Wednesday, December 22, 2010

Apa Perlunya al-Qur`an Dibakar?

PM: Hasrat Gereja Florida Bakar al-Quran dikesali, Tak Bertamadun

TERKINI @ 09:20:44 PM  (September 10, 2010)






















PUTRAJAYA, 10 Sept — Datuk Seri Najib Razak hari ini mengecam tindakan sebuah gereja di Florida, Amerika Syarikat yang mengancam untuk membakar al-Quran memperingati ulang tahun kesembilan serangan 11 September. Sehubungan itu Perdana Menteri menggesa pemimpin-pemimpin Islam mengambil pendirian yang sama.

Ulang tahun memperingati tragedi itu secara kebetulan jatuh pada awal Syawal bagi umat Islam.
Pastor Terry Jones dari gereja Dove World Outreach di Gainesville, Florida yang merancang untuk berbuat esok telah memutuskan rancangannya ekoran tekanan dunia dan White House semalam.

Dalam responsnya, Najib berkata ancaman sedemikian adalah satu tindakan tidak bertamadun dan “sangat dikesali” selain harus ditolak oleh semua.“Ia satu tindakan tidak bertamadun dan harus dikecam oleh sesiapa sahaja yang berfikiran waras,” kata beliau pada sidang media sempena majlis rumah terbuka Aidilfitri di Seri Perdana di sini hari ini.Najib berkata sekiranya Jones benar-benar meneruskan hasratnya mahu membakar al-Quran ia akan membawa kesan yang serius di seluruh dunia.

“Saya berharap Presiden Amerika Barack Obama boleh melakukan sesuatu untuk menghentikan perkara ini.
“Saya berharap paderi (Jones) yang berkenaan akan mengubah pendiriannya. Ini kerana tindakan seorang individu akan menyebabkan perasaan umat Islam di seluruh dunia terguris,” katanya lagi.

Oleh itu, Najib menggesa pemimpin-pemimpin di seluruh dunia melakukan yang terbaik untuk memastikan tindakan bertentangan dengan toleransi agama dapat dielakkan.

Ketika ditanya sama ada Putrajaya akan mengeluarkan nota bantahan rasmi kepada kerajaan Amerika bagi mengecam perbuatan sedemikian, Najib berkata, masa adalah faktor yang perlu diambil kira.

“Saya berharap kenyataan saya ini akan disusuli (dengan pendirian) dari seluruh dunia. Saya pasti saya dan Obama mempunyai pendirian yang sama dalam isu ini,” katanya.

1 comment:

Jeffer Shen said...

This sets an owner on the path to a successful trade by engendering replica watches sale confidence and helping to envision a realistic return on the value of a trade. Comparing conditions, equipment, and replica watches sale prices assists in one of the most challenging tasks for a rolex replica sale watch trader: managing expectations. Virtually all new watches take a depreciation hit after purchase, but many replica watches owners fail to realize this until a trade negotiation is in progress. That's too late. It is important to meet a trade partner half-way with an honest assessment of one's own watch and a realistic expectation of trade value. Always be certain to know your watch before you trade. The growth of trading continues to surge in a luxury watch sector that moves closer to the consumer mainstream rolex replica sale each year. More watches in the hands of more collectors, the emergence of professional pre-owned replica watches sale specialists, and expanding online replica watches sale information resources are driving the trading trend.