Wednesday, June 6, 2012



Bercinta Sebelum Kahwin Sering Membawa Kegagalan 

Soalan:

1. Saya pernah menjalin  hubungan  cinta  dengan  seorang gadis yang berlainan agama.  Setelah   tiga  tahun,  kami  terpaksa  berpisah  kerana  tidak  direstui keluarganya.  Kini   saya  sangat   kecewa   dan     sering  menyalahkan takdir. Bagaimana seharusnya saya hadapi situasi ini?.    
         
- Amri, Terengganu.

2. Saya menghadapi masalah untuk melupakan teman lelaki saya yang sudah mempunyai isteri. Saya mencintainya sejak tiga tahun yang lalu.  Ketika berdua-duaan dalam panggung atau kereta, saya menyerahkan segala-gala kepadanya, kecuali perbuatan keji itu sahaja yang belum lagi.  Apa caranya boleh saya lakukan bagi melupai lelaki itu?.    

- Gadis Gelisah, K.L.

3.Saya mempunyai teman lelaki, tetapi keluarganya membenci saya. Kami mempunyai hubungan yang sangat erat.  Saya sentiasa berdoa agar keluarganya menerima saya.  Apakah tindakan yang harus saya lakukan dalam situasi ini?. 

- Hamba Allah, K.L.


Jawapan:

Ruangan ini banyak menerima soalan yang  dikatigorikan sebagai  gagal bercinta. Pada umumnya soalan-soalan  berkisar sekitar  bagaimana untuk mengahadapi kegagalan yang dihadapi dengan tabah dan penuh kepercayaan terhadap masa hadapan.  Dipercayai kebanyakan soalan itu datang daripada remaja dalam lingkungan usia 20an tahun.

Cincin Perkawinan
Saya dapati kandungan soalan-soalan yang dikemukakan, tidak banyak beza antara satu dengan lain.  Kalaupun berbeza, hanya pada individu yang bermasalah dan pada kesah sesuatu percintaan itu bermula.  Atas dasar ini,  saya ingin memberi pandangan Islam secara menyeluruh, berhubung cinta sebelum kahwin, kemudian meneliti soalan-demi soalan secara khusus.

Secara peribadi saya berpendapat, pemilihan jodoh seperti yang diamal dalam tradisi masyarakat Melayu Islam, sangat releven dengan ajaran Islam dan lebih menjamin kemantapan sesebuah rumahtangga, iaitu berkahwin kemudian bercinta.  Proses pemilihan jodoh yang menjadi amalan dalam masyarakat Melayu, bermula dengan keluarga sesama keluarga dari kedua-dua pihak lebih dahulu merisik sambil berkenal-kenalan. 

Biasanya, keluarga lebih dahulu mempertimbangkan aspek-aspek kafa`ah (kekufuan) pada pasangan yang hendak diperjodohkan, seperti keturunan, ekonomi, keperibadian dalam masyarakat, pendidikan, rupa paras dan sebagainya.  Jika ada tanda-tanda positif, pertemuan secara senyap-senyap diatur, bagi mendapatkan kerelaan teruna dan dara, kemudian disusuli dengan pengahantaran pinangan.

Lazimnya keluarga terutama ibu bapa tidak akan membuat pemilihan jodoh yang merugikan anaknya,  mereka sudah mempunyai pengalaman berumahtangga, mereka akan mengelak seberapa yang mungkin dari mengulangi kelemahan yang berlaku dalam rumahtangga dan keluarganya, mereka  merancang dengan teliti sebelum membuka mulut untuk mengikat sesuatu perjodohan. Namun begitu, jika berlaku juga sesuatu yang tidak diingini, maka adalah kerana mereka juga manusia, mereka hanya berusaha berdasarkan pengalaman-pengalaman mereka yang ada.

Persandingan
Kebanyakan remaja yang berpendidikan tinggi hari ini, lebih suka mencari sendiri jodoh mereka, lalu bercinta, kadang-kadang percintaan mengambil masa hingga empat atau lima tahun, tetapi akhirnya gagal dan tidak kesampaian juga. Ada yang dalam tempoh percintaan yang begitu lama, telah mengorbankan kehormatan diri dan nama baik keluarga, telah beberapa kali terjebak ke lembah maksiat.  Jika perbuatan seumpama itu keji pada lelaki, maka lebih keji lagi pada perempaun.  Hal ini sering terjadi pada percintaan sebelum kahwin.

Kebanyakan percintaan yang berakhir dengan kegagalan itu, tidak dirancang dengan teliti, ia berlaku tanpa pengetahuan keluarga, tidak diambil kira aspek-aspek kekufuan yang diutamakan dalam Islam. Percintaan mereka bermula secara main-mainan, hanya ingin bersahabat dan berkenalan biasa sahaja,  akhirnya permainan itu bukan lagi mainan, kerana nasib hidupnya sanggup digadai demi percintaannya.  Penagih-penagih bahan khayal pun begitu,  pada asalnya ingin mencuba, akhirnya terjebak ke dalam perangkap yang membawa maut.  

Majlis Perkawinan
Dalam hadis menyebutkan, setiap perkhalwatan antara lelaki dan wanita ajnabi, pasti ada yang ketiganya syaitan.   Syaitan memang jahat, ia merangsang manusia supaya turut menjadi jahat. Remaja dalam usia muda, ketika nafsunya bergelora, sangat mudah ditawan syaitan jahat itu. Jika berlaku sesuatu maksiat pada remaja, akibat perkhalwatan mereka, ia bukan kejadian yang mengejutkan, kerana mereka bukannya malaikat yang suci dan terpelihara.

Masalah percintaan bukan lagi menjadi masalah remaja terbabit, tetapi hendaklah dianggap masalah ibu bapa, keluarga, masyarakat dan negara. Semua pihak perlu membantu dan menanganinya dengan hikmat dan bijaksana. Bukan semua percintaan berlaku tanpa dirancang, bukan semuanya untuk seronok-seronok dan mainan, tetapi ada juga yang bersih dan beperancangan.

Semua pihak harus merujuk kepada sebuah hadis Rasulullah (s.a.w.) riwayat Ibn Abbas yang bermaksud:
    
    لم ير للمتحابين الا النكاح

Tidak kelihatan jalan penyelesaian kepada dua insan yang bercinta selain berkahwin. (Ibn Majah, bilangan 1847, al-Hakim 2/160)

Hadis ini menyatakan jalan yang terbaik untuk menyelesaikan masalah percintaan antara dua insan ini, adalah dengan mengahwinkan mereka sesegera yang mungkin.  Jika ada masalah yang dijangka berlaku atau yang diluar jangka, maka sikapnya ialah sambil berjalan, sambil meminum air.  Jika keluarga mengambil sikap menghalang, dibimbangi akan memburukkan lagi penyakit yang sedia parah.         


Islam adalah syariat yang terbuka dan menerima kenyataan, jika antara dua insan itu sudah diikat kukuh dengan tali percintaan, maka Islam mengalu-alukan mereka supaya berkahwin. Ibu bapa, keluarga, masyarakat dan pemimpin hendaklah membantu mereka menjayakan percintaan itu.  Pada peringkat ini Islam tidak ingin mempertimbangkan sikap ego dengan darah dan keturunan.  Pertimbangan sewajarnya hendaklah diutamakan kepada denyutan jantung anak-anak remaja yang ditakdir hidup pada zaman ini, zaman pertukaran budaya dari Timur ke Barat. 

Ibu bapa dan keluarga yang cintakan kesejahteraan dalam rumahtangga anak-anak, hendaklah tidak mengabaikan pesanan Rasulullah (s.a.w.) ketika memilih suami kepada anak-anaknya, iaitu riwayat Abu Hurairah yang bermaksud:

اذا خطب أحدكم من ترضون دينه وخلقه فزوجوه،  الا تفعلوه تكن فتنة في الأرض وفساد عريض.

Apabila datang untuk (meminang anak-anak) kamu orang yang baik akhlak dan agamanya, maka terimalah pinangan mereka, jika tidak nanti berlaku suatu kerosakan dan fitnah besar di bumi ini. (Tirmizi, bil. 1085, Ibn Majah, bil. 1967)


Sesetengah ibu bapa dan keluarga lebih cenderung mengambil sikap kuku besi,  tidak sedia mendengar suara hati anak-anak muda, masih terbawa dengan cara sendiri yang ditinggal anak-anaknya, mereka tidak  sedia menerima menantu dari keluarga yang kononnya lebih rendah tahap kemasyaratakannya, pada hakikatnya boleh membawa padah buruk pada anak-anak dan keluarganya sendiri. Sama ada kita menerima atau menolak, masyarakat hari ini, tidak lagi mengenal harga nasab dan keturunan, mereka telah menukarnya dengan pengetahuan tinggi, kelayakan ijazah dan jawatan istimewa, biar siapapun orangnya.

Saya kira pandangan Islam yang dikemukakan ini, ada relevennya dengan beberapa persoalan di atas, masing tentu dapat mengenalpasti sendiri di mana kesilapan bermula.  Kesilapan itu wajar menjadi pengajaran kepada rakan-rakan lain yang belum bermain cinta.

Kepada saudara yang kini tertekan akibat gagal atau hampir gagal bercinta,  seperti yang terbayang dalam pertanyaan-pertanyaan di atas, saya terjemahkan di sini beberapa panduan untuk mengatasinya seperti yang ditulis oleh seorang pakar dalam ilmu Pisikologi Islam dan Perubatan Nabawi, beliau ialah Ibn Qayyim al-Jauziyyah (men. 751 H.). Tokoh yang mendapat sanjungan tinggi ini menulis dalam bukunya berjudul  Zad al-Ma`ad fi Hadyi Khayr al-`Ibad 4/248 membawa terjemahan:

Jika anda menemui jalan buntu dalam percintaan, maka terimalah kenyataan bahawa jalan-jalannya sudah tertutup, anda tidak perlu membukanya lagi.   Jiwa yang menyedari kenyataan ini, tidak akan rela meneruskan percintaan yang banyak membuang masa dan usia itu.  Jika cara ini tidak memberi kesan untuk mengatasi perasaan anda yang masih tertekan,  ingatlah bahawa diri anda kini diserang penyakit kurang siuman, kerana mencintai sesuatu yang tidak mungkin dapat, bayangkan dengan tenang, bagaimana nasib orang yang mencintai matahari, ia selama-lamanya tidak akan dapat menyentuhnya.

Jika perasaan anda gagal juga diatasi dengan cara ini, maka senaraikan segala kelemahan dan keburukan yang ada pada lelaki atau wanita yang anda cintainya, kerana kelemahan dan keburukannya boleh melupakan kebaikan yang pada insan yang anda cintai.  Rupa parasnya yang cantik, tidak dapat dipertahan oleh kulit-kulitnya yang diserang penyakit. Jika cara ini juga gagal membantu anda mengatasi kesulitan yang dialami, mohonlah pada Allah dengan ikhals, agar diberi taufik dan hidayat, angkatlah tangan dengan sepenuh perasaan hati, mintalah pada Allah gantian yang lebih baik.  Sesiapa yang bermohon dengan ikhlas kepadaNya, pasti tidak akan disia-siakan. Sesiapa bertaqwa kepada Allah, nescaya dibuka kepadanya jalan keluar dan didatangi  kepadanya rezeki dari arah yang  tidak didugainya.  Wallah A`lam.  

4 comments:

艾丰 said...

jianbin0323
christian louboutin online
tiffany outlet
oakley sunglasses
michael kors online
prada handbags
michael kors outlet
michael kors handbags
rolex watches
ray-ban sunglasses
nba jerseys
longchamp handbags
cheap jordans
fitflop clearance
coach outlet
louis vuitton handbags
soccer jerseys
juicy couture tracksuit
links of london
adidas wings
michael kors outlet online
louis vuitton outlet store
fitflop sale
air jordan 11
true religion outlet
nike air force 1
true religion outlet
jordan shoes 2015
snapbacks wholesale
nike roshe
nhl jerseys
michael kors handbags
michael kors outlet online
basketball shoes

Zhenhong Bao said...

nhl jerseys
jordan shoes 2015
cheap nhl jerseys
hermes belt for sale
michael kors uk
oakley sunglasses wholesale
mulberry uk
lacoste shirts
adidas outlet store
hermes outlet store
basketball shoes
kobe shoes
beats headphones
true religion jeans
toms shoes
swarovski outlet
polo ralph lauren
jordan shoes
nike huarache
mulberry outlet
lebron shoes
true religion outlet
prada outlet
futbol baratas
nba jerseys
christian louboutin shoes
timberland boots
juicy couture tracksuit
mulberry handbags sale
louis vuitton handbags
ralph lauren outlet
prada sneakers
hermes birkin
michael kors outlet
cheap oakley sunglasses
20160415zhenhong

dong dong23 said...

louis vuitton outlet
oakley vault
adidas nmd
uggs outlet
pandora rings
calvin klein outlet
air jordan
ray ban sunglasses outlet
oakley vault
coach outlet
2017.2.11chenlixiang

raybanoutlet001 said...

longchamp le pliage
michael kors handbags outlet
new england patriots jerseys
nike air huarache
ray bans
cheap nhl jerseys
chaussure louboutin
seahawks jersey
jordan shoes
converse trainers