Friday, April 8, 2011

Solat Membentuk Acuan Sahsiah Manusia



Manusia mempunyai sahsiah yang berbeza antara satu dengan yang lain, ia dibentuk banyak faktor, selain dalaman dan luaran, suasana dan persekitaran juga memainkan pernan. Insan dari aspek ini terbahagi sekurang-kurangnya kepada dua:

Pertama. Insan yang senang dipengaruhi suasana dan masa, baik buruknya bergantung kepada pengaruh luaran yang mewarnai kehidupannya. Majoriti manusia dari bahagian ini.

Kedua. Insan yang peribadinya kuat dan tidak mudah dipengaruhi unsur-unsur luaran kerana peribadi mereka diwarnai terlebih dahulu oleh salatnya, ibadatnya dan hubungannya yang ditegakkan di atas prinsip-prinsip iman dan taqwa yang tinggi.

Solat yang dimaksudkan di sini bukan hanya ruku` dan sujud, tetapi ia lebih merupakan satu manhaj dan gaya hidup yang syumul, padu dan menyeluruh. Orang yang menunaikan solat yang sebenarnya ialah orang yang pada masa yang sama mengeluarkan zakat, mempercayai hari akhirat, takutkan azab Allah, memelihara kemaluannya dari terjebak ke lembah maksiat, memelihara amanah dan menunaikan persaksian dengan benar terhadap diri dan masyarakatnya. Inilah juga maksud solat yang disebutkan dalam firmanNya:

إِنَّ الصَّلاَةَ تَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاءِ وَالْمُنكَرِ
[al-`Ankabut: 45]

Terjemahan: “Sesungguhnya salat itu mencegah dari perbuatan-perbuatan keji dan mungkar.”

Solat yang disempurnakan mengikut aturan yang dikehendaki Allah, mempunyai nilai yang cukup tinggi, pengamalnya akan dikurniakan syurga sebagai ganjaran kepada ibadat salat yang disempurnakan mengikut aturan yang dikehendaki. Cita-cita untuk mencapai anugrah cemeralang yang gagal disebabkan solat yang tidak sempurna, tidak mungkin dicapai melainkan dengan menyempuirnakannya terlebih dahulu. Ini kerana iman tidak mampu tegak tanpa solat dan sekali gus tidak layak mendapat ganjaran syurga dan keredaan Allah di Akhirat, sedang di dunia pula solat yang tidak dilakukan dengan nsempurna tidak mampu menjernihkan akal dan memperolehi susra hati yang benar, Justeru dalam sebuah hadith riwayat Hudhaifah ibn al-Yaman ra Nabi saw :



كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا حَزَبَهُ أَمْرٌ فََزِعَ إلَى الصَّلاةِ
[Abu Dawud: 1319]

Terjemahan: “ Nabi saw segera bersolat apabila sesuatu urusan terganggu”


Kaum Nabi Syu`aib juga memahami hakikat ini. Justeru, kaumnya bertanya :

قَالُوا يَا شُعَيْبُ أَصَلَاتُكَ تَأْمُرُكَ أَنْ نَتْرُكَ مَا يَعْبُدُ آَبَاؤُنَا أَوْ أَنْ نَفْعَلَ فِي أَمْوَالِنَا مَا نَشَاءُ
[Hud: 87]

Terjemahan: Mereka berkata: "Wahai Syuaib! Adakah sembahyangmu menyuruhmu supaya kami meninggalkan apa yang disembah oleh datuk nenek kami, atau supaya kami lakukannya apa yang kami suka melakukannya dalam menguruskan harta kami?

Kaum Shu`aib faham peribadi Nabi Huud as telah dibentuk oleh solatnya. Justeru sikapnya begitu tegas dan berani apabila menyampaikan dakwah kepada umatanya.

Mari bersolat, mari menuju kejayaan.



No comments: