ دَاوُودَ شُكْراً وَقَلِيلٌ مّنْ عِبَادِىَ ٱلشَّكُورُ[778]

 Terjemahan: “Beramalah kamu wahai keluarga Dawud untuk bersyukur! Dan amat sedikit terdapat di antara hamba-hamba-Ku yang bersyukur”

Dalam sebuah hadis riwayat `A`isyah ra katanya, Nabi saw beribadat malam hingga pecah dua tapak kakinya, aku (`Aisyah) bertnya, wahai Rasulullah, begitu panjang sekali ibadatmu, tidakkah  Allah telah mengampuni dosa-dosa mu yang telah, sedang dan akan datang?  Nabi saw bersabda:

أفَلا أكُونُ عَبْداً شَكُوراً؟[779]
Terjemahan: “Mengapa Aku tidak sudi menjadi seorang hamba Allah yang bersyukur?”

Hadith ini menunjukkan beramal dan meningkatkan mutu amalan adalah antara bentuk kesyukuran yang  harus dilakukan dengan sebaik-baiknya.

Bentuk-bentuk kesyukuran yang pelbagai diungkapkan dalam sebuah puisi Arab:

أَفَادَتْكُمْ النَّعْمَاءُ مِنِّي ثَلَاثَةٌ  *** يَدِي وَلِسَانِي وَالضَّمِير الْمُحَجَّبَا

Terjemahan: “Nikmat-ni`mat yang kamu berikan kepadaku, mewajibkan aku bersyukur kepadamu dengan tanganku, lisanku dan dengan hatiku  yang tersembunyi.

Sesungguhnya bagi seorang muslim yang ingin bersyukur kepada Allah tidak akan mampu bersyukur kepada-Nya dengan sempurna. Memadailah baginya mengakui bahawa dirinya terlalu lemah untuk mensyukuri seluruh nikmat Allah yang dikurniakan kepadanya, sekalipun jika dia memaksakan dirinya bersujud di atas bara api kerana bersyukur.

Islam dan Peranan Akal

(100: 7) Kufur nikmat, bakhil dan tidak sopan dalam pergaulan lupakan daratan adalah antara perkataan kanud.  Setiap orang hendaklah membersihkan dirinya daripada sifat-sifat ini dan jangan sekali-kali mengelak diri dengan alasan saya tidak tahu.

وَإِنَّهُ عَلَى ذَلِكَ لَشَهِيدٌ (6)

[100: 7] Dan sesungguhnya manusia itu sendiri menyaksikan kekufurannya.

Manusia pastinya tahu sifat-sifat baik dan buruk, jika tidak diketahui melalui wahyu, panduan yang ditunjuk oleh fitrah dan akalnya pun memadai untuk membebaskan dirinya dari tabiat buruk dan mengambil akhlak yang mulia dan terpuji.  Bukankah Allah berfirman:

بَلِ الْإِنسَانُ عَلَى نَفْسِهِ بَصِيرَةٌ وَلَوْ أَلْقَى مَعَاذِيرَهُ[780]

Terjemahan: Malah manusia sangat tahu tentang dirinya sendiri, walaupun dia mengemukakan pelbagai alasan.

Al-Qur`an al-Karim berbicara dengan manusia atas sifatnya sebagai makhluk yang berakal dan istimewa dari makhluk-makhluk lain, dengan perbezaan ini manusia dapat membezakan di antara baik dan buruk, hak dan batil, seterusnya mereka mengetahui dengannya perkara yang mendatangkan manfaat dan mudarat, tetapi tiada sebarang ayat di dalam al-Qur`an memperincikan apa itu akal dan bagaimana ia berfungsi. Al-Qur`an hanya menyebutkan tugas-tugas akal dan pernanannya melalui kata-kata terbitan daripada kata dasarnya  عَقْل seperti تعقلون، يعقلون، عقلوه dan lain-lain. Antaranya:

وَمِنْ آَيَاتِهِ يُرِيكُمُ الْبَرْقَ خَوْفًا وَطَمَعًا وَيُنَزِّلُ مِنَ السَّمَاءِ مَاءً فَيُحْيِي بِهِ الْأَرْضَ بَعْدَ مَوْتِهَا إِنَّ فِي ذَلِكَ لَآَيَاتٍ لِقَوْمٍ يَعْقِلُونَ[781]

Terjemahan: Dan di antara tanda-tanda kebesaran-Nya dan kekuasaan-Nya, Dia memperlihatkan pancaran kilat kepada kamu yang menimbulkan ketakutan (disambar petir) dan memberi harapan (mendapat hujan) dan Dia menurunkan air dari langit, lalu Dia hidupkan bumi dengan air itu sesudah ia mati. Sesungguhnya kejadian-kejadian itu merupakan bukti-bukti kepada orang-orang yang berakal”.

Ayat ini dan ayat-ayat seumpamanya menyeru manusia mempergunakan akal dan mengambil faedah daripada petunjuknya, namun al-Qur`an tidak menyatakan pengertian akal dan bantuk kejadiannya, tetapi seluruh ayat mengenai akal menyentuh peranannya yang menuju pada akhirnya kepada satu natijah iaitu beriman kepada Allah yang Maha Esa dan Maha berkuasa kerana akal yang sejahtera pastinya memandu pemikirnya kepada natijah ini.

Sesungguhnya peranan akal ialah memelihara kesucian fitrah dari penyelewengan yang disebabkan oleh persekitaran yang tidak bersih sehingga mempengaruhi perjalanan hidup seseorang manusia, kemudian agama pula memainkan peranan seterusnya bagi menyempurnakan kelangsungan fitrah dan mebetulkan perjalanan akal dari penyelewengan yang disebabkan oleh persekitaran. 

Peranan fitrah, akal dan agama dibayangkan dalam sebuah hadis berikut:

النَّاسُ مَعَادِنُ كَمَعَادِنِ الْفِضَّةِ وَالذَّهَبِ ، خِيَارُهُمْ فِي الْجَاهِلِيَّةِ خِيَارُهُمْ فِي الْإِسْلَامِ ، إِذَا فَقُهُوا وَالْأَرْوَاحُ جُنُودٌ مُجَنَّدَةٌ ، فَمَا تَعَارَفَ مِنْهَا ائْتَلَفَ ، وَمَا تَنَاكَرَ مِنْهَا اخْتَلَفَ[782]

Terjemahan: “Manusia itu logam bagaikan logam-logam ferak dan emas, mereka yang terpilih pada zaman Jahiliah, terpilih juga dalam Islam jika mereka mempunyai kefahaman (akal).  Ruh bagaikan tentera seragam, mana-mana yang telah berkenalan bermesera (sesame mereka) dan mana-mana yang belum berkenalan berselisihan (berajuhan antara satu dengan yang lain)”.

Hadith ini menunjukkan adanya perbezaan sifat-sifat fitrah di antara manusia dengan manusia dan juga mengandungi keterangan yang jelas bahawa fitrah manusia yang terpilih sejak asalnya lagi, itulah juga yang terpilih sebagai asas akhlaknya dalam Islam.  Akhlak yang terbentuk daripada fitrah semula jadi yang baik itu pasti tetap dibawa bersama manusia sepanjang usianya.

Hadith ini diperkukuhkan lagi dengan sebuah hadith riwayat Hudhyfah ibn al-Yaman ra, katanya: 

حَدَّثَنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّ الْأَمَانَةَ نَزَلَتْ مِنْ السَّمَاءِ فِي جَذْرِ قُلُوبِ الرِّجَالِ وَنَزَلَ الْقُرْآنُ فَقَرَءُوا الْقُرْآنَ وَعَلِمُوا مِنْ السُّنَّةِ[783]
      
 Terjemahan: Rasulullah saw telah menceritakan kami: “Sesungguhnya amanah itu turun daripada langit ke pangkal hati manusia dan turun pula al-Quran, lalu mereka membaca al-Quran, seterusnya mereka mempelajari daripada al-Sunnah.


Hadith ini menyatakan Allah swt menciptakan manusia dengan fitrah semula jadinya sebagai makhluk yang menunaikan amanah, serasi dengan penciptaan manusia yang dijadikan untuk beribadat kepada Allah, kemudian diturunkan syariat dari langit untuk memperkukuhkan fitarah, iaitu penciptaan hati untuk menunaikan amanah[784].


(100:  8)          Mengapa seseorang tidak dapat mengelak dirinya daripada sifat-sifat buruk yang meruntuhkan dunia dan akhiratnya?  Jawapan dalam firman berikut:

وَإِنَّهُ لِحُبِّ الْخَيْرِ لَشَدِيدٌ (8)

[100: 8] Dan sesungguhnya manusia itu sangat sayangkan harta kekayaannya.

            Perkataan al-khayr di dalam ayat ini membawa erti harta, seperti juga dengan al-khayr di dalam ayat wasiat:

إِنْ تَرَكَ خَيْرًا الْوَصِيَّةُ لِلْوَالِدَيْنِ[785]

Tejemahan: “.. jika dia meninggalkan harta yang banyak, hendaklah dia berwasiat untuk ibu bapa”.

Seseorang dianggap kanud kerana sayangkan hartanya lalu dia bakhil dan tidak bersyukur kepada Allah dengan menghulurkan bantuan kepada fakir, miskin dan orang yang memerlukannya.  Tabiat sayangkan harta adalah semula jadi yang perlu dibetulkan mengikut neraca agama supaya tabiat menjadi normal, sabda Nabi saw dalam sebuah hadis riwayat Ibn Abbas r.a. katanya:  Aku dengar Rasulullah saw bersabda:

لَو كَانَ لابْنِ آدَمَ وَادِيَانِ مِنْ ذّهَبٍ لابْتَغَى الثَّالِثَ وَلا يَمْلأُ جَوفُ ابْنِ آدَمَ إلاّ التّرَابُ وَيَتُوبُ اللهُ عَلَى مَنْ تَابَ[786]

Terjemahan: Andainya manusia memiliki dua lombong emas nesacaya dicarinya yang ketiga.  Tidak penuh-penuh perut manusia dengan harta kecuali dengan tanah.  Allah sedia menerima taubat orang-orang yang bertaubat.

Sayangkan harta adalah satu sifat yang terpuji kerana Allah tidak menyukai orang yang membazirkan hartanya.  Tetapi apabila kesayangan itu melampaui batas, maka ia adalah fitnah yang sangat dibimbangi Rasulullah saw terhadap umat ini.  Sabda Nabi:

إِنَّ لِكُلِّ أُمَّةٍ فِتْنَةً ، وَإِنَّ فِتْنَةَ أُمَّتِي الْمَالُ[787]
Terjemahan: “Setiap umat ada fitnah dan sesumgguhnya fitnah terhadap umatku ialah harta”

Fitnah yang dimaksudkan ialah kelalaian kepada Akhirat yang menyebabkan mereka tersesat jalan.

Al-Qur`an juga nmengingatkan manusia dari fitnah ini, firman Allah:

وَاعْلَمُواْ أَنَّمَا أَمْوَالُكُمْ وَأَوْلاَدُكُمْ فِتْنَةٌ وَأَنَّ اللّهَ عِندَهُ أَجْرٌ عَظِيمٌ [788]

            Terjemahan: “Dan ketahuilah bahawa harta kekayaan kamu dan anak-anak kamum merupakan ujian dan sesungguhnya pahala yang besar itu di sisi Allah jua”

Pengajaran dan Saranan

1:  Manusia sangat kufur terhadap Allah dan ni`mat-ni`mat-Nya; mereka lebih senang mengingati musibah yang pernah menimpanya, tetapi sukar mengenang ni`mat Allah ke atasnya.

2:  Manusia selalunya tidak mengenang ni`mat pemberian Allah yang melimpah ruah ke atasnya, sifat ini ketara sekali pada gerak gerti dan tutur katanya.

3: Tabiat manusia sangat suka mengumpul harta kekayaan. Tabiat ini dibimbangi melupakannya kepada Allah, kecuali jika dia beriman dan beramal salih.

4:  Kecintaan kepada harta merupakan tabiat semula jadi manusia.  Ini adalah sesuat yang berbahaya jika tidak disertakan dengan keimanan yang dapat mengubahkan pemikiran dan prinsip-prinsip hidup.








[771] Ibrahim: 34.
[772] al-Ahzab: 72.
[773] Tafsir al-Qurtubi, 20/161.
[774] Luqman: 14.
[775] al-Nahl: 114.
[776] al-Nahl: 120-121
[777] al-Duha: 11
[778] Saba`: 13
[779] al-Bukhari,
[780] al-Qiyamah: 14-15.
[781] al-Rum: 24.
[782] Muslim, al-Bir wa al-Silah wa al-Adab; al-Awrwah junud mujannadah, hadith (4781) daripada Abu Hurayrah. Hadith Sahih, isnadnya  menurut syarat Muslim.
[783] al-Bukhari, al-Fitan, Idha Baqiya fi Huthalah .hadith (). Muslim, al-Iman, Raf` al-Amanah, hadith () daripada Hudhayfah al-Yaman ra.
[784] Maksud amanah dalam artikel ini ialah beban taklif  ke atas seorang muslim.  Sila rujuk al-Ahzab, ayat 72 tafsiran al-Amanah.
[785] al-Baqarah: 182
[786] Musnad Ahmad, hadith (20639) daripada Ubayy ibn Ka`b.
[787] Musnad Ahmad, hadith (17139) daripada Ka`b ibn `Iyad. Hadith Sahih. Rijalnya Thiqat, kecuali Mu`awiyah ibn Salih al-Hadrami.
[788] al-Anfal: 28.

9 comments:

Meiqing Xu said...

20160321meiqing
michael kors outlet
oakley vault
canada goose
ugg boots
louis vuitton
coach outlet store online
michael kors outlet
coach outlet
air jordan 13
christian louboutin outlet
rolex watches
louis vuitton handbags
true religion
true religion outlet
cheap toms shoes
tory burch flats
louis vuitton
toms shoes
cheap jerseys
lebron james shoes 2015
cartier watches
michael kors handbags
ralph lauren outlet
coach outlet
louis vuitton
kate spade
kate spade outlet
hollister outlet
nike air max
adidas originals
christian louboutin outlet
louis vuitton outlet
hollister clothing store
michael kors outlet
coach outlet
kobe bryant shoes
the north face
ray ban
michael kors outlet
coach outlet

艾丰 said...

jianbin0323
christian louboutin online
tiffany outlet
oakley sunglasses
michael kors online
prada handbags
michael kors outlet
michael kors handbags
rolex watches
ray-ban sunglasses
nba jerseys
longchamp handbags
cheap jordans
fitflop clearance
coach outlet
louis vuitton handbags
soccer jerseys
juicy couture tracksuit
links of london
adidas wings
michael kors outlet online
louis vuitton outlet store
fitflop sale
air jordan 11
true religion outlet
nike air force 1
true religion outlet
jordan shoes 2015
snapbacks wholesale
nike roshe
nhl jerseys
michael kors handbags
michael kors outlet online
basketball shoes

Zhenhong Bao said...

true religion jeans
fitflops shoes
coach outlet canada
ralph lauren,polo ralph lauren,ralph lauren outlet,ralph lauren italia,ralph lauren sito ufficiale
louis vuitton outlet
kate spade outlet
mbt shoes outlet
swarovski crystal
links of london jewellery
michael kors outlet
christian louboutin uk
soccer jerseys
nike roshe
michael kors outlet online
jordan shoes
prada outlet
louis vuitton outlet stores
michael kors outlet
calvin klein outlet
polo shirts
louis vuitton handbags outlet
mulberry outlet store
longchamp handbags
hermes outlet
prada shoes
kobe bryant shoes
hermes outlet
michael kors factory outlet
adidas wings
mulberry handbags
lacoste polo shirts
true religion jeans
ray ban sunglasses
michael kors outlet
nike roshe run
20160415zhenhong

raybanoutlet001 said...

toms outlet
cheap jordans
nike huarache trainers
converse trainers
michael kors outlet
polo ralph lauren
polo ralph lauren outlet
gucci borse
nike tn
nike blazer

raybanoutlet001 said...

falcons jersey
adidas yeezy boost
cheap jordan shoes
yeezy boost 350 v2
links of london
kobe bryant shoes
longchamp le pliage
true religion jeans
michael kors bags
air jordan

raybanoutlet001 said...

los angeles lakers jerseys
ed hardy outlet
ed hardy
ravens jerseys
mlb jerseys
nike store uk
michael kors outlet
oakley sunglasses
nike air huarache
patriots jerseys

dong dong23 said...

valentino boots
adidas neo
ralph lauren outlet
nike air max
ray ban aviators
polo ralph lauren
nike air max uk
adidas nmd
adidas football boots
adidas nmd
20174.17wengdongdong

caiyan said...

polo ralph lauren outlet online
gucci uk
pandora jewelry
ray ban sunglasses
true religion
adidas nmd
moncler outlet
mbt shoes
nike shoes for men
nmd adidas
0508shizhong

adidas nmd said...

polo ralph lauren
nike air huarache
ugg boots
nike shoes
san antonio spurs jerseys
michael kors handbags
coach outlet
skechers shoes
cheap nike shoes
polo ralph lauren