Monday, October 18, 2010

                               Surah al-Ikhlas (Ketulusan)
Bilangan (112) Madaniyyah (4) Ayat

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang

Pentafsiran Ayat (1-4)


ُقلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ * اللَّهُ الصَّمَدُ * لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ * وَلَمْ يَكُن لَّهُ كُفُوًا أَحَدٌ *
Terjemahan


[112: 1] Katakanlah (wahai Muhammad) Allah itu Maha Esa.
[112: 2] Allah itu selama-lamanya menjadi tumpuan segala hajt

[112: 3] Tidak beranak dan tidak diperanakkan

[112: 4] Dan tidak ada sesuatu yang setanding dengan-Nya

Nama yang paling popular bagi surah ini ialah al-Ikhlas ertinya suci dan  bersih kerana membersihkan akidah seseorang dari kotoran syirik yang sangat berbahaya kepada iman. Dinamakan juga al-Tauhid kerana menggariskan princip-prinsip asas bagi akidah tauhid. Kedua-dua nama ini sangat sesuai kerana akidah tauhid yang bersih membawa seseorang kepada keselamatan dan kesejahteraan di Akhirat.

 Sebab Nuzul Surah

Qatadah, al-Dahhak dan Muqatil meriwayatkan:  “Sekumpulan Yahudi berkata kepada Nabi saw,  berikan ulasan terperici kepada kami tentang Tuhan kamu kerana di dalam Taurat ada menyebutkan sifat-sifatnya.  Beritahu kepada kami dari apa bahan tuhan itu, sama ada dari jenis emas, perak atau tembaga dan sama ada Dia makan atau tidak dan daripada siapa dan kepada siapakah dunia ini akan diwariskan?, lalu surah ini diturunkan[944].

Allah Yang Maha Esa

Surah al-Ikhlas yang mengandungi 4 ayat ini menegaskan bahawa Allah hanya Ahad, tiada sekutu bagi-Nya.  Ahad pada zat-Nya, Ahad pada sifat-Nya dan Ahad pada af`al-Nya. Oleh itu tiada zat yang menyerupai zat Allah dan tiada sifat yang menyerupai sifat-Nya.

(112:1) Sejarah pertarungan di antara golongan yang menatuhidkan Allah dan kaum yang mempersekutukan-Nya begitu jauh.  Kita perolehi sejarah itu daripada al-Quran yang mengisahkan perjuangan anbiya`, siddiqin dan salihin, mereka mengajar dan menyeru kaum mereka dengan gigih supaya mengakui bahawa Allah Maha Esa, tiada sekutu bagi-Nya.
 
 قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ *
[112: 1] Katakanlah (wahai Muhammad) Allah itu Maha Esa.
Meskipun perkataan Ahad diambil daripada perkataan Wahid ertinya satu, tetapi maknanya lebih mendalam bagi menunjukkan keesaan Allah.   Ahad ertinya Esa, tiada tandingan dan tiada sekutu bagi-Nya,  tiada anggota dan tiada juzuk-juzuk bagi zata-Nya, tiada pada kenyataan, tiada pada fikiran dan tiada pada khayalan. Ahad di sini tidak bermakna satu dalam dua, tidak juga bermakna kesatuan, bahkan  keesaan-Nya mutlak atau maknanya esa tanpa bilangan dan esa tanpa tandingan dan tidak bermungkinan menerima sekutu bagi-Nya biar dalam apa bentuk dan tafsiran sekalipun.

Perkataan wahid ertinya satu. Perkataan ini boleh dijadikan bilangan dan boleh dipecah kepada juzuk-juzuk kecil seperti ½, 2/3, ¾ dan sebagainya, sebagaimana ia juga boleh ditambah satu, dua dan seterusnya. Adapun perkataan Ahad yang menjadi sifat Allah tidak boleh ditambah bilangan ke atasnya dan tidak boleh dipecahkan kepada juzuk-juzuk yang lebih kecil sebagaimana wahid. Sebagai contoh, kita boleh ungkapkan misalnya فلان لا يُقَاوِمُهُ وَاحِدٌ  maksudnya orang itu tidak boleh ditentang satu orang.  Ungkapan ini membawa kemungkinan  boleh ditentang oleh dua orang atau lebih. Jika diungkapkan  فُلانٌ لاََ يُقَاوِمُهُ  أَحَدٌ, maksudnya orang itu tidak boleh ditentang sesiapa pun, tanpa mengira bilangan.  Inilah maksud Ahad dalam ayat di atas dan  perbezaannya dengan wahid[945].

Wujud Allah Thuna`i Bukan Wahdawi  

Terjemahan harfiyah Wahdat al-Wujud ertinya “Persamaan “Kewujudan”, kata lawannya ialah Thuna`iyyah al-Wujud atau “Perbezaan Kewujudan”. Maksud persamaan kewujudan ialah kewujudan Allah dan kewujudan makhluk hanya satu dan tidak boleh dipisahkan atau dengan kata lain wujud Khaliq itulah juga wujud Makhluq.  Maksud “Perbezaan Kewujudan” pula ialah  wujud Allah berbeza dengan wujud makhluk, wujud Allah sifatnya qadim dan azali, sedangkan wujud makhluk ialah wujud haadith (baru) yang didahului `adam (tiada).  Oleh itu, wujud Allah adalah wujud thuina`i bukan wujud wahdawi

Justeru wujud Allah Thuna`i, bukan wahdawi,  akidah Islam menolak fahaman wahdat al-wujud kerana akidah ini syirik dan bertentangan mazhab Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah. Fahaman ini dita`rifkan:

هِىَ مَذْهَبٌ فَلْسَفِيٌ صُوفِيٌ يُوَحِّدُ بَيْنَ اللهِ وَ الْعَالَمِ وَ لاَ يُقِرُّ إلاَّ بِوُجُودٍ وَاحِدٍ هُوَ اللهُ وَ كُلُّ مَا عَدَاهُ أعْرَاضٌ وَ تَعَيُّنَاتٌ لَهُ [946]

Terjemahan: Satu aliran mazah Falasafah kaum sufi yang menyatukan di antara kewujudan Allah dan kewujudan alam sesta, ia mengakui hanya saatu wujud sahaja, lain-lain wujud hanya sifat dan penentuan bagi-Nya (Allah)

Dita`rifkan juga: 

وَحْدَةُ الْوُجُودِ مَذْهَبٌ  فَلْسَفِيٌ لاَ دِينِيٌ يَقُوْلُ بِأنَّ اللهَ وَالطَّبِيْعَةَ  حَقِيْقَةٌٌ وَاحِدَةٌ، وَأنَّ اللهَ هُوَ الوُجُودُ الْحَقُّ، وَيَعْتَبِرُونَهُ – تَعَالَى اللهُ عَمَّا يَقُولُوْنَ عُلُوًاً كَبِيرًاً – صُورَةَ هَذَا الْعَالَمِ الْمَخْلُوقِ، أَمَّا مَجْمُوعُ الْمَظَاهِرِ الْمَادِّيَّةِ فَهِيَ تُعْلِنُ عَنْ وُجُودِ اللهِ دُوْنَ أنْ يَكُونَ لَهَا وُجُودٌ قَائِمٌ بِذَاتِهِ[947].

Terjemahan: Wahdat al-Wujud ialah sebuah mazhab falsafah bukan agama, ia berpendapat Allah dan alam semesta hanya satu hakikat dan wujud Allah ialah wujud yang sebenar, mereka juga menganggap rupa Allah ialah alam  yang diciptakan ini.  Adapun benda-benda yangt kelihatan zahir ini ialah pentanda yang memberitahu  wujudnya Allah, sedangkan benda-benda ini tidak wujnud dengan sendirinya.

  Dua ta`rif ini dengan jelas menyatakan, di dalam alam ini tiada wujud melainkan wujud Allah sahaja. Wujud makhluk adalah sebahagian daripada wujud Allah.   Makhuluk yang kelihatan wujud di alam ini pada hakikatnya  wujud Tuhan, Dia menzahirkan zat-Nya dengan berbaga-bagai rupa, termasuklah  rupa saya, rupa anda dan rupa semua,  Dia menzahirkan dengan rupa-rupa bumi, langit, matahari, bulan, bintang, jin, syaitan, haiwan dan unggas[948]. (Maha Suci Allah dari apa yang diucap orang yang melampau akidahnya).

Mazhab ini ditolah oleh kebanyakan ulama, kecuali sebahagian sebahagian orang yang bergelar sufi kerana akidah ini tidak wujud dalam Islam dan tiada dalil yang boleh dipegang sebagai, ia dikatakan wujud dalam agama Hindu dan ajaran-ajaran menyelewing. 

Wahdat al-Wujud dalam Tafsir Zilal

Sesetengah pihak keliru dengan tafsiran  Sayyid Qutb tentang ahadiyyat al-wujud di dalam surah al-Iklhlas yang dianggap menjurus kepada ajaran wahdat al-wujud dan sekali gus membuka sedikit ruang untuk disalah faham sesetengan kumpulan salafi anti Asya`irah atau metakallimin mutakhir ini, lalu mereka mempertikaikan akidah Sayyid Qutub kononnya beliau berpegang kepada akidah yang m,enyeleweng ini.

Di dalam tafsir al-Zilal, sekurang-kurangnya di dua tempat Sayyid Qutb difahamkan sangat tertarik dengan ajaran ini. Dipeturunkan di sini petikan teks Tafsir al-Zilal dan terjemahannya untuk tatapan pembaca:

            Pertama, di dalam  S. al-Hadid: Ayat 3, Sayyid menulis:

" .. الأوَّلُ وَالآخِرُ مُسْتَغْرِقًا كُلَّ حَقِيْقَةِ الزَّمَانِ، وَالظَّاهِرُ وَالْبَاطِنُ مُسْتَغْرِقًا كُلَّ حَقِيقَةِ المْكَاَنِ . وَهُمَا مُطْلَقَتَانِ وَيُلْفِتُ الْقَلْبَ الْبَشَرِي فَلاَ يَجِدُ كَيْنُونَةً لِشَيءٍ إلاَّ لِلّهِ . وَهَذِهِ كُلُّ مُقَوِّمَاتِ الْكَيْنُونَةِ ثَابِتَةٌ لَهُ دُونَ سِوَاهُ حَتَّى وُجُودُ هَذَا الْقَلْبِ ذَاتِه لاَ يَتَحَقَّقُ إلاَّ مُسْتَمِدًا مِنْ وُجُودِ اللهِ . فَهَذَا الْوُجُودُ الإلَهِي هُوَ الْوُجُودُ الحْقَِيقِي الَّذِي يَسْتَمِدُّ مِنْهُ كُلُّ شَئٍ وُجُودُه وَهَذِهِ الحْقَيِقَةُ هِيَ الحْقَيِقَـةُ الأُولَى الَّتِي يَسْتَمِدُّ مِنْهَا كُلُّ شَئٍ حَقَِيقَتَـهُ".

Terjemahan:  “Dialah Yang Maha Awal, tiada sesuatu sebelumnya dan Dialah yang Maha Akhir.  Dialah Yang Maha zahir dan Maha Batin meliputi seluruh hakikat tempat.  Kedua-duanya bersifat mutlak belaka. Apabila hati manusia melihat maka dia tidak akan mendapati satu kewujudan yang hakiki bagi segala sesuatu melainkan kewujudan Allah.

“Seluruh asas kewujudan hakiki hanya thabit bagi Allah sahaja dan tidak thabit kepada yang lain dari-Nya, sehingga kewujudan hati manusia ini sendiri tidak mungkin wujud melainkan di ambil dari kewujudan Allah. 

“Tegasnya kewujudan Allah merupakan kewujudan hakiki dan dari kewujudan-Nya segala sesuatu yang lain mengambil kewujudannya masing-masing. Hakikat kewujudan Allah merupakan hakikat yang pertama dan dari hakikat yang pertama inilah segala sesuatu mengambil hakikatnya masing-masing”

            Kedua, di dalam Surah al-Ikhlas: Ayat 3, Sayyid menjelaskan:

إنَّهَا أَحَدِيَّةُ الْوُجُودِ فَلَيسَ هُنَاكَ حَقِيقَةٌ إلاَّ حَقِيقَتُهُ، وَلَيسَ هُنَاكَ وُجُودٌ حَقِيقِيٌ إلاّ وُجُودُهٌ وَكُلُّ مَوجُودٍ آخَرَ فَإِنَّمًا يَسْتَمِدُّ وُجُودُهُ مِنْ  ذَلِكَ الْوُجُودِ الْحَقِيقِيّ، وَيَسْتَمِدُّ حَقِيقَتَهُ مِنْ تِلْكَ الْحَقِيْقَةِ الذَّاتِيَّـةِ...  وَمَتَى اسْتَقَرَّ هَذَا التَّصَوُّرُ الَّذِي لا يُرَى فِي الْوُجُودِ إلاَّ حَقِيقَةُ اللهِ،  فَسَتَصْحَبُهُ رُؤْيَةُ هَذِهِ الحْقَيِقَةِ فِي كُلُِ وُجُودٍ آخَرَ انبَثَقَ عَنْهَا - وَهَذِهِ دَرَجَةٌ يَرَى فِيهَا الْقَلْبُ يَدَ اللهِ فِيْ كُلِّ شَيءٍ يَرَاهُ. وَوَرَائَهَا الدَّرَجَةُ الَّتِي لاَ يَرَى فِيهَا شَيئًا فِي الْكَونِ إلاَّ اللهُ . لِأنَّهُ لاَ حَقِيْقَةَ هُنَاكَ يَرَاهَا إلاَّ حَقِيْقَةُ اللهِ [949].

Terjemahan: “Itulah keesaan wujud Allah, di sana tiada hakikat melainkan hakikat Allah, tiada kewujudan hakiki melainkan kewujudan Allah.  Segala maujud yang lain adalah mengambil kewujudan mereka dari kewujudan Allah yang hakiki dan mengambil hakikat mereka dari hakikat Allah yang sejati.

“Apabila mantapnya kepercayaan yang tidak melihat di alam ini melainkan hakikat Allah sahaja, maka dia akan melihat hakikat ini pada segala kejadian yang lain yang lahir dari hakikat itu.  Di tahap inilah hati seseorang akan melihat tangan Allah menguasai segala sesuatu yang dilihatnya dan pada tahap yang lebih tinggi dari tahap ini dia tidak nampak sesuatu di alam buana ini melainkan hanya Allah kerana di sana tiada hakikat yang lain yang dilihatnya melainkan hanya hakikat Allah”.

Antara tafsiran Sayyid yang meragukan ialah seperti dalam petikaan-petikan berikt:

(a) “ .. kewujudan hati manusia ini sendiri tidak mungkin wujud melainkan di ambil dari kewujudan Allah”

(b) “Tegasnya kewujudan Allah merupakan kewujudan hakiki dan dari kewujudan-Nya segala sesuatu yang lain mengambil kewujudannya masing-masing”

(c)“Segala maujud yang lain adalah mengambil kewujudan mereka dari kewujudan Allah yang hakiki dan mengambil hakikat mereka dari hakikat Allah yang sejati”.

 (d) “Di tahap inilah hati seseorang akan melihat tangan Allah menguasai segala sesuatu yang dilihatnya dan pada tahap yang lebih tinggi dari tahap ini dia tidak nampak sesuatu di alam buana ini melainkan hanya Allah”

            Beberap petikan ini merupakan bukti yang paling jelas dan kuat bagi sesetengah pihak yang membuat tuduhan terhadap Sayyid bahawa beliau teremasuk kumpulan pengamal wahdat al-wujud yang begitu kontroversi itu.

            Beberapa  pandangan terhadap Sayyid dalam isu ini; ada yang mencadangkan tafsir ini wajar di bakar supaya tidak terlepas ke tangan orang awam, mereka menghukum Sayyid supaya dihukum sekali lagi setelah mati di tali gantung[950], ada yang menafikan sekeras-kerasnya Sayyid pernah bepegang kepada ajaran itu, sambil menunjukkan keterangan daripada beberapa buah buku selain al-Zilal[951].

            Tafsir ini lebih tenang untuk bersama dengan pemikir-pemikir yang mengambil sikap sederhana terehadap Sayyid dengan alasan-alasan:

            Pertama:  Terdapat percanggahan dalam tulisan Sayyid  Qutb tentang wahdat al-wujud. Keterangan beliau dalam tafsir al-Zilal menolak fahaman ini  tatkala mentafsirkan surah al-Baqarah, ayat 115 seperti dalam petikan:

وَالنَّظَرِيَّةُ الإِسْلاَمِيَّةُ:أنَّ الخْلَْقَ غَيْرُ الخْاَلِقِ . وَأنَّ الخْاَلِقَ لِيسَ كَمٍثْلِهِ شَيءٌ . . وَمْنْ هُنَا تَنْتَفِي مِنَ التَّصَوُّرِ الإِسْلاَمِيِّ فِكْرَةُ:"وَحْدَةِ الْوُجُودِ" عَلَى مَا يَفْهَمُهُ غَيْرُ الْمُسْلِمِ مِنْ هَذَا الاِصْطِلاَحِ - أَيْ بِمَعْنَى أنَّ الْوُجُودَ وَخَالِقَهُ وَحْدَةٌ وَاحِدَةٌ
           
Terjemahan: Pandangan Islam ialah makhluk itu berlainan dari khalik dan tiada suatu pun yang serupa dan standing dengan khaliq dan dari sinilah tersingkirnya dari kefahaman Islam gagasan wahdat al-wujud  mengikut pengertian yang difahamkan orang yang bukan Islam dari istilah itu, iaitu dengan pengertian bahawa dan Penciptanya adalah satu kesatuan yang sama.

Kedua: Sayyid Qutub seorang manusia, dia bukan malaikat, tulisan beliau ada yang benar dan ada yang batil, tetapi kebenarannya lebih banyak dan jauh lebih banyak berbandng kebatilan, tiada siapa yang ma`sum selain para Anbiya` dan mursalin.

(112: 2)           Di antara dalil keesaan Allah ialah semua makhluk tertumpu kepada-Nya bagi menyempurnakan hajat.

اللَّهُ الصَّمَدُ *

[112: 2] Allah itu selama-lamanya menjadi tumpuan segala hajat.

Banyak pengertian   الصَّمَدْdari segi bahasa, namun semuanya merujuk kepada mengagungkan Allah dan memuji-muji-Nya kerana Dialah Tuhan yang dituju kepada-Nya untuk menyempurnakan hajat. Allah itulah Tuhan yang sebenar tiada Tuhan selainNya.  Dia adalah tunggal dalam ketuhanannya dan semua yang lain adalah hamba-Nya.  Dialah sahaja yang mampu menyahut seruan hamba-Nya yang mempunyai hajat dan Dialah jua yang yang memutuskan segala perkara,  tanpa izin-Nya tiada perkara dan tiada siapa yang boleh memutuskan. Firman Allah:

أَلَا لَهُ الْخَلْقُ وَالْأَمْرُ تَبَارَكَ اللَّهُ رَبُّ الْعَالَمِينَ[952]
Terejemahan:  “Ingatlah bahawa Dialah Yang menerajui urusan penciptaan dan pentadbiran alam buana. Maha Berkatlah Allah yang memelihara Semesta Alam”

(112:3)                Kita sedia mengetahui bahawa pencipta langit dan bumi bukannya langit dan bumi, makhluk dan khalik adalah dua perkara yang berlainan, maka dengan itu kita juga mengetahui bahawa Allah tidak beranak dan tidak diperanakkan.

لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ *

[112: 3] Tidak beranak dan tidak diperanakkan

Seseorang anak yang dilahirkan akan berlaku kekurangan padanya dan pastinya memerlukan tambahan bagi menyempurnakan kekurangannya. Maha Suci Allah daripada tambahan untuk menyempurnakan zata-Nya.  Allah tidak beranak dan tidak diperanakkan, tidak ada bagi-Nya bapa dan tidak ada bagi-Nya anak-anak sebagaimana makhluk ciptaan-Nya.

(112: 4)           Setelah kita mengetahui bahawa Allah tidak beranak dan tidak diperanakkan, kepada-Nya makhluk menumpukan hajat untuk disempurnakan, maka dengan kefahaman ini lenyaplah satu kemusykilan yang menhalang untuk mengenal Allah, iaitu halangan ada tandingan yang menyerupain-Nya.

وَلَمْ يَكُن لَّهُ كُفُوًا أَحَدٌ*

[112: 4] Dan tidak ada sesuatu yang setanding dengan-Nya
 
Jika anda ingin mengenal Allah, hendaklah terlebih dahulu membuang segala ukuran yang biasa dipakai dalam mengukur makhluk, seperti tempat, masa, ukuran besar dan kecil, hendaklah dibuang terlebih dahulu pemikiran lihat dan dengar kepada alam ghaib yang tidak mampu disaksi mata, telinga dan sentuhan.  Oleh itu, jangan lagi bertanya di mana, bagaimana dan apa?  Ini kerana Allah yang menciptakan di mana, Dia juga yang menciptakan bagaimana dan Dia juga yang menciptakan apa dia?. Maha Suci Allah daripada sebarang tandingan, meskipun akal tidak mampu berfikir pada zat-Nya.  Inilah maksud kata-kata Abu Bak al-Siddiq ra.

الْعَجْزُ عَنِ الإِدْرَاكِ إدْرَاكٌ

Terjemahan:  Kelemahan untuk memahami itulah kefahamannya.

Pengajaran dan Saranan

1:         Surah al-Ikhlas ini menyatakan Allah swt. Maha Esa pada zat-Nya, sifat-Nya dan hakikat-Nya,  Maha Suci daripada segala susunan dan Maha Suci daripada sebarang kepelbagain.

2:         Suarh ini menolak fahaman Yahudi yang mendakwa `Uzair anak Tuhan dan menolak fahaman Nasara terhadap al-Masih `Isa dan kepercayaan kaum musyrikin terhadap malaikat sebagai anak perempuan Tuhan.

3:         Surah ini juga menolak fahaman dua Tuhan oleh penganut agama yang mendakwa Allah itu Tuhan kebaikan dan ada satu lagi Tuhan kejahatan yang menentang Allah, iaitu Tuhan yang menyebarka kerosakamn di bumi.

4:         Allah tidak beranak dan tidak diperanakkan kerana anak merupakan kewujudan tambahan dan juga menolak adanya isteri dan ibu bapa.


[944] Tafsir al-Tabari, 12/741. Tafsir al-Qurtubi, 20/246. Tafsir al-Durr al-Manthur, 6/411. Asbab al-Nuzul, ms. 510.
[945] Sila rujuk “Antara monotisme dan Tauhid Islam”  Tafsir Pedoman Muttaqin, 6/1022.
[946] al-Mawsu`ah al-`Arabiyyah al-Muyassarah, 2/1945.
[947] Al-Juhani, Mani` bin Hammad, Dr.  Al-Mawsu`ah al-Muyassarah fi al-Adyan wa al-Madhahib wa al-Ahzab al-Mu`asirah, , al-Nadwah al-`lamiyyah, 2/783.
[948] Lihat contoh wahdat al-wujud dalam shair yang dimadah ibn `Arabi dalam Tafsir Pedoman Muttaqin,  6/1027.
[949] Fi Zilal al-Quran, 6/4002-4003
[950]Lihat artikel bertajuk أحرِقُوا ظِلاَلَ الْقُرْآن oleh Abd al-Salam al-Basiyuni. islamweb.net (27/7/2010 Selasa).
[951] Polemik tentang aqidah Sayyid Qutb, sila ikuti Artikel  سيد قطب والقول بوحدة الوجود  3azam.110mb.com (27/7/2010) dan lain-lain.
[952]al-A`raf: 54.

10 comments:

wesan michael said...

http://www.chromeheartsonlinestore.us.com
cheap jordans online
longchamp handbags
adidas superstar UK
huarache shoes
adidas stan smith uk
air jordan retro
kobe shoes
adidas neo
ralph lauren online,cheap ralph lauren

姚嘉 said...

birkenstocks
saics running shoes
versace
nike store
ghd hair straighteners
michael kors handbags
nike air huarache
cheap nba jerseys
nike outlet store
jimmy choo

raybanoutlet001 said...

fitflops sale clearance
adidas stan smith uk
adidas neo
fitflops outlet
skechers outlet
timberland shoes
air max thea
timberland uk
nike air zoom structure 19
cheap authentic jordans

dong dong23 said...

michael kors purses
louis vuitton outlet online
red bottoms
louis vuitton outlet
christian louboutin sale
ugg boots outlet
kate spade outlet
ugg australia
oakley sunglasses outlet
gucci outlet online
2017.2.11chenlixiang

Meiqing Xu said...

cveland cavaliers jerseys
chaussure louboutin
louis vuitton
longchamp handbags
longchamp handbags
james shoes
coach factory outlet
adidas yeezy
coach factory outlet
sanantonios purs jerseys
20170323caiyan

Unknown said...

christian louboutin online
oakley sunglasses
mulberry sale
air max uk
ralph lauren
michael kors outlet
michael kors outlet
polo outlet
polo outlet
nike mercurial
chanyuan2017.03.29

dong dong23 said...

adidas nmd
lebron james shoes
coach outlet online
ralph lauren polo outlet
cheap oakley sunglasses
ray ban sunglasses
christian louboutin shoes
replica watches
ralph lauren
fitflop shoes
20174.17wengdongdong

caiyan said...

cheap oakley sunglasses
michael kors outlet clearance
detroit tigers jerseys
fitflops shoes
coach outlet
houston rockets jerseys
dallas cowboys jerseys
coach canada
michael kors outlet clearance
polo ralph lauren outlet
0508shizhong

adidas nmd said...

air max 90
hugo boss outlet
cheap ray ban sunglasses
ugg outlet
new orleans saints jerseys
nike blazer
fitflops sale clearance
saics running shoes
christian louboutin shoes
nike factory outlet

xjd7410@gmail.com said...

jerseys wholesale
michael kors outlet clearance
cheap nike shoes
louis vuitton
louis vuitton outlet online
ray ban wayfarer
ralph lauren
giuseppe zanotti shoes
mulberry outlet,mulberry handbags outlet
air max 90
chanyuan2017.06.14