Kerjaya Guaman Terpuji Jika
Membela Keadilan
![]() |
| Tegakan Keadilan |
Al-Qur`an diturun untuk menyatakan kewajipan ini, sebagaimana ditegaskan dalam beberapa firman-Nya, antara lain bermaksud:
لقد أرسلنا رسلنا بالبينات وأنزلنا معهم الكتاب والميزان بالحق ليقوم الناس بالقسط
Sesungguhnya Kami mengutus rasul-rasul Kami dengan membawa bukti-bukti yang nyata dan telah Kami turunkan bersama mereka al-Kitab dan neraca, supaya manusia dapat melaksanakan keadilan. (al-Hadid: 25)
Dengan keadilan hasrat semua pihak akan tercapai, negara dapat dimakmurkan, hak-hak manusia terpelihara, syariat dan peraturan dapat dikekalkan, bahkan dengan keadilan juga langit dan bumi ini ditegak sebagaimana adanya dan kita diberi peluang hidup dengan selesa dipermukaannya. Ibn Taymiyyah pernah menyebutkan:
ان الله يقيم الدولة العادلة، وان كانت كافرة ولا يقيم الدولة الظالمة وان كانت مسلمة
Sesungguhnya Allah menegakkan pemerintahan yang adil, sekalipun pemerintahnya kafir, tetapi tidak membantu menegakkan pemerintahan yang zalim sekalipun muslim. Muhammad al-Ghazali, Khuluq al-Muslim, ms33)
Islam mahu supaya keadilan dapat ditegakkan di mana-mana jua, dan menolak kezaliman di mana-mana jua. Adil hendaklah dilakukan terhadap semua orang, sama ada yang dikasihi atau yang dibenci. Keadilan tidak seharusnya terjejas oleh lonjakan emosi cinta dan kasih, atau marah dan benci, terhadap sesetengan orang. Allah berfirman yang bermaksud:
يا أيها الذين آمنوا كونوا قوامين بالقسط شهداء لله ولو على أنفسكم او الوالدين والأقربين
Wahai orang-orang yang beriman! Jadilah kamu orang yang benar-benar penegak keadilan, menjadi saksi kerana Allah, biarpun terhadap dirimu sendiri, atau ibu bapa dan kaum kerabatmu.(al-Nisa`: 135)
Allah berfrman lagi yang bermaksud:
يا أيها الذين آمنوا كونوا قوامين لله شهداء بالقسط ولا يجرمنكم شنآن قوم على أن لاتعدلوا
Wahai orang-orang yang beriman! Hendaklah kamu jadi orang-orang yang selalu menegakkan kebenaran kerana Allah, menjadi saksi dengan adil, dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. (al-Ma`idah: 8)
![]() |
| Hakim Wanita Mahkamah Syarie Pertama |
Profesyen guaman pada dasarnya adalah wakil terduduh yang memerlukan pengadilan dalam sesuatu kes, tertuduh mungkin gagal menyatakan haknya dengan baik untuk difahami oleh kadi atau hakim yang mendengar kes. Namun, peguam tidak harus mengada-adakan sesuatu yang tidak benar semata-mata kerana membela anak guamnya. Jika ia mengetahui memang anak guamnya seorang pesalah atau pengkhianat, maka pengkhianat tidak harus dibela. Allah melarang kita membela pngkhianat dalam firman-Nya yang bermaksud:
ولا تكن للخائنين خصيما
Jangan kamu membela pengkhianat (al-Nisa`: ayat 105)
Merujuk kepada soalan di atas yang bertanya tentang peguam yang mebela pihak-pihak yang diketahuinya bersalah, saya tidak menyimpan sebarang keraguan untuk menyatakan, pembelaan itu suatu kezaliman tidak sepatutnya berlaku, kerana membabitkan pihak ketiga teraniaya oleh pembelaannya.
![]() |
| Bakal Peguam Syarie |
Aku mengadili kes kamu, mungkin antara kamu ada yang lebih fasih hujahnya ketika memberi keterangan, lalu aku menyangka ia adalah pihak yang benar, maka aku beri kemenangan kepadanya. Jika ada pihak yang beroleh kemenangan menerusi pengadilan, sedang ia tahu pihaknya bersalah, maka hendaklah ia menolak pengadilan itu atau ia sedia menerima azab seksa. (`Umdat al-Ahkam 2/412)
Hadis ini difahamkan bahawa hakim bertindak mengikut hujah yang didengarnya dalam mahkamah ketika berhujah. Pihak yang bertelagah tidak boleh menjadikan hakim sebagai alasan untuk membenarkan kesalahannnya, kerana faktor kepetahan berhujah memungkinkan dia menang, meskipun ia seorang pesalah, tetapi tindakan Allah yang maha adil di Akhirat tidak akan melepaskannya. Oleh itu, keadilan Islam lebih suka jika ia mengaku salah atau menolak kemenangan, jika hak-hak itu membabitkan huquq al-`ibad (hak-hak manusia), seperti harta benda dan nyawa. Jika membabitkan huququ`llah (hak-hak Allah), maka memadailah dengan segera bertaubat.
![]() |
| Barisan Peguam Syarie |
Kadang-kadang kemenangan dan kekalahan itu disebabkan oleh peraturan yang gagal dipatuhi secara tidak sengaja, atau tidak disedari menyebabkan pihak yang benar tidak mendapat pengadilan yang sepatutnya. Sebagai contoh, dalam suatu perbicaraan yang berlaku dalam mahkamah Islam yang diadili oleh kadi Syuraih di Kufah dalam masa Khalifah Ali Ibn Abu Talib, sebagaimana yang dilaporkan oleh Ibn Kathir dalam kitabnya al-Bidayah wa al-Nihayah 8/4-5 yang mencatatkan:
Kisah ini menarik sekurang-kurangnya dua perhatian:
· Ali memang benar dalam dakwaannya, kadi Syuraih tahu dan tidak meragui kebenaran dakwaannya, tetapi oleh kerana Ali gagal mematuhi aturan pengadilan Islam, iaitu pihak pendakwa hendaklah membawa saksi yang membuktikan dakwaannya. Kegagalan itu menyebabkan keputusan lebih memehak kepada Nasrani.
· Keadilan adalah milik semua orang, tanpa mengira agama dan keturunan. Meskipun mahkamah itu diadili seorang ulama Islam, pendakwanya seorang Khalifah yang berwibawa dan memerintah, sementara tertuduhnya seorang Nasrani, namun keadilan Islam tetap menjadikan semua pihak sama sahaja di hadapan undang-undang.
Dalam laporan, Ibn Kathir menceritakan lagi, Nasrani itu akhirnya memeluk Islam dan mengaku: Aku bersaksi: Inlah hukum nabi-nabi. Wahai Amir al-Mukminin Ali! Baju ini sebenarnya baju tuan, saya ambil ketika ia terjatuh dari unta yang engkau naiki ketika dalam perjalanan ke medan perang. Ali berkata: Jika engkau telah memeluk Islam, maka terimalah baju itu sebagai hadiahku untukmu.
Saya kira kesah ini sangat relevan dengan profesyen guaman yang mencari keadilan, kalaupun ia bukan seorang muslim, tetapi keadilan harus menjadi matlamat utama dalam kerjaya guamannya. .Wallah A`lam.






0 komen:
Post a Comment