. Untuk mendapat komen dari penulus sila sertakan nama penuh dan alamat. Pastikan anda meletakkan nama penulis dan penerbit asal artikel bersama URL berkaitan. Sebarang penerbitan bertujuan kommersial hendaklah mendapat kebenaran bertulis daripada penulis.Sila email sebarang kemusyikilan anda:alhayy@yahoo.com - Jika hendak mendapatkan maklum balas dari punulis setiap soalan hendaklah mengandungi sekrang kurangnya nama penuh. TERKINI: Pendidikan Sex dan Surah Annur - Ayat 1 Klik sini Pengenalan Annur - Ayat 1 Klik siniSambungan atau dalam google hanya taip Dr Hayei

Monday, August 2, 2010

Tafsiran Surah al-Bayyinah (98)

Surah al-Bayyinah (98)
(Bukti yang Nyata)

Mukadimah
Nama Surah:

Surah ini mempunyai beberapa Nama. Paling masyhur antara nama-namanya ialah al-Bayyinah ertinya Bukti yang Nyata. Selain al-Bayyinah namanya juga ialah surah al-Bariyyah, surah Lam Yakun, surah al-Qayyimah, surah al-Infikak[705].

Dalam riwayat menyebutkan namanya lagi ialah surah Lam Yakun al-Lazin Kafaru. Anas meriwayatkan katanya:

قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لِأُبَيِّ بْنِ كَعْبٍ : " إِنَّ اللَّهَ أَمَرَنِي أَنْ أَقْرَأَ عَلَيْكَ لَمْ يَكُنِ الَّذِينَ كَفَرُوا ، قَالَ : وَسَمَّانِي لَكَ ، قَالَ : نَعَمْ ، قَالَ : فَبَكَى [706] .

Terjemahan: “Sabda Nabi saw kepada Ubayy: Sesungguhnya Allah menyuruh aku supaya membaca kepadamu surah lam yakun al-ladhin kafaru min ahl al-kitab. Dia bertanya: Adakah Allah menyebutkan namaku? Sabda Nabi saw: “Ya, Dia menyebut namamu” , lalu Ubayy menangis”.

Munasabah Surah

Surah ini bagaikan menjawab soalan tercetus daripada ayat pertama surah al-Qadr, iaitu mengapa al-Qur`an diturnkan pada malam al-Qadr? Lalu dijawab dengan ayat pertama surah al-Bayyinah iaitu:

لَمْ يَكُنِ الَّذِينَ كَفَرُوا مِنْ أَهْلِ الْكِتَابِ وَالْمُشْرِكِينَ مُنفَكِّينَ حَتَّى تَأْتِيَهُمُ الْبَيِّنَةُ

Terjemahan: Orang-orang kafir dari Ahli Kitab dan kaum Musyrikin, tidak akan terlepas (dari krkufuran) sehingga datang kepada mereka bukti yang nyata.

Inilah sebab al-Qur`an diturunkan supaya Ahli al-Kitab dan Kaum Musyrikin memperolehi bukti yang nyata bahawa al-Qur`an ialah sebuah Kitab Suci yang diturunkan dari Allah.

Zaman Nuzul

Ulama tidak sekata pada menentukan zaman nuzulnya sama ada Makkiyyah atau Madaniyyah. Ibn `Atiyyah menyatakan turunnya di Makkah dan itulah pendapat Jumhur. Al-Zubayr dan `Ata ibn Yasar pula menyatakan surah ini diturunkan di Madinah[707].

Al-Qurtubi pula menyatakan surah ini diturunkan di Madinah dan itulah pendapat Jumhur. Beliau juga menyatakan Yahya ibn Salam berpendapat surah ini Makkiyyah. Al-Baghawi dan Ibn Kathir pula memutuskan surah ini diturunkan di Madinah[708].

Tema dan Ikhtisar Surah

Tema surah ini ialah “Kebangkitan Nabi Muhammad saw membuktikan kebenaran akidah Islam”

Surah ini meskipun ringkas tetapi padat. Pembicaraannya meliputi empat topik utama, iaitu:

Pertama: Kebangkitan Rasulullah saw merupakan satu keperluan untuk mengubahkan orang kafir dari Ahli Kitab dan kaum Musyrikin dari kesesatan dan perselishan yang mengongkong mereka. Tanpa kebangkitan, mereka tidak akan berganjak dari kesesatan mereka.

Kedua: Golongan Ahli Kitab tidak berselisih dan berpecah belah di dalam agama mereka sebagai akibat dari kejahilan dan penerangan yang tidak jelas, malah mereka berselisih sesudah datang kepada mereka ilmu dan bukti yang jelas.

Ketiga: Asal agama Allah itu satu sahaja dan semua lunas-lunas dan peraturannya mudah dan jelas tidak membawa kepada berpecah belah dan perselisihan faham;

Keempat: Orang-orang kafir setelah datang kepada mereka bukti yang jelas adalah sejahat-jahat makhluk dan orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal salih adalah sebaik-baik makhluk, kerana itulah balasan yang diterima oleh kedua-dua golongan itu amat jauh[709].

Inilah empat tonggak yang sangat penting bagi memahami perananan akidah Islamiah dan peranan kerasulan Nabi Muhammad saw yang akhir.

Kelebihan Surah

Antara hadis-hadis sahih menunjukkan kelebihan surah ini ialah:

1: Sabda Nabi saw kepada Ubayy ibn Ka`b ra:

أَنَّ نَبِيَّ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، قَالَ لِأُبَيِّ بْنِ كَعْبٍ : " إِنَّ اللَّهَ أَمَرَنِي أَنْ أُقْرِئَكَ الْقُرْآنَ " ، قَالَ : آللَّهُ سَمَّانِي لَكَ ؟ قَالَ : نَعَمْ، قَالَ: وَقَدْ ذُكِرْتُ عِنْدَ رَبِّ الْعَالَمِينَ ؟ قَالَ : نَعَمْ ، فَذَرَفَتْ عَيْنَاهُ [710].

Terjemahan: “Sesungguhnya Nabi saw bersabda kepada Ubayy ibn Ka`b: Sesungguhnya Allah saw menyuruh aku membaca al-Qur`an kepadamu. Ka`b bertanya: Adakah Allah menyebutkn namaku kepadamu? Sabda Nabi saw: Ya, namamu disebut Allah. Katanya lagi: Namaku disebut di sisi Tuhan semesta alam? Sabda Nabi: Ya, lalu air matanya berlinangan” .

2: Riwayat Ubayy ibn Ka`b ra:

عَنْ أُبَيِّ بْنِ كَعْبٍ، أَنَّ النَّبِيَّ ، صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، قَالَ : " إِنَّ اللَّهَ ، تَبَارَكَ وَتَعَالَى ، أَمَرَنِي أَنْ أَقْرَأَ عَلَيْكَ الْقُرْآنَ " ، قَالَ : فَقَرَأَ عَلَيْهِ لَمْ يَكُنِ سورة البينة آية 1 وَقَرَأَ عَلَيْهِ : إِنَّ ذَاتَ الدِّينِ عِنْدَ اللَّهِ الْحَنِيفِيَّةُ السَّمْحَةُ لا الْمُشْرِكَةُ وَلا الْيَهُودِيَّةُ وَلا النَّصْرَانِيَّةُ ، وَمَنْ يَعْمَلْ خَيْرًا فَلَنْ يُكْفَرُوهُ ، وَقَرَأَ عَلَيْهِ : لَوْ كَانَ لابْنِ آدَمَ وَادٍ لابْتَغَى إِلَيْهِ ثَانِيًا ، وَلَوْ أُعْطِيَ ثَانِيًا لابْتَغَى إِلَيْهِ ثَالِثًا ، وَلا يَمْلأُ جَوْفَ ابْنِ آدَمَ إِلا التُّرَابُ ، وَيَتُوبُ اللَّهُ عَلَى مَنْ تَابَ [711].

Terjemahan: Riwayat Ubayy in Ka`b, Nabi saw bersabda: Sesungguhnya Allah saw menyuruh aku membaca al-Qur`an kepadamu, lalu nabi membaca surah lam yakun [surah al-Bayyinah]. Seterusnya Nabi saw Membaca: Sesungguhnya penganut agama yang benar di sisi Allah ialah agama yang lurus dan mudah, bukan agama syirik, bukan Yhudi dan bukan Nasrani, dan apa sahaja amal kebaikan yang dilakukan mereka, tidak akan dihapuskan pahalanya. Nabi membaca lagi: Sekiranya anak Adam mempunyai sati lombong nescaya dia mencari lombong kedua dan sekiranya diberi lombong kedua nescaya diberi lombong ketiga. Perut anak Adam tidak akan penuh kecuali diisi tanah, Allah menerima taubat orang yang bertaubat”



***


[705] Tafsir al-Tahrir wa al-Tanwir, 30/467
[706] Muslim, Kitab Salat al-Musafirin, hadith (1337) daripada Anas Ibn Malik.
[707] Tafsir Ibn `Asyur, 30/467.
[708] Tafsir Ibn `Asyur, 30/467. Fath al-Bayan, 15/327.
[709] Fi Zilal al-Qur`an, 17/475
[710] Al-Bukhari, Kitab al-Tafsir, hadith (4606) daripada Anas ibn Malik.
[711] Sunan al-Tirmidhi, hadith (3793) Menurutnya hadith Hasan Sahih. Al-Mustadrak ala al-Sahihayn, 2/224. katanya: Hadith Sahih al-Isnad walam Yukhrijah, daripada Zirr ibn Hubaysh.

No comments: