Saturday, December 29, 2012



Bolehkah Murtad Bertaubat Dan
Kembali Semula Kepada Islam
Soalan


Murtad ialah kesalahan yang terkeluar dari Islam. Adakah orang murtad boleh kembali semula kepada Islam.  Bolehkan ia bertaubat dan mencapai keredaan Allah, bagaimana caranya.

- Abadi. Macang.

Jawapan:

Murtad yang diertikan dengan menukar agama  Islam kepada bukan Islam,  atau menyimpang dari jalan hadayat yang diredai Allah kepada jalan kufur yang dimuraki-Nya adalah suatu dosa yang sangat besar, bahkan paling besar antara dosa-dosa besar, namun jika seseorang murtad itu dengan suci hati ingin kembali semula kepada Islam, maka pintu taubat sentiasa terbuka.  Dalam sebuah hadis Qudsi, yang diriwayat Muslim bilangan 2760 Allah berfirman yang bermaksud:

Sesungguhnya Allah melebarkan tangan-Nya waktu malam, supaya pelaku-pelaku dosa pada siang hari bertaubat waktu malam, Ia melebarkan tangan-Nya pada waktu siang, supaya pelaku-pelaku dosa pada waktu malam bertaubat pada waktu siang.

Antara pelaku-pelaku dosa itu, termasuklah dosa murtad yang belum dihukum ke atasnya menurut undang-undang Islam. Jika telah dihukum, maka hukuman itu sendiri bertindak sebagai pembersih dosanya di akhirat.  Mustahak juga diketahui, murtad adalah penyakit yang menyerang akidah, ia mempunyai beberapa persamaan dengan penyakit yang menyerang tubuhbadan.   Jika penyakit-penyakit ini ada yang masih boleh diubati, dan ada yang terpaksa dipotong anggota, maka penyakit murtad juga begitu, ada yang masih boleh dipulihkan dengan taubat, dan ada yang terpaksa dihukum oleh pemerintah.  

 Sesetengah ulama Islam berpendapat, dosa murtad tidak diampun Allah, kerana menurut mereka, jika dosa syirik tidak diampuni, maka dosa murtad lebih keji dari syirik.  Pendapat ini diperkukuhkan dengan firman Allah  yang bermaksud:

Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik, dan akan mengampunkan
 dosa-dosa selain syirik bagi sesiapa yang dikehendakinya. (al-Nisa`: ayat 48)
           

 Mengenai murtad pula Allah berfirman yang bermaksud:

Sesungguhnya orang-orang murtad sesudah terang kepada mereka pertunjuk, 
syaitanlah yang memperdayakan mereka. (Muhammad: ayat 25)

Menurut tafsiran ulama dua ayat ini merupakan amaran keras terhadap mereka yang memeluk Islam, kemudian meninggalkanya.  Soal sama ada dosa murtad mereka boleh bertaubat atau tidak.  Ulama berpendapat, jika pihak-pihak berkenaan ingin bertaubat dengan suci hati,  menyesali kesalahannya yang lalu, serta berjanji untuk tidak mengulangi lagi perbuatan serupa, nescaya diterima taubatnya, Allah akan meredai kesalahannya yang terdahulu.

Ulama juga membincang, sama ada amal kebajikan yang dikerjakan sebelum murtad, masih kekal atau rosak binasa.  Sebilangan ulama, termasuk imam Malik dan Abu Hanifah berpendapat rosak atau tehapus, berdasarkan firman Allah yang bermaksud:

Sesiapa diantara kamu yang murtad dari Islam, lalu ia mati sedang ia tetap kafir, maka rosak binasalah amal kebajikannya di dunia dan di Akhirat (al-Baqarah: ayat 217)

Namun begitu segolongan ulama, termasuk imam Syafi`i berpendapat: Ayat ini difahamkan bahawa azab teruk yang dijanjikan terhadap orang murtad itu, bergantug kepada syarat khas, iaitu jika ia terus menerus murtad dan mati dalam kemurtadannya, tetapi jika ia bertaubat dengan taubat yang sempurna sebelum meninggal dunia, serta ikhlas dengan taubatnya, maka ia tidak terdedah kepada azab yang teruk itu. (Tafsir al-Qurtubi, 3/48)

Justeru murtad boleh bertaubat, para ulama Fiqh menyatakan jika terdapat seseorang yang murtad, hendaklah  diminta supaya ia bertaubat segera,  kerana dibimbangi kuman-kumannya akan menjangkiti orang lain yang masih bersih.

Sebagai kesimpulan, murtad boleh bertaubat dan akan diterima taubatnya jika cukup syarat-syarat yang dikehendaki.  Sebaik-baiknya, perbaikilah segala kerosakan yang dilakukan semasa murtad, sebagai tanda sesungguhnya ia telah menyesal atas perbuiatannya yang silam. Wallah A`lam. 

4 comments:

taufiq said...

gimana pula seseorang yang murtad beberapakali dan pada akhirnya bertaubat nasuha sehingga akhir hayat?

mebel jepara said...

Go on holiday travel with family. Follow Karimun Java tour packages, Including travel agents Karimun Java experience, because it provides cheap package Karimun Java, there karimun jawa backpacker packages, Karimun Java package tour 4 days 3 nights , Karimun Java package 3 days 2 nights , package cheap Karimun Java 2 days 1 nights , or a honeymoon package karimun java . Karimun Java package we are very satisfying and memorable, the info tour schedule ship to the karimunjava island further contact http://www.karimunjawakita.com, but if you want to shopping online teak furniture or Jepara furniture that you can make choices because there are cheap furniture price from us, please visit to the website http://www.jeparaapik.com which also sells teak carvings , guest chairs cheap dining table teak sideboard cupboard cabinets minimalist sofa bench hours bale-bale carved antique wooden cots, thanks

wisata karimunjawa said...

Ingin Liburan Ke Karimunjawa, ingin Paket Wisata Karimunjawa murah, Hubungi kami Tour Karimunjawa island +6285201391216 (Syaiful) PIN BB 30c9f29c. , lanjut bisa menghubungi www.tourkarimunjawaisland.com

Mebel jepara said...

Nice article.giving me more information.Thanks.
Mebel jepara