Sunday, January 30, 2011

Pedoman al-Qur`an (2)

Tiada Tawar Menawar Dalam Akidah

Firman Allah:


فَلَا تُطِعِ الْمُكَذِّبِينَ (8) وَدُّوا لَوْ تُدْهِنُ فَيُدْهِنُونَ (9)
                                                                 [Surah Nun: 98]
Terjemahan:

(8)  “.. Oleh itu janganlah engkau tunduk kepada pendusta-pendusta”
(9)  “Mereka suka jika engkau bersikap lunak supaya mereka juga bersikap lunak.”

Ulasan:

Dalam urusan dagangan biasanya diberi peluang tawar menawar kerana dasarnya ialah reda  di antara dua pihak.  Lain halnya dengan akidah kerana dasarnya ialah kebenaran, sedangkan kebenaran tidak terbukti dengan adanya tawar menawar. Kebenaran tidak perlu ditakuti kerana ia tidak perlukan orang-orangnya berdusta bagi menegakkannya, kebenaran tidak perlukan  musuh-musuhnya dikurangkan walaupun  warna kebenaran itu  sering bertukar.  Dalam akidah tidak ada yang kecil dan yang besar,  semua bahagiannya sepadu dan tidak dapat ditinggalkan.


Nabi dilarang tunduk kepada orang-orang yang mendustakan Allah dan membuka peluang kepada mereka untuk mengemukakan tawar menawar dalam akidah.  Jika diterima nescaya tiada lagi akidah yang benar padanya.  Bayangkan anda mempunyai sebiji belon yang berisi angin dan cukup besar, anda tidak boleh menerima sebarang rundingan yang membawa kepada belon anda dicucuk lubang padanya sekalipun kecil, nanti tiada lagi angin yang tinggal dalam belon anda.


Perkataan تُدْهِـنُ diambil daripada الدُّهْـنُ  ertinya minyak. Maksudnya lembut, licin  dan lunak. Pendakwah dan pejuang-pejuang akidah tidak harus berlunak dalam dakwahnya sehingga menggadai prinsip-prinsip akidah yang menyeluruh dan tiada juzuk-juzuk kecil padanya seperti keesaan Allah, kenabian Muhammad dan iman kepada hari akhirat.


Perkataan الْمُدَاهَنَة  berbeza dengan  المداراة Anda dilarang bermudahanah tetapi diharus bermudarat mengikut tempat dan keperluan. Ibn Hajar mentakrifkan al-Mudahanah dengan penta`rifan berikut:

وَهُوَ الَّذِي يَظْهَرُ عَلَى الشَّيْءِ وَيَسْتُرُ بَاطِنَهُ[1]

Terjemahan: “Sifat yang dizahirkan ke atas sesuatu dan menutupkan bahagian dalamannya

Sebahagian ulama menafsirkan mudahanah dengan erti:

مُعَاشَرَةُ الْفَاسِقِ وَإِظْهَارُ الرِّضَا بِمَا هُوَ فِيهِ مِنْ غَيْرِ إِنْكَارٍ عَلَيْهِ[2]


Terjemahan: “Bergaul dengan orang fasiq serta menunjukkan keredaan terhadap sikapnya tanpa ingkar”.

Apabila seseorang merelakan dirinya melakukan maksiat atau meningglkan amalan taat kepada Allah dan merelakan dirinya taat kepada pihak lain meneruskan kemaksiatan, maka namanya mudahanah. Sikap ini tidak syak lagi boleh memutuskan tali-tali ikatan Islam, malah mudahanah itu sendiri pada haikatnya sifat kepada orang yang tidak mempunyai sikap yang jelas, dia sedia menerima berbagai-bagai warna dalam hidupnya mengikut keadaan masa, tempat dan suasana.


Kata lawan kepada al-Mudahanah ialah al-Mudarat ertinya bersikap lemah lembut yang merupakan sebahagian dari akhlak prang mu`min. Ibn Battal  dita`rifkan :

خَفْضُ الْجَنَاحِ لِلنَّاسِ وَلِينُ الْكَلِمَةِ وَتَرْكُ الْإِغْلَاظِ لَهُمْ فِي الْقَوْلِ [3]

Terjemahan: Merendahkan diri kepada orang ramai, bercakap dengan lemah lembut dan tidak menggunakan bahasa yang kasar terhadap mereka.

Sebahagian ulama menta`rifkan:

الْمُدَارَةُ أَنْ تَبْذُلَ الدُّنْيَا مِنْ أَجْلِ الدِّينِ أو مِنْ أَجْلِ الدُّنْيَا أو مِنْ أَجْلِ الدِّينِ وَالدُّنْيَا مَعًا

Terjemahan: “Bahawa anda pergunakan dunia kerana agama  atau kerana dunia atau kerana agama dan dunia bersama.”

Mudarat diharuskan, kadangkala menjadi wajib jika dipercayai  membawa kepada keselamatan diri dari kezaliman atau terhindar dari perkara yang diharamkan. Mudarat ini ada kalanya sunat dan adakalanya makruh, mengikut keadaan dan waktu. Sehubungan ini kata Abu al-Darda` r.a. :

إنَّا لَنُكَشِّرُ فِي وُجُوهِ أَقْوَامٍ وَإِنَّ قُلُوبَنَا لَتَلْعَنُهُمْ[4]

Terjemahan: “Sesungguhnya kami memberi senyuman kepada beberapa orang, sedangkan hati kami tidak menyukai mereka.

            Berkata Ibn al-Jawzi : Kata-kata Abu al-Darda` di sini tidak bermakna membisu di atas amalan maksiat, tetapi memperlihatkan muka manis kerana ada kebaikan padanya[5].


Dalam sebuah hadis riwayat Abu Hurayrah ra Rasulullah saw bersabda:

رَأْسُ الْعَقْلِ بَعْدَ الإِيْمَانِ بِاللهِ مُدَارَاةُ النَّاسِ. [6]

Terjemahan: “Tonggak rasional selepas iman kepada Allah ialah berlembut hati dengan orang ramai”

Kata al-Manawi: Maksud muadarat dalam hadis ini ialah mengambil sikap yang paling berhemat melalui jalan  yang ditunjuk oleh akal selepas beriman kepada Allah menerusi perhatian kepada dalil-dalil kebesaran Allah serta berurusan dengan lemah lembut terhadap orang ramai.  Dengan sikap ini, dia tidak akan mengambil mudah, tidak mencemuh sesuatu, tidak bercakap kasar dengan pembantu yang berkerjasama dengannya, tidak membuli orang dan tidak segera menekan orang supaya mengubah sikap[7]. Pepatah Arab menyebutkan:

اتَّسَعَتْ دَارُ مَنْ يُدَارِي، وَضَاقَتْ دَارُ مَنْ يُمَارِي

Terjemshsn:“Luasnya rumah orang yang lembut hati dan sempit pula rumah orang yang bersikap angkuh”.
Dalam hadis menyebutkan juga:

بُعِثْتُ بِمُدَارَاةِ النَّاس[8]ِ

Terjemahan: “Aku dibangkit untuk berlembut hati dengan orang ramai.”

Orang mu`min diharusklan  berlebut hati untuk kepentingan agamanya, dia boleh berlembut dengan apa yang ada padanya untuk kepentingan diri dan agamanya. Tetapi dilarang bermuadahanah kerana menyulitkan hidupnya sebagai mu`min  Untuk mengelak diri daripada terus bermudahanah,  anda dikehendaki membersihkan suasana dan persekitaran hidup yang menyebebabkan anda terjerumus ke dalam kekotoran maksiat.

Ayat di atas ditujukan kepada Nabi saw dan sekali gus  mengajar umatnya supaya tidak setia kepada kaum kafir dan tidak berlembut hati dengan mereka dalam soal-soal yang membabitkan agama dan akidah.

Sebagai kesimpulan:

a:  Mudarat  membawa beberapa faedah, antaranya keselesaan hidup di dunia dan pahala yang besar di Akhirat.

b:  Mudarat diperlukan bagi menghindari kejahatan orang jahat, mengekalkan pergaulan dengan orang yang baik, sebagaimana ia diperlukan ketika bergaul bersama kawan dan lawan.

c: Mudarat tanda kewarasan fikiran, kemantapan iman, kekuatan peribadi dan kelukan akhlak.

d:  Muadarat hanya dalam urusan keduniaan sahaja, tiada mudarat dalam urusan Akhirat kerana akan bertukar menjadi Mudahanah yang dilarang.

e: Mudarat membawa erti mengorbankan dunia kerana agama, mudahabah ditolak kerana mengorbankan agama kerana dunia.

Sehubungan mudarat Imam al-Shafi`i bermadah:


لَمَّا عَفَوتُ وَلمَ أحْقِدْ عَلَى أحَدِ ** أرَحْتُ قَلْبِي مِن غَمّ الْعَدَاوَاتِ
إنِّي أُحَيِّي عَدُوٍّي عِنْدَ رُؤْيَتِه **   لِأدْفَعَ الشَّـرَّ عَنِّي بِالـتَّحِيَّاتِ

وَأُظْهِرُ البِشْرَ للإنْسَانِ أُبْغِضُهُ **      كَأنَّمَا قَدْ حَشَا قَلْبِي مَحَبَّاتِ

Terjemahan:

Tatkalaku maaf aku tidak berdendam lagi,
Aku tenangkan  hatiku dari duka permusuhan,
Aku mengalu-alukan musuhku tatkala melihatnya,
Aku hindarkan keburukan dengan penghormatan,
Aku zahirkan cinta terhadap insan yangku     murka,
Hatiku yang duka bagaikan dilimpahi cinta.

            Rasulullah saw pernah bersabda tentang bahagian manusia, ada yang terbuka untuk kebaikan dan ada yang sebaliknya.  Berbahagialah orang yang terbuka dirinya kepada kebaikan. Sabda Nabi:

إِنَّ مِنْ النَّاسِ مَفَاتِيحَ لِلْخَيْرِ مَغَالِيقَ لِلشَّرِّ وَإِنَّ مِنْ النَّاسِ مَفَاتِيحَ لِلشَّرِّ مَغَالِيقَ لِلْخَيْرِ فَطُوبَى لِمَنْ جَعَلَ اللَّهُ مَفَاتِيحَ الْخَيْرِ عَلَى يَدَيْهِ وَوَيْلٌ لِمَنْ جَعَلَ اللَّهُ مَفَاتِيحَ الشَّرِّ عَلَى يَدَيْهِ[9]

            Terjemahan: “Antara manusia ada yang berupa kunci pembuka kebaikan dan penutup kejahatan.  Antara mereka juga ada yang berupa kuci pembuka kejahatan penutup kebajiukan.  Berbahagialah mereka yang Allah jadikan tangannya sebagai kunci pembuka kebajikan dan binasalah mereka yang All;ah jadikan tangannya kunci pembuka kejahatan.”

Saranan Ayat


1: Tiada tawar menawar dalam akidah Islam, tetapi bersikap tenang berpandangan jauh dengan dada terbuka sangat dituntut kerana lebih banyak membawa kebaikan dan kesejahteraan. 

2: Allah mengetahui siapa yang rugi kerana memilih jalan kesesatan dan siapa yang untung kerana memilih jalan hidayat.  Tuduhan manusia yang singkat ilmunya tidak memberi apa-apa kesan kepada seseorang yang mengikuti pedoman al-Qur`an yang benar.

3:Hendaklah selalu bersama para ulama dan salihin kerana berada dalam majlis bersama mereka bakal terbuka pintu-pintu hidayat.  Sebaliknya duduk dalam majlis bersama fussaq dibimbangi terjerumus ke dalam  kegiatan mungkar dan kejahatan dengan lebih besar.




[1] Fath al-Bari, 10/545.
[2] Ibid.
[3] Ibid.
[4] Al-Maqdisi, Muhammad Ibn Muflih, Al-Adab al-Syar`iyyah, Bab Mudarat Man Yuttaqa Fuhsyuh, 1/50.
[5] Ibid.
[6]Jalal al-Din al-Suyuti, Jami` al-Saghir, bila. 4370. Menurut al-Suyuti, hadis riwayat Ibn Abu al-Dunya dalam kitabnya:  Qada` al-Hawa`ij. Daripada Sa`id Ibn al-Musayyab.
[7] Fayd al-Qadir, 4/4.
[8] Kasyf al-Khafa` 1/287, bil. 918.
[9] Ibn Majah, al-Muqaddimah, hadith (237)Al-Albani, Silsilat al-Ahadith al-Sahihah, hadith (1332) daripada Anas Ibn Malik. Kata al-Albani, Hadith Hasan.

5 comments:

Anonymous said...

Assalmualaikum Dr.

Saya kerap mendengar rancangan/ceramah Dr melalui radio. Terpanggil untuk melunsuri web ini selepas Dr menerima anugerah maulidurrasul tempoh hari.

Berkenaand negan tajuk article, tiada tawar menawar dalam akidah, saya ingin bertanya sedikit.

Dalam satu kes di Perlis kalau tak silap saya, dalam perarakan maulidurrasul di perlis, perarakan tersebut diikuti oleh penduduk beragama hindu, sigh dan sebaginya. Sepegetahuan saya, perarakan maulidurasul bukanlah wajib, tetapi dengan membenarkan anggota bukan islam menyertai seolah olah membuka peluang kepada mereka untuk "tawar menawar" dalam akidah. Contohnya menjemput umat islam untuk berarak sama dalam perarakan hindu etc kerana mereka telah trut sama dalam perarakan maulidurrasul. Saya tidak nampak ini sebagai toleransi beragama, apa yang saya nampak kelemahan (kebodohan umat melayui) yang terlalu snagat banyak bertolak ansur, bukan sahaja dalam perkara harian, malahan perkara perkara seperti ini. Bukankah "agama kamu untuk kamu, agamaku untuk aku".

Apa komen ustaz berkenaan isu ini (sikap bertolak ansur toidak bertempat ini)

Ahmad

dong dong said...

201577dongdong
christian louboutin
burberry outlet online
burberry outlet online
michael kors outlet online
chanel handbags
tory burch outlet
louis vuitton handbags
michael kors outlet
nfl jerseys
hermes birkin bag
celine outlet
louis vuitton outlet
coach factory outlet online
michael kors outlet online
jordan 13
ray ban outlet
chanel outlet
gucci outlet
christian louboutin sale
louis vuitton
hermes
michael kors outlet
michael kors uk
coach factory
oakley sunglasses cheap
true religion
michael kors
toms outlet
louis vuitton
ray ban glasses
cheap jordans
ray ban outlet
coach factory outlet
louis vuitton
true religion
lebron james basketball shoes
nike air max
sac longchamp

Mu Lin said...

michael kors handbags outlet
louis vuitton artsy
coach handbags
michael kors hamilton tote
louis vuitton neverfull
coach sunglasses
mcm tote
louis vuitton neverfull mm
discount michael kors
longchamp outlet
longchamp le pliage large tote
michael kors outlet store
michael kors black purse
hermes purses
louis vuitton handbags on sale
chanel outlet
chanel flap bag
chanel tote
louis vuitton tote bag
coach purses on sale
mcm clutch
prada belts
burberry wallet
louis vuitton belts
gucci handbags
burberry for men
prada crossbody bags
louis vuitotn speedy
burberry outlet online
prada outlet online
prada messenger bag
mcm backpack
prada purses
gucci handbags outlet
coach messenger bag

风骚达哥 said...

20151015 junda
Wholesale Authentic Designer Handbags
michael kors outlet
coach factory outlet
Hollister uk
Buy Kobe Shoes Online Discount
Louis Vuitton Bags Outlet Store
cheap toms shoes
ugg boots
louis vuitton outlet
michael kors uk
Louis Vuitton Handbags Discount Off
Cheap Jordans For Sale Wholesale
New Louis Vuitton Handbags Outlet
ray ban sunglasses uk
michael kors outlet online
Jordan 8 Bugs Bunny
Coach Factory Outlet Stores 70% off
louis vuitton
ugg boots
Michael Kors Outlet Deals Online
abercrombie
celine
ugg boots outlet
Jordan 6 Rings Powder Blue
Coach Factory Outlet Online Sale
Michael Kors Outlet Real Handbags Online
Oakley Vault Outlet Store Online
Christian Louis Vuitton Red Bottoms
ugg boots
coach outlet store online

raybanoutlet001 said...

ecco shoes
ed hardy uk
cheap jordan shoes
packers jerseys
nike tn
ralph lauren
cleveland cavaliers
true religion jeans
ecco shoes outlet
cheap jordan