Tuesday, August 10, 2010

Tafsiran Surah al-Bayyinah (98) Ayat 4 Hingga 5

Ahli Kitab Berpecah Belah

وَمَا تَفَرَّقَ الَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ إِلَّا مِن َبعْدِ مَا جَاءتْهُمُ الْبَيِّنَةُ (4) وَمَا أُمِرُوا إِلَّا لِيَعْبُدُوا اللَّهَ مُخْلِصِينَ لَهُ الدِّينَ حُنَفَاء وَيُقِيمُوا الصَّلَاةَ وَيُؤْتُوا الزَّكَاةَ وَذَلِكَ دِينُ الْقَيِّمَةِ (5)
Terjemahan:

[98: 4] Dan tidaklah berpecah belah orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberi Kitab itu, melainkan setelah datang kepada mereka bukti yang nyata.

[98: 5] Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan memurnikan ibadat kepada-Nya serta berpegang teguh dengan tauhid dan supaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat dan yang demikian itulah agama yang lurus.

Ahli Kitab Berpecah Belah

Kepimpinan agama sebelum Islam berada di tangan Ahl al-Kitab, merekalah pendukung akidah samawi yang dipilih Allah untuk satu zaman di dalam sejarah. Manusia memerlukan satu kepimpinan yang diambil dari langit kerana kepimpinan dari bumi ialah kepimpinan hawa nafsu, kepimpinan yang sarat dengan hasad dengki, kepimpinan yang jahil dan serba lemah.

Allah telah menciptakan syariat yang nyata dan jelas kepada Ahl al-Kitab, syariat yang sesuai dengan mereka, tiada kekeliruan dan kesamaran padanya, tiada kesesatan dan penyelewengan, tiada perkara yang boleh membawa mereka kepada perselisihan, tetapi setelah berlakunya hasad dengki berlakulah perselisihan demi perselisihan, permusuhan dan perseteruan, sedangkan mereka mengetahui hakikat sebenarnya bukan kerana syari`at yang tidak jelas tetapi hati mereka yang kotor.

(98: 4) Mungkin ada orang beranggapan Ahli Kitab berpecah belah dan berselisih faham di dalam agama, akibat dari kejahilan tentang syariat Allah yang tidak jelas. Jika semuanya jelas nescaya tiada lagi orang berselisih faham dalam agama. Anggapan ini salah dan disangkal oleh ayat berikut.

وَمَا تَفَرَّقَ الَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ إِلَّا مِن َبعْدِ مَا جَاءتْهُمُ الْبَيِّنَةُ (4)

[98: 4] Dan tidaklah berpecah belah orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberi Kitab itu, melainkan setelah datang kepada mereka bukti yang nyata.

Keterangan ayat ini menunjukkan faktor kesesatan yang menimpa ahli Kitab adalah disebabkan perpecahan yang wujud di kalangan mereka. Iman kepada Allah dan rasul-Nya adalah jalan yang sangat berkesan ke arah menyatu padukan seluruh manusia dari mana dan pada peringkat mana sekalipun mereka berada. Namun mereka ini terlebih dahulu menolak perpaduan di bawah payung Islam, sebaliknya mereka berpecah belah hingga kepada beberapa firqah dan kumpulan, masing mempertahankan sikap dankedudukan tanpa mengira sama ada benar atau batil.

Dunia pada waktu itu memerlukan kebangkitan Rasul yang baru kerana kerosakan telah bermaharajalela di merata pelosoknya dan tiada harapan untuk membetulkan kerosakan itu melainkan dengan kebangkitan rasul yang baru, sistem hidup dan pergerakan yang baru. Kekufuran pada waktu itu telah merosakkan kepercayaan seluruh penduduk dunia sama ada golongan Ahli Kitab yang menganut agama samawi atau kaum Musyrikin yang tinggal di Semenanjung Tanah Arab.

Perpecahan dan perselisihan yang pertama adalah berlaku dalam kumpulan Yahudi sebelum kebangkitan Nabi Isa as. Mereka telah berpecah belah kepada berbagai-bagai golongan dan puak. Setelah Nabi Musa dibangkit menjadi Rasul. Kitab suci mereka ialah Taurat. Mereka berpecah kepada enam kumpulan besar iaitu Farisi/ Pharisees, Saduki/Sadducees, Eseni/ Essenes, Zelot/ Zealotry, Karaisme/ Karaites dan Samiri/ Samiritans[714]. Setiap kumpulan ini mempunyai ciri-ciri dan fahaman keagamaan masing-masing.

Perselisihan yang serupa berlaku dalam agama Kristian. Paling sengit ialah perselisihan di antara golongan Kristian Syam dan kerajaan Rom dengan golongan Kristian Mesir, atau lebih tepat di antara golongan Malkaniyyah yang menganut fahaman al-Masih Isa mempunyai dua sifat iaitu sifat ketuhanan dan sifat kemanusiaan dan golongan yang menganut fahaman al-Masih hanya mempunyai satu sifat sahaja iaitu sifat ketuhanan dan di dalam sifat ketuhanan inilah lenyapnya sifat kemanusiaan al-Masih.

Pada tahun 638 M. Seri Maharaja Heracilus yang berjaya mengalahkan kerajaan Parsi berusaha menyatukan aliran pemikiran yang berbeza di antara golongan-golongan Kristian yang bertelagah itu. Baginda mahu menyelaraskan semua aliran itu dan mengambil satu ketetapan orang ramai hendaklah menghindarkan diri dari memperkatakan masalah hakikat sifat al-Masih sama ada beliau mempunyai satu atau dua sifat. Tetapi ketetapan ini ditolak oleh Kristian Qibti. Akhirnya terjadilah satu penindasan yang ganas dilakukan oleh pemerintah Rom di Masir dan berlanjutan selama 10 tahun.

Pada masa itulah terjadi keganasan-keganasan yang mengerikan, Ada kalangan mereka diseksa kemudian dibunuh dengan melemaskan mereka di dalam air. Ada yang dibakar dengan api jamu hingga lemak-lemak dari lambung mereka meleleh ke lantai. Ada yang dimasukkan ke dalam guni-guni yang diisi dengan pasir, kemudian dibuang ke laut hidup-hidup.[715]

Perselisihan yang berlaku selepas kebangkitan para rasul yang tidak dapat dipadam apinya itu menunjukkan betapa pentingnya manusia kepada wahyu untuk menyelesaikan krisis yang mengaqncam keselamatan umat dan bangsa manusia.

Ahli Kitab Diseru Berpegang Kepada Akidah Tauhid

(98: 5) Syirik kepada Allah adalah punca berlakunya pecah belah dalam masyarakat Ahli Kitab. Tiada jalan yang boleh menyatu padukan mereka selain kembali berteduh di bawah bumbung tauhid dan mengagungkan kebesaran Allah yang Maha Esa.

وَمَا أُمِرُوا إِلَّا لِيَعْبُدُوا اللَّهَ مُخْلِصِينَ لَهُ الدِّينَ حُنَفَاء وَيُقِيمُوا الصَّلَاةَ وَيُؤْتُوا الزَّكَاةَ وَذَلِكَ دِينُ الْقَيِّمَةِ (5)

[98: 5] Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan memurnikan ibadat kepada-Nya serta berpegang teguh dengan tauhid dan supaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat dan yang demikian itulah agama yang lurus.

Iman kepada Allah serta memperkukuhkan asas-asas akidah merupakan langkah pertama ke arah perpaduan. Inilah jalan yang disaran kepada Ahli Kitab yang dilanda perpecahan yang begitu teruk akibat membelakangi keterangan-keterangan Allah yang jelas di dalam kitab-kitab yang diturunkan melalui para Nabi dan Rasul yang diutuskan kepada mereka.

Islam menuntut umatnya memurnikan tauhid kepada Allah dengan menjunjung perintah-Nya, sama ada berupa ibadat atau sistem hidup serta menolak kepatuhan kepada selain-Nya. Ketaatan kepada Allah dan kepercayaan kepada Allah dengan sebenar-benarnya tidak dihayati oleh Ahli Kitab, justeru mereka ditimpa wabak pecah belah dan kacau bilau sepanjang sejarah mereka. Bagi menghalalkan cara mereka membelakangi agama, mereka ciptakan slogan seperti:

دَعْ ما لِقَيْصَرَ لِقَيْصَرَ وَ مَا لِلّه لِلّه

Terjemahan: Serahkan urusan raja kepada raja, urusan Allah kepada Allah.

الدِّينُ لِلّهِ وَالْوَطَنُ لِلْجَمِيعِ

Terjemahan: Urusan agama diserahkan kepada Allah, urusan negara diserahkan kepada semua.

Islam menolak prinsip ini, sebaliknya mewajibkan manusia memulangkan urusan kepada Allah belaka. Allah berfirman:

وَلِلّهِ غَيْبُ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضِ وَإِلَيْهِ يُرْجَعُ الأَمْرُ كُلُّهُ فَاعْبُدْهُ وَتَوَكَّلْ عَلَيْهِ[716]

Terjemahan: Dan Allah jualah yang memiliki urusan ghaib di langit dan di bumi dan segala urusan dikembalikan kepada-Nya. Oleh itu, abdikan dirimu kepada-Nya dan bersertahlah kepada-Nya.

Firman Allah lagi:

أَلا إِنَّ لِلّهِ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضِ أَلاَ إِنَّ وَعْدَ اللّهِ حَقٌّ[717]

Terjemahan: “Ingatlah, Sesungguhnya Allah memiliki segala isi langit dan bumi. Ingatlah, sesungguhnya janji Allah itu adalah benar”

Manusia di muka bumi ini hanya mewakili pihak Allah bagi menjunjung segala perintah-Nya dan menjauhkan segala larangan-Nya, firman Allah:

آمِنُوا بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ وَأَنفِقُوا مِمَّا جَعَلَكُم مُّسْتَخْلَفِينَ فِيهِ فَالَّذِينَ آمَنُوا مِنكُمْ وَأَنفَقُوا لَهُمْ أَجْرٌ كَبِيرٌ[718]

Terjemahan: Berimanlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya, dan belanjakanlah (pada jalan kebajikan) sebahagian daripada harta benda (pemberian Allah) yang dijadikannya kamu menguasainya sebagai pemegang amanah. Maka orang-orang yang beriman di antara kamu serta mereka membelanjakan (sebahagian dari harta itu pada jalan Allah); mereka tetap beroleh pahala yang besar.

Allah tidak memberi kebebasan kepada manusia memisahkan di antara agama dan dunia sebagaimana dalam slogan di atas kerana slogan itu syirik, sebaliknya mreka diperinteh supaya menyembah Allah dengan memurnikan ibadat kepada-Nya dan itulah agama yang lurus

Gelaran Hanifi Hanya Kepada Agama Tauhid

Perkataan حُنَفَاءَ kata jama` daripada kata mufradnya حَنِيف. Menurut asal ertinya ialah teguh berpegang kepada tauhid, lawannya ialah syirik atau bersikap cenderung kepadanya[719]. Perkataan ini merupakan kata sifat kedua selepas perkataan مُخْلِصِينَ ertinya ikhlas kepada Allah pada ibadat. Tuntutan supaya hanif atau teguh dalam tauhid itu datang selepas tuntutan supaya ikhlas dalam ibadat. Sebahagian Mufassirin berpendapat, kedudukan ayat ini seolah-olah menyatakan tauhid itu terbahagi kepada tiga tahap:

Pertama, menyaksikan keesaan-Nya dengan lidah kemudian memperteguhkannya di sudut hati. Kedua, menyaksikan keesaan-Nya dengan menolak segala sekutu-sekutu yang dipersekutukan dengan Allah. Ketiga, menyaksikan keesaan-Nya dengan menolak rasa cintakan sekutu-sekutu serta membersihkan fikiran daripada gaya hidup dan budaya pemujaan terhadp sesama makhluk.

Tauhid hanifi ialah tauhid yang lurus kemudian diperkukuhkan dengan salat dan zakat.

... وَيُقِيمُوا الصَّلَاةَ وَيُؤْتُوا الزَّكَاةَ وَذَلِكَ دِينُ الْقَيِّمَةِ

mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat dan yang demikian itulah agama yang lurus.

Agama yang lurus dalam ayat ini bertemu dengan kitab yang lurus yang disebutkan dalam ayat terdahulu. Ini bermakna agama yang lurus itu ialah agama yang berpandukan kitab yang lurus juga iaitu al-Quran. Agama Yahudi dan Nasara tidak boleh disifatkan hanifi kerana kitab-kitabnya tidak suci lagi kerana berlaku pindaan padanya.

Pandangan Sayyid Qutb Terhadap Dialog Antara Agama[720]

Dekad-dekad mutakhir ini menyaksikan seruan untuk melakukan dialog antara agama, khususnya agama samawi semakin kuat walaupun ia dianggap sesetengah pihak masih di peringkat awal. Keperluan dialog antara agama pada zaman ini dikaitkan dengan beberapa alasan, antaranya:

1: Masyarakat pluralistik memerlukan tasamuh yang lebih tinggi. Corak kehidupan manusia yang lebih pluralistik akibat dari arus globalisasi. Jarang sekali berlaku wujudnya sebuah negara yang tidak didiami oleh masyarakat yang pelbagai, sementara sistem demokrasi yang diamalkan disebahagian besar negara di dunia yang menonjolkan aspek hak asasi manusia dan kebebasan beragama, kadangkala memerlukan interaksi dan tasamuh yang lebih tinggi di kalangan penduduk berbilang agama. Justeru suasana interaksi agama yang dahulunya lebih bersifat monolog harus berubah kepada dialog.

2: Sikap agresif dan akstremisme agama juga kadangkala bukan sahaja memberi kesan buruk kepada penganut agama lain malah kepada penganut agama itu sendiri. Tindakan sekelompok masyarakat bertindak atas nama agama dengan membunuh, mengebom manusia lain yang tidak berdosa adalah sesuatu yang tidak dibenarkan oleh mana-mana agama. Walaupun faktor yang membawa kepada tindakan tersebut serta keadaan psikologi mereka yang terlibat dapat difahami dan perlu diambil kira, tindakan yang dilakukan ternyata tidak menguntungkan sesiapa malah memberi kesan yang lebih buruk kepada hubungan antara agama. Justeru itu usaha dialog sama ada di peringkat dalaman di antara penganut agama itu sendiri dan juga dengan agama lain adalah perlu untuk menjelaskan kedudukan sebenar kefahaman agama tersebut dan mengelakkan salah faham.

3: Kewujudan masalah bersama di kalangan pelbagai agama yang menjadi ancaman bukan sahaja kepada sesuatu agama akan tetapi kesemua agama. Misalnya dalam keadaan kehidupan penduduk dunia yang semakin sekular dan berteraskan kebendaan, timbul keperluan di kalangan penganut-penganut agama untuk bersama berganding bahu menentang aliran-aliran ini dari mempengaruhi kefahaman agama-agama mereka. Begitu juga dengan isu-isu yang bersifat sosio-politik semasa seperti kerosakan alam sekitar, kemiskinan, ancaman nuklear, kepanasan global kesemuanya memerlukan suara dari kelompok agamawan dan boleh menjadi pendorong utama kelompok-kelompok agama untuk bersama-sama menyatakan pendirian mereka. Dari sudut yang lebih kecil, terdapat juga masalah-masalah dalaman yang bersifat teknikal yang kadangkala berkait dengan agama. Misalnya dalam konteks
Malaysia, beberapa isu tentang pentadbiran agama dan perlaksanaan undang-undang yang memberikan kesan terhadap agama seperti pembinaan kuil, sistem mahkamah sivil dan shari’ah. Perkara-perkara ini sudah pasti memerlukan tindakan proaktif dari kelompok-kelompok agama untuk duduk berbincang dan cuba menawarkan penyelesaian terhadap masalah-masalah tersebut dengan penuh kebijaksanaan.

Mendalami pemikiran Sayyid Qutb mengenai dialog antara agama samawi kita dapati beliau banyak menyentuh isu ini terutama tatkala mentafsirkan ayat-ayat berkenaan larangan bersetia kawan dengan Yahudi dan Nasara. Sebagai contoh, ayat 51 al-Ma`idah, Allah berfirman:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا لَا تَتَّخِذُوا الْيَهُودَ وَالنَّصَارَى أَوْلِيَاءَ بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاءُ بَعْضٍ وَمَنْ يَتَوَلَّهُمْ مِنْكُمْ فَإِنَّهُ مِنْهُمْ إِنَّ اللَّهَ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الظَّالِمِينَ [721]
Terjemahan: Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai teman rapat kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka teman rapatnya, maka sesungguhnya dia adalah dari golongan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberikan petunjuk kepada kaum yang berlaku zalim.

Sayyid Qutb mengulas ayat ini dalam kerangka kerjasama di antara penganut-penganut agama Yahudi dan Nasara dengan kelompok muslimin, katanya:

· Seruan ayat ini ditujukan kepada kelompok Muslimin di Madinah, tetapi pada masa yang sama juga ditujukan kepada setiap kelompok Muslimin yang berada di mana-mana pelosok bumi sehingga hari Kiamat. Sebab yang mendorong ditujukan seruan ini kepada orang-orang yang beriman pada masa itu ialah kerana hubungan di antara sesetengah orang Islam di Madinah dengan sesetengah Ahl al-Kitab terutama orang-orang Yahudi belum lagi diputuskan dalam bentuk yang total dan tegas, malah di sana masih wujud hubungan-hubungan kesetiaan dan pakatan kerjasama, hubungan-hubungan ekonomi dan mu`amalah, hubungan kejiranan dan persahabatan di kalangan mereka.
· Ayat-ayat al-Qur`an diturunkan untuk membangkitkan kesedaran yang sewajarnya bagi seseorang Muslim dalam perjuangan menegakkan akidahnyan untuk merealisasikan sistem hidupnya yang beru di dalam realiti hidup manusia dan untuk mewujudkan di dalam hati seseorang Muslim pemutusan hubungan yang total di antarany dengan setiap mereka yang bukan dari kelompok Muslim dan mereka yang tidak berdiri di bawah panji-panji Islam, iaitu pemutusan hubungan yang tidak melarang sikap tasamuh, kerana sikap ini menjadi sifat seseorang Muslim yang tetap, tetapi pemutusan hubungan ini membawa erti melarang perbuatan memberi kesetiaan, kerana kesetiaan di dalam hati seseorang Islam hanya diberikan kepada Allah, kepada Rasul-Nya dan kepada orang-orang yang beriman sahaja. Itulah kesedaran dan pemutusan hubungan yang pasti wujud pada seseorang Muslim di setiap negeri dan generasi.

· Kaum Yahudi dan Nasara saling bantu-membantu sesama mereka. Ini adalah satu hakikat yang tidak ada hubungan dengan Zaman kerana hakikat ini adalah terbit dari tabiat kekufuran yang begitu jauh bezanya dengan tabiat Islam. Kaum Yahudi dan Nasara tidak akan menjadi penolong-penolong atau rakan-rakan setia kepada kelompok Muslimin di mana-mana tempat pun di bumi ini dan pada bila-bila masa sekalipun. Abad-abad telah berlalu bersilih ganti membuktikan benarnya kenyataan ini. Mereka telah membantu satu sama lain dalam memerangai Nabi Muhammad saw dan kelompok Muslimin di Madinah. Mereka saling bantu membantu satu sama lain di merata pelosok bumi ini di sepanjang sejarah dan dasar saling membantu ini tidak pernah mungkir walau sekali pun. Tidak pernah berlaku di bumi ini melainkan tepat seperti yang dijelaskan al-Qur`an dalam bentuk menyatakan sifat kaum Yahudi dan Nasara, bukannya dalam bentuk penceritaan satu peristiwa yang tunggal.

· Orang yang berusaha menggoyah dan melembutkan tindakan tegas dengan memutuskan hubungan dengan alasan tasamuh dan memperdekatkan hubungan di antara agama-agama samawi adalah salah memahami makna agama-agama itu di samping salah memahami kna tasamuh. Agama yang terakhir itulah sahaja agama yang diterima di sisi Allah dan dasar tasamuh itu adalah diamal dalam urusan-urusan mu`amalat peribadi sahaja bukannya di dalam kefahaman i`tiqad dan bukan pula di dalam peraturan-peraturan kemasyarakatan. Mereka cuba menggoyahkan keyakinan yang kukuh di dalam hati seseorang Muslim bahawa Allah tidak menerima agama agama yang lain melainkan hanya agama Islam dan bahawa Allah akan merealisasikan sistem hidup Ilahi yang dilambangkan oleh Islam yang tidak boleh ditukar ganti dan dipinda walaupun sedikit.

Sebagai kesimpulan, dialog antara agama adalah bertentangan dengan akidah Islam. Kaum Yahudi dan Nasara sepajang sejarah mereka tidak pernah menunjukkan keikhlasan kepada Islam. Apa pun alasan diberi bagi mewajarkan dialog ini diadakan adalah salah dan sia-sia belaka.

Pengajaran dan Saranan

1: Kaum Yahudi dan Nasara telah menyeleweng dari ajaran Islam kerana mereka tidak beribadat dengan ikhlas kepada Allah, tidak mendirikan salat dan tidak menunaikan zakat dengan lurus.
2: Perpecahan Ahli Kitab yang berlaku selepas kebangkitan Nabi Muhammad saw adalah didorong oleh perasaan dengki dan tidak sedia menerima kenyataan bahawa Nabi akan dibangkit dari kalangan orang Arab.
3: Niat dengan ikhlas merupakan pra syarat bagi melakukan sesuatu ibadat. Yahudi dan Nasara tidak ikhlas kepada Allah pada ibadat yang mereka lakukan.
4: Seluruh perselisihan yang berlaku di antara golongan Ahli Kitab bukan kerana kurang pengetahuan, tetapi kerana hawa nafsu dan tabiat menentang kebenaran.
5: Nabi Muhammad saw merupakan Rasul yang terakhir, agama yang dibawa baginda juga merupakan yang terakhir.
6: Kabangkitan Nabi Muhammad saw dan para Rasul yang datang silih berganti sebelumnya adalah untuk mengembalikan manusia kepada kebaikan.






[714] Untuk penjelasan istilah-istilah ini sila layari lamanweb www.wikifedia.com
[715] al-Nadwi, Abu al-Hasan, Ma Dha Khasir al-`Alam bi Inhitat al-Muslimin, Dar al-Qalam, 1977, hal. 38 dan seterusnya.
[716] Hud: 123
[717] Yunus: 55.
[718] al-Hadid: 7
[719] Ulasan perkataan hanif dari segi bahasa dan istilah, sila rujuk tafsiran surah al-Baqarah ayat 153, Pedoman Muttaqin 1/479 dan seterusnya.
[720] Beberapa istilah lain juga dipakai seperti dialog peradaban, kerjasama antara agama, persefahaman antara agama, mendekatkan antara agama dan lain-lain, semuanya dianggap menjurus kepada satu matlamat hanya dengan sedikit perbezaan istilah. Demikian juga dengan maksud agama, sama ada antara Islam dan Kristian atau antara lima agama dengan tambahan Yahudi, Bugddha dan Hindu(Pengarang).
[721] al-Ma`idah: 51.

16 comments:

dong dong said...

201577dongdong
michael kors handbags
cheap jordans
coach outlet
jordan 11 low
longchamp bags
louis vuitton handbags
polo ralph lauren
chanel bags
ralph lauren sale
michael kors outlet online
louis vuitton outlet
michael kors handbags
burberry outlet
true religion jeans
longchamp outlet
christian louboutin outlet
coach outlet
christian louboutin
red christian louboutin
christian louboutin
jordan 11 concord
tods outlet
gucci outlet online
louis vuitton outlet
oakley sunglasses
oakley sunglasses
beats solo
ray ban uk
air jordan 13
christian louboutin outlet
louis vuitton outlet
chanel uk
michael kors bag
cheap ray bans
jordan 8s
abercrombie
louboutin pas cher
adidas outlet store
louis vuitton handbags

Mu Lin said...

louis vuitton zippy wallet
gucci purses
birkin bag hermes
cheap michael kors purses
coach outlet store
gucci outlet online
burberry purses
chanel bags outlet
burberry wallets
burberry bags
burberry handbags
burberry tote
gucci bags
hermes birkin
cheap coach purses
cheap gucci belts
coach tote bags
chanel bags prices
chanel wallet on a chain
michael kors bags on sale
michael kors cluthch
gucci clutch
hermes handbags
chanel clutch bag
longchamp bags
coach handbags sale
louis vuitton shoulder bag
gucci handbags
mcm purses
gucci bag
coach outlet store online
louis vuitton travel bag
louis vuitton watllets
coach crossbody
coach purse outlet

风骚达哥 said...

20151015 junda
Wholesale Authentic Designer Handbags
michael kors outlet
coach factory outlet
Hollister uk
Buy Kobe Shoes Online Discount
Louis Vuitton Bags Outlet Store
cheap toms shoes
ugg boots
louis vuitton outlet
michael kors uk
Louis Vuitton Handbags Discount Off
Cheap Jordans For Sale Wholesale
New Louis Vuitton Handbags Outlet
ray ban sunglasses uk
michael kors outlet online
Jordan 8 Bugs Bunny
Coach Factory Outlet Stores 70% off
louis vuitton
ugg boots
Michael Kors Outlet Deals Online
abercrombie
celine
ugg boots outlet
Jordan 6 Rings Powder Blue
Coach Factory Outlet Online Sale
Michael Kors Outlet Real Handbags Online
Oakley Vault Outlet Store Online
Christian Louis Vuitton Red Bottoms
ugg boots
coach outlet store online

Pnane Weg said...

abercrombie and fitch
coach
jordan
converse sale clearance
nike outlet store
Ugg Boots On Sale 70% Off
Coach Factory Outlet
michael kors
michael kors
canada goose coats
michael kors
michael kors
hermes
nike outlet store
timberland
Coach Factory Outlet Online
jordans for girls
north face factory outlet
under armour outlet stores
fitflops sale clearance
ferragamo sale
Ugg Boots Sale
coach purses clearance
Canada Goose Jacket
nike outlet store online shopping
ugg
jordan retro 6
new balance shoes
christian louboutin
cheap jordans
new balance outlet
cheap rolex watches
vans
kate spade outlet online
jordan
nike high heels online
coach factory outlet online
coach factory outlet
girls jordans
qwe12.21

John said...

coach factory outlet
air max 95
louis vuitton handbags
michael kors outlet
the north face outlet
coach outlet online
coach outlet store online
uggs clearance
ugg australia
ugg boots on sale
ralph lauren uk
swarovski jewelry
north face uk
coach outlet
christian louboutin
louis vuitton outlet online
abercrombie outlet
ugg outlet
vans shoes
uggs on sale
celine handbags
nike air max
oakley sunglasses
coach factory outlet
michael kors outlet
coach outlet store online
louis vuitton backpack
nike air huarache
jordans
nike air force 1
prada outlet
oakley sunglasses
michael kors handbags
20151221yuanyuan

Meiqing Xu said...

20160321meiqing
michael kors outlet
oakley vault
canada goose
ugg boots
louis vuitton
coach outlet store online
michael kors outlet
coach outlet
air jordan 13
christian louboutin outlet
rolex watches
louis vuitton handbags
true religion
true religion outlet
cheap toms shoes
tory burch flats
louis vuitton
toms shoes
cheap jerseys
lebron james shoes 2015
cartier watches
michael kors handbags
ralph lauren outlet
coach outlet
louis vuitton
kate spade
kate spade outlet
hollister outlet
nike air max
adidas originals
christian louboutin outlet
louis vuitton outlet
hollister clothing store
michael kors outlet
coach outlet
kobe bryant shoes
the north face
ray ban
michael kors outlet
coach outlet

艾丰 said...

jianbin0323
christian louboutin online
tiffany outlet
oakley sunglasses
michael kors online
prada handbags
michael kors outlet
michael kors handbags
rolex watches
ray-ban sunglasses
nba jerseys
longchamp handbags
cheap jordans
fitflop clearance
coach outlet
louis vuitton handbags
soccer jerseys
juicy couture tracksuit
links of london
adidas wings
michael kors outlet online
louis vuitton outlet store
fitflop sale
air jordan 11
true religion outlet
nike air force 1
true religion outlet
jordan shoes 2015
snapbacks wholesale
nike roshe
nhl jerseys
michael kors handbags
michael kors outlet online
basketball shoes

Zhenhong Bao said...

nhl jerseys
jordan shoes 2015
cheap nhl jerseys
hermes belt for sale
michael kors uk
oakley sunglasses wholesale
mulberry uk
lacoste shirts
adidas outlet store
hermes outlet store
basketball shoes
kobe shoes
beats headphones
true religion jeans
toms shoes
swarovski outlet
polo ralph lauren
jordan shoes
nike huarache
mulberry outlet
lebron shoes
true religion outlet
prada outlet
futbol baratas
nba jerseys
christian louboutin shoes
timberland boots
juicy couture tracksuit
mulberry handbags sale
louis vuitton handbags
ralph lauren outlet
prada sneakers
hermes birkin
michael kors outlet
cheap oakley sunglasses
20160415zhenhong

raybanoutlet001 said...

louis vuitton pas cher
michael kors handbags
michael kors handbags wholesale
michael kors outlet online
nike store
ralph lauren
ed hardy outlet
michael kors handbags
birkenstocks
michael kors handbags

wesan michael said...

yeezy boost
michael kors outlet
adidas neo online shop
hogan outlet
lacoste polo shirts
nike air zoom structure 19
coach outlet online
michael kors outlet store
toms outlet store
tiffany online

姚嘉 said...

birkenstocks
saics running shoes
versace
nike store
ghd hair straighteners
michael kors handbags
nike air huarache
cheap nba jerseys
nike outlet store
jimmy choo

raybanoutlet001 said...

fitflops clearance
yeezy boost 350 v2
kobe basketball shoes
oakley store online
tiffany jewelry
lacoste polo shirts
nfl jerseys from china
adidas superstar
Cheap Jordans For Sale
nike zoom

obat aborsi said...

This blog is so nice to me. I will continue to come here again and again. Visit my link as well. Good luck
cara menggugurkan kandungan

raybanoutlet001 said...

tiffany jewelry
nike roshe run
longchamp online shop
nike huarache
tiffany and co outlet
adidas yeezy boost
links of london
skechers go walk
adidas stan smith

raybanoutlet001 said...

coach outlet
texans jerseys
fitflops sale clearance
under armour outlet
adidas nmd
seattle seahawks jerseys
nike air force 1
oklahoma city thunder
pittsburgh steelers jersey
cowboys jerseys

dong dong23 said...

fitflops sale clearance
oakley sunglasses
michael kors tote bag
louis vuitton
le coq sportif
fred perry polo shirts
polo ralph lauren
nike air max uk
pandora jewelry
ed hardy
20174.17wengdongdong