Monday, October 18, 2010

Surah al-Nasr  (Pertolongan)


Bilangan (110) Madaniyyah (3) Ayat

بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang
Tafsiran Ayat  (1-3)

إِذَا جَاء نَصْرُ اللَّهِ وَالْفَتْحُ * وَرَأَيْتَ النَّاسَ يَدْخُلُونَ فِي دِينِ اللَّهِ أَفْوَاجًا * فَسَبِّحْ بِحَمْدِ رَبِّكَ وَاسْتَغْفِرْهُ إِنَّهُ كَانَ تَوَّابًا *




Terjemahan

[110: 1] Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan (membebaskan Makkah).

[110: 2] Dan engkau lihat manusia masuk ke dalam agama Allah sepuak demi sepuak.

[110: 3] Maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan mohonlah keampunan-Nya. Sesungguhnya Dia Maha Penerima taubat hamba-Nya.

Pembebasan Makkah

Surah ini dikatakan turun selepas perjanjian damai Hudaybiah dan dua tahun sebelum pembukaan Makkah dan ada pandangan mengatakan nuzulnya selepas pembukaan Makkah atau 70 hari sebelum kewafatan Rasulullah saw.

Mengikut draf perjanjian damai Hudaybiah yang dimeterai pada bulan Syawal, tahun ke 6 Hijarah. Antaranya, memeterai persetujuan setiap orang bebas menetukan kesetiaannya, sama ada untuk bersama kaum Muslimin atau Quraisy.  Berdasarkan perjanjian ini Qabilah Bani Khuza`ah memilih kesetiaan mereka kepada Islam, sedangkan Qabilah Bani Bakr memilih kesetiaan kepada kaum Quraisy. Di antara dua Qabilah ini masih ada dendam-dendam lama yang sedang membara.

Melihat kerpada bilangan umat Islam yang semakin bertambah, kaum Quraisy berasa tidak senang hati, lalu mereka membantu Bani Bakr dengan senjata dan ketenteraan  untuk menyerang Bani Khuza`ah yang memberi kesetiaan mereka kepada Rasulullah saw dan umat Islam, maka berlakulah serangan mengejut pada waktu malam dan membunuh beberapa orang dari Qabilah Khuzu`ah.  Di tengah-tengah kejadian itu, `Amru bin Salim bergegas ke Madinah untuk menyampaikan berita terkini kepada Nabi saw tentang pencabulan kaum Quraisy dan sekutu-sekutunya terhadap perjanjian damai Hudaibiyah.

Rasulullah mengirim surat kepada Musyrikin Makkah mengajukan tiga cadangan  iaitu sama ada mereka membayar sejumlah harta sebagai diyat atau ganti rugi kepada waris Bani Khuza`ah yang telah dibunuh,  atau perjanjian setia antara mereka dengan Bani Bakar ditamatkan, atau perjanjian Hudaibiyah dianggap tidak berkuat kuasa lagi.

Kaum Quraisy menolak semua cadangan itu, sebaliknya memilih untuk berperang menentang tentera Islam. Rasulullah bersama-sama 10,000 orang tentera Islam keluar menuju ke Makkah. Nabi saw melatik  Abu Zarr al-Ghifari sebagai Nabi saw di Madinah kerana mengususkan hal ehwal umat Islam. Dalam perjalanan, Nabi dan tentera Muslimin bermalam di Marr al-Zahran, Rasulullah mengarahkan tentera Islam supaya mendirikan khemah dan menyalakan unggun api dengan banyak untuk menggerunkan musyrikin Quraisy. Setibanya Nabi di al-Juhfah, baginda bertemu bapa saudaranya al-Abbas bersama keluarganya dalam perjalanan hijrah ke Madinah, lalu baginda mewakilkan  al-Abbas menemui Abu Sufyan yang mewakili kaum Quraysh untuk berunding kekecuhan yang berlaku di antara Qabilah Bani Bakr dan Bani Khuza`ah dan seterusnya   menyambung perjanjian damai Hudaybiyah yang telah dibatalkan. Al-Abbas membawa mesej itu lalu menasihati Abu Sufyan dan seterusnya membawa beliau  bertemu Nabi saw. Nabi berkarta kepadanya: Bedebah engkau wahai Abu Sufyan, belum tibakah waktunya kepada  engkau untuk beriman bahawa tiada tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah dan bahawa Muhammad pesuruh Allah.  Berkata al-Abbas:  Bedebah engkau, Wahai Abu Sufyan, terimalah Islam, lalu Abu Sufayan memeluk Islam dan mengucap dua kalimah syahadah.  Sebagai tanda penghormatan kepadanya, Nabi bersabda:

مَنْ دَخَلَ دَارَ أبِي سُفْيَانَ فَهُوَ آمِنٌ.

Terjemahan:  “Sesiapa masuk (berlindung) di rumah Abu Sufyan maka dia selamat”


Pada 20 Ramadan, tahun ke 8 Hijrah Rasulullah memerintahkan 10,000 tentera Muslimin supaya berpecah kepada empat kumpulan dan memasuki Makkah melalui empat penjuru. Mereka juga diminta supaya tidak melakukan kekerasan atau pembunuhan kecuali apabila terpaksa. Namun, pertempuran hanya berlaku di selatan Makkah dan mengorbankan dua orang tentera Islam dan tiga belas orang kaum Musyrikin Quraisy.
Setelah memasuki Makkah, Rasulullah melakukan tawaf, mengucup Hajar al-Aswad dan memusnahkan 360 berhala yang terdapat di sekeliling Kaabah. Baginda meminta kunci dari Uthman ibn Talhah untuk membuka pintu Ka`bah dan menyuruh Bilal mengumandang azan kemudian menyerahkan kembali kunci kepadanya. Baginda mencuci dinding Kaabah dengan air zam-zam. Selain itu, baginda memaafkan penduduk Makkah yang pernah menentang Islam, sambil membaca firman Allah:

جَاءَ الْحَقُّ وَزَهَقَ الْبَاطِلُ إِنَّ الْبَاطِلَ كَانَ زَهُوقًا[923]


Terjemahan: “Kebenaran telah datang, kebatilan telah hilang.  Sersungguhnya kebatilan sememangnya hilang”.
Dan firman-Nya:


قُلْ جَاءَ الْحَقُّ وَمَا يُبْدِئُ الْبَاطِلُ وَمَا يُعِيد [924]ُ


Terjemahan: “Katakanlah: Kebenaran telah datang dan kebatilan tidak akan bertapak dan tidak akan berulang”


Pada hari kedua, baginda menyampaikan ucapan al-Fath (Kemenangan). Antara kandungannya:

إِنَّ هَذَا الْبَلَدَ حَرَّمَهُ اللهُ يَوْمَ خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَاْلأَرْضِ. فَهُوَ حَرَامٌ بِحُرْمَةِ اللهِ إِلَى يَوْمِ الْقِيَامَةِ. وَإِنَّهُ لَمْ يَحِلَّ الْقِتَالُ فِيْهِ ِلأَحَدٍ قَبْلِي. وَلَمْ يَحِلَّ لِي إِلاَّ سَاعَةً مِنْ نَهَارٍ. فَهُوَ حَرَامٌ بِحُرْمَةِ اللهِ إِلَى يَوْمِ الْقِيَامَةِ. لاَ يُعْضَدُ شَوْكُهُ. وَلاَ يُنَفََّرُ صَيْدُهُ. وَلاَ يُلْتَقَطُ إِلاَّ مَنْ عَرَّفَهَا. وَلاَ يُخْتَلَي خَلاَهاَ : فَقَالَ الْعَبَّاسُ: يَا رَسُوْلَ اللهِ ! إِلاَّ اْلإِذْخِرَ. فَإِنَّهُ لِقَيْنِهِمْ وَلِبُيُوْتِهِمْ. فَقَالَ :إِلاَّ اْلإِذْخِرَ[925]



Terjemahan: Sesungguhnya negeri ini telah diharamkan Allah sejak Dia menciptakan langit dan bumi, maka Dia menjadikannya haram karena pengharaman Allah sampai hari Qiamat. Sesungguhnya tidak pernah dihalalkan berperang di negeri ini untuk sesiapa pun sebelumku dan tidak dihalalkan bagiku kecuali selama beberapa saat saja pada waktu siang hari karena ia adalah tanah haram dengan pengharaman Allah sampai hari Qiamat. Pohonnya yang berduri tidak boleh dipotong, haiwan buruannya tidak boleh ditangkap dan barang-barang hilang tidak boleh dipungut kecuali bagi orang yang mengumumkannya dan rumputnya juga tidak boleh dipotong. Al-Abbas berkata: Kecuali rumput izkhir karena ia perlu bagi tukang-tukang besi dan rumah-rumah mereka. Rasulullah saw bersabda: Ya, kecuali rumput izkhir.

Setelah Makkah berjaya dibebaskan, kaum Ansar menaruh bimbang terhadap keselamatan Nabi saw dalam tempoh  keberadaannya di Makkah, Nabi bersabda kepada mereka:

هَاجَرْتُ إِلَى اللَّهِ وَإِلَيْكُمْ ، الْمَحْيَا مَحْيَاكُمْ وَالْمَمَاتُ مَمَاتُكُمْ [926]

Terjemahan:  “Aku berhijrah kerana Allah dan kerana kamu.! (Sesungguhnya) hidup ini hidupnya kamu, mati ini matinya kamu”

Selepa pembukaan Makkah Nabi saw berada di Makkah selama 19 hari untuk meletakkan petanda-petanda Islam di bumi itu, membimbing orang ramai kepada hidayat Allah dan menghapuska berhala, di samping menerima kunjungan orang ramai lelaki dan perempuan untuk menyatakan taat setia mereka kepada Nabi saw.




Fajar Kemenangan Menyinsing

(110:1) Kini sistem politik, ekonomi dan kezaliman semuanya lenyap, tempatnya diambil alih oleh keadilan Islam dan sistem  hidup yang berteraskan kasih sayang,  setelah sekian lama menderita di bawah tekanan kaum Quraisy yang zalim. 

إِذَا جَاء نَصْرُ اللَّهِ وَالْفَتْحُ

 [110: 1] Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan (membebaskan Makkah).

Antara nama surah ini ialah surah al-Fath (pembukaan negeri) kerana mengandungi isyarat kepada pembukaan negeri Makkah yang pada waktu ini belum tetapi akan berlaku.

Perkataan اذَا  dalam bahasa Arab membawa erti  ‘apabila’, ia menunjukkan sesuatu kejadian akan berlaku pada masa hadapan. Dalam konteks surah ini,  pembukaan Makkah belum berlaku kerana Makkah belum di buka. Menurut pandangan ini, berita pembukaan Mabelum kejadian itu berlaku adalah satu berita ghaib dan mu`jizat Nabi saw yang menunjukkan kebenaran kenabiannya[927].

Sebahagian ulama berpendapat, dimaksudkan dengan al-Fath ialah pembukaan Makkah. Surah ini diturunkan setelah selesainya pembukaan itu.  Tafsiran ini sesuai dengan pendapat yang menyatakan surah al-Nasr yang terakhir diturunkan dengan lengkap, iaitu pada tahun kesepuluh Hijrah. Riwayat menyatakan Nabi saw hidup selama 70 hari selepas nuzulnya. Pendapat ini sesuai dengan salah satu daripada nama surah, iaitu al-Tawdi`, ertinya selamat tinggal. Al-Razi mentarjihkan pendapat ini[928]. Pertolongan yang dimaksudkan ialah kemenangan dalam  pertempuran dengan kaum Quraisy atau pertolongan Allah ketika  menentang kuasa-kuasa kafir.  

Sehubungan surah ini sebuah hadis Rasulullah saw riwayat Ibn Abbas katanya:

لَمَّا نَزَلَتْ ‏ ‏إِذَا جَاءَ نَصْرُ اللَّهِ وَالْفَتْحُ ‏ ‏عَلِمَ النَّبِيُّ ‏ ‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‏ ‏أَنْ قَدْ ‏‏ نُعِيَتْ ‏ ‏إِلَيْهِ نَفْسُهُ[929]


Terjemahan:  Sebaik sahaja turun ayat (terjemahan:)  Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan.  Rasulullah saw. pun faham bahawa dia diberitahu ajalnya hampir tiba.

Rasulullah saw memahami kerana surah ini berbicara sekitar  nasr`llah (pertolongan Allah), al-Fath (kemenangan menakluk  Makkah) dan kedatangan manusia beramaia-ramai memeluk Islam.  Tiga tahap pertama yang merupakan ni`mat Allah yang sangat besar telah menjadi kenyataan.  Tinggal lagi tahap empat, iaitu bersyukur dan memuji-muji Allah. Memandang kepada tahap ke empat ini tahap akhir, Rasulullah saw memahami ajalnya hampir berakhir, iaitu stelah selesainya tahap empat. Ini sesuai dengan  salah satu nama surah ini iaitu al-Tawdi` (mengucap selamat tinggal).

Dalam sejarah Islam pembukaan negari baru banyak berlaku, tetapi pembukaan dengan spesipikasi yang disebutkan di dalam surah al-Nasr ini tidak berlaku kercuali pembukaan Makkah, terutama bagi orang Arab yang mempercayai Nabi saw tidak mampu menyerang Kaabah kecuali jika dia berada di pihak yang benar.  Kalau pun serangan dilakukan, nescaya tuhan penjaga Kaabah sendiri akan bertindak sebagaimana dia pernah bertindak terhadap Abrahah dan tentera-tenteranya yang cuba menyerang Kaabah sebelum ini.  Justeru apabila Nabi berjaya menawan Kaabah dengan aman, orang Arab berduyun-duyun memeluk Islam.

            Berkata Muqatil: Setelah surah ini diturunkan, Nabi saw membaca di hadapan para sahabat, termasuk Abu Bakr, Umar dan Sa`d ibn Abu Waqqas, mereka sangat bergembira dengan berita kemenangan yang bakal berlaku ini, tetapi al-Abbas menangis. Nabi saw bertanya:  Mengapa Pak Cik menangis,  jawabnya:

  أظُنُّ أنّهُ قَدْ نُعِيَتْ إلَيْكَ نَفْسُك يَارَسُولَ اللّهِ


Terjemahan:  “Aku berpendapat, kamu telah diberitahu tentang kematianmu wahai Rasulullah”.


Rasulullah saw bersabda:
اِنَّهُ لَكَمَا تَقُولُ[930]


Terjemahan: “Memang  sebagaimana yang kamu katakan”


Keterangan zahir surah memihak kepada kebanyakan sahabat yang bergembira.  Ini kerana ayat berbicara tentang kemenangan dan pembukaan negeri. Ia langsung tidak menyentuh tentang  hampir berakhirnya ajal Rasulullah.  Bagaimana al-Abbas boleh memahami ayat ini menandakan Nabi akan wafat dalam masa terdekat?.  Kemungkinan al-`Abbas memahami daripada surah ini pembebasan Makkah dan pemantapan agama dengan sendirinya menunjukkan hampir berakhirnya usia Nabi saw.

Terdapat pula riwayat dengan jelas menyatakan selepas pembukaan Makkah Rasulullah saw memanggil Fatimah dan menyatakan ajalnya hampir tiba.  Riwayat itu menjelaskan:

لَمَّا نَزَلَتْ إِذَا جَاءَ نَصْرُ اللَّهِ وَالْفَتْحُ دَعَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَاطِمَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا ، فَقَالَ : إِنَّهُ قَدْ نُعِيَتْ إِلَيَّ نَفْسِي ، فَبَكَتْ ، ثُمَّ ضَحِكَتْ ، قَالَتْ : وَأَخْبَرَنِي أَنَّهُ نُعِيَ إِلَيْهِ نَفْسُهُ ، فَبَكَيْتُ ، فَقَالَ لِي : اصْبِرِي ، فَإِنَّكِ أَوَّلُ أَهْلِي لاحِقًا بِي ، فَضَحِكْتُ [931].
           
Terjemahan:  Sebaik sahaja turuin surah  إِذَا جَاءَ نَصْرُ اللَّهِ وَالْفَتْحُ Rasulullah saw terus memanggil Fatimah dan berkata: “Sesungguhnya ayahnda telah diberitahu tentang kematian ayahnda, lalu Fatimah menangis, kemudian dia kertawa sambil berkata; “Ayah menceritakan kepadaku bahawa dia telah diberitahu tentang kematiannya, kerana itulah aku menangis , kemudian dia berkata pula: “sabarlah anakku, kerana engkaulah anggota keluarga ayanda yang pertama yangakan mengikuti ayahnda, kerana itulah aku ketawa”.

Di dalam hadith ini terdapat keterangan yang menentukan masa turunnya  surah ini, iaitu ia diturunkan selepas kemenangan menakluk Makkah tercapai dan sambutan orang ramai memeluk Islam secara besar-besaran telah terlaksana, kerana itu apabila surah ini diturunkan sesuai dengan alamatnya, maka Rasulullah saw pun faham bahawa ajalnya telah hampir.

Bagi menyelaraskan antara pandangan sama ada surah al-Nasr ini diturunkan sebelum Pembukaan Makkah atau selepasnya.  Syeikh Sa`id Hawwa berpandangan surah nini secara lengkap ayat-ayatnya diturunkan sebelum Fath Makkah, tetapi penghayatannya yang meliputi pembukaan Makkah, kemenangan  dan kemasukan berduyun-duyun ke dalam agama ini berlaku sepenuhnya selepas pembukaan Makkah[932].

(110: 2)           Kemenangan dalam peperangan bukan matlamat utama bagi orang mukmin, tetapi menyebarkan Islam dan hidayat kepada seluruh manusia.

وَرَأَيْتَ النَّاسَ يَدْخُلُونَ فِي دِينِ اللَّهِ أَفْوَاجًا

[110: 2] Dan engkau lihat manusia masuk ke dalam agama Allah sepuak demi sepuak.

Apabila sekatan itu runtuh, kelihatanlah nur Islam yang secucuk dengan kehendak fitrah dan akal, nur yang mengandungi hikmah dan kebijaksanaan, lalu berduyun-duyunlah manusia memeluk Islam dengan dipimpin ketua-ketua mereka.

Sebahagian mufassirin menyebutkan ayat ini diturunkan mengenai kedatangan orang dari Yaman untuk memeluk Islam kerana difahami dari sabdanya dalam hadis riwayat Abu Hurairah  ra, beliau berkata: 

‏قَالَ رَسُولُ اللَّهِ ‏ ‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‏‏ أَتَاكُمْ أَهْلُ ‏‏ الْيَمَنِ ‏ ‏هُمْ أَضْعَفُ قُلُوبًا وَأَرَقُّ أَفْئِدَةً الْفِقْهُ يَمَانٍ وَالْحِكْمَةُ يَمَانِيَةٌ[933]

Terjemahan:  Telah tiba kepada kamu penduduk negeri Yaman, merekalah orang yang paling lembut hatinya, paling halus sentuhan hatinya.  Kefahaman agama dari negeri Yaman dan krbijaksanaan juga dari Yaman.

Hadis ini juga merupakan satu perisytiharan bahawa nilai-nilai kemuliaan kini bertukar dari nilai Jahliyah kepada nilai Islam.  Setelah tersebarnya Islam di Makkah,  tersebar pula kemudiannya ke seluruh pelosok dunia sebagaimana yang di saksikan pada hari ini.

(110: 3) Justeru kemenangan itu dari Allah, maka hendaklah kita bersyukur kepadanya, kita bertasbih serta memuji-mujin-Nya, kita sucikan diri dan hati kita untuk berkhidmat pada jalan-Nya, kita bersabar atas ujian yang menimpa.

فَسَبِّحْ بِحَمْدِ رَبِّكَ وَاسْتَغْفِرْهُ إِنَّهُ كَانَ تَوَّابًا

[110: 3] Maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan mohonlah keampunan-Nya. Sesungguhnya Dia Maha Penerima taubat hamba-Nya.

Tasbih dan Istighfar Bergema

Setelah sekian lama berjihad dan menanti-nantikan kemenangan, kini tibalah giliran untuk Islam, orang ramai memeluk Islam sepuak demi sepuak.  Kemenangan ini besar ertinya kerana Makkah dapat dibebas dan diletakkan di bawa kawalan Islam.  Meskipun kemenangan sudah dicapai, namun mereka diingatkan suaya tidak lupakan Allah dan tidak terpedaya dengan dunia yang sementara, mohonlah keampunan dan bertasbihlah kepada-Nya supaya kehidupan jasmani dan rohani sentiasa mendapat pertolongan Allah.
 
Orang mukmin seharusnya tidak mudah terpedaya dengan kejadian dan peristiwa, segala kejadian yang berlaku akan diambilnya sebagai jalan bagi meningkatkan kerohanian dan meimanan.  Kemenangan dalam sejarah hidup seseorang jarang berlaku dan seharusnya tidak mudah dilupai. Oleh itu kenangilah sejarah manis itu dengan ucaplah Maha Suci Allah dan Segala puji bagi-Nya. 

Perlu diingat, kemenangan sama juga dengan kekalahan, masing-masing ada kesan-kesan negatifnya.  Kemenangan mendorong seseorang kepada kesombongan, kemegahan dan keterlaluan, hanya iman yang kukuh sahaja boleh mengatasi sifat-sifat negatif ini.  Oleh itu bertasbih dan beristighfarlah kepada-Nya.

Tasbih ertinya menyucikan zat Allah daripada sifat-sifat yang menyerupai makhluk.  Tahmid pula ertinya menyifatkan Allah dengan sifat-sifat Jalal (kebesaran) dan Jamal (keindahan).  Tasbih mendahului tahmid kerana  penetapan satu-satu sifat kepada Allah mungkin membawa kesan-kesan yang negative.  Sebagai contoh,  penetapan sifat Qudrat (kuasa) kepada Allah mungkin membawa kepada kezaliman apabila disalahgunakan kuasa yang ada padanya.  Demikan juga dengan Rahmah (kasih sayang), mungkin sifat itu membawa kepada keterlaluan pada kasih saying sehingga membawa kepada ketiadaan hiikmah padanya.  Di sinilah letaknya sebab tasbih mendahului tahmid.

Nabi saw termasuk juga umatnya diperintah supaya memohon keampunan kepada Allah kerana jalan menuju kesempurnaan sentiasa terbuka di hadapan manusia.  Keinginan kepada pencapaian matlamat yang lebih tinggi hendaklah melalui jalan-jalan yang disediakan.  Jalan yang terdekat dan sangat berkesan bagi mencapai matlamat ini ialah istighfar kerana jalan ini meletakkan seseorang terus pada titik kelemahannya.  Di sinilah bermulanya pergantungan kepada Allah supaya memberi kepadanya kekuatan untuk mengatasi segala cabaran.  

Dalam hadis riwayat Muslim daripada Aisyah r.a. katanya:

كَانَ رَسُولُ اللَّهِ ‏ ‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‏ ‏يُكْثِرُ أَنْ يَقُولَ قَبْلَ أَنْ يَمُوتَ ‏ ‏سُبْحَانَكَ وَبِحَمْدِكَ أَسْتَغْفِرُكَ وَأَتُوبُ إِلَيْكَ قَالَتْ قُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ مَا هَذِهِ الْكَلِمَاتُ الَّتِي أَرَاكَ أَحْدَثْتَهَا تَقُولُهَا قَالَ جُعِلَتْ لِي عَلَامَةٌ فِي أُمَّتِي إِذَا رَأَيْتُهَا قُلْتُهَا ‏ إِذَا جَاءَ نَصْرُ اللَّهِ وَالْفَتْحُ إِلَى آخِرِ السُّورَةِ[934]

Terjemahan: Rasulullah s.a.w. selalu membaca doa sebelum baginda meninggal dunia (terjemahannya):  Maha Suci Engkau dan dengan puji-pujian terhadap Engkau, aku mohon keampunan dan bertaubat kepada-Mu.  Berkata Aisyah:  Aku bertanya, wahai Rasulullah!  Apakah perkataan-perkataan yang aku baru dengar engkau membacanya?  Sabdanya:  Aku diberi tanda pada umatku,  apabila aku lihatnya maka aku membacanya.  Tanda itu ialah turunnya surah al-Nasa (baca surah ini dari awal hingga akhirnya).

Pengajaran dan Saranan

Antara pengajaran dan saranan yang diambil daripada surah ini ialah:

1:         Setiap nikmat yang dianugerah Allah hendaklah diterima dengan ucapan tasbih dan istighfar.  Antara nikmat-Nya yang dikurnia kepada Nabi dan umatnya ialah kemenangan islam dan pembukaan Makkah.

2:         Jika Nabi disuruh beristighfar dan bertahmid atas kemenangan yang dicapai, maka umatnya juga harus berbuat demikian.  Sangat baik jika hari kemerdekaan yang merupakan hari kemenangan kita diulangi perayaannya dengan istighfar dan kesyukuran, bukan dengan menyusun acara hiburan yang kurang  sesuai mengikut ajaran Islam.

3:         Agama Allah hanya Islam.  Sesiapa mencari agama selain Islam nescaya tidak duiterima Allah.

4:         Para sahabat sepakat menyatakan surah ini adalah satu penyampaian berita bahawa Rasuylullah saw telah hampir dengan ajalnya.  Dalam riwayat menyatakan, Nabi diberi piliuh sama ada ingin terus hidup di dunia atau ingin kembali kepada Allah.  Nabi memilih untuk kembali bersama para Nabi dan malaikat muqarrabin.



[923] al-Isra`: 81
[924] Saba`: 49.
[925] al-Bukhari, al-Maghazi, Maqam al-Nab, hadith () daripada al-`Abbas ibn `Abd al-Muttalib.  Isnadnya Muttasil, rijalnya thiqat jika bersama rawi yang lain.
[926] AL-Bayhaqi, al-Sunan al-Kubra, al-Asyribah wa al-Had fiha; Jawaz infirad al-rajul.., hadith (16816) daripada Abu Hurairah ra. Sahih. Isnadnya hasan, rijalnya thiqat
[927] Tafsir al-Razi, 23/155.
[928] Tafsir al-Razi, 23/163. Tafsir al-Qurtubi, 20/230.
[929] Musnad Ahmad, hadis (3032) daripada Ibn `Abbas
[930] Tafsir al-Qurtubi, 20/232.
[931] Al-Baihaqi, Dala`l al-Nubuwwah, Jumma` Abwab Marad Rasulillah.., hadith (3098) dareipada Ibn Abbas. Hadith isnadnya hasan, rijalnya thiqat kecuali al-`Abbas ibn al-Fadl.  Beliau dikatgtorikan Saduq Hasan al-Hadith.
[932] al-Asas fi al-Tafsir, 12/6732.
[933]al-Bukhari, al-Maghazi: Qudum al-Asy`ariyyin wa Ahl al-Yaman, bilangan 4039. Muslim, al-Iman: Tafadul Ahl al-Iman,  hadith (74)  daripada Abu Hurairah ra
[934] Muslim, al-Salat: Ma Yuqal fi al-Ruku` wa al-Sujud, bilangan 484.

6 comments:

小方 said...

fangyanting20151030
prada handbags
mbt shoes
karen millen dresses
ugg uk
the north face outlet store
uggs clearance
louis vuitton handbags
ugg boots
prada shoes
gucci handbags
ray ban sunglasses
canada goose outlet
michael kors factory outlet
ugg outlet
michael kors handbags
ugg boots
nike air max shoes
true religion jeans
the north face jackets
michael kors outlet
black friday 2015
michael kors clearance
belstaff jackets
basketball shoes
lululemon outlet
toms shoes
wellensteyn jackets
futbol baratas
air jordan shoes
louis vuitton bags

Meiqing Xu said...

20160321meiqing
kate spade handbags
coach outlet
nike roshe runs
kate spade
kate spade handbags
beats headphones
hollister clothing
ray ban sunglasses
michael kors outlet online
prada uk
louis vuitton outlet
burberry outlet
louis vuitton bags
nike blazers
louis vuitton outlet
jordan concords
cheap jordans
marc jacobs
canada gooses outlet
michael kors outlet
louis vuitton handbags
vans shoes
longchamp bags
michael kors outlet
cheap oakleys
ugg boots
michael kors outlet online
ray ban sunglasses outlet
polo ralph lauren
oakley sunglasses
ralph lauren outlet
michael kors uk
gucci shoes
timberland boots
ugg outlet
retro jordans
ralph lauren sale
polo ralph lauren
oakley sunglasses wholesale
hollister uk

Eric Yao said...

Ralph Lauren Outlet
Ugg Boots Sale UGGS For Women Skechers Go Walk Adidas Yeezy Boost Adidas Yeezy Adidas NMD Coach Outlet North Face Outlet Ralph Lauren Outlet Puma SneakersPolo Outlet
Under Armour Outlet Under Armour Hoodies Herve Leger MCM Belt Nike Air Max Louboutin Heels Jordan Retro 11 Converse Outlet Nike Roshe Run UGGS Outlet North Face Outlet
Adidas Originals Ray Ban Lebron James Shoes Sac Longchamp Air Max Pas Cher Chaussures Louboutin Keds Shoes Asics Shoes Coach Outlet Salomon Shoes True Religion Outlet
New Balance Outlet Skechers Outlet Nike Outlet Adidas Outlet Red Bottom Shoes New Jordans Air Max 90 Coach Factory Outlet

chenlina said...

nfl jerseys wholesale
coach factory outlet
gucci outlet
louis vuitton outlet
ray ban sunglasses
coach outlet
michael kors
mont blanc pens
pandora jewelry
cheap nfl jerseys
adidas trainers
coach outlet store online
abercrombie kids
cheap uggs
true religion jeans
cheap jordans
north face outlet
polo ralph lauren
louis vuitton handbags uk
oakley vault
polo ralph lauren outlet
the north face
michael kors outlet online
coach factory outlet
air jordans
ugg sale
fitflops sale clearance
kobe bryant shoes
canada goose outlet
jordans for sale
abercrombie and fitch
coach outlet store online
louis vuitton outlet stores
michael kors handbags
christian louboutin shoes
louis vuitton bags
coach outlet store online
celine outlet
uggs on sale
tods shoes
chenlina20160810

eric yao said...

Coach Outlet http://www.coachoutletfactory-stores.us.com

North Face Outlet http://www.northface-outlets.com.co

Kate Spade Outlet http://www.katespadefactoryoutlet.in.net

ED Hardy Outlet http://www.edhardypopsale.com

Coach Outlet Store Online http://www.coachstoreonline.in.net

Kate Spade Outlet http://www.katespadeoutletstore.in.net

Cheap Jordans http://www.cheapjordansretro.us.com

Coach Purses http://www.coachpurses.eu.com

Coach Outlet http://www.coachoutlet2016.us.com

Tory Burch Shoes http://www.toryburchoutlets.us.com

Longchamp Outlet http://www.longchampoutlet.in.net

Michael Kors Handbags http://www.innnov8.com

Coach Outlet http://www.innnovate.com

Red Bottom Shoes http://www.redbottomshoes.us.org

Moncler Jackets http://www.monclerdownjackets.us.com

North Face Outlet http://www.northfacestoreoutlet.in.net

Kate Spade Outlet http://www.katespadeoutletstore.us.com

Moncler Outlet http://www.moncleroutletonline.in.net

Coach Factory http://www.maganates.com

Coach Factory Outlet http://www.coachfactorysoutlet.in.net

Kate Spade Outlet http://www.katespadesoutlet.us.com

Ray Ban Outlet http://www.raybanoutletstore.in.net

Christian Louboutin Shoes http://www.christianlouboutinshoes2016.in.net

North Face Outlet http://www.northfaceoutlets.us.org

Coach Factory Outlet http://www.coachoutletstore.name

Kate Spade Outlet http://www.katespadeoutletonline.name

Coach Outlet http://www.coach-outlets.us.org

Nike Roshe Run http://www.tanie-nikerosherun.pl

Buty Nike Air Max http://www.airmaxsprzedazdla.pl

Nike Air Max http://www.nikeairmax.us.org

Red Bottom Shoes http://www.redbottomshoe.in.net

Christian Louboutin Outlet http://www.christianlouboutinoutlet.us.org

Balenciaga Handbags http://www.balenciagaoutlets.us.com

Balenciaga Handbags http://www.balenciaga-handbags.us.com

Kate Spade Outlet http://www.katespadefactoryoutlet.in.net

Toms Shoes http://www.tomshoesoutlet.us.com

Hermes Belt http://www.hermes-belts.us.com

Prada Outlet http://www.pradafactoryoutlet.com

Louis Vuitton Outlet http://www.louisvuittonsoutlet.us.com

North Face Outlet Store http://www.northfaceoutletstore.in.net

North Face Jackets http://www.north-face.in.net

North Face http://www.north-faceoutlets.us.com

Louis Vuitton Outlet http://www.louisvuitton-outlets.us.org

Timberland Boots http://www.timberland-outlets.us.com

Cheap Timberland Boots http://www.timberlandoutlet.us.com

Tory Burch Outlet http://www.toryburch-outlets.us.com

Ralph Lauren Outlet http://www.ralphlaurenstoreoutlet.us.com

Gucci Shoes http://www.guccifactoryoutlet.name

Gucci Outlet http://www.guccioutletco.us.com

North Face Jackets http://www.northfacefactoryoutlet.us.com

Prada Outlet http://www.pradaoutlets.in.net

Hollister Clothing http://www.hollister-clothing.us.com

Ferragamo Shoes http://www.ferragamoshoes.us.org

Tiffany Outlet http://www.tiffany-outlets.us.com

Tiffany Outlet http://www.tiffanyco-outlet.us.com

NFL Jerseys http://www.nfljerseys.name

Toms Outlet http://www.outlettoms.us.com

Cheap Jordans http://www.cheapjordans.eu.com

North Face Outlet http://www.thenorthfaceoutlet.us.org

Prada Handbags http://www.pradaoutlet.us.org

Chan Luu Sale http://www.chanluu.us.com

Toms Outlet http://www.tomsoutletstores.us.com

Kate Spade Outlet http://www.katespadeoutletofficial.us.com

Beats By Dr Dre http://www.beatsbydrdre.us.org

Coach Outlet http://www.coachstoreoutlet.us.org

Christian Louboutin Shoes http://www.christianlouboutinshoe.eu.com

Valentino Shoes http://www.valentinoshoes.eu.com

Michael Kors Outlet http://www.michaelkorsoutlet.us.org

Coach Factory Outlet http://www.coachfactoryoutlet.us.org

Coach Outlet Online http://www.coachoutletonlinestore.us.org

Coach Purses http://www.coachpurse.us.com

raybanoutlet001 said...

longchamps
replica rolex
ecco shoes
nike huarache
michael kors handbags
gucci sale
nike trainers
rolex watches
skechers shoes
raiders jerseys