. Untuk mendapat komen dari penulus sila sertakan nama penuh dan alamat. Pastikan anda meletakkan nama penulis dan penerbit asal artikel bersama URL berkaitan. Sebarang penerbitan bertujuan kommersial hendaklah mendapat kebenaran bertulis daripada penulis.Sila email sebarang kemusyikilan anda:alhayy@yahoo.com - Jika hendak mendapatkan maklum balas dari punulis setiap soalan hendaklah mengandungi sekrang kurangnya nama penuh. TERKINI: Pendidikan Sex dan Surah Annur - Ayat 1 Klik sini Pengenalan Annur - Ayat 1 Klik siniSambungan atau dalam google hanya taip Dr Hayei

Sunday, September 12, 2010


PENTAFSIRAN  SURAH  AL - HUMAZAH AYAT (1 HINGGA 9)

Mengumpat Dalil Rendah Akhlak

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang

وَيْلٌ لِّكُلِّ هُمَزَةٍ لُّمَزَةٍ (1) الَّذِي جَمَعَ مَالا وَعَدَّدَهُ(2) يَحْسَبُ أَنَّ مَالَهُ أَخْلَدَهُ (3)  كَلا لَيُنبَذَنَّ فِي الْحُطَمَةِ (4) وَمَا أَدْرَاكَ مَا الْحُطَمَةُ (5)  نَارُ اللَّهِ الْمُوقَدَةُ (6)  الَّتِي تَطَّلِعُ عَلَى الْأَفْئِدَةِ (7)  إِنَّهَا عَلَيْهِم مُّؤْصَدَةٌ (8)  فِي عَمَدٍ مُّمَدَّدَةٍ (9)

Terjemahan:

[104:1] Kecelakaan besar bagi setiap pengumpat dan pencaci,

[104:2] Yang giat mengumpulkan harta dan menghitung jumlahnya;

[104: 3] Dia menyangka bahawa hartanya itu dapat mengekalkannya,

[104: 4] Tidak! Sesungguhnya dia akan dicampakkan ke dalam neraka “Al-Hutamah”.

[104: 5] Tahukah engkau  apa dia neraka "Al-Hutamah" itu?

[104: 6] Itulah api Allah yang dinyalakan.

[104: 7] Yang naik menjulang ke hati;

[104: 8] Sesungguhnya api Neraka itu ditutup rapat atas mereka.

[104: 9] Sedangkan mereka diikat pada tiang-tiang yang panjang.

Mengumpat Dalil Rendah Akhlak  Surah al-Humazah yang mengandungi 9 ayat ini membicarakan segolongan manusia yang tidak sedarkan kelemahan dirinya.  Pada hakikatnya mereka ini seorang makhluk yang lemah tetapi berasa kuat dan gagah, mereka bermegah-megah dengan harta dan kekayaannya,  lalu memperkecilkan orang lain, menghina dan mengeji orang miskin.  Mereka ini rugi kerana dengan kesombongannya menyebabkan mereka dimasukkan ke Neraka.

(104: 1)   Penghuni syurga ialah orang mukmin yang berkumpul padanya sifat-sifat yang baik, penghuni Neraka pula ialah orang yang berkumpul padanya sifat-sifat keji dan suka menghina orang, antara sifat keji ialah menguumpat, mencaci dan mendedahkan keaiban orang.

(1)وَيْلٌ لِّكُلِّ هُمَزَةٍ لُّمَزَةٍ

[104:1] Kecelakaan besar bagi setiap pengumpat dan pencaci,
Surah ini memulakan dengan amaran yang menggempakan orang yang disifatkan Humazah dan Lumazah. Siapakah al-Humazah al-Lumazah itu?.

Mereka itu ialah orang mempersendakan orang, mengaib, mengumpat, menghina dan mencaci orang, sama ada dengan kata-kata, gerak geri, tangan, kaki. mata, kening dan sebagainya.  Perkataan al-humazah dan al-lumazah adalah dua perkatan yang membawa makna “sangat ..”.Al-Humazah dikatakan kepada orang yang sangat sukamengaib, mengumpat atau menjatuhkan kehormatan orang lain. Al-Lumazah ialah orang yang sangat suka membicarakan keaiban seseorang dan mendedahkannya kepada umum. Ada tafsiran menyatakan al-humazah ialah orang yang suka mengumpat dan al-lumazah ialah orang yang suka mengaibkan orang.

           Ibn Abbas mentafsirkan dua kalimah ini, katanya:
هُمُ الْمَشَّاؤونَ بِالنَّمِيمَةِ، الْمُفَرِّقُونَ بَينَ الأحِبَّةِ
[1]النَّاعِتُونَ لِلنَّاسِ بِالعَيبِ

Terjemahan: “Orang yang giat menaburkan fitnah, melaga-lagakan di antara kawan-kawan yang berkasih sayang  dan memperkenalkan orang kepada orang ramai dengan keaibannya”

Tafsiran Ibn Abbas ini mungkin merujuk kepada hadith:

شِرَارُ عِبَادِ اللَّهِ الْمَشَّاؤُونَ بِالنَّمِيمَةِ، الْمُفَرِّقُونَ بَيْنَ
[2]الْأَحِبَّةِ، الْبَاغُونَ الْبُرَآءَ الْعَنَتَ

Terjemahan:“Paling buruk di antara hamba-hamba Allah ialah orang yang giat menabur fitnah, melaga-lagakan di antara rakan-rakan yang berkasih sayang dan orang yang mencari-cari kesalahan terhadap orang yang tidak bersalah”
Ayat ini dengan tegas mengharamkan orang mu`min dari mengumpat atau menyebut keburukan sesama mukmin, sama ada di hadapan atau di belakangnya, secara terang-terangan atau sindiran, dengan bahasa isyarat, lisan atau tulisan,lakaran karton dan sebagainya, berkenaan hal-hal dunia atau agama,  menyentuh akhlak atau peribadi, semuanya dikatakan mengumpat. Nabi saw bersabda:
 ‏أَتَدْرُونَ مَا ‏ ‏الْغِيبَةُ ‏ ‏قَالُوا اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَعْلَمُ
قَالَ ذِكْرُكَ أَخَاكَ بِمَا يَكْرَهُ قِيلَ أَفَرَأَيْتَ إِنْ كَانَ فِي أَخِي
مَاأَقُولُ قَالَ إِنْ كَانَ فِيهِ مَا تَقُولُ فَقَدْ ‏ ‏اغْتَبْتَهُ ‏ ‏وَإِنْ
[3]لَمْ يَكُنْ فِيهِ فَقَدْ ‏ ‏بَهَتَّهُ

Terjemahan:  Tahukah kamu apa itu al-Ghibah?  Jawab para sahabat:  Allah dan Rasul-Nya jua yang mengetahui.  Sabdanya:  Anda memperihalkan sesuatu yang tidak disukai saudara anda.  Ditanya lagi: Bagaimana jika benar ada pada saudara saya perkara yang disebut itu?  Sabdanya:  Jika benar maka itulah mengumpat. Sebaliknya jika tidak benar, anda membohongi terhadapnya.
Antara perkara yang dihubungkan dengan mengumpat ialah buruk sangka,mencari-cari keaiban orang, mencaci, mengejek-ejek seseorang dengan kekurangan atau memanggil namanya dengan panggilan yang memalukannya.  Islam sangat tidak menyukai orang seumpama ini, sabda Nabi saw:

مَنْ عَلِمَ مِنْ أَخِيهِ سَيِّئَةً ، فَسَتَرَهَا سَتَرَهُ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ
[4]بِهَا يَوْمَ الْقِيَامَةِ

Terjemahan: “Sesiapa mengetahui sesuatu keburukan pada saudaranya lalu ditutupnya, Allah akan menutupkan keburukannya pada hari Qiamat”.

Sabdanya lagi:

 [5]مَنْ سَتَرَ عَلَى مُؤْمِنٍ عَوْرَةً سَتَرَهُ اللَّهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ

Terjemahan:  Sesiapa menutup aurat seorang mu`min, nescaya Allah menutup auratnya pada hari Qiamat.

Seringkali orang yang mencari-cari keaiban orang lain untuk didedahkan kepada umum itu, lebih buruk kesalahannya dari kesalahan orang yang melakukan dosa  yang sama secara tertutup. Ini kerana orang yang mencari-cari keaiban orang,hatinya buruk kerana tujuannya menghina saudaranya sesama Islam dan menyimpan
perasaan benci di dalam hatinya, sedangkan pelaku dosa secara sembunyi masih ada  padanya iman atau sekurang-kurangnya penghormatan terhadap shi`ar Islam, justeru dia melakukannya secara sembunyi dan tertutup.

(104: 2) Orang yang suka mengumpat dan memperkatakan keaiban orang,biasanya terdiri daripada pesakit jiwa yang sedarkan kelemahan dirinya tetapi tidak mempunyai kekuatan untuk mengatasinya.  Justeru dia mencari sesuatu yang lain untuk mengatasinya seperti dengan mengumpul harta atau membina imej untuk menggantikan kelemahan dengan kekuatan harta dan imej yang baru dibina.
(2)الَّذِي جَمَعَ مَالا وَعَدَّدَهُ

[104:2] Yang giat mengumpulkan harta dan menghitung jumlahnya;

Perkataan عَدَّدَهُ ertinya bilang berkali-kali, neliputi mutu  bilangan harta miliknya. Memang begitulah orang yang membina imejnya dengan harta kekayaan, dia

membilang berkali kerana emejnya pada harta yang menjadi kemegahannya. Allah mendedahkan barang-barang mewah yang biasanya menjadi kemegahan pembina emej diri, firman-nya:

زُيِّنَ لِلنَّاسِ حُبُّ الشَّهَوَاتِ مِنَ النِّسَاءِ وَالْبَنِينَ
وَالْقَنَاطِيرِ الْمُقَنْطَرَةِ مِنَ الذَّهَبِ وَالْفِضَّةِ وَالْخَيْلِ
الْمُسَوَّمَةِ وَالْأَنْعَامِ وَالْحَرْثِ ذَلِكَ مَتَاعُ الْحَيَاةِ
[6]الدُّنْيَا

Terjemahan: Dihiaskan kepada manusia, kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-anak; harta kekayaan yang bertimbun-timbun, dari emas, perak, kuda yang dipelihara dan binatang-binatang ternakan serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia.

Barang-barang ini mejadi barangan hias pada zaman nuzul al-Qur`an dan pada zaman kini, hanya nama sahaja berubah dari kuda-kuda mewah kepada kereta mewah,rumah-rumah mewah, syarikat perniagaan gergasi dan sebagainya. kereta mewah dan sebagainya.

Ayat ini tidak menyatakan kesalahan membilang-bilang harta, tetapi kesalahannya ialah bermegah-megah dengan harta dan menjadikannya sebagai harga diri dalam masyarakat.

Harta Jalan Bukan Matlamat

Harta itu jalan, harta adalah nikmat anugrah Allah kepada manusia, harta itu baik jika digunakan untuk tujuan kebaikan dan buruk jika digunakan untuk tujuan yang salah dan mungkar.  Nabi saw brersabda:

[7] نِعْمَ الْمَالُ الصَّالِحُ لِلمَرْءِ الصَّالِحِِ 

Terjemahan: “Sebaik-baik harta ialah harta yang baik (halal) dimiliki orang yang salih”

Jika harta digunakan bagi tujuan yang salah, akan membawa mala petaka terhadapnya, sabda Nabi saw:
[8]تَعِسَ عَبْدُ الدِّينَارِ وَالدِّرْهَمِ

Terjemahan: “Binasalah hamba dinar dan dirham”

Kemiskinan lebih baik dari kekayaan yang membawa kecelakaan, hidup papa kedana lebih baik dari hidup kaya raya, tetapi dibenci Allah dan manusia,  Rasulullah saw tidak bimbangkan umatnya menjadi papa tetapi amat membimbangi mereka menjadi kaya, kemudian binasa disebabkan kekayaan mereka yang diurus dengan cara yang salah. Baginda pernah bersumpah:
فَوَاللَّهِ مَا الْفَقْرَ أَخْشَى عَلَيْكُمْ ، وَلَكِنْ أَخْشَى عَلَيْكُمْ أَنْ
تُبْسَطَ عَلَيْكُمُ الدُّنْيَا كَمَا بُسِطَتْ عَلَى مَنْ كَانَ قَبْلَكُمْ 
[9]فَتَنَافَسُوهَا كَمَا تَنَافَسُوهَا ، وَتُلْهِيَكُمْ كَمَا أَلْهَتْهُمْ

Terjemahan:“Demi Allah, aku tidak bimbangkan kamu menjadi papa kedana tetapi aku bimbang dunia ini dibuka kepada kamu seperti yang dibuka kepada umat sebelum kamu, lalu kamu berlumba-lumba mengejarnya sebagaimana umat sebelum kamu berlumba-lumba mengejarnya dan kamu dilalaikan oleh dunia sebagaimanya mereka dilalaikan olehnya”.

Sesungguhnya apabila manusia berlumba-lumba mengejar dunia dan harta, kehancuran dan kebinasaan bakal  menimpa mereka.  Kejadian seumpama ini pernah menimpa kaum `Aad dalam satu kejadian yang tidak pernah berlaku dalam sejarah sebelumnya,mereka berlagak sombong dan berasa kuat sehingga mencabar Nabi Hud yang diutus kepada mereka dengan berkata:

[10]مَنْ أَشَدُّ مِنَّا قُوَّةً


Terjemahan:Siapakah lebih kuat dari kami?

Allah menyahut cabaran mereka melalui lidah Nabi Hud dengan firman-Nya:

أَوَلَمْ يَرَوْا أَنَّ اللَّهَ الَّذِي خَلَقَهُمْ هُوَ أَشَدُّ مِنْهُمْ قُوَّةً
[11]وَكَانُوا بِآيَاتِنَا يَجْحَدُونَ

Terjemahan: “Apakah tidak mereka melihat bahawa Allah yang telah menciptakan mereka adalah lebih kuat dari mereka? Dan mereka tetap mengingkari ayat-ayat kami”

Demikian juga dengan hartawan Qarun yang memiliki kekayaan yang melimpah-limpah,dia sombong dengan kekayaan yang diberi Allah kepadanya, dia mendakwa kononnya kekayaan itu diperolehinya melalui ilmu dan kepintarannya sendiri, katanya:

[12]إِنَّمَا أُوتِيتُهُ عَلَى عِلْمٍ عِنْدِي

Terjemahan: “Berkata Qarun: Sesungguhnya Aku telah diberikan harta kekayaan itu dengan jasa ilmu pengetahuan yang ada padaku..”

Allah menolak pengakuan mereka itu dengan firman-Nya:

أَوَلَمْ يَعْلَمْ أَنَّ اللَّهَ قَدْ أَهْلَكَ مِن قَبْلِهِ مِنَ القُرُونِ مَنْ
هُوَ أَشَدُّ مِنْهُ قُوَّةً وَأَكْثَرُ جَمْعًا وَلَا يُسْأَلُ عَن ذُنُوبِهِمُ
[13]الْمُجْرِمُونَ

Terjemaha: “Tidakkah dia (Qarun) mengetahui dan bahawa Allah telah membinasakan dari umat-umat sebelumnya orang-orang yang lebih kuat daripadanya dan lebih banyak jumlah harta kekayaannya? Dan tidaklah perlu ditanya orang-orang yang berdosa itu tentang dosa-dosa mereka”.

Seterusnya Allah menyatakan balasan terhadapnya dengan firman-Nya:

[14]فَخَسَفْنَا بِهِ وَبِدَارِهِ الْأَرْضَ

Terjemahan: “Lalu Kami benamkannya (Qarun) serata rumahnya ke dalam bumi”

Bermegah-megah dengan harta kekayaan dan dengan mata benda dunia yang sementara ini merupakan faktor kehancuran dan kebinasaan, sedangkan berbelanja di jalan Allah dan berakhlak mulia merupakan antara faktor utama  keberkekalan kuasa dan kemantapan tinggal di bumi ini.
Islam mengalu-alukan tradesi Arab pada zaman Jahiliah yang berbangga apabila harta kekayaan mereka dibelanjakan untuk urusan kebajikan seperti melayan tetamu, mendamaikan antara dua kumpulan yang bertelagah, sebagaimana mereka berasa aib dengan sikap menyimpan harta tanpa dibelanjakannya di jalan-jalan
kebajikan. Antara dermawan Arab pada zaman Jahiliah ialah Hatim al-Tta`i sebagaimana diungkapnya sendiri dalam qasidah berikut:

إِنَّا إِذَا اجْتَمَعَتْ يَوْماً دَرَاهِمُنَا
           ظَلّتْ إلَى سُبُلِ المَعْرُوفِ تَسْتَبِقُ
لاَ يَعْرِفُ الدِّرْهَمُ الْمَضْرُوبُ صُرَّتَنَا
           لَكِنْ يَمُرُّ عَلَيْهَا وَهْوَ مُنْطَلِقُ
حَتَّى يَصِيرَ إِلى نَذْلٍ يُخَلِّدُهُ
[15]  يَكَادُ مِنْ صَرِّه إِيَّاه يَنْمَزِقُ


Terjemahan:

Apabila  harta terkumpul pada kami,
Berlumba-lumbalah harta menuju  jalan kebajikan,
Uncang kami tidak pernah menyimpan wang dirham,
Ia hanya lalu kemudian terus menghilangkan diri,
Sampailah kepada si bakhil ia terhentit padanya
Uncangnya hampir koyak kerana dirham padanya.

Rasulullah saw  dan para sahabatnya menjadikan harta mereka sebagai wasilah bukan ghayah. Riwayat menyebutkan Nabi saw apabila memberi sesuatu sedekah,diberinya bagaikan orang yang tidak bimbang terjadi miskin kerananya. Apabila datang kepadanya harta Baitulmal, Nabi segera membahaginya kepada orang miskin
sehingga tiada apa lagi yang tinggal padanya. Itulah amalan yang membuktikan sabdanya:

[16]لَيْسَ الْغِنَى عَنْ كَثْرَةِ الْعَرَضِ، وَلَكِنَّ الْغِنَى غِنَى النَّفْس

Terjemahan:“Bukan sebenarnya kaya kerana banyaknya barang, tetapi kaya sebenarnya ialah kaya jiwa”
Dengan kefahaman ini para sahabat berlumba-lumba menghulurkan sedekah satu pertiga daripada harta mereka di jalanAllah, Sayyidina Umar bersedekah separuh daripada hartanya, sedang Abu Bakr pula bersedekah semua hartanya. Apabila ditanya: Wahai Abu Bakr, apakah  yang engkau tinggalkan kepada keluargamu?  Dia menjawab: “Aku tinggal pada mereka kecintaan kepada Allah dan rasul-Nya”.

(104: 3) Apakah motif yang mendorong sesetengah orang mengumpul dan membilang-bilang hartanya?  Adakah semata-mata kerana bermegah-megah dan menyombong diri terhadap orang lain?  Mungkin itu  antaranya, tetapi ada lagi motif yang lain iaitu mahukan hidup kekal di dunia selama-lamanya, dia fakir apabila ada fulus semuanya lulus.  Inilah juga faktor yang mendorong datuk kita Adam as menurut sebahagian ulama, tatkala menjamah buah yang dilarang makan di dalam syurga dan inilah juga yang mendorong seseorang bertindak kejam terhadap
lawan kerana mahu dirinya hidup lama, kalau pun tidak selama-lamanya.Mungkinkah tercapai hasrat itu?  Tidak mungkin!
 (3)يَحْسَبُ أَنَّ مَالَهُ أَخْلَدَهُ

[104:3] Dia menyangka hartanya itu dapat mengekalkannya,

Anda boleh saksikan di mana hartawan Qarun yang kaya raya pada satu ketika dahulu, sehingga orang yang kuat tidak terdaya membawa kunci-kunci perbendaharaannya?  Di mana diktator Firaun yang memerintah Mesir dan mengaku negara itu milik peribadinya? Di mana raja-raja yang memiliki mahligai yang besar-besar?  Semuanya mahukan hidup kekal selama-lamanya, tetapi mati juga akhirnya.
Manusia sekurang-kurangnya memahami dua pandangan yang berebeza terhadap harta dan kekayaan; Ada orang yang meletakkan harta pada tempat yang terlalu tinggi,sehingga beranggapan harta mampu menyelesaikan semua masalah. Antara mereka ialah panya`ir qasidah berikut:
فَصَاحَةُ حَسَّانٍ وَخَطُّ ابْنِ مُقْلَةِ    
  وَحِكْمَةُ لُقْمَانَ وَزُهْدُ ابْنُ أدْهَمِ
لَوِ اجْتَمَعُوا فِي الْمَرْءِ  وَالْمَرْءُ مُفْلِسُ
فلَيس لَهُ قَدْرٌ بِمِقْدار دِرْهمِ 

Terjemahan:
Kelancaran Hassan keindahan khat ibn Muqlah.
Kata-kata hikmat Luqman, kezuhudan Ibn Ibrahim,
Andainya terklumpul pada seorang muflis,
Mereka pastinya tidak dinilai lagi dengan dirham.
Kumpulan kedua pula ialah mereka yang tidak memberi sebarang nilai kepada harta,mereka menganggap harta musuh utama manusia di dunia ini kerana menghalang mereka dari taqwa dan penyucian hati.   Beberapa nusus ditemui selari dengan pemikiran ini misalnya:

Di antara ifrat dan tafrit ini, kita dapati nusus daripada al-Qur`an dan hadith menyatakan harta perlu dituntut dengan syarata-syarat berikut:

1: Harta hendaklah dijadikan sebagai wasilah bukan ghayah;

3:  Harta hendaklah diurus bukan mengurus pemiliknya;
4:  Harta hendaklah diperolehi melalui jalan yang halal dan dibelanjakan pada  tempat-tempat yang halal dan diredai Allah.

(104: 4)  Mereka berusaha mengumpul harta, orang yang hidup selepas kematiannya yang dapat menikmati sepenuhnya harta yang ditinggalkan. Pada ketika

itu mereka telah pergi mengadap Allah untuk dihisab setiap ringgit yang mereka belanjakan.
(4)كَلا لَيُنبَذَنَّ فِي الْحُطَمَةِ

[104: 4] Tidak! Sesungguhnya dia akan dicampakkan ke dalam neraka “Al-Hutamah”.

Tidak!  Harta tidak menjamin kekalnya hidup pemilik harta yang banyak itu, malah ada kemungkinan  mautnya lebih awal berbanding orang miskin.  Kita kerap membaca berita orang yang meninggal dalam usia 80- 100 tahun, mereka itu bukannya hartawan, tetapi orang biasa dan amat sederhana cara hidupnya.  Andainya kekayaan menyumbang kepada lanjutnya usia, nescaya orang-orang kaya lebih panjang usianya.

Islam tidak bermusuh dengan orang kaya, tetapi bermusuh dengan sikap dan gaya yang sombong dan megah. Islam bermusuh dengan sumber kekayaan yang tidak menentu dan meragukan, sebaliknya Islam sukakan orang kaya tetapi rendah diri,sumber-sumbernya bersih dan halal.  Jika peraturan-peraturan yang ada dalam Islam ini tidak dipatuhi, maka ingat mereka akan dicampakkan ke dalam neraka
“Al-Hutamah”.

(104: 5) Tahukah anda apakah “al-Hutamah” itu?  Perkataan الْحُطَمَه dalam kamus
Arab ertinya serpihan akibat pecah dan ter belah.  Bolehkah neraka itu disifatkan dengan serpihan akibat peach dan terbelah?

(4)وَمَا أَدْرَاكَ مَا الْحُطَمَةُ

[104: 5] Tahukah engkau  apa dia neraka “al-Hutamah” itu?
Hakikat di akhirat sangat sukar difahami akal yang hanya biasa memahami apa yang ada di dunia sahaja.  Akal ini amat terbatas keupayaannya, Justeru, serahkan sahaja kepada ungkapan al-Qur`an untuk membicarakan Neraka al-Hutamah itu.

(104: 6)  Menurutnya neraka al-Hutamah itu ialah:
(6)نَارُ اللَّهِ الْمُوقَدَةُ

[104: 6] Itulah api Allah yang dinyalakan.
Cukuplah dengan keterangan ini untuk menggambarkan betapa hebatnya Neraka al-Hutamah iaitu apabila ia dihubungakan dengan Allah.  Maksudnya Allah dengan sifat-sifat kebesaran dan kekuasaan-Nya menyalakan api Neraka al-Hutamah ini.Justeru, tiada siapa yang berkuasa memadamkannya.
(104: 7)  Oleh kerana marak menjulangnya api Neraka ini, lalu membakar hati selepas membakar kulit, daging dan tulang.
 (7)الَّتِي تَطَّلِعُ عَلَى الْأَفْئِدَةِ


[104: 7] Yang naik menjulang ke hati;

Maksudnya membakar hingga ke hati atau kepedihannya itu menosok ke pedalaman hati, tempat persembunyinya perasaan sombong dan membesarnya tabiat suka mengumpat dan mencaci.

Sesetengah Mufassirin memberi erti تَطَّلِعُ  dengan makna buka dan lihat. Dengan erti ini ungkapan  طُلُوعُ الشَّمْسِ  ertinya naik matahari dan memancar cahayanya.  Api neraka begitu ajaib kerana dapat mengecam rupa ahlinya,
lalu menyru mereka untuk masuk ke neraka. Al-Qur`an mengisyaratkan makna ini dalam firmannya:
[17]تَدْعُوا مَنْ أَدْبَرَ وَتَوَلَّى  وَجَمَعَ فَأَوْعَى

Terjemahan:  “.. ia memanggil mereka yang membelakangi dan berpaling dari keimanan dan mereka yang mengumpulkan harta kekayaan kemudian menyimpan”.

Dan dengan firman Allah:

[18]إِذَا رَأَتْهُمْ مِنْ مَكَانٍ بَعِيدٍ سَمِعُوا لَهَا تَغَيُّظًا وَزَفِيرًا

Terjemahan: “Apabila neraka itu melihat mereka dari jauh, mereka akan mendengar suara kemarahannya dengan bunyi nyalaan api”

(104: 8)  Selepas dicampak ke dalam neraka, lalu dikunci dan ditutup kemas pintu-pintunya supaya kepanasan dirasai sepenuhnya.

(8)إِنَّهَا عَلَيْهِم مُّؤْصَدَةٌ

[104: 8] Sesungguhnya api Neraka itu ditutup rapat atas mereka.
Balasan ini nampaknya disesuaikan dengan amalan menyimpan harta dalam bilik-bilik kebal yang tidak mungkin dimasuki pencuri dan dilarikan perompak.
(104: 9)  Setelah pintu neraka itu dikunci dan ditutup rapat, kaki tangan mereka pula diberkas dengan kawat-kawat besi yang ditambat pada tiang-tiang yang panjang seperti diikatnya binatang untuk disembelih..

(9).فِي عَمَدٍ مُّمَدَّدَةٍ

[104: 9] Sedangkan mereka diikat pada tiang-tiang yang panjang
Bagaimana mereka diikat pada tiang-tiang yang panjang ini?  Adakah maksudnya mereka dibelenggu kemudian diikat pada tiang atau mereka diikat kemudian ditambat? Allah jua yang Maha Mengetahui.  Semoga Allah lindungi kita daripada azab ini.

Terdahulu, di beberapa tempat dalam tafsir ini telah dinyatakan sifat-sifat neraka dan kepelbagaian azab di dalamnya dan juga sifat-sifat syurga dan kepelbagaian nikmat di dalamnya, ia  dikemukakan  dengan bayangannya yang kita ketahui di dunia ini.  Kita terima keterangan itu sebagaimana dinyatakan di dalam al-Qur`an.  Adapun hakikatnya, tiada siapa mengetahuinya melainkan Allah,ita beriman tanpa perlu mengkaji hakikatnyam sifat dan batas-batas sempadannya.

 Pengajaran dan Saranan

 1:Balasan cukup hina terhadap orang yang suka mengumpat dan menghina orang lain.
 2:Menghina orang dengan mengeji dan merendah-rendahkan kedudukannya dengan alasan orang tidak mempunyai kekayaan sebagaimana dia punyai.  Alasan ini tidak boleh diterima, tetapi bagi mereka yang terasing
daripada pedoman Ilahi, alasan ini boleh diterima menurut pandangan orang yang berkenaan.
 3:Allah menolak pandangan yang salah terhadap pemilik harta kerana harta tidak membawa apa-apa keistimewaan, jika tidak disertai iman dan amalsalih.
 4:: Allah menetapkan balasan terhadap pencaci dan pengumpat dengan balasan neraka yang membakar seluruh badan.  Hebatnya neraka ini apabila ditutup.dan dikunci dengan kemas supaya udara nyaman dari luar neraka tidak akan dirasai penghuninya.

________________________________

[1]Tafsir al-Razi, 32/92.
[2]Musnad Ahmad, hadith (17640) daripada Abd al-Rahman ibn Ghunmin. Hadith Hasan, Rijalnya thiqat kecuali Shahr ibn Hawshab yang disifatkan dengan kathir al-irsal.
[3]Muslim, al-Bir wa al-Silah, Tahrim al-Ghibah, hadith (4690) daripada Abu Hurairah ra.
[4]Musnad Ahmad, hadith (16618) daripada Maslamah ibn Makhlad. Sahih, isnadnya muttasil, rijalnya thiqat.
[5]Al-Bukhari, al-Tarikh al-Kabir,  hadith (527) daripad Thabit al-Ta`ifi. Daif,Hasan jika ada mutaba`ah.
[6]Aal `Imran: 14
[7]al-Bukhari, al-Adab al-Mufrad: al-Mal al-Salih li al-Mar` al-Salih,hadith (309) daripada `Amrtu ibn al-`As, Hadith Sahih, isnadnya muttasil, rijalnya
thiqart.
[8]al-Bukhari, al-Riqaq: Ma Yuttaqa min fitnat al-mal, hadith (5984) daripadaAbu Hurairah ra.
[9]al-Bukhari, al-Riqaq; ma Yuhdhar min zahrat al-Dunia, hadith (5974) daripada
`Amru ib `Auf.
[10]Fussilat: 15
[11]Fussilat:15.
[12]al-Qasas: 78
[13]al-Qasas:78.
[14]al-Qasas: 81
[15]Silsilat Durus al-Shaykh Walad Dedew,
http://dedew.net/text_page-1727.html(7/9/2010 Rabu)
[16]Musnad Ahmad, hadith (10743) daripada Abu Hurayrah. Sahih, rijalnya mengikutsyat Muslim.rijalnya thiqat menurut syart Muslim,
[17]al-Ma`arij: 17-18.
[18]al-Furqan: 12.

No comments: