Thursday, September 2, 2010

Pentafsiran Surah al-Qari`ah 101 Ayat 6-11


SESI PENIMBANGAN AMAL



(7)فَأَمَّا مَن ثَقُلَتْ مَوَازِينُهُ (6) فَهُوَ فِي عِيشَةٍ رَّاضِيَةٍ
أَمَّا مَنْ خَفَّتْ مَوَازِينُهُ (8) فَأُمُّهُ هَاوِيَةٌ (9) وَمَا أَدْرَاكَ
(11)مَا هِيَهْ (10) نَارٌ حَامِيَةٌ


[101: 6] Adapun orang yang berat timbangan amal baiknya;
[101:7] Maka dia berada dalam kehidupan yang senang lenang.
[101: 8] Dan barangsiapa yang ringan timbangan amal baiknya;
[101:9] Maka tempat kembalinya ialah neraka “Haawiyah”
[101: 10] Dan tahukah engkau apakah neraka “Haawiyah” itu?
[101: 11] Itulah neraka yang panas membakar

Munasabah Ayat

Ayat-ayat sebelum ini menggambarkan hari Qiamat sebagai hari yang cukup hura hara, manusia pada hari ini tidak mempunyai sebarang kuasa lagi untuk mempertahankan diri dari Azab Allah, mereka digambarkan sebagai kalkatu yang terbang berkeliaran, tidak tahu ke mana mereka akan pergi. Ayat-ayat berikut menyatakan mereka akan pergi menjalani sesi penimbangan amal.

Sesi Penimbangan Amal

Antara perkara yang wajib dipercayai dalam akidah Islam ialah adanya mizan atau

neraca penimbang amalan.Al-Qurtubi (M 671) menjelaskan: Menimbang amalan berlaku selepas amalan dihisab terlebih dahulu kerana penimbangan dilakukan untuk dibalas, maka sayugia ia dilakukan selepas disempurnakan kira-kira. Ia dilakukan bagi mengetahui ukuran besar kcilnya amalan, sedangkan timbangan dilakukan untuk mengetahui berat ringannya amalan setelah selesai diukur dangan hisab[803].

(101: 6) Nilai-nilai yang dipakai mengikut neraca dunia semuanya ditolak dan tidak dipakai lagi, kecuali niali-nilai yang ditimbang mengikut neraca akhirat.

(6)فَأَمَّا مَن ثَقُلَتْ مَوَازِينُهُ

[101: 6] Adapun orang yang berat timbangan amal baiknya;

Kata mufrad bagi perkataan مَوَازِينialah مِيزَانertinya neraca atau timbangan. Maksud mizan di sisi Jumhur Ahl al-Sunnah ialah mizan atau penimbang hakiki, dengannya amalan manusia ditimbang pada hari Akhirat, malah langit dan bumi juga boleh ditimbang jika dikehendaki Allah. Mizan ini mempunya lidah dan dua daun[804], ia diguna bagi menunjukkan nilai berat atau ringannya sesuatu amalan yang dikerjakan.

Mu`tazilah menolak adanya mizan seumpama ini, mereka berpendapat mizan adalah isyarat kepada keadilan Allah swt, mereka berhujah dengan firman Allah:

وَالسَّمَاءَ رَفَعَهَا وَوَضَعَ الْمِيزَانَ * أَلَّا تَطْغَوْا فِي الْمِيزَانِ *
[805]وَأَقِيمُوا الْوَزْنَ بِالْقِسْطِ وَلَا تُخْسِرُوا الْمِيزَانَ *


Terjemahan: “ .. Dan Dialah yang telah meninggikan langit dan telah meletakkan neraca kebenaran, supaya kamu jangan melampaui neraca kebenaran. Dan hendaklah kamu tegakkan timbangan itu dengan adil dan janganlah kamu mengurangkan neraca timbangan”

Mizan di dalam ayat-ayat ini membawa erti keadilan yang wajib ditegakkan tatkala berurusan sesama manusia. Al-Qurtubi memetik pendapat ini sebagai pendapat al-Dahhak, Mujahid dan al-A`masy[806].

Pendapat yang paling rajih ialah pendapat Jumhur Ahl al-Sunnah kerana serasi dengan keterangan zahir al-Qur`an dan hadith. Antara dalil selain ayat-ayat dalam surah al-Qari`ah ialah firman Allah:


وَنَضَعُ الْمَوَازِينَ الْقِسْطَ لِيَوْمِ الْقِيَامَةِ فَلَا تُظْلَمُ نَفْسٌ
شَيْئًا وَإِنْ كَانَ مِثْقَالَ حَبَّةٍ مِنْ خَرْدَلٍ أَتَيْنَا بِهَا وَكَفَى
[807]بِنَا حَاسِبِينَ

Terjemahan: “Dan Kami akan mengadakan neraca timbangan yang adil pada hari kiamat. Oleh itu tidak ada diri sesiapa akan teraniaya sedikitpun; dan jika amalan itu seberat biji sawi sekalipun, nescaya Kami akan membawanya untuk ditimbang dan cukuplah Kami sebagai jurukira”.

Keterangan ayat yang menegaskan “walaupun amalan itu seberat biji sawisekalipunakan dibawa datang untuk ditimbang”, menunjukkan timbangan ini hakiki. Di dalam hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim, Nabi saw bersabda:

كَلِمَتَانِ خَفِيفَتَانِ عَلَى اللِّسَانِ ، ثَقِيلَتَانِ فِي الْمِيزَانِ ،
حَبِيبَتَانِ إِلَى الرَّحْمَنِ : سُبْحَانَ اللَّهِ وَبِحَمْدِهِ ، سُبْحَانَ
[808]اللَّهِ الْعَظِيمِ

Terjemahan: “Dua patah perkataan sangat ringan pada lidah, sangat berat ditimbang, sangat dikasihi tuhan bersifat al-Rahman: Maha Sucu Allah dan dengan kepujiannya, Maha Suci Allah Yang Maha Agung”.

Hadith ini menyebutkan perkataan berat dan ringan dalam konteks timbangan hakiki. Pada zahirnya tiada kaitan dengan keadilan.

Al-Hakim daripada Salman meriwayatkan daripada Nabi saw:


يُوضَعُ الْمِيزَانُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ ، فَلَوْ وُزِنَ فِيهِ السَّمَاوَاتُ

وَالأَرْضُ لَوَسِعَتْ، فَتَقُولُ الْمَلائِكَةُ: يَا رَبِّ، لِمَنْ يَزِنُ هَذَا؟

فَيَقُولُ اللَّهُ تَعَالَى: لِمَنْ شِئْتُ مِنْ خَلْقِي، فَتَقُولُ الْمَلائِكَةُ:

[809]سُبْحَانَكَ، مَا عَبَدْنَاكَ حَقَّ عِبَادَتِكَ



Terjemahan: “Dicacak al-Mizan pada hari Qiamat, andainya ditimbang langit dan bumi nescaya diterimanya. Berkata Malaikat: Wahai Tuhanku, kepada siapakah kegunaan timbangan ini?. Firman Allah: kepada makhluk-Ku yang Aku kehendaki.

Berkata Malaikat: Maha Suci Engkau, kami tidak mampu beribadat kepada-Mu dengan sebenar-benarnya”

Ulama berbeza pendapat lagi tentang barang yang ditimbang, sama ada amalan,orang yang beramal atau sahifah atau buku catatan amalan. Ada tiga pandangan:

Pertama: Sebahagian besar ulama berpendapat, barang yang ditimbang pada hari Qiamat ialah amalan itu sendiri. Banyak dalil menunjukkan amalan yang dikerjakan seseorang akan datang menemui tuan punya amalan pada hari Qiamat dalam bentuk rupa faras yang dicipta Allah baginya. Antaranya hadith riwayat Abu Umamah al-Bahili ra katanya: Aku dengar Rasulullah saw bersabda:



اقْرَءُوا الْقُرْآنَ ، فَإِنَّهُ يَأْتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ شَفِيعًا





لِأَصْحَابِهِ، اقْرَءُوا الزَّهْرَاوَيْنِ الْبَقَرَةَ وَسُورَةَ آلِ عِمْرَانَ





فَإِنَّهُمَا تَأْتِيَانِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ، كَأَنَّهُمَا غَمَامَتَانِ، أَوْ





كَأَنَّهُمَا غَيَايَتَانِ ، أَوْ كَأَنَّهُمَا فِرْقَانِ مِنْ طَيْرٍ صَوَافَّ





تُحَاجَّانِ عَنْ أَصْحَابِهِمَا، اقْرَءُوا سُورَةَ الْبَقَرَةِ فَإِنَّ أَخْذَهَا





[810]بَرَكَةٌ، وَتَرْكَهَا حَسْرَةٌ، وَلَا تَسْتَطِيعُهَا الْبَطَلَةُ


Terjemahan: “Bacalah al-Qur`an kerana sesungguhnya al-Qur`an akan datang pada hari Qiamat untuk memberi syafaat kepada pembacanya. Bacalah surah al-Baqarah dan Aal `Imran kerana kedua-duanya akan datang pada hari Qiamat bagaikan dua tumpuk mendung tebal atau dua kawan burung membela pembaca dua surah itu.

Bacalah surah al-Baqarah kerana membacanya mendatangkan barakah, meninggalkannya mendatangkan kerugian dan tidak mampu diganggu oleh tukang-tukang sihir.

Pendapat pertama ini didukung oleh Ibn Hajar al-`Asqalani, katanya:

[811]وَالصَّحِيحُ أنَّ الأعْمَالَ هِيَ الَّتِي تُوزَنُ



Terjemahan: “Sebenarnya yang ditimbang itu ialah amalan”
Ibn Hajar memperkukuhkan lagi dengan sebuah hadith:


[812]مَا مِنْ شَيْءٍ فِي الْمِيزَانِ أَثْقَلُ مِنْ حُسْنِ الْخُلُقِ

Terjemahan: “Tiada sesuatu yang lebih berat di atas timbangan dari baik budi pekerti”.

Kedua: Sebahagian ulama berpendapat barang yang ditimbang ialah tubuh badan pengamal itu sendiri. Beberapa keterangan menunjukkan para pengamal itu sendiri ditimbang. Neraca akan memberi hasil timbangan mengikut ukuran iman, bukan ukuran badan dari segi berat ringan dan bahan yang terkandung di dalamnya. Di dalam hadith riwayat Abu Hurayrah ra Nabi saw bersabda:



إِنَّهُ لَيَأْتِي الرَّجُلُ الْعَظِيمُ السَّمِينُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ لَا يَزِنُ





عِنْدَ اللَّهِ جَنَاحَ بَعُوضَةٍ ، وَقَالَ : اقْرَءُوا: فَلا نُقِيمُ لَهُمْ





[813]يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَزْنًا

Terjemahan:“Sesungguhnya pada hari Qiamat akan datang seorang lelaki yang besar dan gemuk, sedangkan nilai beratnya di sisi Allah tidak menandingi seberat sayap nyamuk. Sabda Nabi: becalah firman Allah: Oleh itu, pada hari Qiamat Kami tidak akan memberi apa-apa penilaian kepada mereka”.

Dalam situasi yang sama di dapati orang yang badannya kurus, tetapi nilai timbangannya berat di sisi Allah. Sebagai contoh, Abdullah ibn Mas`ud seorang sahabat yang badannya kurus, tetapi nilai beratnya tinggi. Dua betisnya sahaja jika ditimbang lebih berat dari bukit Uhud. Ini dinyatakan dalam sabda Nabi saw tatkala para sahabat tertawa apabila melihat betis beliau:



[814]مِمَّ تَضْحَكُونَ ؟ لَرِجْلُ عَبْدِ اللَّهِ فِي الْمِيزَانِ أَثْقَلُ مِنْ أُحُدٍ


Terjemahan: “Apakah yang menyebakan kamu ketawa? Sesungguhnya kaki Abdullah itu lebih berat dari bukit Uhud dalam timbangan”


Dalam suasana yang serupa Kuthayyir `Azzah bermadah:




تَرى الرَجُلَ النَحِيْفَ فَتَزْدَرِيْهِ** وَفِـيْ أَثْوَاْبِهِ أَسَدٌ هَصُوْرُ

ضِعَاْفُ الأُسْدِ أَكْثَرُهَاْ زَئِيْرَاً ** وَأَصْرَمُهْا اللَّوَاْتِيْ لا تَزِيْرُ


Terjemahan:

Anda lihat orang kurus anda perkecilkan dia,

Tahukah anda dalam bajunya seekor singa,

Singa pengecut paling tinggi suaranya,

Singa berani tidak suka membunyikan suara.

Ketiga: Sebahagian yang lain pula berpendapat, barang yang ditimbang ialah buku rekod amalan. Riwayat menyebutkan:


إِنَّ اللَّهَ سَيُخَلِّصُ رَجُلًا مِنْ أُمَّتِي عَلَى رُءُوسِ الْخَلَائِقِ

يَوْمَ الْقِيَامَةِ فَيَنْشُرُ عَلَيْهِ تِسْعَةً وَتِسْعِينَ سِجِلًّا كُلُّ

سِجِلٍّ مِثْلُ مَدِّ الْبَصَرِ ، ثُمَّ يَقُولُ : أَتُنْكِرُ مِنْ هَذَا شَيْئًا ؟

أَظَلَمَكَ كَتَبَتِي الْحَافِظُونَ ؟ فَيَقُولُ : لَا يَا رَبِّ ، فَيَقُولُ :

أَفَلَكَ عُذْرٌ ؟ فَيَقُولُ : لَا يَا رَبِّ ، فَيَقُولُ : بَلَى ، إِنَّ لَكَ

عِنْدَنَا حَسَنَةً فَإِنَّهُ لَا ظُلْمَ عَلَيْكَ الْيَوْمَ ، فَتَخْرُجُ

بِطَاقَةٌ فِيهَا أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ

مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ ، فَيَقُولُ : احْضُرْ وَزْنَكَ، فَيَقُولُ: يَا

رَبِّ مَا هَذِهِ الْبِطَاقَةُ مَعَ هَذِهِ السِّجِلَّاتِ ؟ فَقَالَ : إِنَّكَ لَا

تُظْلَمُ، قَالَ:

فَتُُوضَعُ السِّجِلَّاتُ فِي كَفَّةٍ وَالْبِطَاقَةُ فِي كَفَّةٍ ، فَطَاشَتِ

[815]السِّجِلَّاتُ وَثَقُلَتِ الْبِطَاقَةُ ، فَلَا يَثْقُلُ مَعَ اسْمِ اللَّهِ شَيْءٌ



Terjemahan: “Sesungguhnya Allah akan membebaskan seorang lelaki dari umatku pada hari Qiamat di hadapan khalayak rama Dia membuka 99 buku rekod amalan (buruk), setiap satu daripadanya panjang sejauh mata memandang, kemudian Allah berfirman kepadanya: Adakah engkau menolak rekod-rekod ini? Adakah para malaikat-Ku yang ditugas sebagai penjaga itu menzalimimu? Jawab lelaki itu:tidak wahai Tuhanku. Allah berfirman lagi: Adakah kamu mempunyai sebab (lalu melakukan kesalah)? Jawabnya: Tiada wahai Tuhanku. Allah berfirman: Ada, kamu ada sebab. Sesungguhnya engkau ada satu amal kebajikan di sisi Kami, pada hari ini engkau tidak diannyaia, lalu keluar sekeping kad yang tertera padanya: “Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melaikan Allah dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad pesuruh Allah” kemudian Allah berfirman: Keluarkan timbanganmu. Jawabnya: Adakah kad bersama catatan-catatan amalan ini? Allah berfirman: Sesungguhnya engkau tidak dizalimi. Berkata Rawi: Lalu diletak buku-buku catatan di atas satu daun neraca dan buku catatan di atas daun yang sebelah lagi, lalu buku catatan itu melayang sedangkan kad itu naik timbangannya dan tiada suatu pun yang menandingi nama Allah itu”.

Hadith ini rekod catatan amal itu ditimbang, bukannya amalan dan tubuh badan pengamal amalan berkenaan.

Al-Qurtubi lebih cenderung kepada pendapat ketiga ini, iaitu barang yang ditimbang di atas neraca pada hari Qiamat ialah buku-buku catatan amal[816].

Mungkin barang-barang yang ditimbang di atas neraca itu ialah amalan, pengamal dan buku-buku catatan amal yang dicatat malaikat. Pandangan ketiga ini menyatukan ketiga-tiga pendapat menjadi satu. Pandangan ini ditarjihkan oleh Sulaiman al-Ashqar dan lain-lain[817].


(101: 7) Jika nasib seseorang itu bergantung pada timbangan amal kebajikan sekalipun amalan sebesar zarah pasti dikira dan tetap memberi faedah.

Apakah faedah yang bakal diperolehi?

(7)فَهُوَ فِي عِيشَةٍ رَّاضِيَةٍ

[101: 7] Maka dia berada dalam kehidupan yang senang lenang.

Kehidupan di Akhirat yang senang lenang itulah kehidupan di syurga yang diredai penghuninya. Hidup senang ialah hidup yang meliputi semua aspek kehidupan, baik dari segi mental mahu pun spiritual, makan minum, tempat tinggal dan lain-lain semuanya selesa dan memuaskan. Kehidupan di dunia meskipun senang lenang dan disukai, namun ia tidak sunyi dari gangguan-gangguan yang menjemukan.

(101: 8-9) Kecelakaan bagi mereka yang mensia-siaka usianya, cuai pada melaksanakan kewajipn sehingga daun neraca kejahatannya lebih berat. Bagaimana dengan nasib orang ini?


(8)وَأَمَّا مَنْ خَفَّتْ مَوَازِينُهُ

[101: 8] Dan barangsiapa yang ringan timbangan amal baiknya;

(9)فَأُمُّهُ هَاوِيَةٌ

[101: 9] Maka tempat kembalinya ialah neraka “Haawiyah”


Perkataan أُمّ ertinya ibu. Ibu ialah tempat kanak-kanak mengadu dan mencari perlindungan. Jadi ibunya neraka. Adakah dia mengadu kepada neraka untuk mendapat perlindungan padanya. Uslub ini membawa maksud istihza`. Ibu dengan erti tempat mengadu untuk mendapat perilindungan diungkap penyair Umayyah ibn Abu al-Salt dalam madahnya:


فَالأَرْضُ مَعْقَلُنَا وَكَانَتْ أُمّنَا ** فِيهَا مَقَابِرُنَا وَفِيهَا نُولَدُ

Terjemahan:

Bumi ini tempat kita berlindung, bumi ini ibu kita,

Di sini kita dilahir di sini juga kita disemadikan.

Sesetengah mufassirin menyatakan erti umm di sini ialah kepala seseorang.

Dikatakan فُلانٌ سَقَطَ عَلَى أُمِّ رَأْ سِهِ orang itu jatuh, kepalanya menjunam. Perkataan Haawiyah, ertinya menjunam ke dasar yang sangat dalam.

Jika neraka Haawiyah diungkapkan sebagai ibu tempat anak-anak mengadu dan mendapatkan perlindungan, maka ayat dengan erti ini di luar konteks yang kita biasa kita fahaminya. Justeru, Allah swt mengemukakan pertanyaan dan diperjelaskan dalam dua ayat berikut.

(101: 10-11) Adakah Haawiyah ini membawa maksud jatuh menjunam, lalu tersungkur kepalanya ke dasar bumi, lalu mati dan selesailah riwayat hidupnya di sini?

Jawabnya, tidak! Riwayatnya belum selesai, tetapi neraka itu membakar mangsanya berterusan.


(10)وَمَا أَدْرَاكَ مَا هِيَهْ


[101: 10] Dan tahukah engkau apakah neraka “Haawiyah” itu?


(11)نَارٌ حَامِيَةٌ

[101: 11] Itulah neraka yang panas membakar.

Apinya sangat panas dan membakar. Kekuatan bakarnya 70 kali ganda kuasa bakar api di dunia. Dalam riwayat Muslim, daripada Abu Hurairah r.a. katanya: Sabda Nabi saw:


‏نَارُكُمْ هَذِهِ الَّتِي يُوقِدُ ابْنُ ‏ ‏آدَمَ ‏ ‏جُزْءٌ مِنْ سَبْعِينَ



جُزْءًا مِنْ حَرِّ جَهَنَّمَ قَالُوا وَاللَّهِ إِنْ كَانَتْ لَكَافِيَةً يَا



رَسُولَ اللَّهِ قَالَ فَإِنَّهَا فُضِّلَتْ عَلَيْهَا بِتِسْعَةٍ وَسِتِّينَ



[818]جُزْءًا كُلُّهَا مِثْلُ حَرِّهَا

Terjemahan: Api yang kamu nyalakan di dunia ini adalah sebahagian daripada 70 bahagian api neraka Jahanam, lalu ditanya: Wahai Rasulullah! Itupun sudah cukup (untuk membakar). Sabda Nabi saw: Api neraka itu melebihi api di dunia ini dengan 69 bahagian. Setiap bahagiannya seperti kepanasan itu juga.


Berkata Sayyid Qutb: Itulah ibu tempat kembalinya orang yang ringan timbangan amal kebajikan. Biasanya pada ibu terdapat keamanan dan ketenteraman, pada ibu kenikmatan dan pertolongan, tetapi malang bagi orang yang ringan timbangan amal kebajikan ini, pada ibu neraka dan kepanasan, pada ibu kesengsaraan dan kesusahan. Ini adalah ungkapan al-Qur`an yang biasa mengungkap sesuatu dengan ungkapan yang sangat mendalam erti dan kuat sentuhannya.


Pengajaran dan Saranan

1: Manusia terbahagi dua kumpulan; yang berat timbangan amal kebajikan dan yang ringan timbangannya. Berdasarkan kepusan timbangan amal, manusia akan ditentukan tempat tinggalnya sama ada di syurga atau neraka.
2: Setiap amalan yang dilakukan manusia akan dinilai sama ada bnaik atau buruk dan setiap amalan akan dibalas mengikut kehendak Allah yang Maha Adil, tiada siapa berhak membantah terhadap keputusannya.

3: Merangsang supaya manusia tidak mensia-siakan masanya dengan melakukan amalan tanpa faedah. Berbuatlah amal kebajikan selagi hayat masih ada.

4: Manusia dinilai pada amal kebajikan dan ubudiyahnya kepada Allah.Harta benda dan amal yang terpisah dari kebajikan tetap sia-sia dan ditolak di Akhirat.





________________________________

[803]al-Qurtubi, Abu Abdullah Muhammad bin Ahmad, al-Tadhkirah bi Ahwal al-Mawta wa Umur al-Ahirah, ed. al-Sadiq Muhammad ibn Ibrahim, ms. 715.
[804]Fath al-Bari, 13/538.

[805]al-Rahman: 7-9

[806]al-Tadhkirah bi Ahwal al-Mawta .., ms 723

[807]al-Anbiya`: 47.

[808]Al-Bukhri, al-Ayman wa al-Nudhur, hadith (6218). Muslim, al-Dhikr wa

al-Du`a wa al-Tawbah .., hadith (8467), daripada Abu Hurayrah.

[809]Al-Hakim, al-Mustadrak ala al-Sahihayn, hadith (8858) Isnad mengikut syarat Muslim, tanpa takhrij mereka. Al-Albani, Silsilat al-Ahadith al-Sahihah, 2/656,hadith (941) daripada Salman al-Farisi.

[810]Muslim,Salat al-Musafirin, Fadl Qira`ah al-Qur`an wa Surah al-Baqarah,hadith (1343) daripada Abu Umamah al-Bahili.

[811]Fath al-Bari, (Kitab al-Tawhid),13/539.

[812]al-Bukhari, Adab al-Mufrad, Husn al-Khuluq, hadith (278) daripada Abu
al-Darda` ra.
[813]al-Kahf: 105. al-Bukhari, Tafsir al-Qur`an, hadith (4387) daripad Abu Hurayrah ra.

[814]Ibn Abu Zimnin, Usul al-Sunnah, Fi al-Iman bi al-Mizan, hadith (94)daripada Ali ibn Abu Talib.

[815]Al-Tirmidhi, Kitab al-Iman; Bab ma ja`a fi man yashhad al la la ilaha ..,hadith (2583) daripada Abdullah ibn `Amr ibn al-`As. Sanad hadith ini sangat da`if, salah seorang rawinya Abdullah ibn Lahi`ah sangat terkenal dengan keda`ifannya.

[816]Tadhkirah Ahwal-Mawta .., ms. 725.

[817]Al-Yawm al-Aakhir (al-Qiyamah al-Kubra), ms 254.

[818]Bukhari dan Muslim, Al-Lu`lu` wa al-Marjan, bilangan 1808.

15 comments:

Anonymous said...

Terima Kasih ustaz menulis artikel ini, ana suka tafsir Al-Quran. Dapat tadabbur Al-Quran secara mendalam...

dong dong said...

201577dongdong
michael kors handbags
cheap jordans
coach outlet
jordan 11 low
longchamp bags
louis vuitton handbags
polo ralph lauren
chanel bags
ralph lauren sale
michael kors outlet online
louis vuitton outlet
michael kors handbags
burberry outlet
true religion jeans
longchamp outlet
christian louboutin outlet
coach outlet
christian louboutin
red christian louboutin
christian louboutin
jordan 11 concord
tods outlet
gucci outlet online
louis vuitton outlet
oakley sunglasses
oakley sunglasses
beats solo
ray ban uk
air jordan 13
christian louboutin outlet
louis vuitton outlet
chanel uk
michael kors bag
cheap ray bans
jordan 8s
abercrombie
louboutin pas cher
adidas outlet store
louis vuitton handbags

Da Shuai Guo said...

4guowenhao0824
hollister uk
giuseppe zanotti
cheap snapbacks
kate spade handbags
links of london
rolex watches uk
rolex watches
hollister canada, http://www.hollistercanada.com
lacoste outlet
salomon running shoes
puma sneakers
los angeles clippers jerseys
the north face outlet
coach outlet
roshe run men
nfl jerseys
michael kors outlet
fitflop
babyliss pro
evening dresses
celine outlet online
ghd hair straighteners
swarovski crystal
coach factory outlet
air max 2015
nike roshe
tiffany and co
louis vuitton handbags
gucci
tiffany and co jewelry

Mu Lin said...

burberry handbags
prada handbags
longchamp tote
coach purses
michael kors outlet store
louis vuitton diaper bag
burberry shoes
chanel outlet
louis vuitton monogram
mcm bag
mcm duffle bag
gucci luggage
coach outlet
burberry store
prada tote
louis vuitton wallet for women
coach diaper bag
louis vuitton belt
burberry outlet
louis vuitton shoes men
coach hobo bag
michael kors black handbags
louis vuitton artsy
michael kors purses outlet
hermes bags
vintage chanel bags
prada backpack
hermes belt
michael kors hobo bag
gucci crossbody bag
coach online outlet
chanel purses
louis vuitton duffle bag
prada outlet
burberry bags on sale

风骚达哥 said...

20151015 junda
Wholesale Authentic Designer Handbags
michael kors outlet
coach factory outlet
Hollister uk
Buy Kobe Shoes Online Discount
Louis Vuitton Bags Outlet Store
cheap toms shoes
ugg boots
louis vuitton outlet
michael kors uk
Louis Vuitton Handbags Discount Off
Cheap Jordans For Sale Wholesale
New Louis Vuitton Handbags Outlet
ray ban sunglasses uk
michael kors outlet online
Jordan 8 Bugs Bunny
Coach Factory Outlet Stores 70% off
louis vuitton
ugg boots
Michael Kors Outlet Deals Online
abercrombie
celine
ugg boots outlet
Jordan 6 Rings Powder Blue
Coach Factory Outlet Online Sale
Michael Kors Outlet Real Handbags Online
Oakley Vault Outlet Store Online
Christian Louis Vuitton Red Bottoms
ugg boots
coach outlet store online

小方 said...


fangyanting20151030
cyber monday deals
fitflop clearance
ugg outlet
replica watches
mcm outlet
winter jackets
jordan shoes
moncler coats
links of london
michael kors outlet
mulberry outlet
cheap jordans
cyber monday 2015
lebron james shoes
rolex watches
oakley sunglasses
oakley outlet
soccer jerseys
michael kors outlet
ugg boots
swarovski crystal
ralph lauren shirts
juicy couture outlet
hermes birkin
michael kors handbags
uggs outlet
canada goose outlet
tiffany outlet
hermes outlet
longchamp outlet

Pnane Weg said...

abercrombie and fitch
coach
jordan
converse sale clearance
nike outlet store
Ugg Boots On Sale 70% Off
Coach Factory Outlet
michael kors
michael kors
canada goose coats
michael kors
michael kors
hermes
nike outlet store
timberland
Coach Factory Outlet Online
jordans for girls
north face factory outlet
under armour outlet stores
fitflops sale clearance
ferragamo sale
Ugg Boots Sale
coach purses clearance
Canada Goose Jacket
nike outlet store online shopping
ugg
jordan retro 6
new balance shoes
christian louboutin
cheap jordans
new balance outlet
cheap rolex watches
vans
kate spade outlet online
jordan
nike high heels online
coach factory outlet online
coach factory outlet
girls jordans
qwe12.21

John said...

ray ban sunglasses
true religion outlet
louis vuitton outlet
ugg boots
michael kors outlet online
p90x workouts
michael kors handbags
jordan retro
kobe bryant shoes
oakley sunglasses
air max 95
nike running shoes
hollister outlet
coach factory outlet
ugg boots
cheap uggs
ugg outlet store
mulberry handbags
michael kors outlet
air jordan retro
north face outlet
coach outlet
ugg outlet
nike air max
michael kors outlet online
coach outlet online
oakley sunglasses wholesale
canada goose outlet
coach outlet
oakley sunglasses
canada goose
cheap ugg boots
20151221yuanyuan

chenlina said...

ralph lauren
coach outlet
nike outlet store
oakley sunglasses
louis vuitton outlet
oakley sunglasses outlet
air jordan 13
michael kors outlet
michael kors outlet
michael kors outlet
christian louboutin shoes
abercrombie outlet
cheap jordan shoes
jordan 8
giuseppe zanotti sneakers
michael kors outlet
adidas ultra boost
cheap uggs
gucci handbags
christian louboutin sale
louis vuitton borse
louis vuitton outlet
gucci handbags
oakley sunglasses
cincinnati bengals jerseys
coach outlet store online clearances
christian louboutin outlet
kate spade handbags
ugg boots
cheap oakley sunglasses
hollister clothing
coach outlet online
coach outlet store online clearances
ralph lauren outlet
louis vuitton
coach outlet online
ralph lauren polo outlet
canada goose
michael kors outlet
ray ban sunglasses
chenlina20160810

dada24 Xu said...

nike outlet
adidas outlet store
longchamp bags
red bottom
red bottom heels
red bottom
red bottom shoes for women
pandora bracelet
oakley sunglasses outlet
oakley sunglasses cheap
zhi20161202

dong dong23 said...

longchamp handbags
mlb jerseys wholesale
los angeles clippers jerseys
celine outlet
coach outlet
coach factory outlet
cincinnati bengals jerseys
adidas originals superstar
ugg outlet store
nike cortez leather
2017.2.11chenlixiang

raybanoutlet001 said...

tiffany jewelry
nike roshe run
longchamp online shop
nike huarache
tiffany and co outlet
adidas yeezy boost
links of london
skechers go walk
adidas stan smith

raybanoutlet001 said...

los angeles lakers jerseys
ed hardy outlet
ed hardy
ravens jerseys
mlb jerseys
nike store uk
michael kors outlet
oakley sunglasses
nike air huarache
patriots jerseys

dong dong23 said...

replica watches
cheap jordans
adidas yeezy boost 350
north face
ray ban sunglasses
toms uk
converse shoes
mont blanc pens
nfl jerseys
pandora uk
20174.17wengdongdong

caiyan said...

pandora charms
true religion jeans
birkenstock sandals
adidas uk
beats by dr dre
chicago cubs jerseys
michael kors
louis vuitton canada
adidas yeezy boost 350
cheap nfl jerseys
0508shizhong