Friday, May 20, 2011

'Ajaran Sesat'

Liberalisma dan Pluralisma Agama


Liberalisma pada asalnya ialah falsafah yang meletakkan kebebasan individu sebagai nilai politik tertinggi. Seseorang yang menerima fahaman liberalisme dipanggil seorang liberal. Walau bagaimanapun, maksud perkataan liberal mungkin berubah mengikut konteks dan aplikasinya dalam sesebuah negara.



Liberalisme menekankan hak-hak peribadi serta kesamarataan peluang. Dalam fahaman liberalisme, pelbagai aliran dengan nama “liberal” mungkin mempunyai dasar dan pandangan yang berlainan, tetapi secara umumnya aliran-aliran ini bersetuju dengan prinsip-prinsip kebebasan berfikir, kebebasan bersuara, pembatasan kuasa-kuasa kerajaan, kedaulatan undang-undang, hak individu ke atas harta persendirian, pasaran bebas dan ketelusan sistem pemerintahan. Mereka yang berfahaman liberal menyokong sistem kerajaan demokrasi liberal dengan pengundian yang adil dan terbuka, di mana semua rakyat mempunyai hak-hak yang sama rata di bawah undang-undang.

Fahaman liberalisme moden berakar umbi dari zaman kesedaran Barat dan kini mengandungi pemikiran politik yang luas dan kaya dari segi sumber. Liberalisme menolak kebanyakan tanggapan asas dalam hampir semua teori pembentukan kerajaan awal seperti hak-hak raja yang diberikan oleh tuhan, status yang berasaskan keturunan dan institusi-institusi agama. Liberal beranggapan sistem ekonomi pasaran bebas lebih cekap dan menjana lebih banyak kemakmuran.

Negara liberal moden awal adalah Amerikan Syarikat, yang didirikan di bawah prinsip setiap manusia diciptakan sama taraf; mereka diberi Pencipta hak-hak yang tidak boleh dinafikan oleh sesiapa; iaitu hak-hak hidup, kebebasan, dan mengejar kebahagiaan. Hak-hak manusia hendaklah dilindungi secara adil oleh kerajaan yang dipilih mereka untuk memerintah.

Dalam kehidupan di dunia ini kita menghadapi banyak kepercayaan agama, ideologi, latarbelakang sosial, etnik dan sebagainya. Dalam banyak hal, nilai-nilai pluralisma sering mencetus perpecahan, pergaduhan malah peperangan.

Apabila hal kepelbagaian ini dihubungkan dengan agama secara khusus, maka ia bererti dunia ini memiliki banyak agama dan kepercayaan. Setiap penganut ada persepsinya sendiri. Bagi pejuang pluralisma dan liberalisma, syurga bukan untuk umat Islam sahaja, malah terbuka kepada semua penganut agama di dunia asalkan mereka berbuat kebaikan.

Sejarah Awal
Galileo

Kitab Injil tidak boleh dibaca, apalagi untuk ditafsir. Perempuan adalah najis, tidak boleh baca atau pegang Injil. Akhirnya semua kumpulan masyarakat bangun memberontak. Dari dalam Kristian sendiri timbul protes yang serius dan akhirnya lahir mazhab Protestan.

Injil perlu ditafsir semula. Tafsiran lama tidak boleh dipakai lagi. Intelektual pun bangun menulis buku-buku menentang fatwa-fatwa gereja. Nicolai Copenicus, Kepler, Brehe dan Galileo Galilee adalah antara pengkritik otonomi dan tafsiran-tafsiran Gereja Katholik.

Sehubungan dengan penglibatan intelek pengkritik agama, kumpulan-kumpulan feudal, kemudian kapitalis, kumpulan sosioalis-marxis juga muncul dengan teori dan gerakan yang menentang otonomi Gereja Katholik.

Karl Marx  menganggap  agama  adalah  candu-masyarakat!  Ahli-ahli  fikir moden

Eropah mempersoal agama dan kriteria kebenaran. Akibat dari gerakan protes dan dengan serangan tubi ini, agama dibenci. Kitab agama dikatakan perlu di nilai semula. Kebenaran itu relatif. Semua orang bebas mentafsirkan agama dan ketuhanan.

Eropah akan terus berada dalam kemunduran jika masih kuat berpegang pada agama. Maka pada akhirnya, akibat banyak penjuru berlaku penentang dan pemberontakan, para penentang ditangkap, dibunuh atau disiksa. Buku-buku yang mengkritik otonomi dan fatwa gereja dibakar.
Buku-buku yang didatangkan dari Timur Tengah hasil tulisan tokoh-tokoh Islam seperti Ibn Rusyd diperintah supaya dibakar. Sebarang wacana ilmu yang mengkritik Kristian diharamkan. Penentangan besar diketuai kumpulan cendekiawan.

Mereka mula mengkritik agama Kristian dari segenap penjuru. Kitab Injil, yang asalnya juga banyak diubah, dikritik lagi dengan lebih mendasar. Kitab Injil sudah jadi macam buku sastera yang dikritik oleh semua peminat. Kandungannya tidak lagi relevan.

Mazhab protestan terus mendapat sokongan. Akhirnya timbul Renaissance. Agama dan Tuhan sudah kehilangan kuasa dan daulat. Kebenaran boleh didapati dari manusia sendiri berasaskan akal rasional atau pengalaman dan bukan teks-teks agama.

Antara tokoh-tokoh falsafah Barat yang memimpin gerakan Liberalisma ini ialah Rene Descartes (1592-1650), John Locke (1632-1704), Immanuel Kant (1724-1804), David Hume (1711-1776), Auguste Comte (1798-1857), Jeremy Bentham (1748-1832), John S.Mill (1806-1873), Frederich Nietzsche (1844-1900) dan ramai lagi.

Terdapat tiga jenis idea asas yang diperjuang oleh pemikir-pemikir ini:

Pertama, Tuhan itu tidak wujud atau diragui kewujudannya;

Kedua, alam ini wujud secara mekanistik, iaitu hukum alam bukan hukum Tuhan;

Ketiga, akal manusia mampu memahami semua masalah manusia, fenomena alam dan lain-lain. Di sini, otoriti agama dipinggirkan.

Berkaitan dengan agama secara khusus, pemikir Barat W.C Smith memperkenalkan slogan “Universal Theologi of Religion”. Idea ini menarik pemikir-pemikir Eropah yang lain dalam kerangka dan semangat menolak otoriti agama.

Muncul John Hick dan Hans Kung tokoh pemikir Barat sekular dan terus memperpularkan gagasan pluralisma. Gagasan ini memperjuangkan konsep semua agama boleh diterima dan benar. Ini kerana tujuannya adalah satu, jalannya sahaja berlainan. Maka popularlah ‘Pluralisme’. Tuhan cipta banyak agama menurut mereka untuk kepentingan berbagai bangsa di pelbagai masa dan wilayah.

Semua ajaran betul belaka dan semua orang boleh sampai pada Tuhan dengan mengikut jalan mana sekali pun. Oleh itu semua agama di dunia ini menyeru pada Tuhan dan benar belaka. Siapa pun tidak boleh mendakwa agama anutannya sahaja yang benar dan betul!

Apabila berlaku interaksi Islam-Barat melalui penjajahan dan pembaratan, gagasan liberalisma ini turut sama masuk dan ia disuburkan di bawah payung sekularisma. Keadaan ini berjalan hingga kini di serata dunia Islam.

Idea-idea Utama Libralisme dan Pluralisma

Di sini diperturunkan sebahagian idea-idea liberalisma dan pluralisma.

* Mengkritik Teks al-Quran.


Antara tokoh utama di sini ialah Nasr Hamid Abu Zaid (Mesir). Beliau bertugas di Universiti Leiden, Belanda. Beliau dihukum murtad oleh Universiti al-Azhar. Beliau mengkritik al-Quran dalam bukunya “Mafhum al-Nas:Dirasat fi ’Ulum al-Quran” (Kefahaman mengenai teks: Satu aspek kajian mengenai `Ulum al-Quran).

Nasr Hamid ini sependap dengan Frederich Schlie Marcher (1768-1834) yang pernah memberi teori bahawa al-Quran yang diturunkan melalui Malaikat Jibril a.s. kepada seorang Muhammad atas sifatnya sebagai manusia. Muhammad sebagai penerima pertama adalah penerima Teks hal ehwal manusia. al Qur’an itu bukan Teks Ilahi dalam bentuk asli, tapi disaring menurut pemikiran Muhammad. Jadi al-Quran itu bukan asli seperti yang kita fahami selama ini.

Ayat-ayat al-Qur`an yang kita pelajari adalah wahyu yang dibaca Malaikat dan dituruti bazaannya oleh Rasulullah saw dan kemudian dihafal serta dikumpul oleh para sahabat adalah metod lama dan salah menurut metod pemikir liberalisma dan pluralisma.

Umpamanya professor pemikiran Islam di Universiti Sorbone, Perancis iaitu Prof. Muhammed Arkoun membawa pendekatan “Makna Teks”. Perkara ini ada ditulis oleh beliau dalam beberapa buah bukunya seperti “The Unthought in Comtemporary Thought” (2002) dan “Min al-Ijtihad ila Naqd al-‘Aql al-Islami” (1992).

Menurutnya kajian kritis terhadap al-Quran adalah bentuk ijtihad, sama seperti pemikir Barat bersifat kritis terhadap Bible. Arkoun berpendapat wahyu perlu dilihat dalam kontek umum, meliputi kitab-kitab agama lain seperti kitab agama Hindu, Buddha, Injil Perjanjian Lama dan Baru.


Ini bermakna kebenaran agama hak milik semua penganut semua agama.Teori mereka ini memberi maksud (i) Muhammad itu pengarang al-Quran (ii) Syariat juga dicipta oleh Muhammad (iii) al-Quran tidak suci lagi (iv) semua kitab-kitab tafsir di dunia Islam tidak boleh dipakai lagi (v) al-Quran perlu ditafsir semula, seperti tuntutan yang dibuat terhadap Bible.

* Idea Theologi Pluralis

Idea ini, seperti yang telah disebutkan di atas, menganggap semua agama adalah sama, sama benarnya dan semua membawa kepada Tuhan hanya jalannya sahaja yang berlainan .

Nama Tuhan boleh berbeza menurut bahasa-bahasa bangsa manusia. Kitab suci pun boleh berlainan bahasa. Islam mempunyai syariat dan Tariqat. Syariat adalah hukum-hukum lahiriyah, sedangkan tariqat adalah perjalanan hamba menuju Tuhannya dengan cara menyucikan batin dan bersih dari sifat-sifat tercela. Ini ada dalam semua agama. Persamaan ini akan membentuk
hidup yang harmoni, asalkan jangan ego mengatakan akidah atau agamanya sahaja benar, yang lain batil belaka.

John Hick pendukung kuat liberalisme mengatakan semua orang boleh masuk syurga tanpa mengira bangsa, warna kulit dan agama. Tuhan boleh dikenali dengan apa sahaja identiti oleh semua penganut agama.

Brahma dan Allah kata mereka adalah Tuhan yang sama, Cuma dilihat dan diucap dengan cara berlainan antara Hindu dan Islam. Tertera dalam al-Quran. Apakah sifat Brahma, Tuhan dalam ajaran Shinto dan lain-lain itu sama dengan sifat-sifat Allah swt dalam al-Quran? Apa yang kita faham Allah swt mempunyai sifat-sifat yang tersendiri. Penolakan sifat-sifat-Nya sama dengan penolakan Syariat Islam.

Abdullah al-Naim, seorang penulis berasal dari Sudan telah menulis buku “Toward an Islamic Reformation” (1989). Abdullah mahu merombak cara berfikir umat Islam terhadap syariat. Syariat hanyalah ciptaan manusia. Ia tidak suci. Perlaksanaan hukum Islam hanya memberi impak counter-productive. Hukum-hukum Islam melanggar Hak Asasi Manusia dan tidak sesuai dengan perkembangan zaman.

Abdullah terpengaruh kuat dengan orientalis Barat yang buruk hati terhadap Islam seperti Goldziher, Schacht dan Coulsan yang lama menyebut syariat Islam adalah ciptaan fuqaha selama 300 tahun. Abdullah juga turut mengulangi perkara yang sama.

Kumpulan Islam liberal menggunakan idea ini untuk menolak hukum Islam. Oleh itu Negara Islam pun tidak wujud lagi apabila hukunya ditolak. Kumpulan ini sebenarnya gagal membezakan di antara Syariat dan Fiqh, Qat`iyyat dan Ijtihadiyyat, Thawabit dan Mutaghaiyirat dalam sistem Ilmu-ilmu Islam.

Konsep Ijtihad dalam Islam membuka ruang untuk umat Islam menyusun keputusan baru menurut masalah-masalah semasa. Golongan Liberal ini tidak berminat berpegang kepada hadis Nabi. Mereka mempertikaikan kesahihan hadis dan menolak otoritinya.

Di Malaysia kumpulan ini dikenali dengan nama kumpulamn anti-hadis. Menurut mereka hadis hanyalah rakaman sejarah masa lamapau. Ia hanya boleh dibaca jika perlu. Kumpulan liberal dan anti-hadis ini juga menolak ijma`. Menurut mereka ijma` sebenarnya tidak wujud, hanya ijma` Pak Arab sahaja yang ada! Oleh itu ulama pun tidak perlukan lagi .




9 comments:

ROHAN said...

Dr boleh komen tentang buku yang di karang oleh pemikir Islam kontemporari Dr Tariq Ramadan yang bertajuk Developing a Philosophy of Pluralism yang mana dia cenderung kepada pluralisma. Terima kasih didahulukan atas jawapan Dr.

Zhenhong Bao said...

nhl jerseys
jordan shoes 2015
cheap nhl jerseys
hermes belt for sale
michael kors uk
oakley sunglasses wholesale
mulberry uk
lacoste shirts
adidas outlet store
hermes outlet store
basketball shoes
kobe shoes
beats headphones
true religion jeans
toms shoes
swarovski outlet
polo ralph lauren
jordan shoes
nike huarache
mulberry outlet
lebron shoes
true religion outlet
prada outlet
futbol baratas
nba jerseys
christian louboutin shoes
timberland boots
juicy couture tracksuit
mulberry handbags sale
louis vuitton handbags
ralph lauren outlet
prada sneakers
hermes birkin
michael kors outlet
cheap oakley sunglasses
20160415zhenhong

chenlina said...

canada goose
ugg boots uk
toms shoes outlet
nike air max
adidas superstar
toms outlet
mont blanc pens
louis vuitton outlet
uggs outlet
moncler jackets
true religion jeans
michael kors outlet
coach outlet store online
nike factory outlet
michael kors handbags
coach factory outlet
timberland boots
ray ban sunglasses
christian louboutin
moncler uk
mont blanc pens for sale
canada goose
adidas originals
louis vuitton outlet
louis vuitton handbags
kobe 11 shoes
uggs on sale
jordan 4 toro
ralph lauren outlet
canada goose jackets
ugg boots
ray ban sunglasses
air jordan retro
christian louboutin pas cher
michael kors outlet
jordan shoes
ray ban pas cher
adidas shoes
toms shoes
ugg sale
chenlina20160810

wesan michael said...

timberland online shop
nfl jerseys wholesale
adidas stan smith
tiffany and co outlet
kobe shoes
michael kors handbags
oakley sunglasses
vera bradley outlet
kobe bryant shoes

raybanoutlet001 said...

falcons jersey
adidas yeezy boost
cheap jordan shoes
yeezy boost 350 v2
links of london
kobe bryant shoes
longchamp le pliage
true religion jeans
michael kors bags
air jordan

Meiqing Xu said...

louis vuitton outlet store
yeezy boost 350
nike air max
kate spade handbags
christian louboutin shoes
toms outlet store
birkenstock sandals
oakley sunglasses
polo ralph lauren outlet online
ralph lauren outlet
20170323caian

raybanoutlet001 said...

longchamp le pliage
michael kors handbags outlet
new england patriots jerseys
nike air huarache
ray bans
cheap nhl jerseys
chaussure louboutin
seahawks jersey
jordan shoes
converse trainers

dong dong23 said...

replica watches
cheap jordans
adidas yeezy boost 350
north face
ray ban sunglasses
toms uk
converse shoes
mont blanc pens
nfl jerseys
pandora uk
20174.17wengdongdong

caiyan said...

yeezy 350 boost
rolex replica
oakley sunglasses
gucci handbags
adidas outlet
fitflops sale clearance
coach outlet
coach factory outlet
yeezy boost 350
oakley sunglasses
0508shizhong