Wednesday, January 5, 2011


Surah al-Nasr  (Pertolongan)


Bilangan (110) Madaniyyah (3) Ayat


MUKADIMAH

Nama Surah

Nama surah ke 110 ini ialah al-Nasr ertinya pertolongan.  Nama ini diambil daripada perkataan al-Nasr dalam ayat pertama.  Ibn Mas`ud meriwayatkan di samping al-Nasrnamanya juga al-Tawdi` (mengucap selamat tinggal) kerana di dalam surah ini  ada isyarat menunjukkan kewafatannya semakin hampir. Ulama Salaf   memasyhurkan nama اذَا جََاءَ نَصْرُ اللهِ وَالْفَتحُ sama dengan ayat pertama surah. Dalam hadis riwayat A`isyah ra katanya:

"لَمَّا نَزَلَتْ سُورَةُ اذَا جَاءَ نَصْرُ اللهِ والْفَتْحُ.."

Terjemahan:  “Tatkala turun surah (baca ayat pertama surah)”

            Di dalam al-Tirmidhi, surah ini dijudulkan dengan surah al-Fath (Pembukaan) kerana perkataan الْفَتْحُ disebut di dalam surah ini.  Dengan itu surah (110)  ini berkongsi nama al-Fath  dengan surah bilangan (48)[918].

Zaman Nuzul

Ulama tafsir sepakat menyatakan surah ini termasuk dalam kelompok surah-surah Madaniyyah, tetapi mereka tidak pula sepakat pada menyatakan tempat turunnya, sama ada di Muzdalifah atau Mina.  Namun ada riwayat memberi isyarat jelas kepada turunnya pada tahun khaybar, iaitu pada tahun ke 7 hijrah.

اِذَا جَاءَ الْفَتْحُ وَنَصْرُ اللَّهِ ، وَجَاءَ أَهْلُ الْيَمَنِقَوْمٌ رُقَيْقَةٌ قُلُوبُهُمْ لَيِّنَةٌ قُلُوبُهُمْ ، الإِيمَانُ يَمَانٌ ، وَالْفِقْهُ يَمَانٌ [919]

            Terjemahan:  “Tibalah kemenangan dan pertolongan Allah dan datanglah orang Yaman. Mereka itu lembut hatinta dan halus perasaannya. Iman itu dinegeri Yaman, Fiqh (Kefahanan) juga dinegeri Yaman”.

            Kedatangan orang Yaman buat kali pertama berlaku  pada tahun ke 7 Hijrah.  Tahun ini dikenali dengan tahun Khaybar yang berlaku pada tahun 7 Hijtah.

            Riwayat Qtadah ra menyatakan surah ini diturunkan dua tahun sebelum wafat Rasulullah saw.  Al-Wahidi daripada Ibn Abbas pula menyatakan surah ini  diturunkasn ketika Nabi saw pulang dari Hunain. Ini bermakna selepas pembukaan Makkah dan orang ramai ramai berduyun-duyun memeluk Islam.  Peristiwa ini berlaku pada tahun ke 9 Hijrah. 

            Al-Bazzar, al-Bayhaqi dan lain-lain meriwayatkan daripada Ibn Umar ra, surah ini diturunkan pada pertengah hari-hari Tashriq, iaitu pada tahun haji al-wada`.  Riwayat ini dida`ifkan oleh Ibn Rajab kerana Musa ibn Ubaydah seorang rawi dalam isnadnya  da`if.  Ada juga riwayat daripada Ibn Umar menyatakan Nabi hanya hidup selama 3 bulan sahaja selepas nuzul ayat ini.

            Berkata Ibn `Asayur:  Perbezaan tentang tahun nuzul surah ini sukar ditarjihkan mana-mana qawl, hanya surah menyatakan turunnya pada waktu ajal Rasulullah saw hampir tiba.  Di dalam Hadith menyatakan tafsiran surah:

اذَا جَاءَ نَصْرُ اللهِ والْفَتْحُ
Terjemahan: Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan.

Berkata Ibn Abbas:

هُوَ أَجَلُ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّم أَعْلَمَهُ لَهُ[920]
Terjemahan:  “Itulah ajal Rasulullah saw yang diberitahu Allah kepadanya”.

Munasabah Surah

Pada akhir surah al-Kafirun terdahulu Allah swt menyuruh Nabi saw supaya memutuskan hubunagn akidah dengan agama-agama sirik sambil memberitahu mereka “Bagi kamu agama kamu, bagiku agamaku”.

            Di dalam surah ini Allah swt menyatakan wujudnya pelbagai agama itu tidak lama kerana tidak lama lagi manusia akan berduyun-duyun memeluk Islam, lalu Islam menjadi agama yang paling tinggi dan tiada agama lagi mengatasinya.

            Kedudukan Islam yang tinggi itu menunjukkan kelebihan Nabi Muhammad saw dengan kemenangan dan dengan tersebarnya ajaran Islam dan kedatangan manusia beramai-ramai untuk memeluk Islam. Keterangan yang sama juga menunjukkan ajal Rasulullah saw hampir tiba.


Tema dan Ikhtisar Surah


Tema surah ini ialah “Tasbih dan Istighfar”

Surah ini diturunkan pada akhir-akhir usia Nabi saw.  Para sahabat segera memahami daripada ayat yang menyebutkan kemenangan dan pembukaan  bahawa usia baginda telah berada di penghujung.  Oleh itu bersedialah untuk pemergian ke alam Akhirat dengan tasbih dan istighfar.

Fadilat Surah

Diriwayatkan daripada  Anas ibn Malik ra katanya: Rasulullah saw bertanya salah seorang sahabatnya:

أَلَيْسَ مَعَكَ إِذَا جَاءَ نَصْرُ الَّلهِ وَالفَتْحُ ؟ " قَالَ : بَلَى ، قَالَ : " رُبـْعُ القُرآنِ "[921]  
Terjemahan:  “Adakah bersama mu (surah al-Nasr?). Jawabnya: Ya, Sabda Nabi: (kebebihan membacanya menyamai) satu perempat al-Qur`an”

Sabda Nabi lagi:

لَمَّا أُنْزِلَتْ إِذَا جَاءَ نَصْرُ اللَّهِ وَالْفَتْحُ كَانَ يُكْثِرُ إِذَا قَرَأَهَا وَرَكَعَ أَنْ يَقُولَ : " سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ رَبَّنَا وَبِحَمْدِكَ ، اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي إِنَّكَ أَنْتَ التَّوَّابُ الرَّحِيمُ [922]

Terjemahan: “Setelah turun (Surah al-Nasr) Nabi kerap membacanya dalam salat di baginda ruku` lalu membaca:”Maha Suci engkau dan dengan memuji-Mu, Wahai Tuhanku, ampunlah dosaku, Engkau Maha menerima Taubat dan Maha Pengasih


[918] Tafsir Ibn Asyur, 30/587.
[919] a-Tabarani, al-Mu`jam al-Kabir, hadith (11745) daripada Ibn Abbas ra .  Isnad hadith ini muttasil dan rijalnya thiqat.
[920] al-Bukhari, Bab Qawlih Fasabbih bi Hamdi.., hadith (4615) daripada Ibn `Abbas ra.  Isnad hadith Sahih mengikut syarat al-Bukhari.
[921] al-Tirmidhi, Kitab al-Tafsir, hadith (2840)   daripada Anas ibn Malik.  Isnadnya da`if kerana salah seorang rawinya Salmah ibn Wardan al-Laythi dikatigorika sebagai da`if al-hadith.
[922] ِMusnad Abu Ya`la al-Mawsili, Bab al-Tasbih fi al-Ruku` wa al-Sujud, hadith (1503) daripada Ibn Abbas. Isnad hadith ini da`if, Hasan jika ada mutaba`ah.

No comments: